Others Trial 2022 Science Kertas 2 · Negeri Sembilan MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Science
Others Trial 2022 Science Kertas 2 · Negeri Sembilan MPSM
Trial Negeri Sembilan MPSM · 2022
13 questions · Total 80 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 4
15 marks
Rajah 1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji bahan antioksidan dan bahan bukan antioksidan.
Selepas 2 jam, pemerhatian direkodkan seperti dalam Jadual 1.
| Jenis larutan | Warna epal |
|---|---|
| Air suling | ……………… |
| Jus lemon | Putih |
Jadual 1
a
Berdasarkan pemerhatian pada Rajah 1, lengkapkan Jadual 1. *(Tulis jawapan anda: warna epal dalam air suling.)*
1 marks
b
Nyatakan **satu** inferens bagi jawapan anda di 1(a).
1 marks
c
Nyatakan **satu** pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi pengoksidaan.
1 marks
e
Seorang murid mempunyai kulit yang kering dan kusam. Ini disebabkan beberapa faktor berkaitan dengan amalan pemakanan yang kurang pengambilan makanan seperti vitamin C.
Terangkan bagaimana vitamin C boleh mencegah kerosakan kulit dalam situasi ini.
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan eksperimen mengkaji kesan jisim terhadap inersia.
Jadual 2 menunjukkan keputusan bagi eksperimen tersebut.
| Jisim plastisin | Masa bagi 10 ayunan (s) |
|---|---|
| 30 g | 4.0 |
| 40 g | 4.6 |
| 50 g | 5.2 |
| 60 g | 5.8 |
| 70 g | 6.4 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, lukis graf masa bagi 10 ayunan melawan jisim plastisin.
Kertas graf disediakan: paksi menegak "Masa bagi 10 ayunan (s)" bertanda 0 hingga 7; paksi mengufuk "Jisim plastisin (g)" bertanda 0, 10, 20, …, 70.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot dan bagaimana titik-titik itu disambung.)*
2 marks
b
Nyatakan hubungan antara jisim plastisin dengan masa bagi 10 ayunan.
1 marks
c
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi inersia.
1 marks
d
Rajah 2.2 menunjukkan sebuah kereta.
Cadangkan **satu** ciri keselamatan pada kereta yang mengurangkan kesan inersia negatif pada pemandu.
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji kesan kekurangan fosforus terhadap pertumbuhan tumbuhan.
Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen selepas 2 minggu.
| Jenis larutan kultur | Saiz tumbuhan | Pertumbuhan akar |
|---|---|---|
| Larutan kultur Knop lengkap | Biasa | Banyak |
| Larutan kultur tanpa fosforus | Lebih kecil | ……………… |
Jadual 3
a
Berdasarkan Rajah 3.1, lengkapkan Jadual 3. *(Tulis jawapan anda: pertumbuhan akar bagi larutan kultur tanpa fosforus.)*
1 marks
b
Nyatakan pemboleh ubah yang ditetapkan dalam eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
d
Mengapakah kedua-dua tabung didih dibalut dengan kertas hitam?
1 marks
e
Rajah 3.2 menunjukkan pokok bunga yang ditanam oleh Puan Rani beberapa tahun lepas telah mengalami masalah pertumbuhan.
Cadangkan **satu** nutrien yang perlu dibekalkan untuk mengatasi masalah ini.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 dan Rajah 4.2 menunjukkan keputusan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara pasangan logam terhadap penghasilan tenaga elektrik.
a
Rajah 4.2
Berdasarkan Rajah 4.2, nyatakan bacaan voltmeter.
…………… V
1 marks
b
Nyatakan **satu** pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini.
1 marks
c
Ramalkan bacaan voltmeter apabila logam magnesium digantikan dengan logam aluminium.
…………… V
1 marks
d
Berdasarkan Rajah 4.2, nyatakan perubahan tenaga yang berlaku.
1 marks
e
Nyatakan **satu** contoh bahan digunakan dalam kehidupan harian yang boleh digunakan sebagai elektrolit.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan kedudukan beberapa unsur dalam jadual berkala yang tidak lengkap. Huruf-huruf yang terdapat dalam jadual merupakan simbol yang mewakili beberapa jenis unsur.
Berdasarkan Rajah 5.1,
a(i)
bagaimanakah unsur-unsur dalam Jadual Berkala disusun?
1 marks
a(ii)
nyatakan jenis unsur P.
1 marks
b
Bezakan **dua** sifat unsur R dan S dalam Rajah 5.1.
| Unsur R | Unsur S |
|---|---|
| | |
| | |
*(Tulis jawapan anda: dua pasangan sifat, contohnya "R: …; S: …".)*
2 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan pembentukan ion T^-^.
Lukis susunan elektron bagi pembentukan ion T^-^ dalam kotak yang disediakan di atas. Terangkan jawapan anda berdasarkan lakaran.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan petala, bilangan elektron dalam setiap petala, dan cara cas ion ditunjukkan. Kemudian terangkan.)*
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan stesen janakuasa nuklear.
a
Namakan bahan radioaktif yang digunakan pada Rajah 6.1.
1 marks
b
Nyatakan bahan yang digunakan untuk membuat bekas bagi menyimpan bahan radioaktif.
1 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan kesan pengeboman atom di Hiroshima.
Berdasarkan Rajah 6.2, terangkan impak penggunaan senjata nuklear dan kesannya kepada manusia.
2 marks
d
Penggunaan tenaga nuklear boleh memberi manfaat dan kesan buruk kepada manusia. Adakah anda bersetuju dengan pembinaan stesen jana kuasa nuklear di Malaysia? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan proses penghasilan ekoenzim.
a
Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan **satu** contoh sisa yang sesuai untuk menghasilkan ekoenzim.
1 marks
b
Nyatakan **satu** kegunaan ekoenzim selain digunakan sebagai bahan pencuci.
1 marks
c
Puan Sarah ialah seorang suri rumah tangga yang lebih suka menggunakan bahan pembersih ekoenzim berbanding dengan bahan pencuci kimia biasa kerana dia berpendapat bahan pembersih ekoenzim adalah lebih mesra alam.
Adakah anda bersetuju dengan pendapat Puan Sarah? Terangkan jawapan anda.
2 marks
d
Rajah 7.2 menunjukkan mikroorganisma yang digunakan untuk merawat air sisa dan enap cemar dalam sistem saliran.
Terangkan bagaimana mikroorganisma ini memainkan peranannya dalam menyingkir bahan pencemar di dalam sistem saliran.
2 marks
86 marks
Rajah 8 menunjukkan bagaimana Sistem Penentu Sejagat (GPS) berfungsi.
a(i)
Berdasarkan Rajah 8, namakan segmen K.
1 marks
a(ii)
Pada segmen K, berapakah bilangan satelit GPS yang minimum dapat dilihat dari satu lokasi di permukaan bumi?
1 marks
b(i)
Berdasarkan Rajah 8, berikan **satu** contoh alat penerima GPS dalam segmen L.
1 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** aplikasi navigasi yang menggunakan GPS dalam 8(b)(i).
1 marks
c
Adakah anda bersetuju jika pemberitahuan tentang kemalangan jalan raya yang berlaku dibuat melalui aplikasi navigasi kepada pengguna jalan raya? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan haiwan M dan haiwan N.
Berdasarkan Rajah 9,
a(i)
nyatakan jenis sokongan pada kedua-dua haiwan tersebut.
1 marks
a(ii)
haiwan manakah mempunyai pusat graviti yang lebih stabil?
1 marks
b
Struktur tulang burung adalah berbeza berbanding dengan haiwan M dan N. Terangkan keistimewaan struktur tulang burung yang membolehkannya terbang.
2 marks
c
Haikal telah menyertai satu aktiviti perkhemahan. Dia ditugaskan membina sebuah meja untuk meletakkan makanan kering dan peralatan memasak. Bantu Haikal untuk membina sebuah meja yang stabil menggunakan beberapa batang buluh dan tali. Lukiskan produk itu dalam ruang di bawah. Labelkan rajah tersebut.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk meja, bagaimana buluh dan tali digunakan, kedudukan kaki meja, dan label setiap bahagian.)*
3 marks
107 marks
Rajah 10 menunjukkan gambar rajah sinar.
a
Berdasarkan Rajah 10, nyatakan **satu** ciri imej yang terbentuk.
1 marks
b
Jika objek digerakkan ke kedudukan 2F, apakah akan berlaku pada saiz imej berbanding dengan saiz objek?
1 marks
c
Di manakah kedudukan paling sesuai bagi objek jika kanta cembung dalam Rajah 10 digunakan sebagai kamera? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Teleskop ialah alat optik digunakan untuk meneropong objek yang sangat jauh. Dengan menggunakan kanta cembung nipis, kanta cembung tebal, dua keping kad manila hitam dan pita selofan, reka bentuk sebuah teleskop ringkas. Lukis rajah di dalam ruang yang disediakan di bawah. Labelkan rajah anda.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk teleskop, kedudukan setiap kanta, bagaimana bahan-bahan disambung, dan label setiap bahagian.)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji maklumat berikut.
> Siti dan Chong tinggal berjiran di satu kawasan taman perumahan yang baharu. Sebelum menduduki rumah baharu, mereka telah memasang pagar rumah. Bagi menjimatkan kos, Siti telah memasang pagar diperbuat daripada besi. Chong pula memasang pagar yang diperbuat daripada keluli supaya pagarnya lebih tahan dan nampak berkilat. Setelah beberapa tahun, pagar rumah Siti telah berkarat tetapi pagar rumah Chong nampak seperti baharu.
a
Nyatakan **satu** pernyataan masalah daripada maklumat di atas.
1 marks
b
Cadangkan **satu** hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.
1 marks
Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk menguji hipotesis anda dengan menggunakan paku keluli, paku besi, air dan dua tabung uji.
Huraian anda harus mengandungi aspek berikut:
c(i)
Tujuan eksperimen
1 marks
c(ii)
Mengenal pasti pemboleh ubah
2 marks
c(iii)
Prosedur atau kaedah
4 marks
c(iv)
Penjadualan data *(Huraikan jadual anda dalam perkataan: tajuk setiap lajur dan baris-barisnya.)*
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Malaysia sebuah negara yang menyokong dan memberi komitmen sepenuhnya dalam usaha melestarikan kecekapan tenaga. Teknologi hijau ialah inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan bagi meminimumkan kesan buruk dalam penggunaan tenaga yang berlebihan dan tidak terkawal seperti penggunaan peralatan elektrik. Pelbagai peralatan elektrik yang dijual mengaplikasikan Teknologi Hijau yang mesra alam sekitar.
a
Nyatakan **dua** ciri peralatan elektrik yang mesra alam sekitar.
2 marks
b
Nyatakan **dua** sumber tenaga tidak boleh baharu dan terangkan kesannya terhadap alam sekitar.
4 marks
c
Encik Asyraf bercadang untuk membeli sebuah rumah. Beliau mengimpikan untuk mendiami kawasan perumahan yang berkonsepkan teknologi hijau dalam sektor tenaga. Ilustrasi kawasan perumahan impiannya adalah seperti dalam Rajah 11.
Terangkan **tiga** ciri binaan pada rumah yang mengaplikasikan Teknologi Hijau.
6 marks
1312 marks
Rajah 12 menunjukkan dua jenis tindak balas iaitu tindak balas cepat dan tindak balas perlahan.
a
Nyatakan **satu** contoh lain tindak balas cepat dan **satu** contoh lain tindak balas perlahan.
2 marks
b
Kadar tindak balas dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Nyatakan **tiga** faktor dan terangkan bagaimana faktor-faktor ini meningkatkan kadar tindak balas.
6 marks
c
Proses Haber ialah suatu proses industri yang penting.
Nyatakan syarat-syarat yang digunakan dalam proses ini. Wajarkan jawapan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open