Sekumpulan pelajar Tingkatan 5 menjalankan eksperimen untuk mengenal pasti kumpulan darah mereka di makmal. Jadual 1 menunjukkan kumpulan darah bagi 30 orang pelajar tersebut.
| | | | | | |
|---|---|---|---|---|---|
| O | B | AB | AB | B | O |
| A | AB | A | AB | O | AB |
| AB | O | B | B | AB | AB |
| B | B | A | A | A | B |
| O | B | AB | O | AB | A |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1 di atas, lengkapkan jadual di bawah.
| Kumpulan darah | A | B | AB | O |
|---|---|---|---|---|
| Bilangan murid | ………… | ………… | ………… | ………… |
*(Tulis jawapan anda: bilangan murid bagi setiap kumpulan darah)*
1 marks
b
Berdasarkan Jadual di 1(a), plotkan graf bar yang menunjukkan bilangan murid melawan kumpulan darah.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Bilangan pelajar, 0 hingga 12 (berlabel setiap 2); paksi mengufuk — Kumpulan darah. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: kumpulan darah pada paksi mengufuk, tinggi bar bagi setiap kumpulan darah dan lebar bar-bar yang anda lukis)*
2 marks
c
Apakah jenis variasi di atas?
1 marks
d
Rajah 1 menunjukkan stok darah di Pusat Darah Negara. Stok darah kumpulan AB adalah selamat.
Pada pendapat anda, mengapakah penggunaan darah AB paling selamat?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan suatu eksperimen untuk membandingkan kekuatan tulang yang padat dan tulang yang berongga.
Keputusan eksperimen dicatatkan dalam Jadual 2.
| Silinder | Bilangan buku teks yang boleh disokong |
|---|---|
| Berongga | 12 |
| Padat | 7 |
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2, nyatakan
a(i)
pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
a(ii)
cara mengawal pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
b
Apakah hubungan antara jenis silinder dengan bilangan buku teks yang boleh disokong?
1 marks
c
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan satu definisi secara operasi bagi tulang padat.
1 marks
d
Burung mempunyai tulang-tulang berongga untuk membolehkannya terbang dengan mudah. Apakah kelebihan mempunyai tulang berongga bagi haiwan tersebut?
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 dan 3.2 menunjukkan satu susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Jadual 3 menunjukkan isipadu gas yang terkumpul.
| Campuran dalam kelalang kon | Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm^3^ gas (minit) |
|---|---|
| Ketulan zink dan asid hidroklorik cair | 24 |
| Ketulan zink, asid hidroklorik cair dan larutan kuprum (II) sulfat | ………… |
Jadual 3
a
Berdasarkan Rajah 3.2, nyatakan masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm^3^ gas dan tulis jawapan anda dalam Jadual 3.
1 marks
b
Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
Berdasarkan Rajah 3.1 dan 3.2
c(i)
Nyatakan satu faktor yang diubah.
1 marks
c(ii)
Cara mengawalnya.
1 marks
d
Pada akhir eksperimen ini dapat disimpulkan bahawa kehadiran mangkin akan mempercepatkan kadar tindak balas. Dengan menggunakan maklumat dalam Jadual 3, bagaimanakah anda dapat membuktikan bahawa kesimpulan tersebut adalah tepat?
1 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan satu susunan radas bagi suatu eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis ion untuk dinyahcas pada anod.
Asid hidroklorik 0.0001 mol dm^-3^ dalam eksperimen tersebut digantikan dengan asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm^-3^. Jadual 4 menunjukkan hasil di anod selepas beberapa minit suis dihidupkan.
| Elektrolit | Hasil di anod |
|---|---|
| Asid hidroklorik 0.0001 mol dm^-3^ | Gas tidak berwarna |
| Asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm^-3^ | Gas kuning kehijauan |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4
a(i)
Nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
a(ii)
Berikan sebab pada hasil dapatan anda.
1 marks
b
Ramalkan kesan ke atas kertas litmus biru lembap apabila dimasukkan ke dalam tabung uji yang mengandungi gas halogen.
1 marks
c
Nyatakan satu hubungan antara kepekatan elektrolit dengan hasil di anod berdasarkan Jadual 4.
1 marks
d
> GAS KLORIN MERUPAKAN GAS BERACUN
Cadangkan satu cara bagaimana untuk memastikan eksperimen di atas dijalankan dengan selamat dalam makmal.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan satu kelenjar dalam badan manusia.
a(i)
Apakah kelenjar X dalam Rajah 5.1?
1 marks
a(ii)
Kelenjar di a(i) merembeskan sejenis bahan kimia. Apakah fungsi bahan kimia itu?
1 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan satu poster kempen anti dadah.
> DADAH MUSUH UTAMA
>
> ANAK BANGSA..... JAUHILAH DADAH
>
> PEROSAK AKIDAH, BANGSA DAN NEGARA
Rajah 5.2
Berdasarkan poster tersebut, apakah kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan?
2 marks
d
Rajah 5.3 menunjukkan dua jenis dadah.
Banding beza antara jenis dadah halusinogen dan penenang terhadap koordinasi badan.
2 marks
66 marks
Isotop dalam bentuk radioisotop banyak digunakan dalam pelbagai bidang.
a
Nyatakan satu contoh isotop yang digunakan dalam bidang arkeologi.
1 marks
b
Jadual 6.1 menunjukkan beberapa contoh isotop.
| Isotop | Bilangan proton | Bilangan neutron | Nombor nukleon |
|---|---|---|---|
| Klorin-35 | 17 | ………… | 35 |
| Natrium-23 | ………… | 12 | 23 |
Jadual 6.1
*(Tulis jawapan anda: bilangan neutron klorin-35 dan bilangan proton natrium-23)*
2 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan maklumat bagi unsur X dan Rajah 6.2 menunjukkan struktur bagi atom Y dan Z.
| X | |
|---|---|
| Bilangan proton | 6 |
| Bilangan elektron | 6 |
| Bilangan neutron | 6 |
Jadual 6.2
Berdasarkan Rajah 6, yang manakah merupakan pasangan isotop bagi unsur X? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Sebuah syarikat menjalankan perniagaan mengeksport halia. Sebelum memasarkan hasilnya, halia tersebut perlu didedahkan kepada sinar gama. Disebabkan masalah teknikal, pemancar sinar gama tidak boleh berfungsi dengan baik. Nyatakan **satu** kesannya terhadap halia tersebut.
1 marks
76 marks
Jadual 7.1 menunjukkan sebatian hidrokarbon.
| Sebatian P | Sebatian Q |
|---|---|
| Mempunyai ikatan kovalen tunggal di antara atom karbon dengan atom karbon (C-C) | Mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua di antara atom karbon dengan atom karbon (C=C) |
| Contoh: Alkana | Contoh: Alkena |
Jadual 7.1
a
Apakah jenis sebatian hidrokarbon P dan Q?
2 marks
b
Alkohol dapat dihasilkan melalui proses penapaian. Huraikan proses penapaian tersebut.
2 marks
Jadual 7.2 menunjukkan komposisi dan ciri bahan J, K dan L yang diperolehi daripada sumber yang berbeza.
| Bahan | Peratus berat asid lemak (%) — Lemak tepu | Peratus berat asid lemak (%) — Lemak tak tepu | Takat lebur |
|---|---|---|---|
| J | 13 | 84 | Rendah |
| K | 83 | 8 | Tinggi |
| L | 50 | 50 | Sederhana |
Jadual 7.2
c(i)
Encik Ahmad telah mengambil bahan K secara berlebihan selama 10 tahun sehingga dia mengalami masalah tekanan darah tinggi. Bagaimanakah bahan K boleh menyebabkan masalah tersebut kepada Encik Ahmad?
1 marks
c(ii)
Berdasarkan Jadual 7.2, pilih satu bahan yang boleh mengurangkan masalah yang dihadapi oleh Encik Ahmad.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu contoh satelit.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan satelit?
1 marks
b
Bagaimanakah satelit dilancarkan dan ditempatkan ke dalam orbit?
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan dua jenis kenderaan pelancar yang digunakan untuk menghantar satelit atau kapal angkasa ke angkasa lepas.
Nyatakan **dua** perbezaan di antara ELV dan RLV.
2 marks
d
Perkembangan pesat dalam teknologi angkasa lepas telah menyebabkan pertambahan bahan buangan di angkasa lepas. Jelaskan jawapan anda.
1 marks
97 marks
Jadual 9 menunjukkan keputusan ujian larutan metilena biru terhadap 50 ml bagi tiga sampel air yang berbeza di kawasan penempatan penduduk.
| Jenis sampel air | Masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur (minit) |
|---|---|
| Air longkang | 20 |
| Air sungai | 45 |
| Air kolam | 80 |
Jadual 9
a
Jenis sampel air manakah yang paling tercemar?
1 marks
b
Larutan metilena biru dimasukkan ke dalam sampel air yang keempat. Didapati masa yang diambil untuk menyahwarnakan larutan metilena biru adalah lebih cepat berbanding dengan sampel air longkang. Apakah yang menyebabkan warna larutan metilena biru luntur dengan cepat?
1 marks
c
Rajah 9 menunjukkan satu tindakan yang diambil oleh sekumpulan ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan. Sebanyak 3000 liter mikroorganisma efektif dimasukkan ke dalam sungai untuk menambahbaik kualiti air tersebut.
Wajarkan tindakan itu.
2 marks
d
Dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan, lengkapkan langkah-langkah untuk menghasilkan bebola lumpur mikroorganisma efektif dalam makmal sekolah.
- Tanah
- Serbuk mikroorganisma efektif (EM)
- Larutan gula
- Besen
Langkah-langkah
1) …………
2) …………
3) …………
4) Letakkan bebola lumpur EM di atas dulang dilapisi dengan surat khabar dan disimpan di tempat tanpa sinaran matahari atau angin kuat.
5) Bebola lumpur EM sedia digunakan apabila permukaan bebola disaluti oleh fungi putih.
*(Tulis jawapan anda: langkah 1, 2 dan 3)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan beberapa jenis kanta cembung.
a
Berdasarkan Rajah 10.1, namakan kanta C dengan tepat.
1 marks
b
Zarifah ingin menghidupkan api dengan menggunakan sejenis kanta. Nyatakan jenis kanta yang boleh digunakan oleh Zarifah.
1 marks
c
Zarifah ingin mengambil gambar satu objek menggunakan sebuah kamera boleh laras. Dia menggunakan panjang fokus 70 mm dan 24 mm pada jarak 12 meter daripada objek. Pilih panjang fokus yang paling sesuai dan cirikan imej yang terhasil.
2 marks
d
Dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan dalam Rajah 10.2, anda diminta untuk membina sebuah kanta cembung ringkas.
Lukis binaan anda dalam ruang yang disediakan. Terangkan binaan anda. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bagaimana setiap bahan digunakan dan disusun dalam binaan anda, label-label pada lukisan, serta penerangan binaan)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji maklumat yang berikut.
Apabila dua kepingan bahan yang berlainan diketuk dengan penukul menggunakan daya yang sama didapati kedua-dua menunjukkan hasil dapatan yang berbeza seperti ditunjukkan dalam Rajah 11.
Berdasarkan situasi dalam Rajah 11, rancang satu eksperimen dalam makmal untuk mengkaji perbezaan kekerasan antara aloi dengan logam tulen.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu diubah dan cara mengawal
2 marks
c(ii)
Faktor yang dikawal
1 marks
d
Lakaran susunan bahan dan radas yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, bagaimana ia disusun, dan label-label pada lakaran anda)*
3 marks
e
Jangkaan pemerhatian
1 marks
f
Cadangkan satu penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih jitu
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Mutasi ialah perubahan secara spontan yang berlaku di dalam sel soma atau gamet. Nyatakan dua jenis mutasi.
2 marks
b
Nyatakan dua faktor yang boleh menyebabkan berlakunya mutasi.
2 marks
c
Rajah 12 menunjukkan kariotip dua individu.
Berdasarkan Rajah 12, nyatakan jantina bagi individu F dan individu G. Banding bezakan antara kedua individu tersebut.
4 marks
d
Kaedah amniosentesis digunakan untuk mengesan keabnormalan sel fetus sebelum kelahiran bayi. Untuk mendapatkan sampel cecair amnion, jarum akan dimasukkan dengan berhati-hati melalui bahagian abdomen ibu menembusi dinding uterus. Bincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan kaedah amniosentesis.
4 marks
1312 marks
Penggunaan baka yang bermutu di Malaysia dapat mempelbagaikan sumber makanan, meningkatkan kualiti makanan dan kuantiti pengeluaran makanan negara.
a(i)
Nyatakan dua ciri baka yang bermutu.
2 marks
a(ii)
Rajah 13 menunjukkan contoh baka bermutu dari hasil tanaman.
Bagaimanakah baka yang bermutu diperoleh melalui teknologi moden?
2 marks
b
Teknologi moden diaplikasikan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Terangkan jawapan anda dengan menggunakan contoh yang sesuai.
4 marks
c
Kaedah kawalan biologi adalah kaedah yang mengaplikasikan interaksi antara organisma yang digunakan untuk mengawal perosak tanaman. Bincangkan kelebihan dan kelemahan menggunakan kaedah ini.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open