arrow_back

Kedah Trial 2025 Sejarah Kertas 1

1
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas. Apakah wilayah pengaruh di bawah kesultanan tersebut?
2
Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka berjaya mengekalkan keunggulannya?
3
Mengapakah golongan nasionalis di Perancis menentang pemerintahan beraja?
4
Karya "Hilang Gelap Terbitlah Terang" ditulis oleh Raden Adjeng Kartini. Apakah isu dalam karya tersebut?
5
Jerman telah melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain pada bulan September 1940 sehingga bulan Jun 1941. Apakah kesan serangan tersebut?
6
Gambar berikut menunjukkan tokoh yang terlibat dalam kegiatan anti-Jepun. Bagaimanakah tokoh tersebut melakukan penentangan terhadap tentera Jepun?
7
Perasaan orang Melayu penuh dengan kesedihan pada hari pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946. Mengapakah perasaan orang Melayu sedemikian?
8
Pasangan pernyataan yang manakah betul tentang faktor penyerahan Sabah dan Sarawak kepada British.
9
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai pada 21 Januari 1948. Apakah kandungan perjanjian tersebut? I Persekutuan diketuai Persuruhjaya Tinggi British II Kewarganegaraan secara pendaftaran III Gabenor Jeneral mengetuai negeri IV Penubuhan Kabinet
10
Mengapakah orang Melayu tidak menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
11
Gambar berikut menunjukkan tindakan komunis di Tanah Melayu pada zaman Darurat. Mengapakah komunis bertindak sedemikian?
12
Gambar berikut menunjukkan perarakan penduduk sempena "Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat". Apakah kesan perarakan tersebut?
13
Apakah matlamat perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)?
14
Kandungan penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 bertujuan memupuk perpaduan kaum di negara ini. Bagaimanakah cara pelaksanaannya? I Sistem persekolahan yang sama II Sukatan pelajaran yang seragam III Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar IV Sekolah kebangsaan menggantikan sekolah umum
15
Apakah syarat menjadi pengundi dalam Pilihanraya Umum 1955? I Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris II Telah tinggal di Persekutuan Tanah Melayu selama 3 bulan III Warganegara Persekutuan Tanah Melayu IV Berumur 21 tahun ke atas
16
Maklumat berikut berkaitan keputusan pilihanraya 1955. Mengapakah Parti Perikatan berjaya meraih undian yang banyak?
17
Berikut adalah kronologi perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada tahun 1956. Mengapakah perjalanan tersebut dirancang sedemikian?
18
Suruhanjaya Perlembagaan memulakan tugasnya pada bulan Jun 1956. Apakah perkara yang dirujuk (terma rujukan) oleh suruhanjaya tersebut? I Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu II Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat III Melonggarkan syarat kewarganegaraan IV Memastikan bahasa Inggeris menjadi subjek wajib
19
Maklumat berikut berkaitan amalan sistem Demokrasi di Malaysia. Apakah persamaan antara kedua-dua institusi tersebut?
20
Maklumat berikut berkaitan usaha mengekalkan kemerdekaan negara. Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu menandatangani perjanjian tersebut?
21
Apakah maksud kedaulatan menurut Ibnu Khaldun?
22
Maklumat berikut berkaitan ciri negara berdaulat. - Pemerintahan - Perundangan - Sempadan - X Apakah X?
23
Maklumat berikut berkaitan asas pembentukan perlembagaan di Tanah Melayu. - Charter of Justice I -1807 - Charter of Justice II -1826 - Charter of Justice III -1855 Mengapakah British memperkenalkan undang-undang tersebut?
24
Perlembagaan negara dipinda selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Mengapakah berlakunya pindaan tersebut?
25
Bagaimanakah peranan Majlis Raja-Raja dalam sistem Demokrasi Berparlimen?
26
Hak rakyat dalam kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan adalah
27
Apakah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti yang termaktub dalam Senarai Bersama?
28
Maklumat berikut berkaitan penubuhan majlis khas untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. - Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan - Majlis Keselamatan Negara - X - Y Apakah X dan Y tersebut? I Majlis Gerakan Negara II Majlis Kewangan Negara III Majlis Perumahan Negara IV Majlis Khazanah Negara
29
Tarikh asal pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963 ditangguhkan kepada 16 September 1963. Mengapakah situasi tersebut berlaku?
30
Garis masa berikut menunjukkan langkah-langkah pembentukan Malaysia. Langkah-langkah pembentukan tersebut membuktikan kepentingan sikap
31
Apakah cabaran pembangunan dan sosioekonomi yang dihadapi Sabah dan Sarawak selepas pembentukan Malaysia? I Sekatan ekonomi negara maju II Kejatuhan harga bahan mentah III Kekurangan sekolah di pedalaman IV Masalah pengangkutan dan perhubungan
32
Mengapakah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan pada tahun 1969?
33
Pasangan pernyataan manakah yang betul tentang kandungan Dasar Pendidikan Negara?
34
Gambar berikut adalah logo Sukan Malaysia (SUKMA). Mengapakah sukan tersebut diadakan?
35
Maklumat berikut merujuk kepada program dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. - Citrawarna Malaysia - MySeniBudaya - Festival Tari Malaysia Apakah nilai yang ingin diterapkan kepada rakyat?
36
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan bagi menjayakan bidang sosioekonomi negara. Apakah kesan penubuhan FELDA?
37
Peta berikut berkaitan lokasi Zon Perindustrian Bebas di Malaysia. Mengapakah zon perindustrian tersebut diperkenalkan? I Menarik pelabur asing II Menjadi pusat penghantaran barangan III Membangunkan teknologi perindustrian IV Merangsang ekonomi kawasan sekitarnya
38
Deklarasi Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) telah diumumkan pada tahun 1971. Apakah peranan Malaysia dalam deklarasi tersebut?
39
Maklumat berikut berkaitan pelibatan Malaysia dalam politik antarabangsa. Mengapakah perisytiharan tersebut ditandatangani?
40
Bagaimanakah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) membantu perkembangan ekonomi ASEAN?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。