Selangor Trial 2024 Science Kertas 2 · Modul Pintas
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Science
Selangor Trial 2024 Science Kertas 2 · Modul Pintas
Selangor Trial Modul Pintas · 2024
13 questions · Total 80 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 4
15 marks
Rajah 1 menunjukkan bacaan sfigmomanometer seorang murid dalam satu eksperimen untuk menyiasat jenis aktiviti terhadap kadar denyutan nadi.
Berdasarkan Rajah 1,
a(i)
nyatakan bacaan kadar denyutan nadi sebelum berlari.
…… bpm
1 marks
a(ii)
nyatakan bacaan tekanan darah selepas berlari.
…… mmHg
1 marks
a(iii)
nyatakan pemerhatian terhadap perubahan bacaan kadar denyutan nadi.
1 marks
a(iv)
ramalkan kadar denyutan nadi murid tersebut sejurus selepas bangun tidur.
…… bpm
1 marks
b
Jadual 1 menunjukkan rekod kadar denyutan nadi bagi beberapa individu di sebuah kawasan.
| Individu | Jantina | Umur | Kadar denyutan nadi |
|---|---|---|---|
| 1 | Lelaki | 22 | 85 |
| 2 | Lelaki | 22 | 70 |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, mengapakah kadar denyutan nadi mereka berbeza?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk menguji kepekatan antibiotik yang berbeza terhadap pertumbuhan bakteria.
a
Berdasarkan Rajah 2, nyatakan pemboleh ubah yang bergerak balas.
1 marks
b
Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan **satu** cara mengawal pemboleh ubah yang dimanipulasikan.
1 marks
d
Nyatakan definisi secara operasi bagi antibiotik.
1 marks
e
Apakah langkah yang perlu diambil bagi melupuskan bahan eksperimen tersebut?
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm^-3^ diganti dengan larutan natrium tiosulfat 0.16, 0.12 dan 0.08 mol dm^-3^. Jadual 3 menunjukkan masa untuk 'X' tidak kelihatan dan kadar tindak balas $\frac{1}{\text{masa}}$ (s^-1^).
| Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^) | 0.2 | 0.16 | 0.12 | 0.08 |
|---|---|---|---|---|
| Masa yang diambil untuk 'X' tidak kelihatan (s) | 16.18 | 20.05 | 26.98 | 40.82 |
| Kadar tindak balas $\frac{1}{\text{masa}}$ (s^-1^) | 0.062 | 0.050 | 0.037 | 0.024 |
Jadual 3
a
Berdasarkan Jadual 3, lukis graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan $\frac{1}{\text{masa}}$ (s^-1^).
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^), bertanda 0.05, 0.10, 0.15, 0.20 (paksi dipatahkan di bawah 0.05); paksi mengufuk — Kadar tindak balas $\frac{1}{\text{masa}}$ (s^-1^), 0.00 hingga 0.07 (selang 0.01). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (nilai bagi setiap titik) dan garis yang anda lukis melalui titik-titik itu)*
2 marks
b
Berdasarkan graf, berapakah kadar tindak balas $\frac{1}{\text{masa}}$ (s^-1^) pada kepekatan 0.14 mol dm^-3^?
1 marks
c
Nyatakan hubungan antara kepekatan larutan natrium tiosulfat dengan kadar tindak balas.
1 marks
d
Rajah 3.2 menunjukkan sekeping stik yang dipanggang.
Nyatakan cara yang boleh dibuat bagi memastikan stik tersebut masak dengan lebih cepat.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan beberapa sebatian hidrokarbon.
a
Berdasarkan Rajah 4.1, kelaskan sebatian hidrokarbon P, Q, R dan S dalam Jadual 4.1.
| Alkana | Alkena |
|---|---|
| …… | …… |
Jadual 4.1
*(Tulis jawapan anda: huruf sebatian di bawah Alkana dan di bawah Alkena)*
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan susunan radas bagi proses penyulingan berperingkat petroleum.
b(i)
Hasil pecahan petroleum dinyalakan menggunakan kayu uji bernyala. Keputusan eksperimen direkodkan di dalam Jadual 4.2.
| Pecahan | Julat takat didih | Kebolehbakaran |
|---|---|---|
| M | 30°C – 80°C | Sangat mudah |
| N | 80°C – 150°C | Mudah |
| O | 150°C – 230°C | Sukar |
| P | 230°C – 250°C | Sangat sukar |
Jadual 4.2
Berdasarkan Jadual 4.2, jelaskan **satu** perbezaan kebolehbakaran antara pecahan M dan P.
1 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 4.2, nyatakan satu alat yang digunakan untuk mengukur takat didih petroleum.
1 marks
b(iii)
Seorang murid ingin menjalankan eksperimen tersebut di dalam makmal. Nyatakan alat perlindungan diri yang sesuai untuk melindungi matanya.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan satu aplikasi Teknologi Hijau menangani isu sosiosaintifik.
a
Namakan satu aplikasi Teknologi Hijau yang dapat mengurangkan sisa pepejal di tapak pelupusan.
1 marks
b
Nyatakan sektor dalam Teknologi Hijau yang menggunakan aplikasi dalam Rajah 5.1.
1 marks
c
Sekiranya anda merupakan seorang pengusaha kantin sekolah, terangkan amalan yang boleh dilakukan untuk memastikan kelestarian alam sekitar.
2 marks
Rajah 5.2(a) dan Rajah 5.2(b) menunjukkan dua isu sosiosaintifik berbeza.
d(i)
Nyatakan:
persamaan antara kedua-dua isu sosiosaintifik yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2(a) dan Rajah 5.2(b).
1 marks
d(ii)
kesan isu tersebut terhadap kelestarian alam sekitar.
1 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan satu cara penghasilan radikal bebas di dalam badan manusia.
a
Nyatakan **satu** faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas.
1 marks
b
Apakah keadaan X?
1 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan keadaan sepotong buah.
Cadangkan satu bahan yang boleh dicampurkan untuk memastikan buah tersebut kekal segar.
Wajarkan pemilihan bahan tersebut.
2 marks
d
Jadual 6 menunjukkan data kandungan antioksidan dalam beberapa jenis makanan tertentu.
| Jenis makanan | Kandungan antioksidan (mmol/100g) | Warna makanan |
|---|---|---|
| Tomato | 0.48 | Merah |
| Kranberi | 0.92 | Merah |
| Mangga | 1.70 | Jingga |
| Brokoli | 0.5 | Hijau |
Sumber: National Library of Medicine, USA
Jadual 6
Berdasarkan Jadual 6, pilih jenis makanan yang terbaik bagi mengelakkan penuaan awal.
Nyatakan jenis antioksidan yang terkandung dalam makanan yang dipilih.
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan jangka hayat beberapa produk plastik.
a
Nyatakan **satu** jenis kitar hayat umum bagi sesuatu produk.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 7.1, terangkan **satu** langkah tapak tangan karbon bagi memanfaatkan jangka hayat produk tersebut.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan beberapa jenis organ yang terdapat dalam manusia.
c(i)
Jadual 7 menunjukkan pemendapan mikroplastik pada beberapa sistem dan organ manusia.
| Sistem | Jenis organ | Bilangan mikroplastik (partikel/gram) |
|---|---|---|
| Sistem respiratori | J | 6.03 |
| Sistem respiratori | K | 14.19 |
| Sistem pencernaan | L | 7.91 |
| Sistem pencernaan | M | 9.45 |
Jadual 7
Berdasarkan Rajah 7.2, namakan organ yang mengalami pemendapan mikroplastik paling tinggi. Jelaskan.
2 marks
c(ii)
Berdasarkan jawapan di 7(c)(i), nyatakan kesan jangka panjang terhadap kesihatan individu tersebut.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan elektrolisis leburan plumbum(II) bromida.
a
Apakah perubahan tenaga yang berlaku dalam sel elektrolitik?
1 marks
b
Afiq mengulang eksperimen dengan menggantikan leburan plumbum(II) bromida dengan pepejal plumbum(II) bromida.
Ramalkan pemerhatian anda dan jelaskan jawapan anda.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan sel elektrolisis bagi dua elektrolit yang berbeza keadaan.
Berdasarkan Rajah 8.2, mentol yang manakah akan menyala apabila suis dihidupkan?
Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Afiq mendapati bekalan larutan kuprum(II) sulfat adalah terhad di dalam makmal. Kawannya mencadangkan supaya dia menggantikan larutan elektrolit tersebut dengan air laut.
Wajarkan cadangan tersebut.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan pertumbuhan seekor belalang.
a
Apakah proses yang terlibat dalam Rajah 9.1?
1 marks
b
Pada Rajah 9.2, tandakan X bagi proses yang dinyatakan di 9(a).
*(Tulis jawapan anda: bahagian graf yang anda tandakan dengan X)*
1 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan satu petikan berita.
Berdasarkan Rajah 9.3, mengapakah obor-obor terdampar di pantai? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
d
Firdaus telah menyertai satu aktiviti perkhemahan di kawasan pantai. Rajah 9.4 menunjukkan binaan yang digunakan untuk memasak.
Firdaus mendapati binaan tersebut kurang stabil. Dengan menggunakan **bahan-bahan yang sedia ada dan seutas tali**, ubah suai binaan tersebut supaya lebih stabil. Lakar dan label binaan anda dalam ruangan yang disediakan.
Penerangan: ……
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk binaan anda, bagaimana batang kayu, tali dan periuk disusun, dan label-labelnya; kemudian tulis penerangan anda)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan keadaan sebuah penunu Bunsen semasa eksperimen dijalankan oleh sekumpulan murid. Pembakaran lengkap akan berlaku sekiranya ada campuran gas dari kartrij dan oksigen di atmosfera.
Berdasarkan Rajah 10.1,
a(i)
bagaimanakah untuk mendapatkan nyalaan X?
1 marks
a(ii)
nyatakan tindakan yang perlu dilakukan oleh murid tersebut bagi mendapatkan nyalaan api yang kurang panas dan berkilau.
1 marks
b
Seorang pemain kriket telah menggilap sebahagian bola kriket bagi meningkatkan kelajuan bola tersebut semasa dilontar. Rajah 10.2 menunjukkan pergerakan sebiji bola kriket setelah dilontar ke udara.
Wajarkan tindakan pemain kriket itu dengan mengaplikasikan prinsip Bernoulli.
2 marks
c
Seorang murid menghasilkan sebuah helikopter tangan mainan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.3.
Jelaskan bagaimana alat itu berfungsi.
1. ……
2. ……
3. Helikopter tangan terbang ke atas.
Namakan prinsip yang terlibat untuk menerbangkan helikopter tangan mainan tersebut.
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji maklumat berikut.
Murid P dan Q sedang bermain buaian di sebuah taman permainan. Murid Q mengambil masa yang lebih cepat untuk berhenti berayun berbanding murid P.
Berdasarkan Rajah 11, anda diminta merancang satu penyiasatan untuk mengkaji kesan inersia terhadap sesuatu objek.
Perancangan anda harus mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu diubah
1 marks
c(ii)
Faktor yang diperhatikan
1 marks
d
Bahan dan radas
2 marks
e
Lukisan susunan radas dan bahan yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan dalam lukisan anda, bagaimana ia disusun, dan label-labelnya)*
2 marks
f
Langkah berjaga-jaga untuk memastikan penyiasatan yang adil
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a(i)
Sistem endokrin adalah satu sistem di dalam badan yang mengkoordinasikan fungsi badan yang melibatkan bahan kimia.
Nyatakan **dua** jenis kelenjar endokrin di dalam badan manusia.
2 marks
a(ii)
Rajah 12 menunjukkan sistem endokrin yang terdapat dalam tubuh manusia.
Berdasarkan Rajah 12, nyatakan fungsi bagi kelenjar M dan kelenjar N.
2 marks
Jadual 12 menunjukkan kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada kesihatan manusia.
| Dadah | Alkohol |
|---|---|
| Kesihatan mental terjejas seperti penagih mengalami halusinasi | Kesihatan fizikal terjejas seperti pesakit mengalami sirosis hati |
| Tindakan refleks yang lambat | Tindakan refleks yang lambat |
| Hilang keseimbangan badan | Hilang keseimbangan badan |
Jadual 12
b(i)
Berdasarkan Jadual 12, banding bezakan kesan dadah dan alkohol.
2 marks
b(ii)
Semasa memandu kenderaan, pemandu perlu memberi fokus sepenuhnya kepada perubahan sekeliling. Namun, pengambilan dadah dan alkohol secara berlebihan memberi kesan secara langsung terhadap fokus pemanduan, dan menyebabkan peratus kemalangan maut meningkat.
Berdasarkan Jadual 12, kesan yang manakah menyumbang kepada situasi di atas? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
c
Seorang penagih dadah di pusat pemulihan diberi rawatan terapi minda sihat. Wajarkan rawatan tersebut.
4 marks
1312 marks
Pemakanan adalah satu aspek kehidupan yang penting dan perlu diberi perhatian supaya badan kita mendapat nutrisi yang membolehkan semua sistem dalam badan kita berfungsi dengan baik.
a
Apakah maksud gizi seimbang?
2 marks
b
Rajah 13.1 menunjukkan satu hidangan makanan.
Terangkan konsep yang ditunjukkan dalam Rajah 13.1.
2 marks
c
Rajah 13.2 menunjukkan nilai import makanan Malaysia dari tahun 2013 hingga tahun 2022.
Jadual 13 menunjukkan bilangan penduduk Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun 2018.
| Tahun | Bilangan Penduduk (Juta) |
|---|---|
| 2010 | 28.6 |
| 2012 | 29.6 |
| 2014 | 30.7 |
| 2016 | 31.6 |
| 2018 | 32.4 |
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual 13
Hubung kaitkan maklumat di dalam Rajah 13.2 dengan Jadual 13.
Nyatakan **dua** cara untuk meningkatkan kuantiti makanan negara.
4 marks
d
Dalam usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran hasil makanan, petani sering berdepan dengan masalah perosak tanaman.
Rajah 13.3 menunjukkan dua kaedah yang biasa diamalkan untuk mengawal perosak tanaman di ladang kelapa sawit di Malaysia.
Jika anda seorang pengusaha ladang kelapa sawit, kaedah manakah yang akan anda pilih? Wajarkan pilihan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open