Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan perubahan warna hirisan epal yang telah dipotong dengan pisau setelah dibiarkan selama 30 minit.
a
Berdasarkan eksperimen di atas, nyatakan **satu** pemerhatian.
1 marks
b
Nyatakan **satu** hipotesis berdasarkan eksperimen ini.
1 marks
c
Bagaimanakah mengawal faktor yang diperhatikan dalam eksperimen ini?
1 marks
d
Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan untuk mendapatkan keputusan penyiasatan yang adil?
1 marks
e
Apakah bahan lain yang boleh menghasilkan keputusan yang sama seperti Rajah 1.1?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan bahan tindak balas ke atas kadar tindak balas.
Masa untuk tanda 'X' tidak kelihatan direkodkan pada Jadual 2.
| Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^) | Masa untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s) | Kadar tindak balas / 1/masa (s^-1^) |
|---|---|---|
| 0.20 | 20 | 0.05 |
| 0.16 | 25 | 0.04 |
| 0.12 | 30 | 0.03 |
| 0.08 | 45 | 0.02 |
| 0.04 | 87 | 0.01 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, lukis graf kepekatan natrium tiosulfat melawan kadar tindak balas.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Kepekatan larutan natrium tiosulfat, 0 hingga 0.20 (selang 0.04); paksi mengufuk — Kadar tindak balas (1/masa (s^-1^)), 0 hingga 0.06 (selang 0.01). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (nilai bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
b
Nyatakan hubungan bagi kepekatan bahan tindak balas dengan kadar tindak balas.
1 marks
c
Berdasarkan eksperimen di atas, nyatakan cara mengawal faktor yang ditetapkan.
1 marks
d
Jika kepekatan bahan tindak balas natrium tiosulfat ditingkatkan kepada 0.3 mol dm^-3^, didapati masa untuk tanda 'X' tidak kelihatan dicatatkan sebanyak 12 saat. Kirakan kadar tindak balas.
Kadar tindak balas = 1 / masa = …… s^-1^
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar dari kelas 5 Hanafi untuk mengkaji sifat kekonduksian elektrik bagi sebatian plumbum(II) bromida dalam keadaan pepejal dan leburan.
Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen.
| Keadaan plumbum(II) bromida | Keadaan mentol |
|---|---|
| Pepejal | Tidak menyala |
| Leburan | Menyala |
Jadual 3
a
Berdasarkan keputusan eksperimen, nyatakan **satu** pemerhatian anda.
1 marks
b
Nyatakan **satu** inferens berdasarkan jawapan anda di (a).
1 marks
c
Nyatakan faktor yang diubah dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Plumbum(II) bromida ialah sebatian ion. Apakah definisi secara operasi bagi sebatian ion?
1 marks
e
Seorang pelajar mengulangi eksperimen yang sama tetapi menggantikan leburan plumbum(II) bromida dengan jus limau. Ramalkan pemerhatian yang diperolehi.
1 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan suatu eksperimen yang dijalankan menggunakan beberapa sampel air dan larutan metilena biru.
Jadual 4.1 menunjukkan keputusan bagi eksperimen yang telah dijalankan.
| Botol | Jenis sampel air | Masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur (minit) |
|---|---|---|
| A | Air paip | 20 |
| B | Air sungai | 5 |
| C | Air suling | Warna larutan tidak luntur |
| D | Air kolam | 10 |
Jadual 4.1
Berdasarkan Jadual 4.1,
a(i)
Nyatakan tujuan eksperimen.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** cara bagaimana anda mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan.
1 marks
a(iii)
Apakah hubungan antara tahap pencemaran air dengan masa yang diambil untuk larutan metilena biru luntur?
1 marks
b
Berdasarkan keputusan Jadual 4.1, kelaskan sampel air pada Jadual 4.2.
| Air tercemar | Air tidak tercemar |
|---|---|
| | |
Jadual 4.2
*(Tulis jawapan anda: sampel air di bawah setiap lajur, contohnya "Air tercemar: …; Air tidak tercemar: …")*
1 marks
c
Sekiranya anda seorang pegawai alam sekitar, apakah kaedah **Teknologi Hijau** yang sesuai untuk menambah baik kualiti air yang tercemar.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan struktur sebuah sistem jek hidraulik.
a
Namakan prinsip yang digunakan dalam sistem jek hidraulik.
1 marks
b
Apakah ciri cecair yang digunakan dalam sistem jek hidraulik ini?
1 marks
c
Nyatakan satu masalah yang boleh terjadi kepada struktur jek hidraulik tersebut setelah digunakan beberapa tahun. Terangkan kesannya kepada sistem hidraulik tersebut.
2 marks
d
Rajah 5.2 menunjukkan sistem hidraulik.
Banding bezakan antara omboh X dan omboh Y dalam sistem hidraulik.
2 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur Moden.
P, Q, R, S, T dan U ialah huruf-huruf yang digunakan bagi mewakili unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden dan bukan merupakan simbol sebenar unsur tersebut.
a
Bagaimanakah unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 6, unsur manakah yang berada dalam kumpulan yang sama?
1 marks
c
Lukiskan susunan elektron bagi unsur R. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala)*
2 marks
d
Adakah unsur S akan membentuk ion positif? Terangkan.
2 marks
76 marks
Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang. Perubahan suhu badan sama ada suhu badan meningkat atau menurun adalah tanda seseorang menghadapi masalah kesihatan.
a
Apakah maksud suhu badan?
1 marks
b
Suhu badan bayi berusia 2 bulan boleh diukur menggunakan satu termometer. Apakah termometer yang sesuai digunakan untuk mengukur suhu badan bayi tersebut? Wajarkan.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan aktiviti yang sedang dilakukan oleh dua orang remaja P dan Q.
Nyatakan perbezaan suhu badan di antara remaja P dan Q selepas melakukan aktiviti seperti dalam Rajah 7.2 dan jelaskan peranan kelenjar peluh dalam situasi tersebut.
2 marks
d
Strok haba merupakan satu keadaan yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau. Cadangkan satu langkah bagi mengelakkan kesan buruk strok haba.
1 marks
86 marks
Tenaga nuklear terhasil daripada tindak balas di dalam nukleus atom.
a
Nyatakan satu proses penghasilan tenaga nuklear.
1 marks
b
Rajah 8 menunjukkan stesen jana kuasa tenaga nuklear.
Berdasarkan Rajah 8, terangkan proses penghasilan tenaga elektrik dalam stesen janakuasa nuklear.
2 marks
c
Jadual 8 menunjukkan bilangan reaktor nuklear yang beroperasi di enam buah negara pada tahun 2018.
| Negara | Reaktor yang beroperasi |
|---|---|
| Amerika Syarikat | 99 |
| Rusia | 37 |
| China | 46 |
| Belanda | 1 |
| Brazil | 2 |
| Slovakia | 4 |
Jadual 8
Berdasarkan Jadual 8, terangkan kesan bilangan reaktor nuklear yang beroperasi terhadap sesebuah negara.
2 marks
d
Wajarkan pembinaan stesen jana kuasa nuklear di negara kita Malaysia.
1 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan dua jenis objek yang dilepaskan pada masa dan ketinggian yang sama di dua kawasan yang berbeza.
a
Berdasarkan situasi pada Rajah 9, namakan daya yang bertindak ke atas objek-objek di kawasan B.
1 marks
b
Cadangkan tindakan yang perlu dilakukan agar objek-objek di kawasan A jatuh secara serentak.
1 marks
c
Berdasarkan keputusan Rajah 9, banding beza faktor-faktor yang mempengaruhi jatuhan objek-objek di kawasan A dan B.
2 marks
d
Satu pertandingan merekacipta payung terjun akan dijalankan di sebuah sekolah di daerah anda. Payung terjun yang paling lambat jatuh akan dikira sebagai pemenang pertandingan.
Anda diminta merekacipta sebuah payung terjun bagi menyertai pertandingan berkenaan. Lukis dan labelkan lakaran anda dengan menggunakan semua bahan yang diberikan.
Terangkan ciri payung terjun yang anda lakarkan. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana bahan-bahan disusun dan label setiap bahan, kemudian terangkan cirinya)*
3 marks
107 marks
Seorang peniaga buah-buahan telah mengambil stok yang banyak untuk jualannya di pasar tani. Beliau telah menyimpan buah-buahan tersebut di dalam peti sejuk.
a
Apakah suhu yang sesuai bagi penyimpanan stok buah-buahan tersebut agar kekal segar?
1 marks
b
Berikan kaedah lain yang boleh dilakukan oleh peniaga supaya buah yang sedang dijual kekal segar.
1 marks
c
Buah mangga yang berlebihan telah diproses menggunakan kaedah pengeringan. Wajarkan tindakan peniaga tersebut.
2 marks
d
Peniaga tersebut telah mendapat bekalan mangga muda yang berlebihan. Dengan menggunakan cuka, air gula dan balang kaca, lukis dan labelkan susunan bagi menghasilkan jeruk mangga.
Terangkan konsep penghasilan jeruk tersebut. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: susunan bahan dan label-labelnya, kemudian terangkan konsepnya)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji situasi di bawah:
Berdasarkan perbualan Rajah 11, rancang satu eksperimen dalam makmal untuk mengkaji kekuatan tulang berongga dan tulang padat. Anda diminta menulis satu laporan eksperimen mengandungi:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c
Pemboleh ubah dimanipulasi dan cara mengawalnya
2 marks
d
Lakarkan susunan radas dan bahan yang berlabel *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan bahan yang dilukis, bagaimana ia disusun, dan label-labelnya)*
3 marks
e
Jangkaan pemerhatian
1 marks
f
Dua langkah berjaga-jaga
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Tumbuhan memerlukan nutrien yang tertentu untuk pertumbuhan, perkembangan dan pembiakan. Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dapat dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu makronutrien dan mikronutrien.
Nyatakan satu contoh makronutrien dan fungsinya.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan kitar nitrogen.
Berdasarkan Rajah 12.1, nyatakan satu proses penambahan ion nitrat di dalam tanah dan satu proses penyingkiran ion nitrat di dalam tanah.
2 marks
c
Peningkatan jumlah penduduk dan perubahan gaya hidup menyebabkan pertambahan keperluan makanan negara. Justeru itu, agensi penyelidikan seperti MARDI telah menghasilkan pelbagai variasi buah betik.
| Betik P | Betik Q |
|---|---|
| Warna isi oren kemerahan | Isinya warna merah terang |
| Kandungan gula yang tinggi | Isinya kurang manis |
| Matang 17-20 minggu | Matang 42-44 minggu |
| Saiz buahnya kecil | Saiz buahnya besar |
| Mengandungi likopena | Mengandungi likopena |
Rajah 12.2
Banding bezakan di antara betik P dan Q.
Pemilihan baka yang betul akan meningkatkan pendapatan petani. Berdasarkan maklumat dalam Rajah 12.2, jelaskan ciri pemilihan baka yang boleh meningkatkan pengeluaran makanan.
4 marks
d
Teknologi pemprosesan makanan ialah proses menukarkan bahan mentah makanan kepada bentuk makanan yang lain. Rajah 12.3 menunjukkan sejenis produk yang dihasilkan melalui teknologi pemprosesan makanan.
Wajarkan penghasilan produk ini melalui kaedah pempasteuran.
4 marks
1312 marks
a
Peralatan perlindungan diri ialah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya. Nyatakan satu peralatan perlindungan diri dan fungsinya.
2 marks
b
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen berkaitan sistem pencernaan seekor tikus. Di akhir eksperimen itu, mereka melakukan Prosedur Operasi Standard (POS) pengurusan sisa tikus tersebut seperti Rajah 13.1.
Terangkan proses pengurusan sisa biologi ini.
2 marks
c
Puan Hidayah telah berkunjung ke satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Rajah 13.2 menunjukkan satu poster yang dipaparkan semasa program tersebut dijalankan.
> **PUNCA KEBAKARAN Tanpa Sedar**
>
> ✓ Suis elektrik ✓ Puntung rokok ✓ Percikan api ✓ Minyak masak ✓ Mercun ✓ Pengecas telefon ✓ Dapur gas ✓ Ubat nyamuk
Rajah 13.2
Menyedari akan kepentingan melindungi keluarganya, Puan Hidayah bercadang untuk membeli alat pemadam kebakaran untuk ditempatkan pada kediamannya. Beliau diberikan dua pilihan alat pemadam kebakaran seperti Rajah 13.3.
Banding bezakan alat pemadam kebakaran P dan Q.
Jelaskan kebaikan memiliki alat pemadam kebakaran di kediaman.
4 marks
d
Kebakaran sering kali terjadi sama ada di premis perniagaan mahupun di kediaman. Kebakaran yang berlaku boleh memusnahkan harta benda mahupun mengancam nyawa. Sebagai langkah berjaga-jaga, Encik Rahman telah menyediakan alat pemadam kebakaran ABC di kediamannya. Wajarkan tindakan beliau.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open