Rajah 1.1 menunjukkan eksperimen bagi pengoksidaan buah epal. Dua jenis larutan yang berbeza digunakan untuk merendam hirisan buah epal selama 10 minit.
Selepas direndam selama 10 minit, hirisan buah epal dibiarkan terdedah ke udara selama 30 minit, dan keputusan yang diperoleh ditunjukkan dalam Rajah 1.2.
a
Nyatakan tujuan bagi eksperimen ini.
1 marks
b(i)
Nyatakan faktor yang perlu diubah.
1 marks
b(ii)
Nyatakan satu cara mengawal faktor di (b)(i).
1 marks
c
Ramalkan perubahan warna yang berlaku kepada hirisan epal sekiranya ia direndam dalam larutan natrium bikarbonat.
1 marks
d
Alia kerap mengalami selsema. Semasa mendapatkan rawatan di klinik, doktor menasihatkannya supaya kerap mengambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dalam diet pemakanannya. Mengapakah doktor menggalakkan pengambilan buah yang kaya dengan vitamin C?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan murid untuk membandingkan kekuatan tulang yang padat dengan tulang yang berongga.
Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen ini.
| Jenis silinder | Bilangan buku teks yang boleh disokong |
|---|---|
| Berongga | 20 |
| Padat | 15 |
Jadual 2
a
Nyatakan satu inferens berdasarkan pemerhatian anda dalam Jadual 2.
1 marks
b
Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Berdasarkan keputusan dalam Jadual 2, berikan satu kelebihan silinder berongga.
1 marks
d
Nyatakan definisi secara operasi bagi silinder padat.
1 marks
e
Puan Sally yang berusia 50 tahun sering mengalami sakit lutut dan sendi. Ciri-ciri ini adalah berkait rapat dengan masalah osteoporosis. Sebagai seorang doktor apakah nasihat yang perlu anda berikan kepada Puan Sally untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit tersebut?
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara 50 cm^3^ larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm^-3^ dengan 5 cm^3^ asid sulfurik 1 mol dm^-3^.
Jadual 3 menunjukkan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan pada kepekatan larutan natrium tiosulfat yang berbeza.
| Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^) | 0.2 | 0.16 | 0.12 | 0.08 | 0.04 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s) | 20 | 23 | 32 | 46 | 96 |
Jadual 3
a
Berdasarkan Jadual 3, nyatakan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan bagi kepekatan larutan natrium tiosulfat yang paling tinggi.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 3, lukiskan graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^), 0 hingga 0.24 (selang 0.04); paksi mengufuk — Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s), 0 hingga 100 (selang 10). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (nilai masa dan kepekatan bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
c
Nyatakan hubungan antara kepekatan larutan natrium tiosulfat dengan kadar tindak balas.
1 marks
d
Pada akhir eksperimen ini, dapat disimpulkan bahawa semakin tinggi kepekatan larutan natrium tiosulfat, semakin singkat masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan. Dengan menggunakan maklumat dalam Jadual 3, bagaimanakah anda boleh membuktikan bahawa kesimpulan tersebut adalah tepat?
1 marks
45 marks
Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan nutrien ke atas pertumbuhan anak benih kacang. Rajah 4.1 menunjukkan keputusan yang diperoleh selepas seminggu.
a
Berdasarkan Rajah 4.1, nyatakan **satu** pemerhatian pada anak benih dalam tabung didih Z.
1 marks
b
Senarai berikut ialah contoh-contoh nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.
- Boron
- Sulfur
- Karbon
- Zink
Kelaskan nutrien-nutrien tersebut kepada makronutrien dan mikronutrien dalam Rajah 4.2.
Rajah 4.2: Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan → **Makronutrien**: 1. …… 2. …… ; **Mikronutrien**: 1. …… 2. ……
*(Tulis jawapan anda: dua makronutrien dan dua mikronutrien)*
2 marks
c
Apakah kesimpulan bagi eksperimen ini?
1 marks
d
Seorang pekebun menanam pokok R dan pokok S di taman bunganya. Rajah 4.3 menunjukkan pertumbuhan pokok tersebut berbeza selepas dua bulan.
Mengapakah pokok R tidak mengalami pertumbuhan seperti pokok S?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
a
Resusitasi kardiopulmonari (CPR) ialah bantuan kecemasan untuk mengembalikan degupan jantung dan pernafasan. Apakah situasi yang memerlukan bantuan ini?
1 marks
b
Rajah 5.1 menunjukkan satu langkah dalam bantuan kecemasan.
Apakah tujuan kaedah tekanan ini dilakukan?
1 marks
c
Amir sedang makan tengah hari di restoran dengan datuknya. Tiba-tiba, datuknya memegang leher dengan kedua-dua tangan dan sukar bernafas. Terangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh Amir untuk menolong datuknya?
2 marks
d
Rajah 5.2 menunjukkan dua kaedah yang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa dalam suatu situasi.
Banding dan bezakan kaedah X dan kaedah Y.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sejenis alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah.
a(i)
Berdasarkan Rajah 6.1, padankan nilai sistolik dan diastolik berikut.
| Nilai | Jenis tekanan |
|---|---|
| 80 | Sistolik |
| 120 | Diastolik |
*(Tulis jawapan anda: padankan setiap nilai dengan jenis tekanan, dalam bentuk "nilai – jenis tekanan")*
1 marks
a(ii)
Apakah definisi bagi tekanan sistolik?
1 marks
b
Asyraf telah melakukan janji temu dengan doktor di hospital untuk mengetahui tahap kesihatannya.
Berdasarkan Rajah 6.2, nyatakan dua langkah yang patut dilakukan oleh Asyraf untuk menurunkan tekanan darahnya.
(i) ……
(ii) ……
2 marks
Jadual 6 menunjukkan tekanan darah empat orang pelajar semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan di sekolah.
| Nama murid | Tekanan darah |
|---|---|
| Ahmad | 100/70 |
| Chong Wei | 120/80 |
| Aishah | 130/85 |
| Dewi | 140/90 |
Jadual 6
c(i)
Berdasarkan Jadual 6, pelajar yang manakah mengalami masalah hipertensi?
1 marks
c(ii)
Nyatakan tabiat pemakanan yang menyebabkan masalah pelajar di c(i).
1 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan pelepasan asap oleh beberapa buah kenderaan di sebuah bandar yang menyebabkan pencemaran udara.
a
Namakan satu jenis gas yang dilepaskan oleh asap kenderaan tersebut.
1 marks
b
Nyatakan dua aplikasi teknologi hijau dalam menangani isu sosiosaintifik sektor pengangkutan.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan dua buah kenderaan yang menggunakan bahan api fosil dan tenaga elektrik.
Berdasarkan Rajah 7.2, kereta manakah yang dapat membantu mengurangkan jejak karbon? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
d
Nyatakan kesan buruk ke atas alam sekitar akibat pembebasan gas-gas berbahaya yang dikeluarkan oleh asap kenderaan.
1 marks
86 marks
Alif dan Hairi bekerja sebagai pemandu lori. Rajah 8.1 menunjukkan perbualan antara mereka berdua.
> **Alif:** Hairi, awak selalu kelihatan bertenaga setiap kali memandu jarak jauh. Bolehkah awak berikan saya tips supaya tidak mengantuk ketika memandu?
>
> **Hairi:** Sebenarnya, saya mengambil Amfetamin. Amfetamin menyebabkan saya tidak mengantuk dan segar sepanjang perjalanan.
>
> **Alif:** Bukankah amfetamin itu adalah dadah yang boleh membahayakan kesihatan?
Rajah 8.1
a
Berdasarkan perbualan pada Rajah 8.1, nyatakan jenis dadah yang dimaksudkan oleh Hairi.
1 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan pelbagai jenis dadah dan minuman beralkohol.
Nyatakan dua kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol ke atas koordinasi badan.
2 marks
c
Seorang atlet angkat berat mengambil dadah steroid tanpa pengawasan doktor untuk memenangi acara yang diwakilinya. Wajarkan tindakan tersebut.
1 marks
d
Janna mengalami depresi kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Selaku kawan baik, nyatakan dua langkah yang boleh anda lakukan untuk membantu Janna.
2 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu gambar rajah sinar.
a(i)
Lengkapkan rajah sinar pada Rajah 9.1. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar yang anda tambah (dari mana ke mana) dan di mana imej terbentuk)*
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** ciri imej yang terbentuk melalui kanta tersebut.
1 marks
b
Apakah jenis kanta yang sesuai digunakan sebagai kanta pembesar. Berikan alasan anda.
2 marks
c
Pada zaman dahulu, pelayar menggunakan satu peralatan optik untuk melihat bintang sebagai panduan dalam pelayaran. Dengan menggunakan dua keping kadbod, satu kanta cembung tebal, satu kanta cembung nipis, gam, plastisin dan gunting. Anda dikehendaki mereka bentuk peralatan optik tersebut dalam ruangan yang disediakan. Labelkan rajah tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk peralatan anda, bahan-bahan yang digunakan dan kedudukannya, serta label-labelnya)*
Penerangan: ……
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan dua jenis kenderaan yang paling banyak digunakan di lebuh raya.
a
Berdasarkan Rajah 10.1, kenderaan manakah yang mempunyai inersia yang lebih besar?
1 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan papan tanda had kelajuan kenderaan S di lebuhraya.
Mengapakah kerajaan menetapkan had laju kenderaan S ketika di lebuhraya adalah pada kelajuan seperti dalam rajah tersebut?
1 marks
Encik Faheem ingin membeli sebuah kenderaan untuk dia berulang alik ke tempat kerja setiap hari. Jadual 10 menunjukkan perbandingan ciri-ciri bagi kenderaan T dan kenderaan U.
| Kenderaan T | Kenderaan U |
|---|---|
| Bersaiz kecil | Bersaiz besar |
| Mempunyai zon mudah remuk di bahagian hadapan dan belakang | Tidak mempunyai zon mudah remuk di bahagian hadapan dan belakang |
| Ruang dalaman lebih kecil | Ruang dalaman lebih besar |
| Dapat memuatkan dua orang penumpang | Dapat memuatkan sehingga enam orang penumpang |
| Mempunyai beg udara | Tidak mempunyai beg udara |
Jadual 10
c(i)
Berdasarkan Jadual 10, cadangkan kenderaan yang paling sesuai digunakan oleh Encik Faheem.
1 marks
c(ii)
Terangkan jawapan anda di 10(c)(i).
1 marks
d
Sekumpulan pereka bentuk dari syarikat Encik Faheem sedang membuat perancangan untuk menghasilkan kenderaan terbaru syarikat mereka. Rajah 10.3 menunjukkan cadangan reka bentuk kenderaan tersebut yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.
Terangkan fungsi ciri-ciri keselamatan yang ada.
| Ciri keselamatan | Fungsi |
|---|---|
| Tali pinggang keselamatan | …… |
| Bag udara | …… |
| Zon remuk hadapan | …… |
*(Tulis jawapan anda: fungsi bagi setiap ciri keselamatan)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11 menunjukkan menu sarapan pagi yang diambil oleh Firdaus. Firdaus memilih menu tersebut kerana ianya membekalkan tenaga yang banyak bagi memulakan aktiviti pada awal pagi.
Berdasarkan situasi itu, anda diminta merancang satu eksperimen dengan menggunakan sampel makanan seperti kacang tanah dan ikan bilis serta lain-lain bahan dan radas di makmal untuk menganggarkan nilai kalori bagi sampel makanan tersebut.
Perancangan anda harus mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Tujuan eksperimen
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah dimanipulasi
1 marks
c(ii)
Pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
d
Bahan dan radas
2 marks
e
Terangkan bagaimana anda mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan.
1 marks
f
Lakarkan rajah berlabel bagi menunjukkan eksperimen tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan dalam susunan anda, kedudukannya dan label-labelnya)*
2 marks
g
Nyatakan satu cara untuk mendapatkan keputusan yang jitu.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Rangka ialah sistem sokongan kepada semua jenis haiwan. Terdapat tiga jenis sokongan pada haiwan iaitu rangka dalam, rangka luar dan rangka hidrostatik. Nyatakan kepentingan sistem sokongan ini.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan seekor haiwan yang sedang minum air.
Berdasarkan Rajah 12.1, terangkan tindakan haiwan tersebut.
2 marks
Rajah 12.2 menunjukkan lengkung pertumbuhan serangga yang mempunyai rangka luar.
c(i)
Namakan contoh serangga yang mengalami corak pertumbuhan seperti dalam Rajah 12.2.
1 marks
c(ii)
Mengapakah lengkung pertumbuhan serangga ini bercorak sedemikian?
1 marks
c(iii)
Terangkan proses pertumbuhan serangga pada peringkat X dan peringkat Y berdasarkan graf yang ditunjukkan dalam Rajah 12.2.
2 marks
d
Rajah 12.3 menunjukkan dua jenis kerusi yang dicadangkan untuk digunakan dalam sebuah restoran.
Berdasarkan Rajah 12.3, pemilik restoran diminta untuk memilih satu kerusi yang sesuai digunakan. Jelaskan kelebihan menggunakan kerusi tersebut.
4 marks
1312 marks
a
Rajah 13.1 menunjukkan satu tapak kaki karbon.
Jejak karbon merujuk kepada jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan ke atmosfera.
Nyatakan **dua** aktiviti manusia yang menyumbang kepada peningkatan jejak karbon.
2 marks
b
Rajah 13.2 menunjukkan pemindahan bahan S dalam rantai makanan sehingga berakhir dalam badan manusia.
Berdasarkan Rajah 13.2, nyatakan **dua** kaedah yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah tersebut.
2 marks
c
Rajah 13.3 menunjukkan graf kandungan karbon dioksida dalam atmosfera dari tahun 2006 hingga tahun 2019.
Berdasarkan Rajah 13.3, huraikan pola bagi pembebasan karbon dioksida tidak terkawal dari tahun 2006 ke tahun 2019.
Jelaskan kesan yang akan berlaku jika keadaan pembebasan karbon dioksida berterusan untuk tahun yang berikutnya.
4 marks
d
Rajah 13.4 menunjukkan kempen yang telah dilaksanakan oleh badan kerajaan.
Kempen ini telah mengurangkan penggunaan beg plastik dan penyedut minuman di pasar raya dan restoran.
Wajarkan tindakan tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open