Murid Tingkatan 4 Daie diminta untuk menjalankan aktiviti mengkaji pengaruh umur pada kadar denyutan nadi. Jadual 1 menunjukkan bacaan kadar denyutan nadi bagi seorang guru dan anak murid.
| Sampel | Umur | Kadar denyutan nadi (bpm) |
|---|---|---|
| Murid | 16 | 80 |
| Guru | 51 | 65 |
Jadual 1
Aktiviti tersebut adalah satu penyiasatan yang adil.
a(i)
Lukis graf bar bagi kadar denyutan nadi melawan umur. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: label dan skala setiap paksi, serta bar yang anda lukis dan nilainya.)*
2 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** inferens berdasarkan Jadual 1.
1 marks
Nyatakan
b(i)
Cara mengawal faktor yang diperhatikan
1 marks
c
Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mendapatkan data yang lebih tepat.
1 marks
25 marks
Jadual 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji pola pertumbuhan anak benih kacang hijau. 3 biji kacang hijau direndam di dalam piring petri berisi air sehingga kembang. Ketinggian anak benih kacang hijau direkodkan di dalam jadual selama 7 hari.
| Masa (hari) | Anak benih 1 (mm) | Anak benih 2 (mm) | Anak benih 3 (mm) | Purata (mm) |
|---|---|---|---|---|
| 1 | 0 | 0 | 0 | 0 |
| 2 | 3 | 5 | 4 | 4 |
| 3 | 10 | 12 | 15 | 12 |
| 4 | 20 | 35 | 44 | 33 |
| 5 | 40 | 56 | 55 | 50 |
| 6 | 59 | 81 | 72 | 71 |
| 7 | 59 | 81 | 72 | …… |
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2, nyatakan
a(i)
Masa (hari) anak benih kacang hijau yang menunjukkan fasa pegun.
1 marks
a(ii)
Ketinggian anak benih kacang hijau pada hari ke-7
1 marks
b
Semakin bertambah hari, semakin bertambah ketinggian anak benih kacang hijau. Dengan merujuk kepada Jadual 2, buktikan pernyataan itu.
1 marks
c
Nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan tumbuhan.
1 marks
d
Nyatakan satu radas yang boleh digunakan untuk mengukur ketinggian anak benih kacang hijau.
1 marks
35 marks
Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji keadaan sekeping duit syiling 5 sen dan bulu, dengan jisim yang sama, yang dilepaskan dalam medium udara dari paras X~o~ dan Y~o~. Untuk setiap sela masa 1 saat, imej-imej duit syiling 5 sen yang seterusnya telah berjaya dirakam pada kedudukan X~1~ dan X~2~.
a
Untuk sela masa yang sama, tandakan kedudukan Y~1~ dan Y~2~ yang betul bagi bulu itu di dalam petak-petak yang sesuai yang disediakan dalam Rajah 1. *(Tulis jawapan anda: nombor petak (petak 1 hingga 4, dikira dari atas) bagi Y~1~ dan Y~2~.)*
1 marks
b
Nyatakan satu inferens bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi rintangan udara.
1 marks
e
Payung terjun ialah peralatan penting bagi penerjun payung. Bagaimanakah penggunaan payung terjun itu dapat membantu penerjun payung mendarat dengan selamat?
1 marks
45 marks
Seorang murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara suhu bahan tindak balas dengan kadar tindak balas. Bahan tindak balas diwakili oleh larutan natrium tiosulfat. Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 3.
| Suhu larutan natrium tiosulfat (°C) | Suhu bilik | 35 | 40 | 45 | 50 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s) | 33 | 23 | 19 | 16 | 14 |
| Kadar tindak balas 1/masa (s^-1^) | 0.030 | 0.043 | …… | 0.063 | 0.071 |
Jadual 3
a
Lengkapkan Jadual 3. *(Tulis jawapan anda: kadar tindak balas pada suhu 40 °C.)*
1 marks
b
Menggunakan data di Jadual 3, lukis graf suhu melawan 1/masa.
Kertas graf disediakan tanpa skala; paksi mengufuk berlabel 'Kadar tindak balas 1/masa (s^-1^)'. (Paksi menegak pada kertas soalan tercetak 'Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^)', tetapi soalan meminta suhu.) *(Huraikan graf anda dalam perkataan: label dan skala setiap paksi, titik-titik yang anda plot, dan garis yang anda lukis.)*
2 marks
c
Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
d
Nyatakan satu aplikasi penggunaan suhu dalam meningkatkan kadar tindak balas yang anda lakukan dalam kehidupan seharian.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 2.1 menunjukkan satu proses yang berlaku dalam pembahagian sel.
a(i)
Apakah jenis pembahagian sel yang berlaku dalam proses ini?
1 marks
a(ii)
Namakan proses ini.
1 marks
a(iii)
Berikan dua kepentingan proses yang dinamakan di 5(a)(i).
2 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan proses pertumbuhan manusia.
Bagaimanakah manusia bermula daripada satu sel, berkembang dan membesar menjadi seorang remaja dewasa yang mempunyai berjuta-juta sel di dalam badannya?
2 marks
66 marks
Rajah 3.1 menunjukkan nukleus P dihentam oleh satu neutron dalam satu tindak balas nuklear untuk menghasilkan tenaga. Neutron-neutron yang terhasil memulakan hentaman serupa yang lain sehingga proses X dikatakan berlaku.
a
Nyatakan tindak balas nuklear yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1
1 marks
b
Apakah nukleus P?
1 marks
Proses X memainkan peranan yang penting dalam penghasilan tenaga secara berterusan.
c(i)
Namakan proses X
1 marks
c(ii)
Nyatakan satu tempat proses X dapat berlaku secara terkawal.
1 marks
d
Seorang saintis mencadangkan untuk menggantikan neutron dengan proton seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 bagi menghasilkan tenaga melalui tindak balas yang sama.
Dengan mengetahui bahawa nukleus P bercas positif, jelaskan kemungkinan untuk tindak balas yang dicadangkan itu berlaku.
2 marks
76 marks
Rajah 4.1 menunjukkan susunan radas dalam satu proses penyaduran logam.
a
Apakah logam P?
1 marks
b
Apakah yang berlaku kepada logam P semasa proses dalam Rajah 4.1?
1 marks
c(i)
Nyatakan apa yang berlaku pada paku selepas proses ini tamat.
1 marks
c(ii)
Terangkan satu kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik berdasarkan jawapan anda di 7(c)(i).
1 marks
d
Rajah 4.2 menunjukkan satu bekas air besi yang telah disadur dengan kuprum. Nyatakan dua kepentingan proses penyaduran ini.
2 marks
86 marks
a
Rajah 5.1 menunjukkan contoh-contoh produk makanan yang mengandungi bahan kimia.
Nyatakan jenis bahan kimia dalam produk makanan dalam Rajah 5.1
1 marks
b
Apakah kesan penggunaan secara berlebihan bahan kimia di 8(a) terhadap kesihatan?
1 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan dua produk makanan, P dan Q yang diproses melalui kaedah pemprosesan makanan yang berbeza.
Banding bezakan antara dua kaedah pemprosesan makanan tersebut.
2 marks
d
Rajah 5.3 menunjukkan sejenis suplemen kesihatan.
Wajarkan penggunaan suplemen kesihatan tersebut untuk jangka masa yang panjang.
2 marks
97 marks
Jadual 4 menunjukkan empat mikroorganisma berfaedah yang digunakan dalam pelbagai industri.
| Mikroorganisma | Kegunaan |
|---|---|
| *Lactobacillus* | Menghasilkan yogurt daripada susu |
| *Saccharomyces cerevisiae* | Menghasilkan gas semasa proses penapaian roti |
| *Penicillium* | Menghasilkan penisilin |
| *Rhizobium* | Menukarkan nitrogen dalam udara kepada nitrat dalam tanah |
Jadual 4
a
Berdasarkan Jadual 4, nyatakan satu mikroorganisma yang digunakan dalam bidang perubatan
1 marks
b
Berikan sebab bagi jawapan anda di 9(a).
1 marks
c
Terangkan dua kelebihan menggunakan mikroorganisma berfaedah dalam industri berbanding bahan kimia sintetik.
2 marks
d
Larutan Pembersih Ekoenzim merupakan hasil semula jadi daripada sisa pertanian seperti sisa buah-buahan atau sayur-sayuran. Berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan larutan pembersih ekoenzim:
- Sisa buah-buahan
- Gula perang
- Air
- Botol plastik bertutup
Berdasarkan bahan-bahan di atas, terangkan bagaimana cara untuk merekacipta larutan pembersih ekoenzim.
3 marks
107 marks
Rajah 6.1 menunjukkan suatu sistem yang terdapat pada kerusi di klinik gigi Inspira.
a(i)
Apakah prinsip yang digunakan dalam Rajah 6.1?
1 marks
a(ii)
Sistem tersebut masih berfungsi walaupun minyak digantikan dengan air. Jelaskan persamaan ciri-ciri minyak dan air yang menyebabkan sistem masih berfungsi.
1 marks
a(iii)
Setelah digunakan selama beberapa tahun, kerusi itu mengalami kerosakan seperti dalam Rajah 6.2
Terangkan apa yang berlaku kepada sistem tersebut.
2 marks
b
Lengkapkan model kren dalam kotak lakaran dengan menggunakan bahan-bahan di bawah. Terangkan bagaimana model itu berfungsi dengan mengaplikasikan prinsip tekanan.
Lakaran: sebuah model kren separuh siap — tiang tegak pada tapak papan, lengan kren berengsel pada hujung tiang, dan bakul segi tiga tergantung di hujung lengan. *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: di mana setiap bahan dipasang dan label setiap bahagian. Kemudian tulis penerangan bagaimana model itu berfungsi.)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 7 menunjukkan perbualan antara Puan Aina dengan doktor yang merawatnya.
Berdasarkan situasi di atas, anda diminta merancang satu penyiasatan dengan menggunakan larutan kultur bakteria, agar-agar nutrien steril, ceper kertas turas berkepekatan 10 unit penisilin, ceper kertas turas berkepekatan 30 unit penisilin, dua piring petri berpenutup dan pita selofan.
a
Pernyataan masalah.
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu diubah
1 marks
c(ii)
Faktor yang perlu dikawal
1 marks
d
Lakaran susunan radas yang berlabel *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, bagaimana ia disusun, dan label setiap bahagian.)*
3 marks
e
Jangkaan pemerhatian
1 marks
f
Dua langkah berjaga-jaga
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Ubat moden adalah ubat yang dihasilkan dalam makmal untuk kegunaan ramai dan dijual di pasaran. Terdapat pelbagai jenis ubat moden. Nyatakan satu jenis ubat moden dan kegunaannya.
2 marks
b
Rajah 8.1 menunjukkan beberapa bahan yang digunakan dalam satu kaedah perubatan.
Nyatakan ciri-ciri kaedah perubatan yang menggunakan bahan pada Rajah 8.1.
2 marks
c
Rajah 8.2 dan Rajah 8.3 menunjukkan dua jenis bahan yang baik terhadap kesihatan.
Banding bezakan pengambilan bahan berdasarkan Rajah 8.2 dan Rajah 8.3 dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan.
4 marks
d
Seorang lelaki telah didiagnosis menghidapi sejenis kanser. Beliau memilih kaedah perubatan komplementari dan menolak rawatan moden. Wajarkan tindakan beliau.
4 marks
1312 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan kitar hayat suatu produk.
K ialah mikroplastik. Bagaimanakah mikroplastik boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
b
Selain dari Proses P dan Q, namakan dan terangkan proses lain yang sesuai dilakukan terhadap sisa plastik dari aspek kelestarian alam sekitar.
2 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan keadaan tempat pembuangan sampah di suatu kawasan perumahan.
Nyatakan dua jenis pencemaran yang dihadapi bagi penduduk dalam Rajah 9.2 dan terangkan kesannya terhadap penduduk di kawasan tersebut.
4 marks
d
Satu kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sempena bulan Ramadan bertemakan #JomTapau yang telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi SWCorp. Wajarkan kepentingan kempen ini diadakan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open