Sekumpulan murid perempuan kelas 4 Antimoni menjalankan eksperimen untuk menyiasat jenis variasi dalam kalangan mereka. Mereka telah mengukur panjang tapak kaki dan data yang diperoleh direkodkan dalam Jadual 1.1.
| | | | | |
|---|---|---|---|---|
| 23.1 | 24.1 | 24.4 | 22.7 | 25.6 |
| 24.6 | 21.2 | 22.4 | 23.3 | 21.4 |
| 22.4 | 23.0 | 23.2 | 25.2 | 24.5 |
| 23.2 | 24.5 | 25.7 | 22.5 | 23.9 |
Jadual 1.1
a
Berdasarkan data dalam Jadual 1.1, lengkapkan Jadual 1.2.
| Panjang tapak kaki (cm) | Bilangan murid |
|---|---|
| 21.0 – 21.9 | |
| 22.0 – 22.9 | |
| 23.0 – 23.9 | |
| 24.0 – 24.9 | |
| 25.0 – 25.9 | |
Jadual 1.2
*(Tulis jawapan anda: bilangan murid bagi setiap julat panjang tapak kaki)*
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 1.2, lukis histogram bagi bilangan murid melawan panjang tapak kaki.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Bilangan murid, 0 hingga 6; paksi mengufuk — Panjang tapak kaki (cm), julat 21.0-21.9, 22.0-22.9, 23.0-23.9, 24.0-24.9, 25.0-25.9. *(Huraikan histogram anda dalam perkataan: tinggi bar bagi setiap julat dan bagaimana bar-bar itu dilukis (lebar dan kedudukan antara bar))*
2 marks
c
Kelaskan **jenis warna anak mata** dan **tahap kepandaian** mengikut kategori yang betul dalam Rajah 1.
- Variasi → **P**: 1. Kualitatif; 2. Dipengaruhi oleh faktor genetik sahaja; 3. ……
- Variasi → **Q**: 1. Kuantitatif; 2. Dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran; 3. ……
Rajah 1
*(Tulis jawapan anda: item 3 bagi P dan item 3 bagi Q)*
1 marks
d
Seorang murid mengulangi eksperimen yang sama dengan mengukur panjang tapak kaki di kalangan ahli keluarganya. Apakah kemungkinan faktor yang menyebabkan bentuk graf yang diperoleh murid tersebut berbeza daripada graf 1(b)?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji masa yang diambil oleh cebisan kertas jatuh bebas dan bukan jatuh bebas.
Keputusan eksperimen dicatatkan di dalam Jadual 2.
| Kehadiran udara | Masa yang diambil untuk cebisan kertas jatuh ke atas penutup getah (s) |
|---|---|
| Ada | 8 |
| Tiada (vakum) | 4 |
Jadual 2
Berdasarkan keputusan eksperimen dalam Jadual 2,
a(i)
nyatakan faktor yang diperhatikan
1 marks
a(ii)
cara mengawal faktor di 2(a)(i).
1 marks
b
Nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Berdasarkan pemerhatian di 2(b), nyatakan inferens bagi eksperimen ini.
1 marks
d
> Objek yang mengalami bukan jatuh bebas perlu mengatasi rintangan udara.
Berdasarkan Jadual 2, jelaskan mengapakah pernyataan tersebut boleh diterima?
1 marks
35 marks
Seorang murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan nutrien terhadap pertumbuhan anak benih. Rajah 3 menunjukkan keputusan yang diperolehi selepas 10 hari.
Berdasarkan Rajah 3, nyatakan
a(i)
faktor yang diubah
1 marks
a(ii)
faktor yang diperhatikan.
1 marks
b
Larutan kultur lengkap diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan yang sihat. Nyatakan definisi secara operasi bagi larutan kultur lengkap.
1 marks
c
Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan terdiri daripada makronutrien dan mikronutrien. Tandakan (✓) bagi unsur yang mempunyai ciri sepunya seperti fosforus.
- Zink
- Nitrogen
*(Tulis jawapan anda: unsur yang anda tandakan)*
1 marks
d
Sekumpulan murid yang lain mengulangi eksperimen yang sama tetapi didapati ketinggian anak benih dalam larutan kultur lengkap lebih rendah berbanding Rajah 3. Apakah kesilapan yang mungkin dilakukan oleh sekumpulan murid tersebut semasa menjalankan eksperimen?
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara halaju bendalir dan tekanan.
a
Berdasarkan Rajah 4.1, nyatakan pemerhatian anda.
1 marks
b
Nyatakan **satu** inferens bagi jawapan anda di 4(a).
1 marks
c
Nyatakan **satu** hipotesis berdasarkan eksperimen ini.
1 marks
d
Ramalkan ketinggian aras air di dalam tiub B jika diameter tiub pada titik K adalah sama dengan diameter tiub pada titik J dan L.
1 marks
e
Wafiy telah mengulangi eksperimen yang sama di dalam makmal sains. Hasil keputusan eksperimen adalah seperti dalam Rajah 4.2.
Apakah yang mungkin kesilapan yang mungkin telah dilakukan oleh Wafiy semasa menjalankan eksperimen tersebut?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan keadaan yang dialami oleh seorang mangsa.
Berdasarkan Rajah 5,
a(i)
nyatakan bantuan kecemasan yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa
1 marks
a(ii)
nyatakan punca situasi individu tersebut.
1 marks
b
Anda sedang berada di pusat membeli-belah dan terlihat seorang lelaki tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Setelah melakukan teknik tekanan dada, lelaki tersebut masih tidak sedarkan diri. Terangkan langkah seterusnya bagi membantu mangsa.
Langkah: …
Penerangan: …
2 marks
c
Jadual 3 menunjukkan data peratus kematian rakyat Malaysia disebabkan pelbagai jenis penyakit pada tahun 2023.
| Penyakit | Peratus (%) |
|---|---|
| Serangan jantung | 16.1 |
| Pneumonia | 13.3 |
| Strok | 7.2 |
| COVID-19 | 4.2 |
| Hipertensi | 1.7 |
| Diabetes melitus | 1.7 |
| Kanser payudara | 1.5 |
(Sumber: Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2023 (dosm.gov.my))
Jadual 3
Berdasarkan Jadual 3, nyatakan jenis penyakit yang paling tinggi menyebabkan kematian di Malaysia. Berikan alasan.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan jenis pembahagian sel R dan S.
a
Nyatakan fasa bagi pembahagian sel R.
1 marks
b
Tandakan (✓) bagi penyataan yang betul tentang jenis pembahagian sel S.
- Sel hanya membahagi sekali sahaja
- Tiada replikasi DNA berlaku
- Sel anak berbeza dari segi genetik
- Dua sel anak dihasilkan
*(Tulis jawapan anda: penyataan-penyataan yang anda tandakan)*
1 marks
c
Kulit jari Aminah terluka semasa memotong bawang. Selepas seminggu, kulit jarinya kembali pada keadaan asal. Bagaimanakah keadaan tersebut berlaku?
2 marks
d
Rajah 6.2 menunjukkan generasi pertama bagi kacukan monohibrid dua pokok bunga raya.
**R mewakili gen dominan bagi bunga merah** dan **r mewakili gen resesif bagi bunga putih**.
Lengkapkan genotip dan fenotip dalam Rajah 6.2 bagi Induk 1 dan Induk 2. *(Tulis jawapan anda: genotip dan fenotip Induk 1 dan Induk 2)*
2 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan perbualan antara seorang pesakit dengan seorang doktor.
> **Pesakit:** Doktor, saya sentiasa berpeluh dan rasa panas walaupun di dalam kawasan yang berhawa dingin. Saya juga sukar untuk tidur dan kuat selera makan. Berat badan saya masih menurun dengan banyak walaupun saya tidak melakukan senaman dan makan dengan banyak.
>
> **Doktor:** Anda mungkin mengalami ketidakseimbangan hormon.
Rajah 7
a
Nyatakan sistem badan yang berfungsi untuk menghantar maklumat ke seluruh badan menggunakan hormon.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 7, terangkan **satu** kaedah yang boleh digunakan untuk merawat masalah tersebut.
Kaedah: …
Penerangan: …
2 marks
c
Jadual 4 menunjukkan aras hormon insulin dalam darah seorang murid selepas dia mengambil makanan tengah hari.
| Masa selepas makan (minit) | 0 | 30 | 60 | 90 | 120 | 180 | 240 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Aras insulin (mmol/L) | 10 | 26 | 39 | 45 | 38 | 30 | 25 |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4, nyatakan pola aras insulin murid tersebut dalam 90 minit pertama. Jelaskan.
2 marks
d
Puan Siti telah didiagnosis dengan penyakit diabetes melitus. Doktor menasihatkan beliau supaya mengambil suntikan insulin. Wajarkan.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap.
a
Berdasarkan Rajah 8.1, unsur manakah merupakan gas nadir?
1 marks
b
Apakah yang berlaku pada kertas litmus merah apabila unsur B bertindak balas dengan air? Jelaskan.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan lukisan susunan elektron bagi dua unsur.
Berdasarkan Rajah 8.2, unsur manakah yang akan membentuk ion negatif? Terangkan.
2 marks
d
Sebuah syarikat yang mengeksport ubi kentang mendapati pemancar sinar gama di kilangnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Berikan **satu** kesan yang berlaku terhadap ubi kentang tersebut.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu produk makanan yang telah diproses menggunakan kaedah pemprosesan X.
a
Nyatakan **satu** kebaikan kaedah pemprosesan X.
1 marks
b
Shahril ingin membawa keropok lekor mentah dari Terengganu ke Pulau Pinang dengan menaiki bas ekspress. Nyatakan kaedah pemprosesan yang sesuai digunakan untuk mengekalkan kesegaran dan mengelakkan makanan tersebut cepat rosak.
1 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan contoh label makanan yang terdapat pada dua jenama sos cili yang berbeza.
Sos cili manakah yang memenuhi syarat label Peraturan-Peraturan Makanan 1985? Wajarkan.
2 marks
d
Terdapat lebihan buah mangga yang belum masak di rumah anda. Anda berhasrat untuk menghasilkan jeruk mangga bagi mengelakkan pembaziran.
Alat dan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Buah mangga
- Pisau
- Larutan garam
- Larutan gula dan cuka
Tuliskan langkah-langkah untuk menghasilkan jeruk mangga tersebut:
1. …
2. …
3. …
4. Letakkan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.
*(Tulis jawapan anda: langkah 1, 2 dan 3)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan kedudukan satelit X dan satelit Y pada ketinggian yang berbeza.
a
Berdasarkan Rajah 10.1, apakah jenis orbit untuk satelit Y?
1 marks
b
Negara P terdiri daripada banyak pulau dan kerap mengalami bencana alam seperti tsunami. Nyatakan bagaimana teknologi satelit dapat membantu negara P dalam pengurusan bencana?
1 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan dua jenis kenderaan pelancar ke dalam orbit.
Banding bezakan kedua-dua kenderaan pelancar tersebut.
2 marks
d
Rajah 10.3 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk mereka bentuk model roket.
Lakarkan dan label model roket anda dalam ruang yang disediakan. Terangkan bagaimana model ini berfungsi. *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk model roket, bahan bagi setiap bahagian dan labelnya, serta bagaimana model itu berfungsi)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11 menunjukkan perbualan antara dua orang sahabat di sebuah dapur.
> **Sahabat 1:** Mengapa awak menggunakan gula halus untuk membuat teh lemon ais?
>
> **Sahabat 2:** Gula halus lebih cepat larut di dalam air.
Rajah 11
Berdasarkan perbualan dalam Rajah 11, rancang satu eksperimen dalam makmal dengan menggunakan serbuk marmar, ketulan marmar, asid hidroklorik cair, kelalang kon, penyumbat getah dengan salur penghantar, buret, besen, kaki retort serta radas lain.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c
Tujuan eksperimen
1 marks
d
Faktor yang perlu diubah dan cara mengawal
2 marks
e
Faktor yang diperhatikan
1 marks
f
Bahan dan radas
1 marks
g
Jangkaan pemerhatian yang menyokong hipotesis anda
1 marks
h
**Dua** langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan keputusan yang jitu.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Rajah 12.1 menunjukkan satu proses penghasilan tenaga nuklear.
Berdasarkan Rajah 12.1, nyatakan
a(i)
tempat proses tersebut berlaku secara semulajadi
1 marks
a(ii)
proses lain yang menghasilkan tenaga nuklear.
1 marks
Penghasilan tenaga elektrik dalam Rajah 12.2 berlaku di dalam stesen jana kuasa nuklear.
Pembelahan nukleus di reaktor → (Tenaga nuklear) → Stim → Turbin → Penjana → Elektrik
Rajah 12.2
Berdasarkan Rajah 12.2, nyatakan
b(i)
fungsi tenaga nuklear yang dihasilkan di reaktor
1 marks
b(ii)
tenaga yang dihasilkan apabila turbin diputarkan oleh aliran stim.
1 marks
c
Sebuah negara R telah menggunakan tenaga nuklear dalam pelbagai bidang. Berikut adalah ciri-ciri penggunaan tenaga nuklear:
- Mengurangkan pencemaran udara
- Sebagai sumber tenaga alternatif
- Menjana tenaga yang tinggi
- Sumber pendapatan negara
Huraikan kebaikan ciri-ciri penggunaan tenaga nuklear terhadap industri sesebuah negara.
4 marks
d
Sebuah negara kecil dengan populasi penduduk yang rendah bercadang untuk membina stesen jana kuasa nuklear. Pada pendapat anda, wajarkah pembinaan stesen jana kuasa nuklear sebagai sumber tenaga utama? Justifikasikan.
4 marks
1312 marks
Rajah 13.1 menunjukkan satu keadaan di sebuah Bandar Y.
Berdasarkan Rajah 13.1, nyatakan
a
punca berlaku keadaan tersebut
2 marks
b
kaedah Teknologi Hijau yang boleh digunakan untuk menanganinya.
2 marks
c
Rajah 13.2 menunjukkan bilangan mikroplastik yang terdapat dalam air laut dari tahun 2016 hingga tahun 2022.
Huraikan pola jumlah bilangan mikroplastik dari tahun 2016 hingga 2022.
4 marks
d
Rajah 13.3 menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid semasa Minggu Sains dan Teknologi.
Selain daripada membangunkan sumber tenaga boleh baharu untuk menggantikan bahan api fosil, aktiviti pada Rajah 13.3 juga merupakan salah satu langkah dalam menangani isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga.
Wajarkan tindakan aktiviti yang dilakukan menggunakan konsep Teknologi Hijau.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open