Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji ketahanan terhadap kakisan logam tulen berbanding dengan aloi.
a
Nyatakan pemerhatian bagi eksperimen ini selepas 1 minggu.
| | Pemerhatian |
|---|---|
| Paku besi | …… |
| Paku keluli | …… |
2 marks
b
Pengaloian ialah proses pencampuran atom logam tulen dan atom unsur asing. Lukiskan susunan atom dalam aloi. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: susunan atom-atom dalam lukisan anda (saiz dan kedudukan atom) dan label-labelnya)*
2 marks
c
Nyatakan definisi secara operasi bagi aloi berdasarkan eksperimen ini.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan pita detik yang diperoleh daripada gerakan sebuah troli yang menuruni landasan condong. Troli itu mengambil masa 8 saat untuk sampai ke bawah landasan itu.
Jadual 2 menunjukkan maklumat tentang keratan pita detik dalam Rajah 2.
| Jalur pita detik | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
|---|---|---|---|---|---|
| Panjang (cm) | 0.9 | …… | 2.9 | 3.7 | 4.7 |
Jadual 2
a
Ukur panjang jalur kedua pita detik itu dan catatkan dalam Jadual 2.
*(Nota Cerdek: rajah pada skrin tidak mengikut saiz sebenar. Pada kertas soalan asal, panjang jalur kedua ialah 2.0 cm apabila diukur dengan pembaris — gunakan nilai ini.)*
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 2, lukis carta bar pada kertas graf di bawah.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Panjang (cm), 0 hingga 4 (selang 1); paksi mengufuk — Jalur 1 hingga 5. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: tinggi bar bagi setiap jalur dan bagaimana bar-bar itu dilukis)*
2 marks
Berdasarkan carta bar anda di 2 (b),
c(i)
Nyatakan jenis gerakan troli ini.
1 marks
c(ii)
Ramalkan ukuran jalur pita detik keenam.
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan keputusan suatu eksperimen untuk mengkaji kesan cahaya ke atas pertumbuhan mikroorganisma. Roti A didedahkan kepada cahaya terang, manakala roti B disimpan di tempat gelap.
a
Nyatakan satu pemerhatian pada roti B selepas tiga hari.
1 marks
b
Nyatakan satu inferens berdasarkan pemerhatian pada 3 (a).
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 3, apakah mikroorganisma X? Tandakan ( / ) pada jawapan anda.
| Mukor | Spirogira | Bacillus subtilis |
|---|---|---|
| | | |
*(Tulis jawapan anda: nama mikroorganisma yang anda tandakan)*
1 marks
d
Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
e
Selain daripada menggunakan roti, agar-agar nutrien juga digunakan di makmal sains bagi menjalankan eksperimen ini. Apakah persamaan antara penggunaan roti dengan agar-agar nutrien?
1 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan satu eksperimen yang telah dijalankan untuk mengkaji kadar tindak balas antara magnesium dan asid hidroklorik cair.
Jadual 4 menunjukkan isi padu gas yang terkumpul pada sela masa 20 saat.
| Masa (s) | Isi padu gas (cm^3^) |
|---|---|
| 0 | 0 |
| 20 | 12 |
| 40 | 22 |
| 60 | 31 |
| 80 | 38 |
| 100 | 42 |
| 120 | …… |
| 140 | 45 |
| 160 | 45 |
Jadual 4
a
Namakan gas yang terbebas daripada tindak balas di atas.
1 marks
b
Menggunakan data dalam Jadual 4, lukis graf isi padu gas yang terkumpul melawan masa.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Isi padu gas (cm^3^), 0 hingga 50 (selang 10); paksi mengufuk — Masa (s), 0 hingga 160 (selang 20). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (nilai masa dan isi padu bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
c
Berdasarkan graf di 4(b), nyatakan isi padu gas yang terkumpul pada saat ke-120. Tuliskan jawapan anda pada Jadual 4.
1 marks
d
Selain daripada saiz bahan tindak balas, nyatakan satu faktor lain yang mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan sistem endokrin manusia.
a
Nyatakan kelenjar yang merupakan kelenjar induk dalam sistem endokrin manusia.
1 marks
b(i)
Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar Q.
1 marks
b(ii)
Nyatakan kesan pada manusia jika hormon dalam soalan 5 (b)(i) **tidak** dirembeskan secukupnya ke dalam badan.
1 marks
c(i)
Namakan kelenjar R.
1 marks
c(ii)
Bagaimanakah kegagalan kelenjar R berfungsi boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit diabetes melitus?
1 marks
d
Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar S.
1 marks
66 marks
Rajah 6 di bawah menunjukkan suatu produk untuk menurunkan berat badan yang biasa didapati di farmasi.
a
Apakah bahan aktif dalam produk di atas beserta peranannya?
2 marks
b
Mengapakah sesetengah bahan aktif **tidak** boleh dicampurkan bersama dalam suatu produk?
1 marks
c
Sebagai pengguna, nyatakan dua langkah yang perlu diberi perhatian sebelum memilih sesuatu produk.
(i) ……
(ii) ……
2 marks
d
Ubat moden ialah ubat yang dihasilkan di dalam makmal untuk kegunaan ramai dan dijual di pasaran secara meluas. Namakan satu jenis ubat yang boleh digunakan untuk membunuh bakteria.
1 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan proses yang berlaku dalam stesen janakuasa nuklear.
a
Nyatakan proses dalam Rajah 7.
1 marks
b
Terangkan proses tersebut.
2 marks
c
Apakah yang akan berlaku jika tindak balas itu tidak dikawal dengan baik?
2 marks
d
Nyatakan satu kepentingan tenaga nuklear.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu tong mengandungi gas Q yang digunakan untuk dapur gas. Gas Q ialah sebatian hidrokarbon.
a
Nyatakan sumber gas Q.
1 marks
b
Nyatakan satu kegunaan lain sebatian hidrokarbon dalam kehidupan.
1 marks
c
Selain digunakan sebagai minuman dan pelarut, alkohol juga boleh dijadikan sebagai bahan api. Di Brazil, etanol dicampurkan dalam petrol dan digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan bermotor. Penggunaan alkohol sebagai bahan api adalah lebih baik berbanding petroleum.
Huraikan mengapa alkohol boleh menjadi bahan api yang lebih baik berbanding petroleum.
2 marks
d
Rajah 8.2 menunjukkan formula struktur bagi dua molekul hidrokarbon S dan T.
Berdasarkan rajah, nyatakan persamaan dan perbezaan antara molekul hidrokarbon S dan T.
2 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan aplikasi teknologi pengeluaran makanan.
a
Terangkan mengapa aplikasi yang dinyatakan dalam rajah dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta di Malaysia.
1 marks
b(i)
Pada pendapat anda, sekiranya anda mempunyai sebidang tanah di lereng bukit, apakah pendekatan yang boleh anda lakukan untuk memajukan kawasan tersebut sebagai sebuah tapak pertanian?
1 marks
b(ii)
Berdasarkan jawapan anda di b(i), nyatakan kebaikan dan keburukan pendekatan yang anda cadangkan.
2 marks
c
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang diproses melalui kaedah penapaian untuk mengawet dan memelihara kualiti makanan. Dengan menggunakan bahan yang dibekalkan, tulis langkah-langkah penghasilan produk makanan melalui proses penapaian.
Bahan:
1. Pulut
2. Air
3. Yis
4. Bekas berpenutup
5. Pengukus
Langkah-langkah:
1. ……
2. ……
3. ……
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan singki di dalam makmal yang tersumbat.
Satu bahan sisa pepejal telah dibuang ke dalam singki yang menyebabkan ia tersumbat.
a(i)
Nyatakan satu contoh bahan sisa tersebut.
1 marks
a(ii)
Bagaimanakah sepatutnya ia diuruskan?
1 marks
b
Rajah 10.2 di bawah menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh Zafirah semasa kelas amali sains.
Nyatakan tindakan yang perlu dilakukan untuk menguruskan sisa biologi itu pada akhir kelas.
2 marks
c
Pembuangan bahan pepejal seperti cawan plastik menjadi satu masalah bagi pihak kantin sekolah. Anda dipertanggungjawabkan untuk menolong pihak sekolah menangani masalah ini dengan mengitar semula cawan plastik tersebut sebagai bekas tanaman.
Menggunakan dua cawan plastik, penebuk lubang, cat warna, tali, bunga dan tanah, rekacipta satu bekas tanaman bertingkat. Lukis dan labelkan rekaan anda.
Penerangan: …… *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: rekaan anda — bahan-bahan yang digunakan, cara ia disusun dan disambung, label-labelnya — serta penerangan bagaimana ia berfungsi)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Johan mementingkan kesihatan dan suka bersenam. Dia telah melakukan aktiviti yang berbeza selama lima hari berturut-turut. Selepas 30 minit menjalankan aktiviti, beliau akan mengukur kadar denyutan nadi seperti di dalam Jadual 11.
| Hari | Aktiviti | Kadar denyutan nadi (per minit) |
|---|---|---|
| Hari Pertama | Zumba | 85 |
| Hari Kedua | Bermain Badminton | 97 |
| Hari Ketiga | Bermain Futsal | 90 |
| Hari Keempat | Berenang | 87 |
| Hari Kelima | Berjalan | 80 |
Jadual 11
Berdasarkan data, anda dikehendaki merancang eksperimen.
a
Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas.
1 marks
b
Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.
1 marks
Dengan menggunakan jam randik, huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di 11(b) berpandukan kriteria berikut:
c(i)
Tujuan eksperimen.
1 marks
c(ii)
Mengenal pasti pemboleh ubah.
2 marks
c(iii)
Prosedur atau kaedah.
4 marks
c(iv)
Penjadualan data.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Nyatakan maksud Teknologi Hijau.
2 marks
b
Terangkan kesan pembuangan bahan toksik dari kilang terhadap alam sekitar.
2 marks
c
Kebanyakan bahan buangan domestik seperti kertas dilupuskan dengan cara pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka akan menyebabkan pencemaran udara.
Cadangkan kaedah untuk menangani masalah ini.
4 marks
d
Rajah 12 menunjukkan sebuah kereta yang menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga.
Adakah anda setuju bahawa kereta itu menggunakan Teknologi Hijau? Wajarkan.
4 marks
1312 marks
Sel elektrokimia ialah alat yang menjana tenaga elektrik daripada tindak balas kimia atau menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan tindak balas kimia.
a
Berikan dua jenis sel elektrokimia.
2 marks
b
Hasil elektrolisis dipengaruhi oleh beberapa faktor. Terangkan salah satu faktor tersebut.
2 marks
c
Logam yang mengandungi bendasing dan tidak tulen dapat ditulenkan melalui proses elektrolisis. Terangkan penulenan logam melalui elektrolisis.
4 marks
d
Apabila anda memasang suis sel ringkas, bacaan galvanometer semakin berkurang dan nyalaan mentol semakin malap. Berdasarkan satu contoh sel ringkas yang sesuai, terangkan keadaan di atas.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open