Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan satu eksperimen bagi mengkaji kesan larutan berbeza terhadap pengoksidaan buah epal yang direndam selama 1 minit dan kemudian dibiarkan terdedah kepada udara selama 15 minit.
Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen ini.
| Jenis larutan | Keadaan epal |
|---|---|
| Air suling | Menjadi perang |
| Jus oren | Tiada perubahan |
Jadual 1
a
Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Nyatakan pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan faktor yang diubah dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Nyatakan definisi secara operasi bagi pengoksidaan dalam eksperimen ini.
1 marks
e
Aira mengambil kapsul minyak zaitun yang mengandungi bahan antioksidan seperti vitamin A, C, D, E dan K sebagai suplemen kesihatan. Apakah kesan pengambilan antioksidan terhadap kesihatannya?
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji hubungan di antara jisim dan inersia.
Jadual 2 menunjukkan keputusan bagi eksperimen ini.
| Jisim plastisin (g) | Masa untuk 10 ayunan, t (s) | Tempoh, T (s) |
|---|---|---|
| 30 | 30.0 | 3.00 |
| 40 | 40.0 | 4.00 |
| 50 | 47.0 | 4.70 |
| 60 | 51.0 | 5.10 |
| 70 | 54.0 | 5.40 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, lukis graf yang menunjukkan tempoh ayunan, T (s) melawan jisim plastisin.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Tempoh Ayunan (s), 0 hingga 6 (selang 1); paksi mengufuk — Jisim plastisin (g), 0 hingga 70 (selang 10). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (nilai jisim dan tempoh bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
b
Nyatakan hubungan antara jisim plastisin dengan tempoh ayunan.
1 marks
c
Ramalkan tempoh ayunan apabila jisim yang digunakan ialah 80 g.
1 marks
d
Rajah 2.2 menunjukkan sebuah kapal terbang yang sedang mendarat pada landasan.
Semasa mendarat, kapal terbang yang berjisim besar tidak dapat berhenti dalam jarak yang pendek disebabkan inersia. Bagaimanakah masalah ini dapat diatasi?
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan hasil satu eksperimen untuk mengkaji kesan antibiotik yang mempunyai kepekatan berbeza ke atas pertumbuhan bakteria selepas tiga hari.
Berdasarkan Rajah 3
a(i)
Nyatakan satu faktor yang perlu dikawal.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu faktor yang diperhatikan.
1 marks
b
Nyatakan satu definisi secara operasi bagi antibiotik berdasarkan eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
d
Seorang suri rumah telah terluka jarinya ketika sedang menyediakan makan malam di dapur. Tentukan teknik aseptik yang sesuai digunakan untuk dia mencuci lukanya itu supaya dapat mencegah jangkitan patogen?
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan suatu eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid bagi mengkaji kesan kekurangan makronutrien terhadap pertumbuhan anak benih jagung yang direkodkan selepas dua minggu. Jadual 4.1 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.
| Jenis larutan | Keadaan daun |
|---|---|
| Larutan kultur lengkap | Berwarna hijau |
| Larutan kultur tanpa fosforus | Hijau kebiruan |
Jadual 4.1
a
Pada akhir eksperimen ini, dapat disimpulkan bahawa dengan kehadiran semua nutrien, daun berwarna hijau. Berdasarkan Jadual 4.1, jelaskan mengapa pernyataan ini boleh diterima.
1 marks
b
Nyatakan **satu** inferens berdasarkan Jadual 4.1
1 marks
c
Senarai berikut ialah contoh-contoh nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.
| | |
|---|---|
| Molibdenum | Magnesium |
| Kalsium | Mangan |
Kelaskan nutrien-nutrien tersebut kepada kuantiti yang banyak dan kuantiti yang sedikit diperlukan oleh tumbuhan dalam Jadual 4.2.
| Kuantiti yang banyak | Kuantiti yang sedikit |
|---|---|
| …… | …… |
Jadual 4.2
*(Tulis jawapan anda: nutrien bagi "Kuantiti yang banyak" dan nutrien bagi "Kuantiti yang sedikit")*
2 marks
d
Rajah 4.2 menunjukkan perbualan antara dua orang murid di sebuah taman herba.
Berdasarkan perbualan dalam Rajah 4.2, apakah tindakan yang perlu mereka lakukan untuk memastikan tanaman itu hidup subur?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan suatu Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap.
a(i)
Berdasarkan Rajah 5.1, unsur manakah merupakan halogen?
1 marks
a(ii)
Lukiskan susunan elektron unsur L pada petala dalam Rajah 5.2. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bilangan elektron yang anda lukis pada setiap petala)*
1 marks
Rajah 5.3 menunjukkan unsur V, W dan X dengan nombor proton dan nombor nukleon masing-masing.
| Unsur | Nombor proton | Nombor nukleon |
|---|---|---|
| V | 8 | 16 |
| W | 7 | 14 |
| X | 8 | 18 |
Rajah 5.3
b(i)
Berdasarkan Rajah 5.3, berapakah bilangan neutron untuk unsur W?
1 marks
b(ii)
Tandakan (√) pada Rajah 5.3 bagi unsur yang merupakan pasangan isotop. *(Tulis jawapan anda: huruf unsur-unsur yang anda tandakan)*
1 marks
c
Perkembangan teknologi menyebabkan penggunaan isotop semakin meluas dalam pelbagai bidang. Rajah 5.4 menunjukkan kegunaan isotop dalam bidang teknologi makanan dan perubatan.
Banding dan bezakan kepentingan penggunaan isotop dalam bidang tersebut.
2 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan rajah skema seorang lelaki yang berambut kerinting berkahwin dengan seorang wanita yang berambut lurus.
Jika berambut kerinting adalah sifat dominan dan berambut lurus adalah sifat resesif,
a(i)
Nyatakan jenis rambut bagi anak T
1 marks
a(ii)
Lengkapkan Rajah 6 bagi genotip anak S dan V.
S : ……
V : ……
2 marks
b(i)
Namakan proses P
1 marks
b(ii)
Nyatakan kepentingan proses P
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 6, nyatakan nisbah bilangan anak yang berambut kerinting kepada anak yang berambut lurus.
1 marks
76 marks
Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen untuk menentukan kadar tindak balas antara magnesium dengan asid hidroklorik cair. Mereka menggunakan 0.5 g magnesium untuk bertindak balas dengan asid hidroklorik cair sehingga lengkap dalam masa 50 s.
$$\text{Kadar tindak balas} = \frac{\text{Pengurangan jisim}}{\text{Masa yang diambil}}$$
a
Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
b
Hitungkan kadar tindak balas antara magnesium dengan asid hidroklorik cair.
2 marks
c
Rajah 7.1 menunjukkan dua situasi A dan B yang digunakan untuk memasak daging.
Siti baru pulang dari kerja dan sampai ke rumahnya pada pukul 6.30 petang. Dia ingin memasak gulai daging sebagai juadah berbuka puasa. Antara situasi A dan B, yang manakah menjadi pilihan Siti? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Rajah 7.2 menunjukkan penghasilan ammonia melalui Proses Haber.
Serbuk ferum ditambahkan ke dalam reaktor. Wajarkan tindakan tersebut.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan gambarajah sinar bagi kanta cembung yang digunakan dalam satu alat optik.
a
Berdasarkan Rajah 8.1, nyatakan satu ciri imej yang terbentuk.
1 marks
b
Aimi menyertai satu pertandingan mencari harta karun di kawasan hutan simpan. Dia diberikan sebuah peta yang kecil. Bagi melihat peta tersebut, dia memerlukan satu alatan optik. Nyatakan alatan optik tersebut dan terangkan bagaimana ia dapat membantu Aimi.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan dua jenis alatan optik.
Seorang jurufoto diberi tugasan untuk menangkap gambar seekor rama-rama. Antara dua jenis alatan optik ini, yang manakah paling sesuai digunakan? Terangkan jawapan anda.
2 marks
d
Rajah 8.3 menunjukkan dua jenis kanta yang digunakan dalam peralatan optik.
Seorang murid telah memilih kanta cembung untuk membina sebuah teleskop ringkas untuk Projek Sains. Wajarkan tindakan tersebut.
1 marks
97 marks
a(i)
Rajah 9.1 menunjukkan aktiviti manusia yang telah dilakukan secara berleluasa bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap perabot serta penggunaan kertas.
Apakah kesan aktiviti ini terhadap kelestarian alam sekitar?
1 marks
a(ii)
Cadangkan satu kaedah teknologi hijau yang boleh digunakan untuk menangani isu ini?
1 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan satu kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sempena bulan Ramadan bertemakan **#JomTapau** yang telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi SWCorp.
Wajarkan kepentingan kempen ini diadakan.
2 marks
c
Di Malaysia, 45 peratus daripada jumlah komposisi sisa pepejal yang dibuang setiap hari terdiri daripada sisa makanan. Membuat baja kompos sendiri dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah selain daripada menjimatkan kos membeli bahan kimia.
Dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan, lengkapkan langkah-langkah untuk menghasilkan baja kompos di rumah.
Langkah-langkah:
1. Isi bahagian bawah kotak polistirena dengan tanah, sekitar 5 cm.
2. ……
3. ……
4. ……
5. Tutup kotak polistirena dan tunggu sekurang-kurangnya sebulan. Baja kompos akan terhasil melalui proses penguraian bakteria.
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu eksperimen tentang aplikasi elektrolisis dalam industri.
a
Namakan larutan P.
1 marks
b
Puan Lili mendapati cincin perak yang dipakainya telah pudar. Nyatakan satu proses yang boleh dijalankan untuk menjadikan cincinnya kelihatan lebih menarik.
1 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan dua sel kimia ringkas **S** dan **P**.
Sel kimia ringkas manakah yang menunjukkan jumlah tenaga elektrik yang lebih tinggi? Wajarkan pilihan anda.
2 marks
d
Tenaga elektrik boleh dihasilkan melalui tindak balas kimia. Anda diberikan sebiji buah lemon, satu mentol lampu kecil, dua wayar, satu kepingan zink dan satu kepingan besi. Dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan, reka bentuk satu sel ringkas yang boleh menyalakan mentol pada ruangan yang disediakan.
Penerangan: …… *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: susunan bahan dalam sel anda, cara ia disambungkan, label-labelnya, dan penerangan bagaimana mentol menyala)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji penyataan di bawah.
> Kacang tanah dan ikan bilis sering menjadi pelengkap kepada hidangan nasi lemak yang menjadi kegemaran ramai. Namun, kacang tanah mempunyai nilai kalori yang lebih tinggi berbanding ikan bilis.
Berdasarkan penyataan di atas, rancang satu eksperimen dalam makmal untuk menganggarkan nilai kalori bagi kedua-dua sampel makanan tersebut dengan menggunakan 1 g kacang tanah, 1 g ikan bilis, air suling, kapas, kaki retort, tabung didih, termometer, plastisin dan jarum.
Perancangan anda harus mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pembolehubah dimalarkan dan cara mengawal
2 marks
c(ii)
Pembolehubah dimanipulasikan dan cara mengawal
2 marks
d
Lakaran susunan radas yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan dalam lakaran anda, cara ia disusun, dan label-labelnya)*
3 marks
e
Cara mendapatkan keputusan yang jitu
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Tenaga nuklear mempunyai beberapa kelebihan dan digunakan secara meluas di beberapa buah negara.
a(i)
Namakan sebuah negara yang menggunakan tenaga nuklear dan nyatakan sebab penggunaan tenaga nuklear di negara tersebut.
2 marks
a(ii)
Jelaskan **dua** kelebihan tenaga nuklear.
2 marks
b
Rajah 12 menunjukkan stesen jana kuasa tenaga nuklear.
Berdasarkan Rajah 12, nyatakan proses penghasilan tenaga nuklear yang berlaku dalam reaktor dan terangkan bagaimana tenaga elektrik dijana.
4 marks
c
Penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif merupakan satu isu yang kontroversi bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Berikan alasan yang menyokong jawapan anda.
4 marks
1312 marks
a(i)
Jek hidraulik merupakan satu contoh alatan yang mengaplikasikan prinsip tekanan di dalam bendalir dalam sistem tertutup. Apakah prinsip yang digunakan dan berikan satu contoh lain alat yang mengaplikasikan prinsip ini.
2 marks
a(ii)
Rajah 13.1 menunjukkan sistem brek sebuah kereta.
Terangkan bagaimana operasi sistem brek hidraulik berfungsi dengan menggunakan prinsip tekanan bendalir.
2 marks
b
Rajah 13.2 menunjukkan hubungan antara luas keratan rentas tiub venturi dengan halaju udara yang mengalir.
Jelaskan apakah yang akan berlaku pada A, B dan C apabila udara dilepaskan melalui tiub venturi.
4 marks
c
Rajah 13.3 menunjukkan keratan rentas sebuah sayap kapal terbang yang berbentuk aerofoil.
Reka bentuk sayap ini digunakan untuk membolehkan kapal terbang ini terbang di udara. Wajarkan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open