arrow_back

Johor Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · K1

1
Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya meluaskan pengaruh ke kerajaan berikut. - Pahang - Inderagiri - Kuala Linggi Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kerajaan tersebut?
2
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka. Rakyat sanggup mematuhi segala arahan pemerintah Kesultanan Melayu Melaka Apakah faktor yang mendorong tindakan tersebut?
3
Tokoh berikut terlibat dalam Revolusi Amerika pada tahun 1775. Thomas Jefferson Apakah sumbangan tokoh tersebut?
4
Perjuangan Sultan Abdullah Mukarram Shah di Kedah merupakan perjuangan terawal di Kedah. Apakah bukti untuk menyokong perjuangan tersebut? I Mendapatkan kembali Pulau Pinang II Melancarkan serangan terhadap Siam III Menamatkan penghantaran bunga emas IV Menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris
5
Maklumat berikut berkaitan dengan persidangan damai yang diadakan selepas tamat Perang Dunia Pertama. Tarikh: 18 Januari 1919 Perjanjian: Persidangan Damai Paris Matlamat: Memastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman dunia Mengapakah perjanjian tersebut tertumpu kepada Jerman?
6
Bagaimanakah Gurchan Singh melakukan penentangan terhadap pendudukan Jepun?
7
Berikut adalah hasrat British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. - Meningkatkan pelaburan ekonomi - Melicinkan sistem pentadbiran Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?
8
Mengapakah Charles Vyner Brooke bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British?
9
British telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946. Apakah cadangan yang dikemukakan jawatankuasa tersebut?
10
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948. Mereka yang dilahirkan dalam PTM dan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun daripada hari permohonannya Apakah kesan daripada ciri tersebut?
11
Senarai berikut menunjukkan tindakan komunis di Tanah Melayu Tahun 1948: Membakar balai polis Tahun 1949: Menyerang jip tentera Tahun 1954: Membunuh Ketua Polis Kedah Mengapakah kekejaman tersebut berlaku?
12
Berikut merupakan peranan pasukan keselamatan semasa zaman darurat - Memburu komunis - Membawa bekalan makanan Maklumat tersebut merujuk kepada?
13
Antara berikut yang manakah menerangkan kepentingan Sistem Ahli? I Mengurangkan kuasa penjajah II Menyelaras sistem pentadbiran III Memulakan proses perpaduan kaum IV Melatih penduduk tempatan dalam pentadbiran
14
Senarai berikut menunjukkan dasar pendidikan yang digubal di Tanah Melayu. - Dua jenis sekolah rendah. - Menggunakan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai pengantar. - Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil disediakan jika ada permintaan. Senarai tersebut merujuk kepada?
15
Di Sarawak, pilihan raya tempatan pertama diadakan pada tahun 1956. Mengapakah pilihan raya ini diadakan?
16
Rakyat tempatan berperanan penting dalam pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan. Apakah tujuan pembentukan majlis tersebut?
17
Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 8 Mac 1956, kerajaan British telah mengumumkan Suruhanjaya Reid setelah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja Melayu. Apakah fungsi Suruhanjaya Reid?
18
Maklumat berikut berkaitan dengan reaksi Parti PAS terhadap draf perlembagaan. Parti PAS mengkritik soal kewarganegaraan jus soli Apakah alasan parti PAS?
19
Gambar menunjukkan antara gaya Tunku Abdul Rahman sepanjang proses peristiwa kemerdekaan negara. Di manakah peristiwa bersejarah tersebut berlaku?
20
Peristiwa berikut berlaku pada jam 12 tengah malam tanggal 30 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. - Bendera Union Jack diturunkan - Bendera Persekutuan Tanah Melayu di naikkan Apakah maksud peristiwa tersebut?
21
Apakah maksud kedaulatan sesebuah negara?
22
Maklumat berikut berkaitan usaha mempertahankan kedaulatan negara kita. Kemakmuran ekonomi Apakah langkah yang perlu diambil oleh rakyat untuk mencapai perkara tersebut?
23
Gambar berikut ialah buku The Laws of the federated Malay States. Di manakah undang-undang tersebut dilaksanakan?
24
Pada tahun 1963, Perlembagaan 1957 telah dipinda dengan memasukkan klausa baharu pada bahagian tertentu bagi menyesuaikan dengan keperluan semasa. Apakah perkara yang berkaitan dengan pindaan tersebut? I Pemansuhan perkara berkaitan Singapura II Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo. III Pelantikan jawatan Yang di-Pertua Negeri. IV Penyelarasan bidang kuasa antara kerajaan.
25
Antara yang berikut, negeri yang manakah merupakan kesinambungan legasi Kesultanan Melayu Melaka? I Kelantan II Kedah III Perak IV Pahang
26
Kebebasan bersuara rakyat Malaysia dikawal melalui undang-undang berikut. - Akta Hasutan 1948 - Akta Mesin Cetak dan Apakah rasional kawalan undang-undang tersebut dilakukan?
27
Apakah yang akan berlaku sekiranya timbul percanggahan bagi penggubalan undang-undang dalam Senarai Bersama?
28
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat. Kerajaan Persekutuan: Rumah Mesra Rakyat, Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) Kerajaan Negeri: Rumah Selangorku, Rumah Mampu Milik Johor Apakah sumbangan program tersebut terhadap golongan pertengahan?
29
Mengapakah penduduk Sabah mempersoalkan cadangan pembentukan Malaysia? I Menuduh satu bentuk penjajahan baharu II Tidak dijanjikan kemerdekaan negeri Sabah III Jarak antara kedua-dua wilayah terlalu jauh IV Kurang yakin kesediaan pemimpin tempatan
30
Apakah faktor Indonesia menamatkan dasar konfrontasi ke atas Malaysia?
31
Operasi Letter Box di Sarawak Apakah matlamat operasi tersebut?
32
- Peluang pekerjaan terhad - Peningkatan pengangguran Apakah usaha mengatasi isu tersebut dalam Rancangan Malaysia Pertama?
33
Pendidikan merupakan saluran terbaik bagi merealisasikan matlamat membina perpaduan kaum dan integrasi nasional. Bagaimanakah Laporan Rahman Talib dapat mewujudkan perpaduan?
34
Rukun Negara dibentuk untuk mendukung cita-cita mencapai beberapa matlamat bagi melahirkan sebuah negara yang rakyatnya hidup bersatu padu. Apakah matlamat Rukun Negara? I Norma Sosial II Nilai Integriti III Negara Bersatu IV Masyarakat Progresif
35
Apakah tujuan kerajaan melancarkan Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974?
36
Apakah strategi sosial Dasar Pembangunan Negara (DPN) untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat?
37
Jadual berikut berkaitan dengan perkembangan dasar luar negara kita selepas kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman: Probarat Tun Abdul Razak Hussein: Berkecuali Mengapakah pemimpin di atas mengamalkan dasar tersebut?
38
Maklumat berikut berkaitan konvensyen Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengatasi jenayah antarabangsa. - Hak Kanak-kanak 1989 - Protokol PBB Apakah jenayah yang dibincangkan dalam konvensyen tersebut?
39
Apakah sumbangan Malaysia kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)?
40
Deklarasi Langkawi diadakan pada tahun 1989 sempena Mesyuarat Ketua-Ketua negara Komanwel. Apakah penekanan deklarasi tersebut?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。