Jadual 1 menunjukkan suhu badan seorang murid dalam keadaan rehat dan selepas melakukan aktiviti fizikal.
| Jenis aktiviti | Suhu (°C) |
|---|---|
| Berehat | 36.9 |
| Bersenam | 37.1 |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1,
a(i)
Nyatakan **satu** pemerhatian.
1 marks
a(ii)
Berikan inferens kepada pemerhatian anda.
1 marks
b(i)
Nyatakan faktor yang diubah dalam eksperimen ini.
1 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** cara untuk mengawal faktor yang diubah.
1 marks
c
Semasa wabak Covid-19 melanda, apakah termometer yang paling sesuai untuk mengukur suhu badan dengan cepat dan tepat tanpa perlu menyentuh badan pesakit?
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 dan 2.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji keberkesanan dua jenis antibiotik ke atas pertumbuhan bakteria.
Berdasarkan Rajah 2.1 dan 2.2,
a(i)
Nyatakan **satu** pemerhatian.
1 marks
a(ii)
Nyatakan inferens daripada pemerhatian.
1 marks
Berdasarkan eksperimen, nyatakan
b(i)
Pemboleh ubah yang dimanipulasikan.
1 marks
b(ii)
Pemboleh ubah yang bergerak balas.
1 marks
c
Mengapakah pesakit yang diberi antibiotik perlu menghabiskan antibiotik tersebut dalam masa tertentu?
1 marks
35 marks
Rajah 3 di bawah menunjukkan jenis cuping telinga bagi 18 orang murid Tingkatan 4 Alfa.
a
Berdasarkan Rajah 3, lengkapkan Jadual 3.
| Jenis cuping telinga | Cuping telinga bebas | Cuping telinga melekap |
|---|---|---|
| Bilangan murid | | |
Jadual 3
*(Tulis jawapan anda: bilangan murid bagi setiap jenis cuping telinga)*
2 marks
b
Berdasarkan keputusan dalam Jadual 3, lukis carta palang yang menunjukkan bilangan murid melawan jenis cuping telinga.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Bilangan murid, 0 hingga 10 (selang 2); paksi mengufuk — Jenis cuping telinga. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: palang yang anda lukis bagi setiap jenis cuping telinga, ketinggian setiap palang dan lebar palang)*
2 marks
c
Amar dan Amir merupakan pasangan kembar tidak seiras tetapi mereka mempunyai jenis cuping telinga yang sama. Pada pendapat anda, apakah faktor yang mempengaruhi jenis cuping telinga mereka?
1 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan eksperimen untuk membandingkan nilai kalori bagi dua jenis makanan.
Keputusan direkodkan dalam Jadual 4.
| Jenis makanan | Kacang tanah (1 g) | Roti (1 g) |
|---|---|---|
| Jisim air (g) | 10 | 10 |
| Perubahan suhu (°C) | 85 | 27 |
| Nilai kalori (kJ g^-1^) | 3.57 | |
Jadual 4
a
Lengkapkan Jadual 4 dengan menghitungkan nilai kalori bagi roti menggunakan formula yang berikut:
$\text{Nilai kalori makanan} = \dfrac{4.2\ \text{J g}^{-1}\,{}^{\circ}\text{C}^{-1} \times \text{Jisim air (g)} \times \text{Perubahan suhu air (}^{\circ}\text{C)}}{\text{Jisim sampel makanan (g)} \times 1000}$
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 4, tuliskan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
c(i)
Apakah faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini?
1 marks
c(ii)
Nyatakan cara mengawal faktor yang ditetapkan.
1 marks
d
Nyatakan definisi secara operasi bagi nilai kalori.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan bantuan kecemasan yang diberikan kepada seorang lelaki yang lemas.
a
Apakah jenis bantuan kecemasan yang diberikan kepada lelaki tersebut?
1 marks
b
Berikan **dua** keadaan mangsa itu yang memerlukan bantuan kecemasan seperti yang dinyatakan di (a).
2 marks
c
Susun langkah-langkah kaedah bantuan yang diberikan dalam jadual di bawah mengikut urutan dari 1 hingga 4 yang perlu diberikan kepada mangsa.
| Urutan | Langkah |
|---|---|
| | Badan berada tegak dengan dada mangsa dan tekan tangan ke bawah dada mangsa |
| | Periksa respon mangsa |
| | Picit hidung dan hembuskan udara ke dalam mulut selama 1 saat |
| | Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagunya |
*(Tulis jawapan anda: nombor urutan 1 hingga 4 bagi setiap langkah)*
2 marks
d
Nyatakan **satu** situasi lain yang memerlukan bantuan kecemasan ini.
1 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan keratan rentas arteri Encik Kamal yang tersumbat dengan bahan Q.
a
Apakah bahan Q dan nyatakan **satu** contoh makanan yang boleh menyebabkan arteri tersumbat dengan bahan tersebut.
2 marks
b
Terangkan kesan daripada pengenapan bahan Q ke atas arteri dan aliran darah.
2 marks
c
Cadangkan satu cara untuk mengelak daripada pengenapan bahan Q dalam salur darah.
1 marks
d
Isteri Encik Kamal memilih untuk menggunakan minyak kelapa sawit dalam masakan. Nyatakan **satu** kelebihan minyak kelapa sawit.
1 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan stesen janakuasa nuklear.
a
Namakan bahan radioaktif yang digunakan dalam Rajah 7.
1 marks
b
Apakah proses P?
1 marks
c
Lengkapkan carta alir di bawah untuk menunjukkan perubahan tenaga di dalam stesen jana kuasa nuklear.
i. …… → ii. …… → Tenaga kinetik → iii. ……
*(Tulis jawapan anda: bentuk tenaga bagi i, ii dan iii)*
2 marks
d
Amerika Syarikat, Jepun dan China menggunakan tenaga nuklear bagi menjanakan tenaga elektrik. Mengapakah negara-negara tersebut beralih kepada tenaga nuklear?
2 marks
86 marks
Rajah 8 menunjukkan satu sperma dan satu ovum bersama kromosom yang dibawa.
a(i)
Nyatakan jantina anak yang dihasilkan selepas persenyawaan.
1 marks
a(ii)
Berikan sebab bagi jawapan anda dalam soalan 8(a)(i).
1 marks
b
Jika sperma membawa kromosom 22+Y, apakah kemungkinan jantina bayi yang terhasil selepas persenyawaan?
1 marks
c
Ashraf mempunyai lima orang anak perempuan. Dia dan isterinya berusaha untuk mendapatkan seorang anak lelaki. Apakah kebarangkalian anak Ashraf yang keenam ialah seorang lelaki?
1 marks
d
Ovum yang kehilangan kromosom seks X akibat mutasi bersenyawa dengan sperma yang membawa kromosom seks X. Tuliskan bilangan kromosom di dalam fetus yang terhasil. Namakan penyakit yang dihidapi oleh fetus tersebut.
2 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan suatu eksperimen untuk mengkaji tindakan larutan S terhadap lateks.
a
Namakan satu contoh bagi larutan S.
1 marks
b
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada lateks selepas satu hari jika tiada asid atau alkali ditambah.
1 marks
c
Getah asli tidak sesuai digunakan untuk membuat tayar kenderaan. Apakah kaedah saintifik yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
d
Lateks boleh digumpalkan dengan kehadiran suatu asid dan dapat menghasilkan produk yang berguna. Anda dikehendaki menghasilkan gelang getah dengan menggunakan lateks, asid, bikar, silinder penyukat, rod kaca dan tabung uji.
1. ……………
2. ……………
3. ……………
4. Keringkan untuk mendapatkan tiub getah.
*(Tulis jawapan anda: langkah 1, 2 dan 3)*
3 marks
107 marks
Pengurusan tanah yang cekap merupakan satu cara meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Rajah 10 menunjukkan petani yang telah menanam pelbagai jenis tanaman dalam satu masa.
Berdasarkan Rajah 10,
a(i)
Nyatakan kaedah penanaman yang diusahakan oleh petani ini.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** kebaikan kaedah penanaman yang dinyatakan di (a)(i).
1 marks
b
Petani ini bercadang untuk menanam tanamannya di kawasan berbukit. Pada pendapat anda, apakah masalah yang akan dihadapi oleh petani ini dan cara mengatasi masalah tersebut?
2 marks
c
Sarah tinggal di sebuah rumah pangsa di Kuala Lumpur. Hobinya adalah menanam pokok. Memandangkan dia tinggal di rumah pangsa, tiada kawasan tanah untuk Sarah bercucuk tanam. Oleh itu, dia bercadang untuk menggunakan teknik hidroponik. Anda dikehendaki membantu Sarah mereka bentuk bekas untuk hidroponik dengan menggunakan botol air mineral, benang kait, biji benih dan air baja.
Lakarkan reka bentuk anda. Label dan terangkan lakaran anda. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: reka bentuk bekas yang anda lakar (kedudukan setiap bahan) dan label setiap bahagian; kemudian tulis penerangan)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji situasi berikut:
> Serbuk garam lebih mudah terlarut dalam air berbanding ketulan garam. Ini menunjukkan saiz bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas.
a
Nyatakan satu pernyataan masalah berdasarkan situasi di atas.
1 marks
b
Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas.
1 marks
Anda dibekalkan dengan cebisan marmar bersaiz kecil, ketulan marmar bersaiz besar, asid hidroklorik cair, penyumbat getah dengan salur penghantar, kelalang kon, kaki retort dengan pengapit, buret, besen dan jam randik. Cadangkan satu eksperimen untuk menyiasat kesan saiz bahan terhadap kadar tindak balas. Huraian anda harus mengandungi kriteria berikut:
c(i)
Tujuan eksperimen
1 marks
c(ii)
Mengenal pasti pemboleh ubah
2 marks
c(iii)
Prosedur atau kaedah
4 marks
c(iv)
Penjadualan data
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Pencemaran alam sekitar menyebabkan gangguan kepada semua hidupan flora dan fauna. Rajah 12.1 menunjukkan jenis pencemaran alam sekitar.
Jenis pencemaran alam sekitar: Pencemaran udara; Pencemaran terma; Pencemaran tanah; Pencemaran air.
Rajah 12.1
a
Nyatakan **dua** punca pencemaran udara buatan manusia.
2 marks
b
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan parameter pencemaran udara untuk menentukan tahap pencemaran udara. Bacaan IPU di Taman Sejahtera dilaporkan melebihi 100. Pada pendapat anda, mengapakah bacaan IPU di kawasan tersebut adalah tinggi? Berikan alasan untuk menyokong pendapat anda.
4 marks
c
Hidupan laut terancam dengan pencemaran air yang semakin serius. Statistik menunjukkan populasi penyu semakin berkurang kerana termakan plastik yang dibuang oleh manusia ke dalam laut. Sebagai pakar persekitaran, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.
6 marks
1312 marks
Pemadam kebakaran dengan warna label tertentu mempunyai fungsi yang berbeza untuk memadam kebakaran.
a(i)
Apakah maksud warna label merah pada alat pemadam kebakaran?
1 marks
a(ii)
Berikan **satu** jenis bahan yang boleh dipadam menggunakan pemadam api tersebut.
1 marks
b
Rajah 13.1 menunjukkan satu jenis alat pemadam kebakaran.
Terangkan cara menggunakan alat ini.
2 marks
c
Adakah pemadam api jenis air sesuai digunakan untuk memadam kebakaran akibat tumpahan minyak? Wajarkan jawapan anda.
4 marks
d
Rajah 13.2 menunjukkan dua jenis pemadam api.
Pada pendapat anda, jenis pemadam api yang manakah sesuai digunakan untuk memadam kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas? Wajarkan jawapan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open