Jadual 1 menunjukkan purata kadar denyutan nadi bagi empat orang individu.
| Individu | Umur (tahun) | Kadar denyutan nadi (bpm) | | | Purata kadar denyutan nadi (bpm) |
|---|---|---|---|---|---|
| A | 15 | 78 | 77 | 79 | 78 |
| B | 21 | 73 | 71 | 72 | 72 |
| C | 28 | 65 | 67 | 66 | 66 |
| D | 35 | 60 | 59 | 61 | 60 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1, lukiskan graf purata kadar denyutan nadi melawan umur.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Purata kadar denyutan nadi (bpm), 0 hingga 100 (tanda 20, 40, 60, 80, 100); paksi mengufuk — Umur (tahun), 0 hingga 40 (tanda 10, 20, 30, 40). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (umur dan purata kadar denyutan nadi bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
b
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan **satu** pemerhatian.
1 marks
c
Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
d
Rajah 1 menunjukkan perbualan antara Salina dan rakan sekelasnya Siti selepas berlari.
> Salina: Kadar denyutan nadi saya ialah 110 bpm.
>
> Siti: Tingginya kadar denyutan nadi kamu Salina. Kadar denyutan nadi saya lebih rendah daripada kamu.
Rajah 1
Apakah kesilapan yang mungkin dilakukan oleh Salina semasa mengambil bacaan kadar denyutan nadinya?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen bagi mengkaji masa yang diambil untuk objek jatuh bebas dan bukan jatuh bebas.
Jadual 2 menunjukkan keputusan bagi eksperimen tersebut.
| Silinder | Kehadiran udara | Masa diambil untuk objek jatuh ke dasar silinder (s) |
|---|---|---|
| P | Ada | 11 |
| Q | Tiada | 5 |
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2,
a(i)
nyatakan **satu** faktor yang diperhatikan dan cara mengawalnya
2 marks
a(ii)
nyatakan **satu** inferens bagi eksperimen ini
1 marks
a(iii)
nyatakan **satu** hipotesis
1 marks
a(iv)
nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga yang boleh diambil untuk mendapatkan data yang lebih jitu.
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kesan saiz bahan tindak balas pepejal terhadap kadar tindak balas.
a
Rajah 3.2 menunjukkan keputusan eksperimen selepas 2 minit.
Ukur isi padu gas terkumpul bagi ketulan marmar. Tulis jawapan anda dalam Jadual 3.
| Bahan | Isi padu gas terkumpul (cm^3^) |
|---|---|
| Serbuk marmar | 24.5 |
| Ketulan marmar | …… |
Jadual 3
1 marks
Berdasarkan pemerhatian dalam Jadual 3,
b(i)
nyatakan **satu** inferens
1 marks
b(ii)
ramalkan isi padu gas yang terhasil apabila ketulan marmar yang lebih kecil digunakan
1 marks
b(iii)
nyatakan hubungan di antara saiz bahan tindak balas pepejal dengan isi padu gas yang terkumpul.
1 marks
c
> Kadar tindak balas bergantung kepada saiz bahan tindak balas pepejal
Berdasarkan Jadual 3, mengapakah kesimpulan awal ini boleh diterima?
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 dan Rajah 4.2 menunjukkan susunan radas yang disediakan untuk mengkaji kesan kedudukan ion dalam siri elektrokimia terhadap pemilihan jenis ion untuk dinyahcas pada elektrod.
Jadual 4 menunjukkan hasil yang terbentuk pada anod dan katod bagi setiap elektrolit yang digunakan.
| Jenis elektrolit | Hasil di anod | Hasil di katod |
|---|---|---|
| Larutan magnesium nitrat | Gelembung-gelembung gas oksigen terbebas | Gelembung-gelembung gas hidrogen terbebas |
| Larutan kuprum(II) sulfat | Gelembung-gelembung gas oksigen terbebas | Pepejal perang terenap |
Jadual 4
a
Berdasarkan Jadual 4, nyatakan **satu** pemerhatian apabila larutan kuprum(II) sulfat digunakan.
1 marks
b(i)
Nyatakan faktor yang perlu diubah
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimanakah cara anda mengawal pemboleh ubah dimanipulasi.
1 marks
c
Nyatakan definisi secara operasi bagi elektrolit.
1 marks
d
Rajah 4.3 menunjukkan bahagian X yang mudah berkarat.
Dengan menggunakan aplikasi elektrolisis, nyatakan proses yang boleh digunakan untuk mengelakkan pengaratan.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan bantuan kecemasan.
a(i)
Nyatakan **satu** situasi mangsa yang memerlukan bantuan kecemasan dalam Rajah 5.1.
1 marks
a(ii)
Nyatakan tujuan prosedur yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.
1 marks
b
Terangkan kesan yang akan berlaku sekiranya bantuan kecemasan dalam Rajah 5.1 tidak dapat dilakukan dengan segera.
2 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan satu contoh lain bantuan kecemasan.
Berdasarkan Rajah 5.1 dan 5.2, banding dan bezakan dua kaedah tersebut.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan rajah skema pewarisan bagi jenis rambut.
Berdasarkan Rajah 6.1, rambut keriting adalah trait dominan dan rambut lurus adalah trait resesif.
a(i)
Namakan proses Z.
1 marks
a(ii)
Lengkapkan Rajah 6.1 bagi genotip anak S. *(Tulis jawapan anda: genotip anak S)*
1 marks
a(iii)
Nyatakan jenis rambut bagi anak T.
1 marks
a(iv)
Sekiranya bapa berambut keriting berbaka tulen berkahwin dengan ibu berambut lurus, berapakah peratus untuk mendapatkan anak berambut lurus?
1 marks
b
Satu eksperimen tentang pewarisan telah dijalankan oleh sekumpulan murid. Rajah 6.2 menunjukkan tikus berbulu hitam (BB) telah dikacukkan dengan tikus berbulu putih (bb).
Dengan menggunakan Hukum Mendel, lukis rajah skema pewarisan tikus. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: genotip induk, gamet yang terhasil dan genotip semua anak F1 dalam rajah anda)*
2 marks
76 marks
Lemak ialah sebatian karbon organik yang berperanan membekalkan tenaga dalam tempoh yang panjang.
a
Senaraikan **dua** unsur yang terkandung dalam lemak.
1 marks
b
Seorang wanita gemar memakan makanan bergoreng. Makanan bergoreng mengandungi lemak yang tinggi. Rajah 7.1 menunjukkan keadaan dalam salur darah wanita tersebut.
Nyatakan **dua** langkah yang boleh diambil oleh wanita itu untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan carta palang peratus lemak tepu dalam beberapa jenis minyak.
Berdasarkan carta palang pada Rajah 7.2, nyatakan jenis minyak yang berasal daripada haiwan. Berikan alasan anda.
2 marks
d
Rajah 7.3 menunjukkan dua jenis makanan yang kerap diambil oleh remaja masa kini.
Pengambilan makanan tersebut memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia. Wajarkan.
1 marks
86 marks
Rajah 8 menunjukkan satu tindak balas nuklear.
a
Namakan tindak balas nuklear itu.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 8, terangkan tindak balas nuklear itu.
2 marks
c
Reaktor nuklear merupakan teras utama bagi tindak balas berantai dan disokong dengan sistem penyejukan sokongan. Terangkan kesan sekiranya sistem penyejukan gagal berfungsi.
2 marks
d
Cadangan pembinaan jana kuasa nuklear di Malaysia mendapat sokongan sebahagian daripada rakyat Malaysia. Berikan **satu** sebab untuk anda menyokong pernyataan ini.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan seekor haiwan yang sedang minum air di dalam kolam.
a
Berdasarkan Rajah 9.1, nyatakan **satu** faktor yang mempengaruhi kestabilan objek.
1 marks
b
Apakah yang akan berlaku jika zirafah tidak mengangkangkan kakinya semasa minum air di kolam?
1 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan dua buah model menara dengan menggunakan blok kayu.
Model manakah yang lebih stabil? Terangkan.
2 marks
d
Kestabilan ialah kebolehan sesuatu objek mengekalkan kedudukan asalnya. Anda diminta membina satu model meja pasu hiasan yang stabil dengan menggunakan bahan berikut:
1. Pasu hiasan
2. Kayu silinder
3. Papan meja
4. Gam
5. Pemotong kayu
6. Pita pengukur
Tuliskan langkah-langkah untuk menyediakan alat tersebut.
1. ……
2. ……
3. ……
4. Letakkan pasu hiasan di atas meja tersebut.
*(Tulis langkah 1, 2 dan 3.)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan pergerakan sehelai kertas apabila ditiup oleh seorang murid di bahagian atas kertas.
a
Lengkapkan Jadual 5.
| | Bahagian atas kertas | Bahagian bawah kertas |
|---|---|---|
| Kelajuan udara | …… | Rendah |
| Tekanan udara | Rendah | …… |
Jadual 5 *(Tulis jawapan anda: kelajuan udara di bahagian atas kertas dan tekanan udara di bahagian bawah kertas)*
1 marks
b
Berikan **satu** contoh alat yang mengaplikasikan prinsip yang sama dengan situasi pada Rajah 10.1.
1 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan dua buah rumah yang mempunyai bumbung yang berbeza.
Jenis bumbung yang manakah lebih baik digunakan untuk mengelakkan bumbung mudah terangkat semasa angin kencang? Terangkan.
2 marks
d
Rajah 10.3 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk mereka bentuk model kapal terbang.
Lakar dan labelkan model kapal terbang anda dalam ruang yang disediakan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk model kapal terbang anda, bahan yang digunakan untuk setiap bahagian dan label-labelnya)*
2 marks
e
Jika model kapal terbang itu direalisasikan, terangkan bagaimana prinsip Bernoulli diaplikasikan pada sayap kapal terbang itu.
1 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Encik Fairuz hendak menggantung bingkai gambar pada dinding rumahnya. Dia menggunakan dua batang paku yang berlainan jenis. Keadaan paku selepas diketuk adalah seperti dalam Rajah 11.
Berdasarkan situasi itu, anda diminta merancang satu eksperimen dengan menggunakan bongkah besi, bongkah loyang, benang, pita selofan, bola keluli, pemberat (1 kg), kaki retort, pengapit dan radas lain di makmal untuk mengkaji kekerasan aloi dengan logam tulen.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Tujuan eksperimen
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c
Pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
d(i)
Faktor yang diperhatikan
1 marks
d(ii)
Terangkan bagaimana anda mengawal pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
e
Bahan dan radas
1 marks
f
Lukisan susunan bahan dan radas yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahan dan radas dalam lukisan anda, cara ia disusun dan label-labelnya)*
3 marks
g
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh para petani di kawasan ladang mereka merupakan satu isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan.
a(i)
Nyatakan **dua** kesan aktiviti pembakaran terbuka terhadap alam sekitar.
2 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana Teknologi Hijau mampu mengatasi isu sosiosaintifik berkaitan sisa-sisa pertanian.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan dua kaedah yang digunakan dalam mengawal populasi tikus di ladang.
Banding dan bezakan kaedah J dan K. Jelaskan kesan terhadap alam sekitar sekiranya kaedah J digunakan secara berlebihan.
4 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan satu kempen.
Wajarkan pelaksanaan kempen ini dalam menangani isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan.
4 marks
1312 marks
Kitaran hayat umum bagi sesuatu produk bermula daripada sumber sehingga peringkat pelupusan.
a(i)
Nyatakan **dua** kitaran hayat bagi sesuatu produk.
2 marks
a(ii)
Rajah 13.1 menunjukkan penghasilan suatu produk.
Terangkan bagaimana penghasilan produk tersebut dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar.
2 marks
b
Rajah 13.2 menunjukkan graf jumlah sisa yang dibuang ke tapak pelupusan sampah.
Berdasarkan Rajah 13.2, huraikan pola jumlah sisa yang dibuang. Terangkan faktor yang mempengaruhi perubahan jumlah sisa yang dibuang.
4 marks
c
Penggunaan bebola lumpur mikroorganisma efektif merupakan kaedah pembersihan air dalam Teknologi Hijau. Terangkan kelebihan penggunaan bebola lumpur mikroorganisma efektif untuk merawat air yang tercemar.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open