arrow_back

Johor Trial 2023 Science Kertas 1 · Maahad Sains Johor

Science

Johor Trial 2023 Science Kertas 1 · Maahad Sains Johor

  • Johor 州试卷 Maahad Sains Johor · 2023
  • 40 题
答案来源
按原试卷附带的答案录入
题目解析
由 AI 生成,仅供参考
最后更新
2026-09-25
1
Kebakaran boleh dikelaskan kepada enam jenis. Antara berikut, yang manakah bahan-bahan yang terlibat bagi kebakaran Kelas E? I. Kertas II. Komputer III. Gris IV. Seterika
2
Rajah 1 menunjukkan seorang individu sedang melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas seorang mangsa yang tidak sedarkan diri. Apakah kepentingan melakukan tekanan dada di dalam CPR?
3
Di dalam Ujian SEGAK yang dijalankan di sekolah, didapati bahawa berat badan Nuqman adalah 70 kg, manakala ketinggian beliau yang direkodkan adalah 170 cm. Apakah kategori Indeks Jisim Badan (BMI) bagi Nuqman?
4
Kelestarian kecekapan tenaga merupakan salah satu keutamaan yang diberikan di dalam pengamalan konsep Teknologi Hijau bagi sesebuah negara. Apakah inisiatif yang diambil ke arah pelaksanaan usaha tersebut? I. Memilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 bintang pada label cekap tenaga II. Membiarkan penghawa dingin dibuka apabila tidak diperlukan III. Menggalakkan orang ramai untuk menggunakan tenaga elektrik berasaskan sumber solar IV. Melaksanakan kempen kesedaran terhadap amalan penjimatan tenaga
5
Rajah 2 menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh manusia di dalam sektor pertanian dan perhutanan. Apakah kesan daripada aktiviti yang ditunjukkan di Rajah 2?
6
Miza merupakan seorang pembawa gen buta warna. Beliau berkahwin dengan Rashid yang tidak mempunyai penyakit buta warna. Berapakah peratus kebarangkalian anak perempuan mereka akan menghidap penyakit buta warna? [ Buta warna dibawa oleh gen resesif ]
7
Rangka ialah suatu sistem sokongan kepada semua jenis haiwan. Rajah 3 di bawah menunjukkan satu spesis haiwan akuatik. Antara berikut, haiwan manakah yang mempunyai sistem sokongan yang sama dengan haiwan pada Rajah 3 di atas? I. Kucing II. Buaya III. Lintah IV. Cacing tanah
8
Rajah 4 di bawah menunjukkan perbandingan graf lengkung pertumbuhan manusia bagi lelaki dan perempuan. Antara pernyataan berikut, yang manakah adalah benar?
9
Rajah 5 di bawah menunjukkan seorang wanita yang sedang menghidap sejenis penyakit pada salah satu kelenjar endokrinnya. Apakah simptom yang mungkin dialami oleh wanita tersebut?
10
Jadual 1 menunjukkan beberapa kesan yang disebabkan oleh sejenis dadah. • Mengubah laluan impuls di dalam otak • Menyebabkan khayal • Menyebabkan terdengar suara-suara dan terlihat objek yang tidak wujud Antara berikut, yang manakah contoh dadah yang boleh menghasilkan kesan seperti di Jadual 1?
还有 30 题,登录后免费做完整份试卷

登录后成绩会自动保存,答错的题会放进错题本,换手机也能接着做。

更多 Science 试卷

查看全部 Science 试卷
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。

登录

使用 Google 账号登录以继续

使用 Google 继续