arrow_back

Johor Trial 2024 Sejarah Kertas 1 · Daerah Kulai

1
Apakah peranan golongan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
2
Fasal 9 dalam Undang-undang Laut Melaka, terdapat penegasan bahawa seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran. Apakah tujuan penegasan tersebut?
3
Gambar di bawah menunjukkan tokoh yang terlibat dalam perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Apakah perkara yang didedahkan dalam karyanya berjudul *Hilang Gelap Terbitlah Terang* pada tahun 1911? I Dasar diskriminasi Belanda II Kemunduran bangsanya III Pemodenan pentadbiran IV Tuntutan hak yang sama
4
Bagaimanakah tokoh berikut membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan masyarakat di negara kita pada awal abad ke-20? - Abdul Rahim Kajai - Muhammad Rakawi Yusuf - Zainal Abidin Ahmad (Za'ba)
5
Mengapakah rancangan pendudukan Jepun terhadap negara kita merupakan salah satu usaha untuk membentuk kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya?
6
Apakah taktik yang digunakan oleh Jepun untuk mendesak Albert Kwok di Sabah menyerah diri?
7
Raja-raja Melayu berhimpun di Hotel Station sebagai tanda menunjukkan bantahan terhadap Malayan Union. Mengapakah Raja-raja Melayu bertindak sedemikian?
8
Apakah reaksi kakitangan kerajaan Sarawak terhadap pekeliling berikut? Pekeliling No 9 / 1946
10
Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas ke arah perpaduan kaum. Apakah buktinya?
11
Mengapakah Parti Komunis Malaya berjaya meluaskan pengaruh selepas British Military Administration (BMA) mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu?
12
Mengapakah rakyat bergantung pada makanan berikut semasa Zaman Darurat? - Jagung - Keledek - Ubi kayu
13
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu. | Tahun | Sistem Pentadbiran | | 1951 | Sistem Ahli | Apakah tanggungjawab Ahli dalam Sistem Ahli? I Menjaga portfolio II Mencadangkan undang-undang III Melantik Ahli yang berkelayakan IV Mengetuai pentadbiran dalam negara
14
Mengapakah Laporan Fenn-Wu diterbitkan selepas Laporan Barnes dikeluarkan?
15
Maklumat berikut merujuk kepada keputusan pilihan raya peringkat negeri pada tahun 1954. Perikatan UMNO-MCA memenangi 226 daripada 268 kerusi Apakah yang dapat dibuktikan daripada keputusan tersebut?
16
Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 1955?
17
Dailog tersebut memaparkan senario politik negara era sebelum merdeka. **Tokoh A:** *Kami wakil orang Ceylon dan kaum Serani menyokong rundingan kemerdekaan yang di lakukan.* **Tokoh B:** *Ketua Parti Rakyat, Parti Negara dan Parti Buruh juga sokong.* Apakah rumusan daripada sokongan tersebut?
18
Soalan 18 berdasarkan situasi di bawah. Izzati warganegara Singapura ingin memohon menjadi rakyat Malaysia Bagaimanakah cara Izzati memohon menjadi warganegara Malaysia?
19
Jawatankuasa berikut ditubuhkan bagi membuat persediaan sambutan pemasyhuran Kemerdekaan Negara. Apakah X?
20
Prinsip kedaulatan merupakan kuasa tertinggi bagi sesebuah negara. Mengapakah kita perlu mengekalkan prinsip tersebut? I Membuktikan kehebatan II Mengekalkan kesejahteraan III Menjamin kemakmuran negara IV Mengukuhkan kerjasama rakyat
21
Gambar berikut merupakan bangunan Parlimen Malaysia. Apakah ciri negara berdaulat yang dikaitkan dengan gambar tersebut?
22
Bagaimanakah rakyat boleh memainkan peranan dalam mengekalkan perpaduan kaum?
23
*Charter of Justice* Apakah matlamat undang-undang tersebut diperkenalkan oleh British di Negeri-negeri Selat?
24
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965. Apakah rasional pindaan tersebut?
25
Perlembagaan memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara. Apakah bidang kuasa baginda? I Menggubal undang-undang II Melantik diplomat Malaysia III Melantik Ketua Audit Negara IV Penasihat utama Perdana Menteri
26
Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja berperanan mengimbangi pemerintahan demokrasi?
27
Gambar berikut berkaitan dengan kemudahan awam di negara kita. Pihak manakah yang bertanggungjawab terhadap kemudahan tersebut?
28
Bagaimanakah penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dilaksanakan?
29
Antara berikut wilayah manakah yang menyertai gagasan Malaysia pada tahun 1963? I Brunei II Filipina III Sarawak IV Singapura
30
Maklumat berikut berkaitan dengan pembentukan Malaysia 31 Ogos 1963 → 16 September 1963 Mengapakah tarikh pengisytiharan pembentukan Malaysia telah ditangguhkan?
31
Mengapakah penduduk di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah tidak mendapat peluang pendidikan yang secukupnya?
32
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah Peristiwa 13 Mei 1969?
33
Maklumat berikut berkenaan dengan satu laporan yang berkaitan dengan matlamat bagi memperkukuh perpaduan. - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Apakah dasar pendidikan yang memperkenalkan kurikulum di atas?
34
Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal oleh kerajaan pada tahun 1971. Apakah prinsip dasar tersebut? I Bertunjangkan agama Islam II Mengutamakan elemen dari luar III Memperkukuh identiti kenegerian IV Berasaskan kebudayaan rakyat asal
35
Rajah berikut berkaitan dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) Apakah X?
36
Manakah padanan gelaran yang tepat dengan tokoh bumiputera tersebut?
37
Peta berikut berkaitan misi pengaman yang disertai Malaysia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mengapakah Malaysia menyertai misi tersebut?
38
Apakah manfaat yang Malaysia diperolehi daripada menyertai Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)?
39
Ekonomi dunia didominasi oleh negara maju. Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Malaysia? I Pelaksanaan pembayaran levi II Penggunaan mata wang USD III Pembentukan pelbagai tarif dan cukai IV Pelbagai sekatan dan halangan dikenakan
40
Gambar menunjukkan Anugerah Langkawi yang diisytiharkan oleh Malaysia Apakah kriteria melayakkan seseorang menerima anugerah tersebut?
9
Pihak British telah mengadakan pertemuan dengan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946. Apakah hasil pertemuan tersebut? I Perjanjian baharu dibentuk II Penubuhan persekutuan bertaraf naungan III Pelantikan Gabenor telah diiktiraf oleh British IV Penggubalan Perlembagaan Rakyat dilaksanakan
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.