Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kesan jantina terhadap kadar denyutan nadi yang terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan dari Tingkatan 4 Cornwall selepas mereka melakukan aktiviti senaman selama 2 minit. Rajah 1 menunjukkan ringkasan senaman bagi kedua-dua murid tersebut.
a
Berdasarkan Rajah 1, lengkapkan Jadual 1.
| Jantina | Kadar Denyutan Nadi (bpm) |
|---|---|
| Lelaki | …… |
| Perempuan | …… |
Jadual 1
*(Tulis jawapan anda: kadar denyutan nadi bagi setiap jantina)*
2 marks
b
Berdasarkan Jadual 1, lukiskan carta bar bagi kadar denyutan nadi melawan jantina.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Kadar denyutan nadi (bpm), 0 hingga 90 (selang 10); paksi mengufuk — Jantina: Lelaki, Perempuan. *(Huraikan carta anda dalam perkataan: ketinggian setiap palang dan kedudukan palang-palang itu)*
2 marks
Seorang murid membuat hipotesis berikut.
> Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding dengan lelaki.
c
Hipotesis tersebut diterima. Dengan menggunakan maklumat dalam Jadual 1, nyatakan **satu** bukti yang menyokong hipotesis tersebut.
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan eksperimen yang dijalankan oleh murid Tingkatan 4 Francis untuk mengkaji kekuatan tulang berongga dan tulang padat.
Buku teks Sains diletakkan satu per satu di atas penutup kotak silinder berongga dan silinder padat sehingga silinder bengkok.
Jadual 2.1 menunjukkan keputusan eksperimen.
| Jenis silinder | Bilangan buku teks yang boleh disokong |
|---|---|
| Berongga | …… |
| Padat | 5 |
Jadual 2.1
a
Berdasarkan eksperimen itu, nyatakan **satu** hipotesis.
1 marks
b
Lengkapkan Jadual 2.1. *(Tulis jawapan anda: bilangan buku teks bagi silinder berongga)*
1 marks
c
Nyatakan definisi secara operasi bagi silinder berongga dari segi apa yang diperhatikan dan dilakukan dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Haiwan vertebrata mempunyai jenis tulang yang berbeza. Rajah 2.2 menunjukkan beberapa contoh haiwan vertebrata. Kelaskan haiwan tersebut kepada kategori yang betul dalam Jadual 2.2.
Jadual 2.2 — Vertebrata:
| Tulang padat | Tulang berongga |
|---|---|
| i) X | i) W |
| ii) …… | ii) …… |
*(Tulis jawapan anda: huruf haiwan bagi ruang ii) dalam setiap kategori)*
1 marks
Pernyataan berikut menunjukkan satu hujah yang dibuat oleh seorang murid.
> Tulang padat lebih kuat berbanding tulang berongga.
e
Dengan menggunakan data dalam Jadual 2.1, nyatakan mengapa hujah tersebut ditolak.
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan nilai pH terhadap pertumbuhan bakteria.
Selepas tiga hari, bilangan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri dihitung dan dicatatkan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.
| Piring Petri | Nilai pH | Bilangan koloni bakteria |
|---|---|---|
| X | 1 | 0 |
| Y | 7 | 24 |
| Z | 10 | 5 |
Jadual 3
Berdasarkan Rajah 3.1, nyatakan
a(i)
**satu** faktor yang perlu diubah dalam eksperimen ini
1 marks
a(ii)
**satu** cara mengawal faktor yang diperhatikan.
1 marks
b
Nyatakan **satu** hubungan antara nilai pH dengan pertumbuhan bakteria.
1 marks
c
Mengapakah tiada pertumbuhan bakteria diperhatikan pada nilai pH 1?
1 marks
d
Rajah 3.2 menunjukkan satu produk ubat kumur Z yang menukarkan kertas litmus merah kepada biru.
Terangkan kepentingan sifat tersebut terhadap kesihatan enamel gigi.
1 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan radas dalam satu eksperimen untuk mengkaji penghasilan tenaga elektrik oleh sel kimia ringkas. Plat magnesium dan besi digunakan dalam eksperimen ini dan bacaan voltmeter direkodkan pada Jadual 4.
Berdasarkan Rajah 4, nyatakan
a(i)
**satu** pemerhatian dalam eksperimen ini
1 marks
a(ii)
**satu** inferens bagi jawapan anda di 4(a)(i).
1 marks
b
Eksperimen diulangi dengan menggantikan plat magnesium dengan plat besi. Ramalkan bacaan voltmeter.
…… V
Berdasarkan keputusan yang diperolehi dalam Jadual 4, susun logam-logam yang digunakan dalam eksperimen mengikut keelektropositifan dalam tertib menaik.
1 marks
d
> Semakin jauh jarak antara pasangan logam dalam siri elektrokimia, semakin tinggi nilai voltan.
Dengan menggunakan data dalam Jadual 4, buktikan pernyataan tersebut adalah betul.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan peringkat dalam pembahagian sel secara meiosis.
a
Namakan peringkat yang ditunjukkan pada Rajah 5.
1 marks
b
Apakah kepentingan meiosis dalam pembiakan manusia?
1 marks
c
Seorang petani di Malaysia menggunakan benih padi organisma termodifikasi genetik (GMO) yang tahan terhadap serangan perosak. Nyatakan **satu** kebaikan penggunaan benih tersebut dan kesannya terhadap hasil pertanian.
2 marks
Jadual 5 menunjukkan perbandingan antara mitosis dan meiosis.
| Aspek Perbandingan | Mitosis | Meiosis |
|---|---|---|
| Bilangan pembahagian | 1 kali | 2 kali |
| Bilangan sel anak | 2 sel | 4 sel |
| Kandungan genetik sel anak | Sama dengan induk | Berbeza dengan induk |
Jadual 5
d
Seorang saintis menjalankan kajian ke atas seekor cicak. Beliau mendapati bahawa cicak mampu untuk menghasilkan semula ekor yang baharu sekiranya ekornya terputus. Berdasarkan Jadual 5, kenalpasti jenis pembahagian sel yang ditunjukkan oleh situasi tersebut. Berikan alasan anda.
2 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan kitar nitrogen.
a
Nyatakan **satu** jenis bakteria yang terlibat dalam kitar nitrogen.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 6, namakan proses **P**.
1 marks
c
Nitrogen merupakan unsur utama yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan tanah. Seorang petani mendapati daun tanamannya menjadi kekuningan. Berdasarkan Rajah 6, terangkan proses yang boleh mengatasi masalahnya.
2 marks
d
Proses **Q** dan **R** merupakan dua proses yang memainkan peranan yang penting dalam kitar nitrogen. Banding dan bezakan proses **Q** dan **R**.
2 marks
76 marks
Orang dewasa memerlukan lebih kurang 70 mg Vitamin C sehari. Jadual 6 menunjukkan kandungan Vitamin C bagi beberapa jenis buah-buahan tempatan.
| Jenis buah-buahan | Kandungan Vitamin C (mg / 100 g) |
|---|---|
| Jambu batu | 228 |
| Buah betik | 60 |
| Buah Oren | 50 |
| Nanas | 47 |
Jadual 6
a
Apakah penyakit yang dapat dicegah melalui pengambilan Vitamin C setiap hari?
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 6, pilih buah-buahan yang mempunyai kesan antioksidan paling baik. Berikan alasan anda.
2 marks
c
Vitamin C digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang. Cadangkan **satu** kegunaan Vitamin C dalam industri makanan. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang wanita tidak digalakkan mengambil terlalu banyak jenis suplemen setiap hari?
1 marks
86 marks
Rajah 7.1 menunjukkan satu proses yang sedang berlaku di sebuah kilang barang kemas.
a
Namakan proses yang ditunjukkan pada Rajah 7.1.
1 marks
b
Seorang pekerja ingin mendapatkan lapisan argentum yang lebih sekata pada cincin tersebut. Cadangkan **dua** cara untuk meningkatkan kualiti proses yang anda nyatakan pada 8(a).
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 7.1, cadangkan **satu** elektrolit yang sesuai digunakan dalam proses tersebut.
1 marks
d
Seorang pekerja mengulangi proses dalam 8(a) dengan menggunakan anting-anting besi seperti yang ditunjukkan pada Rajah 7.2.
Selepas litar disambungkan selama 30 minit, pekerja mendapati bahawa tiada sebarang perubahan berlaku pada permukaan anting-anting besi tersebut. Jelaskan.
1 marks
e
Proses dalam Rajah 7.1 juga digunakan dalam industri makanan untuk menyadur tin besi dengan timah. Wajarkan tindakan ini.
1 marks
97 marks
Rajah 8.1 menunjukkan struktur bagi buah kelapa sawit.
a
Berdasarkan Rajah 9.1, tandakan 'X' pada bahagian buah kelapa sawit yang mengandungi minyak yang paling berkualiti. *(Tulis jawapan anda: nama bahagian buah kelapa sawit yang anda tandakan 'X')*
1 marks
b
Nyatakan **satu** produk hasil daripada minyak kelapa sawit yang berfungsi sebagai bahan api alternatif.
1 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan peratus berat asid lemak bagi dua jenis minyak masak.
| Jenis asid lemak | Minyak masak A | Minyak masak B |
|---|---|---|
| Asid palmitik | 45 % | 13 % |
| Asid oleik | 40 % | 71 % |
Rajah 8.2
Puan Suraya ingin memulakan perniagaan menjual pisang goreng. Dia perlu memilih minyak masak yang paling sesuai untuk digunakan dalam kuantiti yang banyak dan pada suhu pemanasan yang tinggi bagi memastikan pisang gorengnya kekal rangup dan berkualiti.
Berdasarkan Rajah 8.2, pilih jenis minyak yang paling sesuai untuk kegunaan Puan Suraya. Wajarkan pilihan anda.
2 marks
d
Puan Suraya menyedari bahawa pembuangan minyak masak terpakai ke dalam singki boleh menyebabkan pencemaran air dan menjejaskan ekosistem akuatik. Sebagai seorang individu yang mementingkan kelestarian alam sekitar, beliau memutuskan untuk mengamalkan konsep kitar semula.
Anda diminta untuk membantu Puan Suraya menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai tersebut dalam makmal. Dengan menggunakan bahan-bahan di bawah, tuliskan langkah-langkah penyediaan sabun tersebut.
- Bikar
- Penunu Bunsen
- Air suling
- Minyak terpakai
- Serbuk natrium klorida
- Larutan natrium hidroksida
1. ……
2. ……
3. ……
4. Kacau dan panaskan campuran selama 5 minit.
5. Turaskan campuran untuk mendapatkan sabun.
*(Tulis jawapan anda: langkah 1 hingga 3)*
3 marks
107 marks
Rajah 9 menunjukkan murid A membuang larutan asid pekat ke dalam singki makmal.
a(i)
Nyatakan **satu** kesan tindakan murid A.
1 marks
a(ii)
Cadangkan **satu** cara untuk melupuskan sarung tangan yang digunakan oleh murid lain semasa menjalankan eksperimen ini.
1 marks
b
Larutan asid pekat tersebut juga tertumpah di atas meja oleh murid B dan guru menyekat tumpahan tersebut menggunakan pasir. Wajarkan tindakan guru tersebut.
2 marks
c
Anda telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan *Innovators of Tomorrow Challenge* sempena Karnival STEM Peringkat Negeri Sarawak 2026. Dengan menggunakan bahan terpakai dan bahan yang mudah didapati di dapur seperti yang ditunjukkan pada rajah berikut, anda bercadang untuk mencipta sebuah alat pemadam kebakaran yang inovatif.
Bahan-bahan: Botol plastik 1.5 ℓ, Soda bikarbonat, Cuka, Penutup botol berlubang, Kertas tisu, Benang.
Lakar dan labelkan rekacipta tersebut dalam ruang yang disediakan. Seterusnya, jelaskan bagaimana alat tersebut dapat memadamkan kebakaran.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bahan-bahan yang digunakan, cara ia disusun dan label-labelnya; kemudian tulis penerangan anda)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 10 menunjukkan sebuah lori dengan muatan penuh dan sebuah kereta kecil. Lori tersebut lebih sukar untuk berhenti berbanding kereta kecil. Hal ini disebabkan oleh kesan inersia.
Berdasarkan situasi yang diberikan, rancang satu eksperimen makmal untuk mengkaji hubungan antara jisim dan inersia dengan menggunakan bilah gergaji, pengapit-G, plastisin 30 g dan plastisin 70 g.
Penerangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu diubah
1 marks
c(ii)
Faktor yang diperhatikan
1 marks
d
Terangkan bagaimana anda mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan.
2 marks
e
Lakarkan rajah berlabel bagi menunjukkan kedua-dua situasi di 11(d). *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: radas dalam setiap rajah, cara ia disusun dan label-labelnya)*
2 marks
f
Penjadualan data *(Huraikan jadual anda dalam perkataan: tajuk setiap lajur berserta unit, dan nilai-nilai pada baris)*
1 marks
g
**Satu** langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Rajah 11.1 menunjukkan pergerakan lengan seorang pelajar perempuan semasa menjaringkan bola jaring.
a(i)
Berdasarkan Rajah 11.1, nyatakan **dua** otot yang terlibat dalam pergerakan tersebut.
2 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana otot menghasilkan pergerakan dalam Rajah 11.1.
2 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan graf perbandingan pola pertumbuhan tinggi badan murid lelaki dan murid perempuan (11-17 tahun) di Malaysia.
Berdasarkan Rajah 11.2, bandingkan pola pertumbuhan antara murid lelaki dan perempuan. Huraikan faktor biologi yang menyebabkan perbezaan pola tersebut pada peringkat umur yang berbeza.
4 marks
c
Sebuah syarikat pemaju ingin menebang sebatang pokok besar di Kuching untuk membina lebuh raya. Penyelidik mendakwa pokok tersebut adalah Pokok Warisan berusia 150 tahun, namun tiada rekod bertulis bagi membuktikannya. Pihak berkuasa bercadang untuk menentukan usia sebenar pokok tersebut dengan menggunakan teknik penggerudi berteras. Wajarkan.
4 marks
1312 marks
Rajah 12.1 menunjukkan dua jenis kanta P dan Q.
a
Namakan kanta P dan Q.
2 marks
b
Terangkan apakah yang berlaku kepada sinar cahaya apabila melalui kanta P dan Q.
2 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan gambar rajah sinar bagi dua peralatan optik, mikroskop dan teleskop.
Banding bezakan kedua-dua gambar rajah sinar dari segi:
(i) Jenis kanta
(ii) Ciri imej akhir
(iii) Ketebalan kanta
(iv) Panjang fokus
4 marks
d
Encik Evan bercadang memasang sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di kedai elektronik kepunyaannya. CCTV tersebut akan dipasang untuk memantau kaunter pembayaran. Beliau mempunyai dua pilihan, CCTV A dan CCTV B. Jadual 7 menunjukkan ciri-ciri bagi CCTV A dan CCTV B.
| Ciri | CCTV A | CCTV B |
|---|---|---|
| Fungsi | Dalaman | Luaran |
| Panjang fokus | 3.6 mm | 5.0 mm |
| Resolusi | 1080p | 720p |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, CCTV manakah yang patut dipilih oleh Encik Evan berpandukan kepada keperluan CCTV? Wajarkan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open