arrow_back

Johor Trial 2023 Sains Kertas 1 · Maahad Sains Johor

1
Kebakaran boleh dikelaskan kepada enam jenis. Antara berikut, yang manakah bahan-bahan yang terlibat bagi kebakaran Kelas E? I. Kertas II. Komputer III. Gris IV. Seterika
2
Rajah 1 menunjukkan seorang individu sedang melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas seorang mangsa yang tidak sedarkan diri. Rajah 1 Apakah kepentingan melakukan tekanan dada di dalam CPR?
3
Di dalam Ujian SEGAK yang dijalankan di sekolah, didapati bahawa berat badan Nuqman adalah 70 kg, manakala ketinggian beliau yang direkodkan adalah 170 cm. Apakah kategori Indeks Jisim Badan (BMI) bagi Nuqman?
4
Kelestarian kecekapan tenaga merupakan salah satu keutamaan yang diberikan di dalam pengamalan konsep Teknologi Hijau bagi sesebuah negara. Apakah inisiatif yang diambil ke arah pelaksanaan usaha tersebut? I. Memilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 bintang pada label cekap tenaga II. Membiarkan penghawa dingin dibuka apabila tidak diperlukan III. Menggalakkan orang ramai untuk menggunakan tenaga elektrik berasaskan sumber solar IV. Melaksanakan kempen kesedaran terhadap amalan penjimatan tenaga
5
Rajah 2 menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh manusia di dalam sektor pertanian dan perhutanan. Rajah 2 Apakah kesan daripada aktiviti yang ditunjukkan di Rajah 2?
6
Miza merupakan seorang pembawa gen buta warna. Beliau berkahwin dengan Rashid yang tidak mempunyai penyakit buta warna. Berapakah peratus kebarangkalian anak perempuan mereka akan menghidap penyakit buta warna? [ Buta warna dibawa oleh gen resesif ]
7
Rangka ialah suatu sistem sokongan kepada semua jenis haiwan. Rajah 3 di bawah menunjukkan satu spesis haiwan akuatik. Rajah 3 Antara berikut, haiwan manakah yang mempunyai sistem sokongan yang sama dengan haiwan pada Rajah 3 di atas? I. Kucing II. Buaya III. Lintah IV. Cacing tanah
8
Rajah 4 di bawah menunjukkan perbandingan graf lengkung pertumbuhan manusia bagi lelaki dan perempuan. Rajah 4 Antara pernyataan berikut, yang manakah adalah benar?
9
Rajah 5 di bawah menunjukkan seorang wanita yang sedang menghidap sejenis penyakit pada salah satu kelenjar endokrinnya. Rajah 5 Apakah simptom yang mungkin dialami oleh wanita tersebut?
10
• Mengubah laluan impuls di dalam otak • Menyebabkan khayal • Menyebabkan terdengar suara-suara dan terlihat objek yang tidak wujud Jadual 1 Jadual 1 menunjukkan beberapa kesan yang disebabkan oleh sejenis dadah. Antara berikut, yang manakah contoh dadah yang boleh menghasilkan kesan seperti di Jadual 1?
11
Unsur X mempunyai 19 proton. Antara berikut, yang manakah struktur susunan elektron bagi unsur X apabila mencapai susunan yang lebih stabil?
12
Jadual Berkala Unsur Moden merupakan kaedah pengkelasan unsur mengikut bilangan proton serta ciri-ciri fizik dan kimianya yang tersendiri. Antara unsur-unsur berikut, yang manakah merupakan ahli Kumpulan 17? I. Argon (Ar) II. Bromin (Br) III. Fluorin (F) IV. Silikon (Si)
13
Rajah 6 menunjukkan suatu cenderahati yang diperbuat daripada aloi piuter. Rajah 6 Apakah campuran logam yang membentuk aloi piuter? I. Ferum II. Timah III. Kuprum IV. Antimoni
14
Rajah 7 menunjukkan seorang penoreh getah sedang menoreh pokok getahnya bagi mendapatkan hasil getah asli. Rajah 7 Sekiranya beliau mahu hasil torehan getahnya bergumpal bagi memudahkan proses kutipan hasil, apakah bahan yang perlu dicampurkan ke dalam bekas tadahan getah tersebut?
15
Perubatan tradisional telah menjadi mod rawatan sejak berkurun lamanya sebelum perubatan moden diperkenalkan secara meluas. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai perubatan tradisional?
16
Likopena merupakan salah satu bahan antioksidan yang boleh diperoleh daripada sumber makanan. Bahan ini membantu di dalam mencegah penghasilan radikal bebas daripada terbentuk di dalam badan. Antara berikut, yang manakah merupakan sumber makanan yang kaya dengan likopena?
17
Wafiy mengalam demam, batuk berkahak dan sakit tekak selama 3 hari. Setelah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, doktor membuat diagnosis jangkitan bakteria pada salur pernafasannya, dan memberikan preskripsi ubat antibiotik untuk tempoh 5 hari. Apakah nasihat doktor kepada Wafiy berkenaan pengambilan ubat tersebut, yang wajib dipatuhi oleh beliau?
18
Jatuh bebas merupakan suatu keadaan apabila suatu objek jatuh tanpa sebarang rintangan yang melawan arah pergerakannya. Antara daya-daya berikut, yang manakah terlibat di dalam jatuh bebas?
19
Tenaga nuklear merupakan salah satu bentuk tenaga hijau yang boleh terhasil daripada proses pembelahan nukleus di reaktor nuklear. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai proses pembelahan nukleus?
20
Rajah 8 menunjukkan struktur dalaman yang terdapat pada reaktor nuklear. Rajah 8 Antara struktur berikut, yang manakah berfungsi untuk memperlahankan pergerakan neutron?
21
Rajah 9 Rajah 9 menunjukkan struktur sejenis mikroorganisma. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai mikroorganisma tersebut?
22
Mikroorganisma juga boleh dikelaskan kepada mikroorganisma berfaedah dan mikroorganisma tidak berfaedah. Antara mikroorganisma berikut, yang manakah berfaedah di dalam bidang pertanian dan penternakan? I. Yis II. Rotavirus III. Nitrobacter sp. IV. Bifidobacteria sp.
23
Pneumonia, jangkitan kencing tikus dan meningitis merupakan antara contoh penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Antara berikut, ubat manakah yang sesuai digunakan bagi merawat penyakit jangkitan bakteria?
24
- Batang tumbuhan lemah - Penghasilan bunga dan buah terhenti - Pertumbuhan akar merosot - Daun di bahagian atas lebih kecil dan berwarna ungu Jadual 2 Jadual 2 menunjukkan beberapa ciri tumbuhan yang kekurangan makronutrien X. Apakah makronutrien X tersebut?
25
Jadual 3 menunjukkan beberapa jenis makanan beserta nilai kalorinya. | Jenis makanan | Nilai kalori (kJ g^-1) | |---|---| | Nasi | 15 | | Ayam goreng | 11 | | Sayur kubis | 2 | Jadual 3 Sekiranya Fahmi mengambil 100 g nasi, 35 g ayam goreng dan 10 g sayur kubis, berapakah jumlah kalori yang diambil oleh Fahmi?
26
Tapak tangan karbon (carbon handprint) merujuk kepada impak positif terhadap kelestarian alam sekitar yang disebabkan oleh sesuatu produk sepanjang kitar hayatnya. Antara aktiviti-aktiviti berikut, yang manakah merupakan aktiviti tapak tangan karbon?
27
Empat sampel air diambil dari pelbagai sumber untuk menguji tahap kebersihan air tersebut menggunakan kaedah Biochemical Oxygen Demand (BOD) melalui pelunturan larutan metilena biru. Keputusannya ditunjukkan pada Jadual 4 di bawah. | Sampel Air | Masa diambil untuk warna larutan metilena biru luntur (minit) | |---|---| | Air suling | 60 | | Air sungai | 15 | | Air paip | 45 | | Air longkang | 10 | Jadual 4 Antara sampel air berikut, yang manakah sampel air paling tercemar?
28
Iffah memasukkan 10 cm pita magnesium ke dalam asid sulfurik di dalam sebuah tabung didih. Apakah kadar tindak balas purata jika masa untuk melarutkan semua pita magnesium ialah 4 minit?
29
Proses Haber merupakan proses penghasilan larutan ammonia secara industri. Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan kadar tindak balas dalam Proses Haber? I. Suhu antara 450°C – 550°C II. Tekanan pada 1 atm III. Vanadium (V) oksida sebagai pemangkin IV. Serbuk ferum sebagai pemangkin
30
Rajah 10 menunjukkan satu struktur hidrokarbon. Rajah 10 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai hidrokarbon ini?
31
Alkohol merupakan suatu bahan yang terbentuk daripada proses penapaian antara glukosa dan enzim zimase dalam yis. Antara berikut, yang manakah merupakan sifat-sifat fizik bagi alkohol? I. Berwarna keputihan II. Cecair pada suhu bilik III. Mempunyai bau sedikit masam IV. Keterlarutan dalam air berkurang apabila bilangan atom karbonnya meningkat
32
Elektrolit merupakan bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik. Antara bahan-bahan berikut, yang manakah merupakan elektrolit?
33
Rajah 11 menunjukkan susunan radas bagi satu sel kimia. Rajah 11 Apakah pemerhatian yang dapat dibuat selepas 60 minit?
34
Rajah 12 menunjukkan suatu objek diletakkan di hadapan kanta cembung pada jarak kurang daripada panjang fokus, f. Rajah 12 Apakah ciri-ciri imej yang akan dibentuk oleh kanta cembung ini? I. Tegak II. Nyata III. Songsang IV. Dibesarkan
35
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang mikroskop ringkas?
36
Jadual 5 menunjukkan satu perkaitan bagi satu prinsip tekanan. Jadual 5 Berdasarkan kepada perkaitan di atas, apakah aplikasi kehidupan harian yang menggunakan prinsip tekanan ini?
37
Rajah 13 menunjukkan satu sistem hidraulik. Sekiranya omboh A mempunyai keluasan 0.01 m^2, omboh B mempunyai keluasan 1.0 m^2 dengan beban sebanyak 1000 N, berapakah daya yang diperlukan bagi mengangkat beban tersebut?
38
Rajah 14 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji Prinsip Bernoulli. Setelah dialirkan air menerusi Tiub Bernoulli tersebut, didapati paras air naik yang diperhatikan adalah paling rendah pada tiub 2. Apakah inferens yang boleh dibuat daripada pemerhatian tersebut?
39
Garisan kuning dibuat sebagai garisan keselamatan di sepanjang landasan LRT di stesen LRT. Mengapakah kita perlu berdiri di belakang garisan kuning tersebut?
40
Global Positioning System (GPS) merupakan suatu sistem navigasi yang memberi maklumat tentang lokasi dan masa kepada penggunanya dalam semua keadaan cuaca. Berapakah satelit GPS yang diperlukan bagi membentuk satu rangkaian segmen angkasa bagi penentuan lokasi pengguna dengan lebih tepat?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.