Johor Trial 2022 Science Kertas 2 · Daerah Batu Pahat
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Science
Johor Trial 2022 Science Kertas 2 · Daerah Batu Pahat
Johor Trial Daerah Batu Pahat · 2022
13 questions · Total 80 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 4
15 marks
Rajah 1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji pengoksidaan hirisan buah epal dengan menggunakan larutan yang berbeza.
Keputusan eksperimen dicatatkan dalam Jadual 1.
| Jenis larutan | Warna hirisan epal selepas 30 minit |
|---|---|
| Air suling | …… |
| Jus limau | Putih |
Jadual 1
a
Berdasarkan Rajah 1, tuliskan pemerhatian anda dalam Jadual 1.
1 marks
b
Ramalkan apakah pemerhatian yang diperolehi sekiranya buah epal ditukar dengan buah jambu batu dalam larutan air suling?
1 marks
Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.
c(i)
Pembolehubah dimanipulasikan:
1 marks
c(ii)
Pembolehubah dimalarkan:
1 marks
d
Apakah kegunaan bahan antioksidan dalam kehidupan seharian?
1 marks
25 marks
Seorang murid telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji tahap pencemaran yang berlaku dalam beberapa sampel air yang berbeza dengan menggunakan metilena biru seperti Rajah 2 di bawah.
Jadual 2 menunjukkan masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur dalam sampel air yang berlainan seperti dalam Rajah 2 di atas.
| Botol | Jenis sampel air | Masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur (minit) |
|---|---|---|
| A | Air paip | 20 |
| B | Air sungai | 5 |
| C | Air suling | Warna larutan tidak luntur |
| D | Air kolam | 10 |
Jadual 2
a
Merujuk Jadual 2, kelaskan sampel air menggunakan Jadual 2(a) di bawah.
| Air tercemar | Air tak tercemar |
|---|---|
| | |
Jadual 2(a)
*(Tulis jawapan anda: sampel air bagi setiap lajur, contohnya "Air tercemar: …; Air tak tercemar: …")*
2 marks
b
Berdasarkan keputusan dalam Jadual 2, susun jenis air mengikut tahap pencemaran air yang meningkat. *(Tulis jawapan anda: empat jenis air mengikut urutan, contohnya … → … → … → …)*
2 marks
c
Sekiranya anda seorang pegawai alam sekitar, apakah kaedah Teknologi Hijau yang sesuai untuk menambah baik kualiti air kolam yang tercemar.
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan keputusan bagi eksperimen untuk mengkaji hubungan antara pasangan logam terhadap penghasilan arus elektrik.
a
Berdasarkan Rajah 3.1, nyatakan bacaan voltmeter tersebut.
1 marks
b
Nyatakan **satu** inferens bagi eksperimen dalam Rajah 3.1.
1 marks
c
Nyatakan pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi sel kimia.
1 marks
e
Lukiskan arah pengaliran elektron yang berlaku dalam Rajah 3.3. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: arah anak panah aliran elektron yang anda lukis — dari mana ke mana)*
1 marks
45 marks
Sekumpulan murid telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia. Rajah 4.1 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen tersebut.
Kemudian, eksperimen ini diulang dengan menggunakan 40 g plastisin, 50 g plastisin, 60 g plastisin dan 70 g plastisin serta masa untuk 10 ayunan lengkap direkodkan seperti dalam Jadual 3.
| Jisim plastisin (g) | 30 | 40 | 50 | 60 | 70 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa untuk 10 ayunan (s) | 15 | 25 | 35 | 45 | 55 |
Jadual 3
a
Berdasarkan Jadual 3, nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Nyatakan pemboleh ubah yang ditetapkan dalam eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan hubungan antara jisim dengan inersia dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi inersia.
1 marks
e
Rajah 4.2 menunjukkan cara Anita mengeringkan payungnya yang telah basah selepas terkena air hujan tadi.
Terangkan bagaimana konsep inersia diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah Anita di atas.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan sistem badan bagi seorang lelaki.
a
Namakan sistem badan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.
1 marks
b
Apakah yang akan berlaku sekiranya P merembeskan kurang hormon?
1 marks
c
Bahagian berlabel yang manakah kurang aktif sehingga lelaki tersebut mencapai akil baligh?
1 marks
d
Nyatakan satu fungsi bagi bahagian yang dinyatakan di 5(c) dalam sistem badan ini.
1 marks
e
Apakah yang akan berlaku pada lelaki tersebut sekiranya bahagian berlabel Q dikeluarkan. Jelaskan.
2 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan struktur atom bagi suatu atom.
a
Namakan zarah-zarah subatom.
x: ……
z: ……
2 marks
b
Apakah yang dimaksudkan dengan nombor proton?
1 marks
c
Nyatakan nombor nukleon atom ini.
1 marks
d
Antara unsur berikut, yang manakah merupakan isotop bagi atom dalam Rajah 6?
Terangkan jawapan anda.
2 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan kariotip individu P dan individu Q yang mengalami perubahan dalam bilangan kromosom.
a
Namakan penyakit yang dihidapi oleh individu Q.
1 marks
b
Berikan alasan bagi jawapan anda di 7(a).
1 marks
c(i)
Nyatakan bilangan kromosom individu P.
1 marks
c(ii)
Salah satu gejala yang ditunjukkan oleh individu P ialah tidak mengalami ciri-ciri seks sekunder seorang perempuan. Nyatakan satu daripada ciri-ciri tersebut.
1 marks
d
Individu yang mengalami mutasi seperti individu P dan individu Q akan mengalami kemandulan. Adakah mereka boleh berkahwin? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan dua alat, P dan Q.
a
Namakan alat tersebut.
P: ……
1 marks
b(i)
Namakan prinsip yang diaplikasikan oleh alat P dan Q?
1 marks
b(ii)
Nyatakan definisi prinsip yang dinyatakan di 8(b)(i).
1 marks
c
Apakah sifat minyak yang terdapat dalam alat P yang membolehkan alat ini mengangkat beban yang sangat berat?
1 marks
d
Rajah 8.2 menunjukkan suatu daya, 400 N dikenakan ke atas omboh picagari P. Suatu beban 4000 N diletakkan di atas omboh picagari Q untuk mengimbangi pergerakan.
[Diberi: Daya input / Luas omboh kecil = Daya output / Luas omboh besar]
Hitung luas bagi omboh besar jika luas bagi omboh kecil ialah 10 cm^2^.
2 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan suatu gambar rajah sinar.
a
Lukiskan imej yang terbentuk dengan melengkapkan rajah sinar pada Rajah 9. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kedudukan, arah dan saiz imej yang anda lukis, bagaimana sinar dilanjutkan, dan labelnya)*
1 marks
b
Sekiranya objek digerakkan pada kedudukan F, di manakah imej akan terbentuk?
1 marks
c
Namakan satu alatan optik yang mempunyai kedudukan dan ciri-ciri imej seperti dalam Rajah 9. Berikan alasan anda.
2 marks
d
Kanta cembung digunakan dalam peralatan optik seperti teleskop. Anda dikehendaki melakar reka bentuk sebuah teleskop ringkas dengan menggunakan dua kanta cembung yang berlainan ketebalan, dua keping kertas manila hitam dan pita selofan. Labelkan rajah anda dan jelaskan bagaimana anda dapat menghasilkan imej yang tajam. *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bagaimana bahan-bahan digabungkan dan labelnya, kemudian jelaskan cara mendapatkan imej yang tajam)*
3 marks
107 marks
Rajah 10 menunjukkan keratan rentas buah kelapa sawit.
a
Bahagian manakah yang menghasilkan minyak yang bermutu tinggi?
1 marks
b
Namakan jenis minyak yang diekstrak daripada bahagian Z.
1 marks
c
Pengambilan minyak kelapa sawit telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pada pendapat anda, wajarkah minyak kelapa sawit menjadi diet pemakanan setiap individu? Berikan alasan anda.
2 marks
d
Minyak sawit biasa digunakan di rumah untuk tujuan memasak makanan. Selepas digunakan ia akan menjadi sisa organik dan jika tidak diuruskan dengan baik, ia akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Anda diberikan bahan-bahan seperti:
- Minyak sawit terpakai
- Larutan kalium hidroksida
- Air suling
- Serbuk natrium klorida
Anda diminta untuk merekacipta sabun daripada minyak sawit terpakai tersebut. Lengkapkan langkah-langkah untuk menghasilkannya.
Langkah-langkah:
1) ……
2) ……
3) ……
4) Sabun yang terhasil dituraskan.
*(Tulis jawapan anda: langkah 1, 2 dan 3)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji pernyataan berikut.
> Seorang petani mendapati pokoknya kurang menghasilkan buah. Dia kemudiannya menambah baja fosforus untuk mengatasi masalah tersebut. Setelah beberapa minggu, dia mendapati pokoknya telah menghasilkan buah yang banyak.
a
Nyatakan **satu** pernyataan masalah daripada maklumat di atas.
1 marks
b
Cadangkan **satu** hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.
1 marks
Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk menguji hipotesis anda dengan menggunakan tabung didih, larutan kultur lengkap, larutan kultur tanpa fosforus, anak benih jagung, kertas hitam dan kapas.
Huraian anda harus mengandungi aspek berikut:
c(i)
Tujuan eksperimen
1 marks
c(ii)
Mengenal pasti pemboleh ubah
2 marks
c(iii)
Prosedur atau kaedah
4 marks
c(iv)
Penjadualan data *(Tulis jadual anda: tajuk lajur dan baris)*
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Rajah 12.1 dan Rajah 12.2 menunjukkan tindak balas nuklear.
a
Namakan proses tindak balas nuklear pada Rajah 12.1 dan Rajah 12.2.
2 marks
b
Terangkan bagaimanakah tindak balas nuklear dalam Rajah 12.2 boleh berlaku di Matahari.
2 marks
c
Berikan perbezaan antara tindak balas nuklear dalam Rajah 12.1 dan Rajah 12.2.
4 marks
d
Rajah 12.3 menunjukkan satu stesen jana kuasa yang menghasilkan tenaga elektrik.
Pada pendapat anda, apakah kelebihan dan kekurangan sekiranya stesen jana kuasa ini digunakan sebagai sumber utama tenaga elektrik di Malaysia.
4 marks
1312 marks
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mewartakan 1 September 2015 sebagai permulaan untuk mewajibkan pengasingan sampah isi rumah. Walaupun begitu, sehingga kini program tersebut gagal mencapai matlamatnya.
a(i)
Namakan dua contoh sampah buangan dari isi rumah.
2 marks
b
Terangkan kesan pembuangan sampah isi rumah ke atas alam sekitar.
2 marks
c
Membuang sampah ke tempat yang tidak sepatutnya akan menyebabkan kehadiran makhluk perosak seperti tikus dan lalat yang akan menjadi agen kepada penularan wabak penyakit seperti taun dan cirit-birit. Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah Teknologi Hijau boleh membantu mengatasi masalah ini?
4 marks
d
Sekumpulan murid telah menjalankan projek membuat baja eko-enzim daripada sisa buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai tugasan sains di sekolah mereka. Terangkan dua kelebihan dan dua kelemahan projek yang mereka jalankan itu.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open