Rajah 1.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengukur suhu badan menggunakan alat pengukur yang sesuai ke atas dua orang murid.
Bacaan suhu badan mereka direkodkan dalam Jadual 1.
| Murid | Suhu badan (°C) |
|---|---|
| A | …… |
| B | 32.0 |
Jadual 1
a
Rajah 1.2 menunjukkan bacaan termometer klinik bagi suhu badan murid A.
Berdasarkan Rajah 1.2, rekodkan bacaan termometer klinik bagi pelajar A dalam Jadual 1.
*(Tulis jawapan anda: suhu badan murid A, dalam °C.)*
1 marks
b
Nyatakan **satu** sebab berdasarkan jawapan anda di 1(a).
1 marks
c
Murid A telah dinasihatkan untuk mandi dengan air sejuk kerana suhu badannya yang tinggi. Berdasarkan jawapan di 1(a), ramalkan suhu badan murid tersebut selepas mandi.
1 marks
d
Nyatakan pemboleh ubah yang bergerak balas bagi eksperimen ini.
1 marks
e
Murid B yang dalam keadaan sihat telah mengukur suhu badannya dengan menggunakan alat yang sama seperti dalam Rajah 1.2.
Nyatakan **satu** kesilapan yang mungkin dilakukan oleh murid B.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan larutan natrium tiosulfat terhadap kadar tindak balas.
Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan direkodkan pada Jadual 2.
| Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^) | 0.05 | 0.10 | 0.15 | 0.20 | 0.25 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s) | 104 | 44 | 24 | 15 | 12 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, lukiskan graf garis bagi masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan melawan kepekatan larutan natrium tiosulfat.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s), 0 hingga 120 (selang 20); paksi mengufuk — Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^), 0 hingga 0.30 (selang 0.05). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (nilai kepekatan dan masa bagi setiap titik) dan bentuk garis graf yang anda lukis)*
2 marks
b
Nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan dalam eksperimen ini.
1 marks
c
Berdasarkan graf di 2(a), nyatakan hubungan antara kepekatan larutan natrium tiosulfat dengan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan.
1 marks
d
Baca pernyataan di bawah.
> Cecair pencuci pinggan yang lebih pekat dapat menghilangkan kotoran dengan lebih cepat.
Berdasarkan Jadual 2, buktikan pernyataan tersebut.
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 dan Rajah 3.2 menunjukkan keputusan bagi satu eksperimen sel kimia.
Berdasarkan Rajah 3.1,
a(i)
Nyatakan **satu** pemerhatian daripada eksperimen ini.
1 marks
a(ii)
Nyatakan sebab bagi pemerhatian di 3(a)(i).
1 marks
b
Nyatakan cara mengawal pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam eksperimen ini.
1 marks
c
Larutan natrium klorida merupakan sebatian ion yang terdiri daripada kation dan anion. Kelaskan ion-ion berikut kepada kation dan anion.
Ion untuk dikelaskan: **Ion natrium**, **Ion klorida**
| Kation | Anion |
|---|---|
| Ion hidrogen | Ion hidroksida |
| …… | …… |
Jadual 3
*(Tulis jawapan anda: ion yang merupakan kation dan ion yang merupakan anion)*
1 marks
d
Baca pernyataan berikut.
> Apabila pasangan logam yang sama digunakan sebagai elektrod, tiada pergerakan elektron berlaku.
Berdasarkan Rajah 3.2, buktikan pernyataan tersebut adalah benar.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan suatu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara halaju bendalir dan tekanan menggunakan tiub Venturi.
a
Nyatakan pemerhatian bagi Rajah 4.1.
1 marks
b
Nyatakan hubungan di antara halaju air dengan ketinggian aras air.
1 marks
c
Eksperimen tersebut diulang dengan menggunakan tiub Venturi yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2.
Lukiskan aras air bagi tiub Q pada Rajah 4.2. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: ketinggian aras air dalam tiub Q berbanding aras air dalam tiub P dan tiub R)*
1 marks
d
Berdasarkan keputusan eksperimen, nyatakan definisi secara operasi bagi **Prinsip Bernoulli**.
1 marks
e
Pengguna LRT perlu berdiri di belakang garisan kuning seperti dalam Rajah 4.3 untuk mengelakkan daripada tertarik ke arah kawasan X dan mendekati badan LRT semasa LRT bergerak pada kelajuan yang tinggi.
Berdasarkan Rajah 4.2, buktikan bahawa kawasan X adalah kawasan yang mempunyai tekanan yang paling rendah.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sistem otot pada bahagian lengan manusia.
Berdasarkan Rajah 5.1,
a(i)
Nyatakan struktur berlabel R.
1 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi struktur R.
1 marks
a(iii)
Seorang murid mengalami kecederaan teruk pada otot P semasa bersukan. Cadangkan satu langkah awal yang boleh diberikan sebelum dibawa ke hospital. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan keadaan otot P dan Q dalam dua situasi yang berbeza.
Nyatakan perbezaan keadaan otot P dan otot Q dalam kedua-dua situasi.
*(Tulis jawapan anda untuk Otot P dan Otot Q.)*
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan fasa-fasa dalam pembahagian sel J dan K.
a
Nyatakan **satu** fasa dalam pembahagian sel tersebut.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 6.1, nyatakan proses P.
1 marks
c
Seorang pelari telah mengalami kecederaan selepas terjatuh semasa berlari.
Berdasarkan Rajah 6.1, nyatakan pembahagian sel yang terlibat dalam penyembuhan luka tersebut. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Banding dan bezakan pembahagian sel J dan K berdasarkan maklumat yang terdapat dalam Rajah 6.1.
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan gambar rajah sinar bagi sejenis kanta yang digunakan dalam satu alat optik.
a
Nyatakan jenis kanta yang digunakan dalam Rajah 7.1.
1 marks
b
Lengkapkan gambar rajah sinar pada Rajah 7.1. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar-sinar yang anda lukis (dari mana ia bermula, arah selepas melalui kanta, garisan putus-putus) serta kedudukan, arah dan label imej)*
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan dua gambar rajah sinar bagi kanta G dan H.
Banding dan bezakan ciri dan saiz imej yang terbentuk dalam gambar rajah sinar bagi kanta G dan kanta H.
2 marks
d
Rajah 7.3 menunjukkan satu peralatan optik yang membantu mengatasi had keupayaan penglihatan manusia.
Wajarkan penggunaan peralatan optik tersebut bagi ahli astronomi.
1 marks
86 marks
Rajah 8 menunjukkan sebahagian daripada satu kitar semula jadi yang wujud di dalam sebuah ladang.
a
Nyatakan kitar yang ditunjukkan dalam Rajah 8.
1 marks
b
Seorang petani telah mengamalkan pertanian secara tanaman campuran dengan menanam pokok jagung yang diselang-selikan dengan pokok M untuk meningkatkan kesuburan tanah secara semula jadi.
Terangkan mengapa pokok M dipilih dalam situasi ini.
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 8, banding dan bezakan Bakteria Q dan Bakteria R.
*(Tulis satu persamaan dan satu perbezaan.)*
2 marks
d
Haiwan P dalam Rajah 8 adalah haiwan perosak. Sekiranya petani berjaya membasmi haiwan P, nyatakan kesan tindakan tersebut terhadap kandungan nitrat dalam tanah.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan susunan radas dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan etanol di dalam makmal.
a
Nyatakan proses yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1.
1 marks
b
Pad kapas alkohol disapu pada permukaan kulit sebelum suntikan diberikan. Nyatakan peranan alkohol di dalam situasi ini.
1 marks
c
Sesetengah negara menggunakan sisa pertanian bagi menghasilkan alkohol untuk bahan api kenderaan. Wajarkan tindakan tersebut terhadap kelestarian alam sekitar.
2 marks
d
Rajah 9.2 menunjukkan sejenis makanan tradisi Malaysia yang diperbuat daripada ubi dan beberapa campuran bahan. Lengkapkan proses menghasilkan makanan tersebut menggunakan bahan yang diberikan.
- Ubi kayu
- Yis
- Daun pisang
- Pinggan
1. Ubi kayu yang telah dibersihkan dikukus sehingga separuh masak.
2. ……
3. ……
4. ……
5. Tapai ubi kayu sedia untuk dimakan.
*(Tulis langkah 2, 3 dan 4.)*
3 marks
107 marks
Jadual 10 menunjukkan maklumat tentang dua jenis getah tervulkan, M dan N.
| Getah Tervulkan | Getah M | Getah N |
|---|---|---|
| Komposisi bahan L | 10 % | 0.3 % |
| Ciri-ciri | Keras, tebal, lebih kenyal | Lembut, nipis, kurang kenyal |
Jadual 10
a
Bahan L merupakan bahan yang dicampurkan ke dalam getah asli untuk menghasilkan getah tervulkan. Nyatakan bahan L.
1 marks
b
Bola keranjang yang diperbuat daripada getah M biasanya digunakan semasa latihan di dalam gelanggang tertutup. Sekumpulan murid terpaksa menjalankan latihan bola keranjang di atas padang berumput.
Berdasarkan maklumat daripada Jadual 10, jelaskan mengapa mereka perlu menggunakan bola yang diperbuat daripada getah N semasa sesi latihan tersebut.
1 marks
c
Getah tervulkan juga digunakan sebagai bahan untuk membuat sarung tangan pembersihan tandas. Wajarkan penggunaan getah tervulkan di dalam situasi ini.
2 marks
d
Anda mendapati biskut yang disimpan dalam balang kuih cepat hilang rangup. Dengan menggunakan bahan-bahan dalam Rajah 10, cadangkan satu pengubahsuaian terhadap balang kuih itu bagi mengatasi masalah tersebut.
Lakar dan labelkan pengubahsuaian anda ke atas balang kuih itu. Jelaskan fungsi kepingan getah dalam menyelesaikan masalah tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahan-bahan yang anda gunakan, cara ia dipasang pada balang kuih, dan label-labelnya; kemudian jelaskan fungsi kepingan getah)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11 menunjukkan dua jenis air minuman yang mengandungi kandungan gula yang berbeza.
a
Nyatakan **satu** pernyataan masalah daripada maklumat di atas.
1 marks
Anda diminta untuk merancang satu eksperimen makmal untuk menganggar nilai kalori makanan dengan menggunakan kacang tanah, ikan bilis, air suling, kapas, kaki retort, tabung didih, termometer, plastisin dan jarum.
Perancangan anda harus mengandungi aspek-aspek berikut:
b(i)
Hipotesis
1 marks
b(ii)
Pemboleh ubah yang dimanipulasikan
1 marks
b(iii)
Pemboleh ubah yang bergerak balas
1 marks
b(iv)
Lakaran susunan radas yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan dalam lakaran anda, cara ia disusun, dan label-labelnya)*
3 marks
b(v)
Dua aspek yang diperlukan untuk melukis carta bar eksperimen tersebut *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: paksi-paksi carta bar dan apa yang diwakili oleh setiap paksi, serta bar-bar yang dilukis)*
2 marks
b(vi)
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen untuk mendapatkan keputusan yang jitu
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Pengambilan ubat dan kaedah perubatan yang sesuai perlu dilakukan terhadap seseorang individu yang tidak sihat bagi tujuan menyembuhkan penyakit yang dihadapinya. Rajah 12.1 menunjukkan cadangan rawatan yang boleh dilakukan oleh pesakit yang mengalami masalah sakit tekak.
a
Nyatakan **dua** sumber penghasilan ubat.
2 marks
b
Berdasarkan Rajah 12.1, nyatakan kaedah perubatan yang dicadangkan dan **satu** ciri perubatan tersebut.
2 marks
c
Penyalahgunaan ubatan akan berlaku apabila seseorang menggunakan ubat-ubatan dengan cara yang salah.
Rajah 12.2 menunjukkan graf kes ketagihan ubat batuk dalam kalangan murid mengikut umur.
Berdasarkan Rajah 12.2, nyatakan pola kes ketagihan ubat batuk dalam kalangan murid tersebut dari tahun 2019 hingga 2022. Nyatakan punca berlakunya ketagihan ubat batuk tersebut selain daripada penyalahgunaan ubat.
4 marks
d
Rajah 12.3 menunjukkan dua jenis ubat untuk kesihatan dan kecantikan. P dan Q diperoleh daripada dua sumber yang berbeza.
Seorang wanita lebih gemar mengambil ubat jenis Q berbanding P dalam rutin hariannya. Wajarkan pemilihannya.
4 marks
1312 marks
Langkah tapak tangan karbon bertujuan mengurangkan jejak karbon dan menambahkan impak positif terhadap kelestarian alam sekitar.
a
Pengurusan sisa yang cekap ialah salah satu langkah tapak tangan karbon. Nyatakan **dua** tindakan yang terlibat dalam langkah tersebut.
2 marks
b
Sinki karbon merupakan satu tindakan dalam langkah tapak tangan karbon. Rajah 13.1 menunjukkan sinki karbon.
Berdasarkan Rajah 13.1, nyatakan **satu** sinki karbon dan jelaskan bagaimana sinki karbon tersebut menyingkirkan karbon dioksida daripada atmosfera.
2 marks
Negara P banyak bergantung kepada arang batu dan gas asli bagi menjana tenaga elektrik. Jadual 5 menunjukkan sumber untuk menjana tenaga elektrik serta pelepasan gas karbon dioksida oleh setiap sumber di negara tersebut.
| Jenis penjana elektrik | Pelepasan karbon dioksida untuk 1 GW/j (kg) |
|---|---|
| Arang batu | 820,000 |
| Gas asli | 720,000 |
| Angin | 230,000 |
| Solar | 5,000 |
Jadual 5
Penduduk negara P telah beransur-ansur memasang panel solar di rumah mereka. Rajah 13.2 menunjukkan graf penggunaan tenaga solar bagi negara P dari tahun 2014 hingga tahun 2024.
c(i)
Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 13.2, nyatakan perubahan penggunaan solar bagi tahun 2014 hingga tahun 2024. Terangkan hubungan antara perubahan tersebut dengan pelepasan gas karbon dioksida dalam negara P.
4 marks
c(ii)
Negara P telah menambahkan luas tapak stesen jana kuasa angin. Wajarkan tindakan tersebut terhadap kelestarian alam sekitar.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open