Sekumpulan murid menjalankan suatu eksperimen untuk mengkaji kekuatan tulang. Rajah 1 menunjukkan kedua-dua jenis model yang diperbuat daripada dua jenis rod kaca yang berbeza.
Buku latihan diletakkan satu persatu di atas setiap model sehingga rod kaca patah. Jadual 1 menunjukkan keputusan yang diperoleh daripada eksperimen ini.
| Rod kaca | Bilangan buku latihan yang boleh disokong |
|---|---|
| Padat | 14 |
| Berongga | 20 |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1,
a(i)
nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini
1 marks
a(ii)
nyatakan **satu** inferens bagi eksperimen ini
1 marks
a(iii)
nyatakan **satu** cara bagaimana anda mengawal faktor yang diperhatikan.
1 marks
b
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi tulang berongga.
1 marks
c
Warga emas lebih mudah mengalami osteoporosis. Nyatakan **satu** cara bagaimana mereka menguatkan tulang.
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 menunjukkan eksperimen proses elektrolisis dengan menggunakan kuprum (II) sulfat dalam keadaan yang berbeza.
a
Apakah bacaan ammeter dalam Rajah 2.2?
1 marks
b
Nyatakan tujuan bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
d
Ramalkan bacaan ammeter dalam Rajah 2.1.
1 marks
e
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga dalam eksperimen ini.
1 marks
35 marks
Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria selepas 72 jam.
| Suhu (°C) | Bilangan koloni bakteria |
|---|---|
| 0 | 2 |
| 10 | 4 |
| 30 | 10 |
| 50 | 16 |
| 70 | 3 |
Jadual 2
a
Berdasarkan keputusan pada Jadual 2, lukis graf untuk menunjukkan hubungan antara bilangan koloni bakteria melawan suhu.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Bilangan koloni bakteria, 0 hingga 16 (berlabel 2, 4, 6 … 16); paksi mengufuk — Suhu (°C), 0 hingga 80 (berlabel 20, 40, 60, 80). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (suhu dan bilangan koloni bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu (bentuk garis/lengkung dan cara melukisnya))*
2 marks
b
Berdasarkan graf di 3 (a), nyatakan hubungan antara bilangan koloni bakteria dengan suhu sehingga 50 °C.
1 marks
c
*Paramecium* sp., *Chlamydomonas* sp., *Amoeba* sp., dan *Spirogyra* sp. merupakan contoh bagi mikroorganisma. Kelaskan ***Amoeba* sp. dan *Spirogyra* sp.** mengikut kategori yang betul dalam Rajah 3.
Rajah 3: Mikroorganisma terbahagi kepada **Protozoa** (1. *Paramecium* sp.; 2. ……) dan **Alga** (1. *Chlamydomonas* sp.; 2. ……).
*(Tulis jawapan anda: nama mikroorganisma bagi tempat kosong di bawah Protozoa dan di bawah Alga)*
1 marks
d
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga yang boleh diambil untuk mendapatkan data yang lebih jitu.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan keputusan eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan nutrien pada anak benih selepas dua minggu.
Berdasarkan Rajah 4.1,
a(i)
nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini
1 marks
a(ii)
nyatakan **satu** inferens berdasarkan pemerhatian di 4 (a)(i).
1 marks
b
Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya larutan kultur tanpa nitrogen diganti dengan larutan kultur tanpa fosforus.
1 marks
c
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi larutan kultur lengkap.
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan eksperimen yang dijalankan oleh kumpulan murid yang lain untuk mengkaji kesan kekurangan nutrien pada anak benih.
d
Pada akhir eksperimen, keputusan menunjukkan pertumbuhan daun dan akar terbantut. Mengapakah berlakunya situasi ini?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Carta palang dalam Rajah 5 menunjukkan statistik yang dikongsi oleh Jabatan Statistik Nasional, United Kingdom pada tahun 2020.
a
Nyatakan teknik yang digunakan bagi menyelamatkan mangsa yang tercekik.
1 marks
b
Berdasarkan carta palang dalam Rajah 5, kumpulan umur manakah yang paling kurang berisiko untuk mati disebabkan tercekik objek asing?
1 marks
c
Nyatakan langkah-langkah yang digunakan bagi menyelamatkan mangsa berumur bawah satu tahun daripada mati akibat tercekik.
2 marks
d
Berdasarkan carta palang dalam Rajah 5, golongan manakah berisiko tinggi untuk mati disebabkan tercekik? Terangkan.
2 marks
66 marks
Sistem endokrin merupakan satu sistem di dalam badan yang mengkoordinasikan fungsi badan yang melibatkan bahan kimia.
a
Berdasarkan Rajah 6.1, nyatakan **satu** bahan kimia yang dirembeskan oleh kelenjar S.
1 marks
b
Seorang individu telah disahkan mengalami ketumbuhan sel pada kelenjar P. Doktor mencadangkan agar kelenjar P dibuang supaya sel ketumbuhan tidak merebak ke organ lain. Nyatakan **satu** kesan sekiranya kelenjar P ini dikeluarkan.
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan seorang budak lelaki yang dikejar anjing liar semasa bersiar-siar di kawasan rumahnya.
c
Terangkan bagaimana kelenjar Q membantu budak lelaki itu menyelamatkan diri daripada gigitan anjing liar tersebut.
2 marks
d
Encik Bard dikesan mengalami kegagalan kelenjar R yang mengakibatkan beliau mengidap diabetes mellitus. Penyakit ini menyebabkan tubuh beliau tidak dapat menukarkan glukosa kepada glikogen.
| Menu X | Menu Y |
|---|---|
| 1 cawan nasi beras biasa | 1 cawan nasi beras perang |
| 1 cawan sayur labu | 1 cawan sayur kobis |
| 1 biji buah pisang | 1 potong buah jambu batu |
| 1 cawan air kopi | 1 cawan air kosong |
Rajah 6.3
Berdasarkan Rajah 6.3, pilih **satu** menu yang sesuai untuk Encik Bard dan jelaskan.
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan bahan V yang ditambahkan ke dalam lateks.
a
Berdasarkan Rajah 7.1, apakah proses W?
1 marks
b
Namakan bahan V dan nyatakan **satu** ciri getah yang terhasil.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan dua jenis getah yang berbeza.
c
Berdasarkan Rajah 7.2, banding dan bezakan getah X dan getah Y.
2 marks
d
Getah X digunakan untuk membuat tapak kasut. Wajarkan.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah peralatan optik yang digunakan secara meluas dalam bidang astronomi.
a(i)
Apakah fungsi peralatan optik pada Rajah 8.1?
1 marks
a(ii)
Nyatakan **dua** ciri imej akhir bagi peralatan optik tersebut.
2 marks
Seorang murid ingin menjalankan kajian tempatan di sebuah pekan kecil dengan menggunakan peta topografi seperti pada Rajah 8.2. Murid tersebut mengalami kesukaran dalam membaca peta tersebut.
b
Guru Geografi beliau mencadangkan kepada murid tersebut dua buah peralatan optik seperti dalam Rajah 8.3 (di bawah Rajah 8.2): R dan S.
Banding dan bezakan kedua-dua peralatan optik tersebut.
2 marks
c
Suraya berusia 49 tahun tidak dapat melihat tulisan di novel dengan jelas. Sepupu beliau, Ameera mencadangkan supaya Suraya memakai cermin mata yang menggunakan kanta cembung. Wajarkan.
1 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan satu isu sosiosaintifik yang berlaku di sebuah negara.
a
Nyatakan **satu** kesan pembuangan sisa pada Rajah 9 secara tidak terancang terhadap alam sekitar.
1 marks
b
Selaku pengusaha kantin sekolah, apakah yang boleh dilakukan untuk meminimumkan penggunaan plastik?
1 marks
c
Seorang suri rumah ingin melupuskan sisa makanan yang terkumpul dari dapur rumahnya. Beliau bercadang sisa makanan tersebut dijadikan baja kompos. Wajarkan tindakan beliau.
2 marks
d
Papan kenyataan di belakang kelas boleh dihasilkan dengan menggunakan sisa-sisa pepejal. Anda diminta untuk menyediakan sebuah papan kenyataan di sudut kelas dengan menggunakan bahan berikut:
1. Air
2. Sabut kelapa
3. Kertas
4. Kotak
5. Mesin pengisar
6. Gam
7. Bingkai kayu
Tuliskan langkah-langkah untuk membina papan kenyataan tersebut.
- Langkah 1 (diberi): Rendam sabut, kertas dan kotak dalam air.
- Langkah 2: ……
- Langkah 3: ……
- Langkah 4: ……
- Langkah 5 (diberi): Mampatkan bahan kisar ke dalam bingkai kayu dan jemur di bawah cahaya matahari.
*(Tulis jawapan anda: langkah 2, 3 dan 4)*
3 marks
107 marks
Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon. Rajah 10.1 menunjukkan contoh sebatian karbon.
a(i)
Nyatakan **satu** ciri sebatian karbon pada Rajah 10.1.
1 marks
a(ii)
Bahan api fosil merupakan sebatian karbon dan merupakan sumber tenaga tidak boleh baharu yang semakin berkurang. Bagaimanakah anda boleh membekalkan tenaga dalam kehidupan harian dengan mengurangkan penggunaan sumber tenaga tidak boleh baharu?
1 marks
b
Alkohol mempunyai kegunaan yang meluas dalam pelbagai bidang. Namun pengambilan alkohol secara berlebihan akan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan. Wajarkan.
2 marks
c
Semasa pandemik Covid-19, penggunaan alkohol sangat meluas dalam menghasilkan pembersih tangan. Etanol tulen merupakan sejenis alkohol yang boleh dihasilkan di rumah. Anda diminta untuk menghasilkan etanol tulen menggunakan bahan dalam Rajah 10.2.
Rajah 10.2 (bahan): Potongan nanas, Cawan plastik, Sapu tangan, Gelang getah, Yis.
Lakar dan labelkan satu cara penghasilan etanol tulen di rumah, kemudian tulis penerangan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bagaimana bahan-bahan itu disusun dalam lakaran anda dan label setiap bahan; kemudian tulis penerangan anda)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11 menunjukkan situasi seorang budak lelaki yang sedang melepaskan dua jenis objek yang berlainan jisim dari suatu ketinggian. Kedua-dua objek tersebut jatuh ke arah Bumi dan mengalami pecutan graviti.
Berdasarkan situasi dalam Rajah 11, rancang satu eksperimen untuk mengkaji nilai pecutan graviti bumi dengan menggunakan pita detik, pita selofan, jangka masa detik, pemberat 50 g, pemberat 100 g, pengapit-G, bekalan kuasa a.u. 12 V, bangku dan kaki retort.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu diubah dan cara mengawalnya
2 marks
c(ii)
Faktor yang ditetapkan dan cara mengawalnya
2 marks
d
Lakaran susunan radas yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan dalam lakaran anda, cara ia disusun, dan label-labelnya)*
2 marks
e
Jangkaan pemerhatian
1 marks
f
Langkah berjaga-jaga untuk memastikan penyiasatan yang adil
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Alat pemadam kebakaran yang biasa digunakan terdiri daripada empat jenis dan mempunyai warna label tertentu.
a
Apakah maksud label berwarna hitam dan nyatakan jenis kebakaran yang boleh dipadam oleh alat pemadam kebakaran tersebut?
2 marks
b
Terangkan **dua** langkah pertama dalam kaedah penggunaan alat pemadam kebakaran.
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 12, banding dan bezakan jenis alat pemadam kebakaran tersebut. Jelaskan apakah yang akan berlaku sekiranya alat pemadam kebakaran K digunakan untuk memadamkan kebakaran yang berpunca daripada litar pintas.
4 marks
d
Suatu kebakaran kecil telah berlaku di sebuah makmal sains ketika murid-murid sedang menjalankan eksperimen. Seorang guru dengan pantas telah memilih pemadam api ABC berbanding selimut kebakaran yang terdapat di dalam makmal untuk memadamkan kebakaran tersebut. Wajarkan tindakan guru tersebut.
4 marks
1312 marks
Tindak balas kimia terdiri daripada tindak balas cepat dan tindak balas perlahan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas kimia? Nyatakan **satu** contoh tindak balas perlahan dalam kehidupan harian.
2 marks
b
Kadar tindak balas ialah perubahan kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas per unit masa. Nyatakan **dua** perubahan yang boleh diperhati atau diukur dalam suatu kadar tindak balas.
2 marks
Rajah 13 menunjukkan dua jenis peralatan memasak.
c(i)
Seorang suri rumah ingin memasak sup daging untuk tetamunya. Periuk manakah yang paling sesuai digunakan oleh beliau? Terangkan.
4 marks
c(ii)
Suri rumah itu menyimpan lebihan sup dagingnya di dalam peti ais. Wajarkan tindakan suri rumah tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open