Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan suatu eksperimen pengoksidaan yang dilakukan oleh seorang murid. Epal yang telah dihiris direndamkan ke dalam dua larutan yang berbeza selama seminit dan kemudian dibiarkan terdedah kepada udara selama 15 minit.
a(i)
Nyatakan faktor yang diubah dalam eksperimen ini.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 1.2, nyatakan **satu** pemerhatian.
1 marks
c
Nyatakan **satu** hipotesis.
1 marks
d
Apabila makanan terdedah di udara proses pengoksidaan berlaku dan menjejaskan kualiti makanan tersebut. Berdasarkan Rajah 1.1, nyatakan pemerhatian yang boleh menyokong pernyataan di atas.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid untuk mengkaji proses elektrolisis bagi sebatian ion dalam satu keadaan.
a
Berdasarkan Rajah 2, ramalkan keadaan mentol.
1 marks
b
Nyatakan **satu** inferens bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Ion-ion yang hadir dalam leburan plumbum(II) bromida bergerak ke anod dan katod semasa elektrolisis ialah ion plumbum(II) dan ion bromida. Lengkapkan Jadual 2 dengan nama ion yang betul.
| Anod | Katod |
|---|---|
| ………… | ………… |
Jadual 2
*(Tulis jawapan anda: nama ion yang bergerak ke anod dan nama ion yang bergerak ke katod)*
1 marks
d
Plumbum(II) bromida ialah sebatian ion. Nyatakan definisi secara operasi bagi sebatian ion.
1 marks
e
Gas bromin yang terbebas semasa elektrolisis ini merupakan gas beracun. Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada terhidu gas bromin ini.
1 marks
35 marks
Rajah 3(a) dan Rajah 3(b) menunjukkan keputusan bagi suatu eksperimen yang dijalankan dalam keadaan yang gelap untuk mengkaji sifat bagi dua jenis kanta yang berlainan.
a
Nyatakan pemerhatian pada sinar cahaya selepas melalui kanta cembung.
1 marks
b
Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini.
1 marks
c
Ukur panjang fokus pada Rajah 3(a).
………… cm
*(Nota Cerdek: rajah pada skrin tidak mengikut saiz sebenar. Pada kertas soalan asal, panjang fokus f dalam Rajah 3(a) ialah 4.0 cm apabila diukur dengan pembaris — gunakan nilai ini.)*
1 marks
d
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi kanta cekung.
1 marks
e
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada sinar cahaya sekiranya eksperimen ini diulang dalam keadaan yang terang.
1 marks
45 marks
Sekumpulan murid telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas seperti dalam Rajah 4.1.
Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan dicatatkan dalam Jadual 4 di bawah.
| Suhu larutan natrium tiosulfat (°C) | 28 | 35 | 40 | 45 | 50 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s) | 33 | 24 | ………… | 16 | 14 |
Jadual 4
a
Berdasarkan Jadual 4, lukis graf bagi suhu melawan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan.
(Paksi menegak: Suhu (°C), 0 hingga 50 dengan senggatan 10; paksi mengufuk: Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s), 0 hingga 35 dengan senggatan 5.)
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan cara titik-titik itu disambungkan)*
2 marks
b
Berdasarkan graf anda di 4(a), tentukan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan pada suhu 40 °C. Tulis jawapan anda dalam Jadual 4.
1 marks
c
Nyatakan hubungan antara suhu dengan kadar tindak balas.
1 marks
d
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen yang sama tetapi memperoleh data seperti dalam Rajah 4.2.
Nyatakan **satu** perubahan yang mungkin dilakukan oleh murid tersebut semasa menjalankan eksperimen ini.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan bantuan kecemasan X dan Y.
a
Nyatakan jenis bantuan kecemasan X.
1 marks
b
Tandakan (✓) bagi pernyataan yang betul tentang bantuan kecemasan Y.
| Pernyataan | ✓ |
|---|---|
| A: Bantuan kecemasan Y menyebabkan tekanan dalam peparu berkurang dan makanan tertolak keluar. | |
| B: Bantuan kecemasan Y menyebabkan tekanan dalam peparu meningkat dan makanan tertolak keluar. | |
*(Tulis jawapan anda: pernyataan yang anda tandakan (✓), A atau B, atau salin pernyataan itu)*
1 marks
c
Makanan tidak dapat dikeluarkan daripada saluran pernafasan mangsa walaupun beberapa kali menerima bantuan kecemasan Y. Nyatakan tindakan yang perlu dilakukan untuk terus membantu mangsa.
1. …………
2. …………
2 marks
d
Nyatakan **satu** persamaan dan **satu** perbezaan antara bantuan kecemasan X dan Y.
| Persamaan | ………… |
|---|---|
| Perbezaan | ………… |
2 marks
66 marks
Teknik aseptik merujuk kepada prosedur kesihatan yang dijalankan untuk menghalang jangkitan patogen.
a
Apakah maksud patogen?
1 marks
b
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Nyatakan hubung kait ungkapan tersebut dengan teknik aseptik.
1 marks
c
Rajah 6.1 menunjukkan salah satu teknik aseptik yang menggunakan bahan kimia X yang disapu pada permukaan kulit manusia.
Apakah nama bahan kimia X tersebut? Terangkan bagaimana penggunaan bahan kimia X dapat mencegah penyebaran patogen.
2 marks
d
Jadual 6 menunjukkan maklumat tentang cara pengambilan antibiotik oleh dua orang pesakit.
| Pesakit A | Pesakit B |
|---|---|
| Mengambil antibiotik secara konsisten sehingga habis mengikut preskripsi doktor. | Menggandakan pengambilan dos antibiotik dengan andaian boleh cepat sembuh. |
Jadual 6
Berdasarkan Jadual 6, terangkan pesakit manakah yang sukar untuk sembuh?
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 dan Rajah 7.2 menunjukkan dua situasi pergerakan.
a
Nyatakan definisi jatuh bebas.
1 marks
b(i)
Berdasarkan Rajah 7.2, terangkan bagaimana teknik tersebut diaplikasikan untuk membekalkan makanan kepada mangsa peperangan yang terperangkap di suatu kawasan.
2 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** persamaan dan **satu** perbezaan bagi kedua-dua pergerakan yang terdapat dalam Rajah 7.1 dan Rajah 7.2.
2 marks
b(iii)
Payung terjun yang mempunyai saiz kanopi yang lebih besar dan tali yang lebih panjang dipilih untuk menjatuhkan kotak makanan kepada mangsa peperangan. Wajarkan pilihan tersebut.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan dua produk makanan S dan T yang diproses melalui kaedah pemprosesan makanan yang berbeza.
a
Nyatakan kaedah pemprosesan makanan S.
1 marks
b
Seorang peniaga tidak dapat menjual semua buah nanas di gerainya. Buah tersebut boleh diproses menggunakan kaedah yang sama seperti makanan T. Terangkan kaedah tersebut.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan dua contoh bahan kimia yang terkandung dalam produk minuman.
Nyatakan **satu** persamaan dan **satu** perbezaan antara dua bahan kimia tersebut.
2 marks
d
Daging disejukbekukan pada suhu antara -18 °C hingga -24 °C melalui kaedah penyejukbekuan. Wajarkan.
1 marks
97 marks
Salmah ingin menghasilkan sabun kecantikan berasaskan bahan-bahan asli seperti ekstrak buah-buahan dan pewangi sebagai sumber pendapatan tambahan.
a(i)
Salmah telah menambah garam biasa semasa proses pembuatan sabun tersebut. Nyatakan fungsi garam tersebut.
1 marks
a(ii)
Salmah ingin menghasilkan sabun yang mengandungi lebih nutrien kepada kesihatan kulit. Nyatakan **satu** contoh bahan yang dapat menggantikan minyak sawit untuk bertindak balas dengan alkali dalam penghasilan sabun tersebut.
1 marks
a(iii)
Salmah pergi ke pasaraya untuk membeli sabun pencuci pakaian. Beliau perlu membuat pilihan sabun yang lebih berkesan untuk mencuci pakaian anak-anaknya. Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat pada label pembungkusan sabun yang dipilih oleh Salmah.
> **Ciri-ciri sabun**
>
> - Kurang buih
> - Tidak perlu merendam pakaian
> - Berkepekatan tinggi
Terangkan kelebihan sabun yang dipilih oleh Salmah.
2 marks
b
Anda diminta untuk menyediakan sabun menggunakan bahan dan radas berikut:
1. Minyak sawit
2. Larutan natrium hidroksida pekat
3. Natrium klorida
4. Bikar
5. Penunu Bunsen
Tuliskan langkah-langkah untuk menyediakan sabun tersebut.
1. …………
2. …………
3. …………
4. Turaskan campuran dan keringkan baki turasan.
3 marks
107 marks
Rajah 10 menunjukkan satu isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga.
a
Berdasarkan Rajah 10, nyatakan kesan jangka panjang jika isu ini tidak ditangani.
1 marks
b
Nyatakan **satu** inisiatif sebelum membeli peralatan elektrik ke arah pelaksanaan kecekapan tenaga.
1 marks
c
Tenaga hidro adalah sumber tenaga utama di Malaysia untuk penjanaan tenaga elektrik. Wajarkan pemilihan sumber tenaga tersebut.
1. …………
2. …………
2 marks
d
Anda diminta untuk menyediakan satu alat memasak solar yang boleh memanaskan makanan menggunakan bahan-bahan berikut:
1. Kotak kertas
2. Kertas hitam
3. Cermin satah
4. Plastik pembalut makanan
Lakar dan label model alat memasak solar tersebut dalam ruang yang disediakan.
Jika model tersebut direalisasikan, terangkan fungsi kertas hitam pada model tersebut.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahan-bahan dalam lakaran anda, cara ia disusun dan label-labelnya; kemudian terangkan fungsi kertas hitam)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Dua orang pelajar kursus seni bina hendak membina model sebuah rumah dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza. Fauzan menggunakan tiang berongga manakala Saiful menggunakan tiang padat. Selepas model siap dibina, mereka mendapati tiang berongga lebih kuat berbanding tiang padat.
Berdasarkan situasi di atas, anda diminta merancang satu eksperimen dengan menggunakan kertas A4 dan bahan-bahan lain untuk mengkaji kekuatan antara kedua-dua tiang tersebut. Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang diubah
1 marks
c(ii)
Cara mengawal faktor yang diubah
1 marks
d(i)
Faktor yang diperhatikan
1 marks
d(ii)
Cara mengawal faktor yang diperhatikan
1 marks
e
Lakaran rajah berlabel
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahan dan radas dalam lakaran anda, cara ia disusun dan label-labelnya)*
2 marks
f
Jangkaan pemerhatian
1 marks
g
**Satu** langkah berjaga-jaga
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Bahan sisa akan dihasilkan setiap kali selesai menjalankan eksperimen di dalam makmal. Terdapat dua jenis bahan sisa iaitu bahan yang boleh dibuang ke dalam singki dan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki.
a
Nyatakan **satu** contoh bahan sisa yang boleh dibuang ke dalam singki dan **satu** contoh bahan sisa yang tidak boleh dibuang ke dalam singki.
2 marks
b
Seorang murid telah memecahkan sebuah termometer secara tidak sengaja. Ini menyebabkan berlakunya tumpahan merkuri di dalam makmal. Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
2 marks
c
Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (POS) pelupusan bahan sisa biologi, terdapat empat kategori bahan sisa.
Rajah 12 menunjukkan contoh bahan sisa bagi kategori A dan kategori B.
Banding beza bahan sisa kategori A dan B.
4 marks
d
Seorang murid telah menjalankan eksperimen dan bahan sisa yang dihasilkan merupakan bangkai seekor katak.
Wajarkan tindakan murid itu membalut bahan sisa tersebut dengan bahan penyerap lalu dibungkuskan dengan beg plastik biobahaya dan terus disejukbekukan.
4 marks
1312 marks
Satelit merupakan objek yang mengorbit planet atau bintang.
a
Nyatakan maksud apogi dan perigi bagi suatu satelit dalam orbit elips.
2 marks
b
Kenderaan pelancar guna semula (RLV) digunakan untuk menghantar satelit atau kapal angkasa ke angkasa lepas. Nyatakan **dua** ciri RLV.
2 marks
c
Jadual 13 menunjukkan jenis orbit, altitud dan halaju satelit.
| Jenis orbit | Altitud satelit (km) | Halaju satelit (km/j) |
|---|---|---|
| HEO | 35 780 | 11 100 |
| MEO | 20 200 | 13 900 |
| LEO | 705 | 27 500 |
Jadual 13
Berdasarkan Jadual 13, nyatakan perbezaan jenis orbit dari segi altitud satelit dan halaju satelit.
Orbit yang manakah berada paling hampir dengan Bumi?
Terangkan hubungan di antara ketinggian orbit dengan daya graviti yang bertindak ke atas satelit.
4 marks
d
Rajah 13 menunjukkan seorang pemandu yang sedang menggunakan suatu sistem navigasi dalam teknologi satelit.
Terangkan kelebihan sistem tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open