Rajah 1.1 menunjukkan pengukuran dibuat seorang murid dalam suatu eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan anak benih kacang bendi.
Jadual 1 menunjukkan keputusan bagi eksperimen tersebut.
| Masa (hari) | Ketinggian anak benih kacang bendi (cm) |
|---|---|
| 1 | 0.0 |
| 2 | 0.8 |
| 3 | 2.4 |
| 4 | 5.6 |
| 5 | 7.8 |
| 6 | 8.8 |
| 7 | …… |
Jadual 1
a
Berdasarkan Rajah 1.1, rekodkan ketinggian anak benih kacang bendi pada hari ke-7 dalam Jadual 1. *(Tulis jawapan anda: ketinggian pada hari ke-7)*
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 1, lukis graf ketinggian anak benih kacang bendi melawan masa.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Ketinggian anak benih kacang bendi, 0 hingga 10.0 (selang 2.0); paksi mengufuk — Masa (hari), 1 hingga 7. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (masa dan ketinggian bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
c
Berdasarkan eksperimen itu, nyatakan **satu** pemboleh ubah dimalarkan.
1 marks
d
Anak benih kacang bendi dibungkus secara vakum selepas hari ke-15. Graf pertumbuhan anak benih kacang bendi adalah seperti dalam Rajah 1.2.
Didapati graf dalam Rajah 1.2 tidak menepati pola pertumbuhan tumbuhan. Nyatakan bahagian pada graf yang menyokong dapatan tersebut.
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji masa yang diambil untuk objek jatuh dalam dua keadaan yang berbeza.
a
Bacaan masa yang diambil bagi silinder P ditunjukkan pada Rajah 2.2.
Berdasarkan Rajah 2.2, tuliskan bacaan tersebut dalam Jadual 2.
| Silinder | Kehadiran udara | Masa yang diambil untuk objek jatuh (s) |
|---|---|---|
| P | Ya | …… |
| Q | Tidak | 10 |
Jadual 2
*(Tulis jawapan anda: bacaan masa bagi silinder P)*
1 marks
Berdasarkan Jadual 2 dalam eksperimen ini,
b(i)
Nyatakan **satu** pemboleh ubah dimanipulasikan.
1 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** cara mengawal pemboleh ubah di 2(b)(i).
1 marks
c
Eksperimen ini diulang dengan menggantikan bulu dengan duit syiling. Ramalkan bacaan jam randik pada silinder Q.
1 marks
d
Masa yang diambil untuk objek jatuh dalam silinder P dan Q adalah berbeza. Berikan alasan anda.
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan pertumbuhan bakteria *Bacillus subtilis* bagi dua piring petri yang diletakkan agar-agar nutrien selepas 7 hari disimpan pada suhu 37 °C di tempat yang gelap.
| Set | Jenis kepekatan antibiotik | Diameter kawasan jernih (cm) |
|---|---|---|
| A | Rendah | 1.4 |
| B | Tinggi | …… |
Jadual 3
a
Berdasarkan Rajah 3, ukur dan rekod diameter kawasan jernih Set B dalam Jadual 3. *(Tulis jawapan anda: diameter kawasan jernih Set B dalam cm)*
*(Nota Cerdek: rajah pada skrin tidak mengikut saiz sebenar. Pada kertas soalan asal, diameter kawasan jernih Set B ialah 2.2 cm apabila diukur dengan pembaris — gunakan nilai ini.)*
1 marks
b
Berikan **satu** inferens berdasarkan pemerhatian bagi Rajah 3.
1 marks
c
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
d
Berikan definisi secara operasi bagi **antibiotik**.
1 marks
e
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga yang boleh diambil dalam eksperimen ini.
1 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan dua bacaan jam randik bagi mengumpulkan 30 cm^3^ gas menggunakan marmar berlainan saiz.
a
Nyatakan **satu** tujuan bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan **satu** cara mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan di dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Nyatakan hubungan antara saiz marmar dan masa yang diambil untuk mengumpulkan 30 cm^3^ gas.
1 marks
e
Kaji graf di bawah.
Berdasarkan Rajah 4, buktikan graf tersebut adalah benar.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan keratan rentas sebuah sayap kapal terbang.
a
Namakan bentuk keratan rentas sayap kapal terbang seperti dalam Rajah 5.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 5, nyatakan bagaimana daya angkat terhasil.
1 marks
c
Juruterbang meningkatkan sudut serang sayap, α, semasa berlepas. Terangkan bagaimana tindakan ini membantu kapal terbang naik ke udara.
2 marks
d
Berdasarkan Rajah 5, nyatakan perbezaan laju aliran udara dan tekanan udara di atas sayap dan di bawah sayap.
2 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan sejenis bantuan kecemasan yang sedang diberikan kepada mangsa.
a
Nyatakan kaedah yang ditunjukkan dalam Rajah 6.
1 marks
b
Nyatakan kepentingan melakukan teknik tekanan dada semasa memberikan bantuan kecemasan tersebut.
1 marks
c
Nyatakan **dua** situasi yang menyebabkan mangsa memerlukan bantuan kecemasan dalam Rajah 6.
2 marks
d
Terdapat dua jenis bantuan kecemasan iaitu Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Heimlich Manoeuvre. Banding bezakan antara dua jenis bantuan kecemasan ini.
— Persamaan dan perbezaan
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan aplikasi teknologi hijau dalam menangani isu sosiosaintifik dalam satu sektor.
a
Nyatakan jenis sektor dalam teknologi hijau yang diaplikasikan dalam Rajah 7.1.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan **dua** kelebihan penggunaan aplikasi teknologi hijau terhadap alam sekitar.
2 marks
Negara X menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga utama manakala negara Y menggunakan tenaga hidro sebagai sumber tenaga negara mereka.
c(i)
Banding bezakan antara sumber tenaga hidro dan sumber tenaga nuklear.
2 marks
c(ii)
Tenaga nuklear mula digunakan secara meluas di seluruh dunia. Malaysia bercadang membina stesen janakuasa nuklear. Wajarkan tindakan tersebut.
1 marks
86 marks
Rajah 8(a), 8(b) dan 8(c) menunjukkan beberapa jenis perubatan yang biasa digunakan dalam masyarakat di negara kita.
a
Nyatakan jenis perubatan yang ditunjukkan dalam Rajah 8(a) di atas.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 8(b) dan Rajah 8(c), banding bezakan ciri bagi dua jenis perubatan tersebut.
2 marks
c
Ibu mertua Puan Suzi mencadangkan beliau untuk mengambil ubat-ubatan tradisional serta mengamalkan urutan tradisional selepas bersalin. Nyatakan **dua** sebab cadangan ini wajar diterima oleh Puan Suzi.
2 marks
d
Bahan aktif ialah komponen dalam sesuatu produk kesihatan. Wajarkan penggunaan bahan aktif dalam vitamin C.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan tindakan molekul sabun semasa proses mencuci pakaian.
a
Namakan bahagian yang bertanda Y.
1 marks
b
Nyatakan ciri bahagian yang bertanda Z.
1 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan situasi di sebuah kantin sekolah.
Pengusaha kantin ini memasang penapis pada longkang untuk menapis sisa cucian. Wajarkan tindakan beliau terhadap alam sekitar.
2 marks
d
Pengusaha kantin tersebut ingin menjimatkan kos pembelian bahan pencuci dengan menghasilkan sabun basuhan sendiri secara kitar semula. Beliau menggunakan **minyak masak terpakai** dan **air abu batang pisang pekat** sebagai bahan utama. Air abu batang pisang pekat bersifat alkali. Dengan dibekalkan bahan lain seperti **garam** dan **kuali**, tuliskan langkah-langkah untuk menghasilkan sabun tersebut.
1. ……
2. ……
3. ……
4. Tapis campuran menggunakan kain kapas nipis.
5. Letakkan hasil tapisan di bawah cahaya matahari sehingga mengeras.
*(Tulis jawapan anda: langkah 1, 2 dan 3)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan susunan radas bagi satu sel kimia ringkas.
a(i)
Berdasarkan Rajah 10.1 nyatakan kepingan logam manakah yang berfungsi sebagai terminal negatif.
1 marks
a(ii)
Cadangkan larutan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik jika bekalan larutan kuprum (II) sulfat adalah terhad di dalam makmal.
1 marks
b
Sel kimia ringkas boleh digunakan sebagai sumber tenaga elektrik. Wajarkan penggunaan sel ini dalam kehidupan seharian.
2 marks
c
Tenaga elektrik boleh dihasilkan melalui tindak balas kimia. Anda diminta oleh guru untuk menghasilkan satu set sel kimia ringkas dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan seperti dalam Rajah 10.2.
Labelkan sel ringkas dan terangkan konsep cadangan anda.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: susunan bahan-bahan dalam sel anda, label setiap bahan dan konsep bagaimana sel itu berfungsi)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11 menunjukkan seorang suri rumah mendapati bahawa kuali yang diperbuat daripada besi miliknya mudah berkarat setelah digunakan beberapa kali. Walau bagaimanapun, kuali yang diperbuat daripada keluli tetap berkilat dan tidak berkarat walaupun telah lama digunakan.
Berdasarkan situasi di atas, rancang satu eksperimen dalam makmal untuk mengkaji ketahanan terhadap kakisan antara aloi dan logam tulen.
Perancangan anda perlu mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu diubah
1 marks
c(ii)
Cara mengawal faktor yang diubah
1 marks
d
Prosedur dan kaedah
4 marks
e
Jangkaan pemerhatian yang menyokong hipotesis anda
1 marks
f
Langkah berjaga-jaga
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Badan manusia memerlukan nutrisi untuk mengekalkan kesihatan secara optimum. Pengambilan nutrisi dengan seimbang mengikut nilai kalori menjadi aspek penting dalam corak pemakanan seharian.
a
Berikan **dua** faktor yang mempengaruhi keperluan kalori dalam kehidupan seharian.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan satu hidangan makanan.
Terangkan konsep yang diamalkan dalam Rajah 12.1.
2 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan nilai import makanan dari tahun 2013 hingga 2022.
Jadual 4 menunjukkan bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2013 hingga 2022.
| Tahun | Bilangan Penduduk (Juta) |
|---|---|
| 2013 | 28.6 |
| 2014 | 29.6 |
| 2015 | 30.7 |
| 2017 | 31.6 |
| 2018 | 32.4 |
| 2020 | 33.2 |
| 2021 | 34.5 |
| 2022 | 35.6 |
Jadual 4 (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)
Berdasarkan Rajah 12.2 dan Jadual 4, nyatakan pola hubungan antara nilai import makanan dengan bilangan penduduk di Malaysia. Terangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan pada masa hadapan berikutan pertambahan bilangan penduduk.
4 marks
d
Seorang petani moden telah mengusahakan tanaman secara komersial. Pada mulanya, beliau menggunakan racun kimia untuk mengawal serangga perosak. Namun, selepas menghadiri kursus pertanian lestari, beliau beralih memilih kaedah seperti Rajah 12.3.
Berikan **empat** kelebihan menggunakan kaedah dalam Rajah 12.3.
4 marks
1312 marks
Rajah 13 menunjukkan ciri yang terhasil daripada dua jenis pembahagian sel.
**Pembahagian sel** → (i) 2 sel anak; (ii) 4 sel anak
Rajah 13
a
Nyatakan **dua** jenis pembahagian sel berdasarkan Rajah 13.
2 marks
b
Nyatakan **dua** kepentingan proses yang menghasilkan dua sel anak seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13.
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 13, banding bezakan **dua** jenis pembahagian sel tersebut.
4 marks
d
Semua murid tingkatan empat digalakkan untuk menjalani ujian saringan talasemia. Wajarkan ujian saringan ini.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open