Jadual 1 menunjukkan bacaan nadi yang diperoleh apabila seorang murid selesai melakukan tiga jenis aktiviti fizikal yang berbeza selepas 10 minit.
| Jenis aktiviti fizikal | Kadar denyutan nadi (bpm) |
|---|---|
| Berehat | 78 |
| Berjalan | 100 |
| Berlari | 140 |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan
a(i)
pemboleh ubah yang dimalarkan
1 marks
a(ii)
**satu** pemerhatian
1 marks
a(iii)
sebab kepada pemerhatian anda di 1(a)(ii)
1 marks
b
Nyatakan hubungan antara jenis aktiviti fizikal dengan kadar denyutan nadi.
1 marks
e
Berikut merupakan satu pernyataan berkaitan dengan eksperimen tersebut.
> Aktiviti fizikal yang lebih cergas menyebabkan kadar denyutan nadi lebih tinggi.
Berdasarkan Jadual 1, buktikan pernyataan ini.
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan susunan radas untuk menentukan pecutan graviti, g. Setiap pemberat dijatuhkan pada ketinggian 10 meter. Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Rajah 2.2.
a
Rajah 2.3 menunjukkan panjang keratan pita detik bagi 10 detik apabila pemberat 200g dilepaskan.
Ukur panjang pita detik tersebut.
…………… cm
1 marks
b
Nyatakan **satu** cara mengawal faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini.
1 marks
c
Ramalkan pecutan graviti bagi jisim pemberat 250g.
1 marks
d
Nyatakan **satu** kesimpulan bagi eksperimen ini.
1 marks
e
Eksperimen ini diulang oleh sekumpulan murid yang lain. Rajah 2.4 menunjukkan panjang keratan pita detik yang diperoleh berbeza daripada Rajah 2.3.
Apakah kesilapan yang mungkin dilakukan oleh kumpulan murid ini?
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan satu susunan radas bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Jadual 3 menunjukkan masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm^3^ gas.
| Kehadiran mangkin | Jenis campuran | Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|
| Tiada | Ketulan zink + asid hidroklorik cair | 160 |
| Ada | Ketulan zink + asid hidroklorik cair + larutan kuprum (II) sulfat | 80 |
Jadual 3
a
Berdasarkan Jadual 3, nyatakan **satu** cara mengawal pemboleh ubah bergerak balas bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 3, lukis carta palang bagi masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm^3^ gas melawan kehadiran mangkin.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm^3^ gas, 0 hingga 250 (selang 50); paksi mengufuk — Kehadiran mangkin: Ada, Tiada. *(Huraikan carta palang anda dalam perkataan: tinggi setiap palang dan label pada carta)*
2 marks
c
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
d
Pernyataan berikut menunjukkan kesimpulan bagi eksperimen itu.
> Kehadiran mangkin meningkatkan kadar tindak balas.
Berdasarkan Jadual 3, nyatakan **satu** bukti yang menunjukkan kesimpulan tersebut adalah tepat.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu eksperimen bagi proses penapaian.
Jadual 4 menunjukkan keputusan bagi kedua-dua eksperimen.
| Larutan | Kekeruhan air kapur |
|---|---|
| Jus anggur + yis | Keruh |
| Air suling + yis | Tiada perubahan |
Jadual 4
a
Berdasarkan dalam Jadual 4, nyatakan **satu** pemerhatian.
1 marks
b
Kelaskan larutan di bawah kepada yang boleh berlaku penapaian dan yang tidak boleh berlaku penapaian.
Air laut — Air beras — Cuka — Susu segar
| Berlaku penapaian | Tidak berlaku penapaian |
|---|---|
| | |
*(Tulis jawapan anda: larutan bagi setiap lajur)*
2 marks
c
Berdasarkan Jadual 4, nyatakan definisi secara operasi bagi **penapaian** dari aspek apa yang diperhatikan dan dilakukan.
1 marks
d
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga yang boleh diambil untuk mendapatkan data yang lebih tepat.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur Moden.
P, Q, R, S, T dan U ialah huruf-huruf yang digunakan bagi mewakili unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
a
Nyatakan bagaimana unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden disusun?
1 marks
b
Nyatakan unsur-unsur yang berada dalam kumpulan yang sama.
1 marks
c
Lukis dan nyatakan susunan elektron bagi atom P.
Kotak jawapan: atom P dengan nukleus dan dua petala kosong; di bawahnya "Susunan elektron: ……". *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan elektron yang anda lukis pada setiap petala, dan tulis susunan elektron)*
2 marks
d
Berdasarkan Rajah 5, nyatakan **dua** perbezaan ciri antara unsur P dan R.
2 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan kitar nitrogen.
a
Nyatakan **satu** mikroorganisma yang terlibat dalam kitar nitrogen.
1 marks
b
Kitar nitrogen membantu mengekalkan keseimbangan gas nitrogen di dalam udara. Berdasarkan Rajah 6, nyatakan proses Q.
1 marks
c
Nitrogen merupakan unsur utama yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan tanah. Seorang petani mendapati daun tanamannya menjadi kekuningan. Berdasarkan Rajah 6, terangkan proses yang dapat mengatasi masalah tersebut.
2 marks
d
Berdasarkan Rajah 6, banding dan bezakan proses Q dan R.
2 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan perbualan antara seorang guru dengan murid dalam makmal sains.
> **Guru:** Apakah yang kamu buang itu? Bukan semua bahan sisa biologi boleh dibuang ke dalam singki atau bakul sampah di dalam makmal.
>
> **Murid:** Betul ke, cikgu? Bagaimana cara menguruskan sisa biologi?
Rajah 7
a
Nyatakan **satu** contoh bahan sisa biologi.
1 marks
b
Seorang murid telah selesai menjalankan eksperimen yang melibatkan pembedahan seekor katak. Nyatakan **dua** langkah yang perlu dilakukan untuk menguruskan katak itu.
2 marks
c
Graf menunjukkan data kes tumpahan merkuri di makmal sekolah dari tahun 2021 hingga 2024.
Terangkan pola bilangan kes tumpahan merkuri dilaporkan untuk tiga tahun terakhir.
2 marks
d
Seorang murid membersihkan matanya menggunakan air yang banyak setelah terkena bahan kimia. Wajarkan.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas bagi satu sel elektrokimia.
a
Nyatakan **satu** contoh sel elektrokimia.
1 marks
b
Seorang murid ingin menghasilkan sel elektrokimia seperti Rajah 8.1 dengan menggunakan bahan yang ada di rumahnya. Nyatakan **satu** bahan lain yang boleh menggantikan larutan kuprum (II) sulfat. Terangkan jawapan anda.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan susunan radas apabila eksperimen diulang.
Berdasarkan Rajah 8.2, nyatakan perbezaan antara Set I dan Set II dari segi bacaan voltan dan jarak pasangan logam.
2 marks
d
Rajah 8.3 menunjukkan satu sel kimia ringkas yang dibina oleh seorang murid.
Wajarkan penggunaan lemon dalam sel tersebut.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebuah alat yang sedang dinaikkan ke udara.
a
Pada Rajah 9.1, tandakan X pada kawasan yang berhalaju tinggi. *(Tulis jawapan anda: bahagian dron di mana anda menandakan X)*
1 marks
b
Cadangkan pengubahsuaian yang boleh dilakukan terhadap bilah kipas untuk menghasilkan daya angkat yang lebih besar tanpa menambah kelajuan putaran.
1 marks
c
Penggunaan dron dalam sektor pertanian di Malaysia semakin meningkat. Nyatakan **dua** kelebihan penggunaan alat tersebut.
2 marks
Rajah 9.2 menunjukkan sebuah model helikopter yang dihasilkan bagi satu pertandingan STEM sekolah.
d(i)
Terangkan bagaimanakah model ini berfungsi?
1. …
2. …
2 marks
d(ii)
Cadangkan **satu** peralatan dalam kehidupan harian yang menggunakan prinsip yang sama seperti model di atas.
1 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu contoh sumber tenaga dalam sektor tenaga.
a
Nyatakan sumber tenaga yang digunakan dalam Rajah 10.1.
1 marks
b
Jadual 5.1 menunjukkan bil elektrik bagi rumah Encik Ahmad untuk tempoh tiga bulan.
| Januari | Februari | Mac |
|---|---|---|
| RM 100 | RM 150 | RM 185 |
Jadual 5.1
Berdasarkan Jadual 5.1, cadangkan **satu** tindakan yang boleh dilakukan oleh beliau untuk mengurangkan bil bulanannya.
1 marks
c
Jadual 5.2 menunjukkan dua buah kereta yang menggunakan sumber tenaga yang berbeza.
| Kereta X | Kereta Y |
|---|---|
| Harga yang murah; Menggunakan bahan api fosil | Harga kereta yang mahal; Menggunakan kombinasi bateri dan bahan api fosil |
Jadual 5.2
Berdasarkan Jadual 5.2, pilih kereta yang paling sesuai untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jelaskan.
2 marks
d
Rajah 10.3 menunjukkan bahan yang dibekalkan kepada setiap kumpulan dalam satu pertandingan inovasi Teknologi Hijau.
Berdasarkan Rajah 10.3, lakarkan dan label model kincir angin anda dalam ruangan yang disediakan serta terangkan fungsi model.
Penerangan: … *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk model kincir angin, bahan yang digunakan bagi setiap bahagian dan labelnya, serta fungsi bahan / model)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11 menunjukkan perbualan antara dua orang pesakit dengan seorang doktor.
> **Pesakit 1:** Doktor… saya masih demam. Batuk semakin teruk.
> **Doktor:** Antibiotik dos rendah nampaknya tidak cukup kuat. Jangkitan belum terkawal.
>
> **Pesakit 2:** Doktor… saya rasa jauh lebih sihat hari ini!
> **Doktor:** Bagus! Antibiotik dos tinggi membantu badan awak melawan bakteria dengan cepat.
>
> **Penjelasan — Jururawat:** Kenapa dos tinggi lebih berkesan, doktor?
> **Doktor:** Ooo… Dos tinggi membantu membunuh bakteria sepenuhnya dan proses penyembuhan menjadi lebih cepat.
Rajah 11
Berdasarkan perbualan dalam Rajah 11, rancang **satu** eksperimen dalam makmal dengan menggunakan **larutan kultur bakteria *Bacillus* sp., agar-agar nutrien steril** dan **tiga ceper penisilin dengan kepekatan 10%, 20% dan 30%** serta radas yang lain.
Perancangan anda perlu mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
c(ii)
Pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
d
Lakaran susunan bahan dan radas yang berlabel *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: radas dan bahan yang anda lukis, susunannya, dan label setiap bahagian)*
2 marks
e
Jangkaan pemerhatian yang menyokong hipotesis anda
1 marks
f
Tiga aspek yang diperlukan untuk melukis graf eksperimen tersebut
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Satelit merupakan objek yang mengorbit Bumi.
a
Namakan **dua** jenis orbit satelit.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan dua satelit mengorbit Bumi pada ketinggian berbeza.
Nyatakan halaju bagi satelit P. Jelaskan.
2 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan dua jenis kenderaan pelancar angkasa.
Banding bezakan kenderaan pelancar angkasa P dan Q. Nyatakan **satu** kesan perkembangan pesat dalam teknologi angkasa lepas.
4 marks
d
Sistem Penentu Sejagat (GPS) digunakan dalam kehidupan harian secara meluas. Wajarkan kegunaan dan kepentingan GPS.
4 marks
1312 marks
Bahan antioksidan dapat menghalang tindakan radikal bebas terhadap tubuh badan manusia dan boleh didapati dalam pelbagai sumber.
a
Nyatakan **dua** contoh bahan antioksidan.
2 marks
Rajah 13 menunjukkan sumber bahan dan makanan yang mengandungi bahan antioksidan.
b(i)
Berdasarkan Rajah 13,
Nyatakan **dua** bentuk bahan K yang boleh didapati di pasaran.
2 marks
b(ii)
Huraikan **empat** perbezaan makanan L berbanding bahan K dari aspek:
- Harga
- Dos pengambilan
- Jangka hayat
- Ruang penyimpanan
4 marks
b(iii)
Seorang wanita memilih untuk membeli suatu produk daripada bahan K yang tidak mengandungi bahan kimia tambahan, iaitu pemanis. Wajarkan tindakan wanita tersebut terhadap kesihatannya.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open