Rajah 1.1 menunjukkan satu eksperimen untuk menyiasat kekerasan antara aloi dan logam tulennya.
Jadual 1.1 menunjukkan keputusan eksperimen.
| Jenis bongkah | Diameter lekuk (mm) |
|---|---|
| Kuprum | 5 |
| Gangsa | 2 |
Jadual 1.1
a
Nyatakan faktor yang ditetapkan bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 1.1, tulis satu pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan inferens yang boleh dibuat bagi eksperimen ini.
1 marks
d
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi aloi.
1 marks
e
| Jenis bongkah | Diameter lekuk (mm) |
|---|---|
| Kuprum | 7 |
| Gangsa | 3 |
Jadual 1.2
Eksperimen di atas diulang dengan menggunakan pemberat 2 kg. Pada pendapat anda, mengapakah terdapat perbezaan saiz diameter lekukan yang terhasil pada Jadual 1.2?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan kehadiran udara ke atas masa yang diambil oleh suatu objek jatuh bebas dan bukan jatuh bebas.
Jadual 2 menunjukkan keputusan selepas eksperimen dijalankan.
| Kehadiran udara | Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup getah (s) |
|---|---|
| Ada | 8 |
| Tiada | 4 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.
b(i)
Pembolehubah bergerak balas :
1 marks
b(ii)
Pembolehubah dimanipulasikan :
1 marks
c
Daripada keputusan eksperimen, didapati masa yang diambil oleh objek jatuh bebas untuk sampai ke atas penutup getah lebih singkat berbanding dengan objek bukan jatuh bebas. Mengapa?
1 marks
d
Pasukan penyelamat daripada NGO ingin menghantar makanan dan ubat-ubatan melalui udara kepada mangsa banjir. Sering kali bekalan tersebut mengalami kerosakan disebabkan halaju yang tinggi semasa sampai ke permukaan bumi. Bagaimanakah cara yang perlu mereka lakukan supaya ia tidak rosak?
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan susunan radas bagi suatu eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara larutan natrium tiosulfat dengan asid sulfurik.
Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.
| Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^) | 0.20 | 0.16 | 0.12 | 0.08 | 0.04 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s) | 20 | 23 | 32 | 46 | 96 |
Jadual 3
a
Berdasarkan Jadual 3, lukiskan graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan.
(Kertas graf yang disediakan: paksi menegak "Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^)" bertanda 0.04, 0.08, 0.12, 0.16, 0.20; paksi mengufuk "Masa (s)" bertanda 20, 40, 60, 80, 100.)
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot dan bagaimana titik-titik itu disambungkan.)*
2 marks
b
Nyatakan satu hubungan antara masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan dengan kepekatan larutan natrium tiosulfat berdasarkan graf.
1 marks
c
Ramalkan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan apabila 0.24 mol dm^-3^ larutan natrium tiosulfat bertindak balas dengan asid sulfurik yang sama.
1 marks
d
Terdapat banyak lebihan makanan yang Puan Aminah sediakan untuk makan malam. Dia menyimpan lebihan makanan tersebut di dalam peti sejuk untuk mengelakkan makanan tersebut menjadi rosak. Mengapakah makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tidak mudah rosak?
1 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan radas yang disediakan untuk mengkaji kesan kedudukan ion dalam siri elektrokimia terhadap pemilihan jenis ion untuk dinyahcas pada katod.
a
Kelaskan sebatian kimia berikut kepada elektrolit dan bukan elektrolit.
| Asid nitrik | Etanol | Larutan glukosa | Larutan plumbum (II) nitrat |
|---|---|---|---|
| Elektrolit | Bukan elektrolit |
|---|---|
| | |
*(Tulis jawapan anda: sebatian bagi setiap lajur, contohnya "Elektrolit: …; Bukan elektrolit: …".)*
2 marks
b
Apakah faktor yang diubah bagi eksperimen ini?
1 marks
Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen ini.
| Elektrolit | Hasil terbentuk pada katod |
|---|---|
| Larutan magnesium nitrat, Mg(NO~3~)~2~ | Ujian kayu uji bernyala : Bunyi pop terhasil |
| Larutan kuprum (II) sulfat, (CuSO~4~) | Bahan X |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4,
c(i)
Nyatakan satu inferens untuk pemerhatian bagi set A.
1 marks
c(ii)
Mengapakah bahan X terbentuk di katod?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan satu kategori bahan sisa biologi di makmal.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan bahan sisa biologi?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 5, bagaimanakah Prosedur Operasi Standard (POS) untuk melupuskan bahan sisa ini?
1 marks
b
Adam ingin mengkaji kesan kepekatan bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas. Semasa menjalankan eksperimen matanya terkena percikan asid hidroklorik cair. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Adam?
2 marks
Jadual 1 menunjukkan Statistik Kebakaran mengikut jenis Bangunan 2019 di lima buah negeri.
| Jenis Bangunan | Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | Negeri Sembilan |
|---|---|---|---|---|---|
| Kedai | 67 | 38 | 11 | 17 | 49 |
| Kilang | 41 | 28 | 6 | 13 | 24 |
| Gudang | 1 | 2 | 0 | 2 | 0 |
| Stor | 48 | 28 | 11 | 13 | 5 |
| Bengkel | 14 | 7 | 1 | 2 | 5 |
(Sumber: https://www.data.gov.my/data/dataset/ada0504)
Jadual 1
c(i)
Berdasarkan data yang diperolehi, berikan satu punca berlakunya kebakaran yang melibatkan bangunan.
1 marks
c(ii)
Cadangkan satu langkah bagi mengelakkan kebakaran mengikut Panduan Keselamatan Kebakaran.
1 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah.
a
Namakan alat pada Rajah 6.1.
1 marks
b
Kenal pasti nilai bacaan berikut.
| Bacaan | Jenis tekanan |
|---|---|
| 120 | Tekanan Diastolik |
| 70 | Tekanan Sistolik |
*(Tulis jawapan anda: padankan setiap bacaan dengan jenis tekanan, contohnya "120 – …".)*
1 marks
Ali adalah seorang pemuda yang mengamalkan gaya hidup sihat manakala Amran tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Ali dan Amran telah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital untuk memeriksa tekanan darah masing-masing. Jadual 6 menunjukkan keputusan tekanan darah mereka.
| Pesakit | Tekanan Darah (mmHg) |
|---|---|
| Ali | 120/70 |
| Amran | 150/90 |
Jadual 6
c(i)
Apakah kategori bagi tekanan darah Amran?
1 marks
c(ii)
Nyatakan tabiat pemakanan Amran yang menyebabkan beliau mempunyai tekanan darah tersebut.
1 marks
d
Rajah 6.2 menunjukkan sebahagian daripada Poster Minggu Kesedaran Garam Sedunia anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.
**5 Cara Capai Gram Garam**
- Bawa makanan yang dimasak dari rumah ke tempat kerja
- Gantikan garam dengan rempah ratus
- Elakkan garam, kicap dan sos dihidangkan semasa makan
- Buat pilihan bijak dengan membaca dan membandingkan label makanan sebelum membeli
- Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan kurangkan makanan berproses
Rajah 6.2
Pengambilan garam yang berlebihan dalam jangka masa panjang meningkatkan risiko mendapat penyakit hipertensi. Nyatakan **dua** kesan sekiranya seseorang menghidap hipertensi yang tidak terkawal.
2 marks
76 marks
Jadual 7.1 menunjukkan anggaran nilai kalori beberapa jenis makanan.
| Kelas makanan | Sumber | Nilai kalori (kJ/g) |
|---|---|---|
| Karbohidrat | Nasi | 15.04 |
| Karbohidrat | Roti putih | 10.60 |
| Lemak | Mentega | 31.20 |
| Protein | Daging ayam | 8.27 |
| Protein | Daging lembu | 13.11 |
| Pelawas | Kubis | 0.34 |
| Pelawas | Timun | 0.55 |
Jadual 7.1
a
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kalori?
1 marks
b
Aminah mengambil makanan tengah hari yang terdiri daripada 30 g nasi, 10 g ayam dan 30 g kubis. Hitungkan jumlah kalori yang diambilnya.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan maklumat kandungan sandwic A, B dan C.
| Sandwic A | Sandwic B | Sandwic C |
|---|---|---|
| 2 keping roti putih; 100 gram daging lembu; 5 gram timun | 5 gram kubis; 2 keping roti putih; 100 gram daging ayam | 2 keping roti putih; 100 gram daging ayam; 2 gram mentega; 5 gram kubis |
Jadual 7.2
Berdasarkan nilai kalori pada Jadual 7.2, nyatakan sandwic mana yang paling sihat. Wajarkan jawapan anda.
2 marks
d
Restoran yang beroperasi 24 jam memberikan kesan buruk terhadap kesihatan anda. Wajarkan.
1 marks
86 marks
a
Nyatakan satu unsur yang terdapat dalam lemak.
1 marks
b
Rajah 8.1 menunjukkan dua contoh makanan.
Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan bagi makanan P dan makanan Q.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan makanan yang diambil oleh seorang remaja.
Sekiranya makanan ini selalu diambil oleh remaja tersebut, apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada beliau?
2 marks
d
Rajah 8.3 menunjukkan perbualan seorang doktor dengan pesakitnya, Puan Lily.
Apakah yang perlu dilakukan oleh Puan Lily untuk mengatasi masalah ini?
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan seorang atlet angkat berat Malaysia sedang menyertai pertandingan di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
a(i)
Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi kestabilan objek.
1 marks
a(ii)
Bagaimanakah atlet tersebut mengekalkan kestabilannya?
1 marks
b
Baca petikan berita di bawah.
> **Ikan paus 14 tan mati terdampar di pantai kerana beratnya**
>
> Isnin, 15 Jun 2020 7:30 AM
>
> Seekor ikan paus mati kerana beratnya sendiri selepas terdampar dekat sebuah kampung di North-East Wales, United Kingdom.
>
> Ia mati secara perlahan-lahan. Usaha penyelamat pada mulanya berjaya dengan haiwan itu dapat dibawa ke air dalam pada Jumaat.
>
> Bagaimanapun, penduduk tempatan menerima berita sedih apabila ia kembali terdampar di pantai pada pagi Ahad - Daily Star
Mengapakah ikan paus mati selepas terdampar di pantai? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
c
Sekumpulan pelajar ingin menyertai pertandingan mereka cipta kereta lumba menggunakan bahan terpakai sempena sambutan Bulan Sains dan Matematik di sekolah mereka. Rajah 9.2 menunjukkan bahan yang dibekalkan kepada setiap kumpulan.
| Botol | Penutup botol | Penyedut minuman | Belon | Lidi sate |
|---|---|---|---|---|
Rajah 9.2
Anda dikehendaki melakar dan melabel satu model kereta lumba yang mengaplikasikan konsep kestabilan dengan menggunakan bahan yang diberi dalam ruangan yang disediakan.
Penerangan:
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bahan-bahan yang digunakan, bagaimana ia disusun, dan label setiap bahagian. Kemudian tulis penerangan anda.)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu objek yang diletakkan di hadapan kanta cembung yang mempunyai jarak fokus 10 cm.
a
Nyatakan satu ciri imej yang terbentuk oleh objek tersebut.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 10.2, di manakah objek perlu diletakkan untuk menghasilkan imej yang sama saiz dengan objek jika menggunakan kanta cembung yang sama di Rajah 10.1?
1 marks
c
Faiz menjumpai sekeping nota lama dari peti simpanan kepunyaan moyangnya. Nota tersebut mempunyai tulisan yang sangat kecil dan sukar dilihat dengan penglihatan biasa. Di antara kanta pembesar dan mikroskop, pilih peralatan optik yang sesuai untuk membantu Faiz membaca isi kandungan dalam nota tersebut. Terangkan jawapan anda.
2 marks
d
Kanta cembung digunakan dalam peralatan optik seperti teleskop.
Anda dikehendaki melakarkan reka bentuk sebuah teleskop ringkas dengan menggunakan dua kanta cembung yang berlainan ketebalan, dua keping kertas hitam dan pita selofon dalam ruang yang disediakan di bawah.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bahan-bahan yang digunakan, bagaimana ia disusun, dan label setiap bahagian.)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Danial dalam keadaan tergesa-gesa keluar untuk pergi bercuti bersama dengan keluarganya. Dia tidak sempat bersarapan dan meninggalkan roti yang disediakan ibunya di atas meja. Setelah pulang daripada bercuti selama lima hari, dia mendapati keadaan roti yang ditinggalkannya dan roti yang disimpan oleh ibu di dalam almari adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 11.
Berdasarkan situasi dalam Rajah 11, anda diminta menghuraikan satu eksperimen untuk mengkaji kesan cahaya terhadap pertumbuhan mikroorganisma. Huraian anda harus mengandungi kriteria berikut:
a
Tujuan eksperimen
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c
Radas dan bahan
2 marks
d
Prosedur atau kaedah
4 marks
e
Penjadualan data
*(Tulis jawapan anda: tajuk lajur dan baris jadual anda.)*
1 marks
f
Langkah berjaga-jaga untuk memastikan penyiasatan yang adil
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Nyatakan **dua** isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan.
2 marks
b
Bagaimanakah kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur boleh berlaku?
2 marks
c
Rajah 12.1 menunjukkan graf trend kualiti air sungai di Malaysia bagi tahun 2016 hingga 2020 berdasarkan indeks Keperluan Oksigen Biokimia (BOD).
Berdasarkan graf dalam Rajah 12.1, huraikan pola kualiti air sungai. Jelaskan apakah penyebab kepada isu sosiosaintifik sektor pengurusan sisa dan air sisa.
4 marks
d
Rajah 12.2 menunjukkan suatu pendekatan yang dijalankan di sebuah kawasan perumahan.
Sebagai ahli kelab Pecinta Alam Sekitar, anda diminta menjalankan kempen aktiviti di atas. Wajarkan aktiviti anda tersebut dalam menangani isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa.
4 marks
1312 marks
a
Nyatakan Prinsip Pascal dan berikan satu contoh peralatan yang menggunakan prinsip ini dalam kehidupan harian.
2 marks
b
Rajah 13.1 menunjukkan kelalang bulat berliang halus. Apakah yang berlaku apabila omboh ditekan?
2 marks
c
Rajah 13.2 menunjukkan keputusan satu aktiviti tentang Prinsip Bernoulli menggunakan tiub Venturi.
Terangkan apa yang berlaku pada A, B dan C apabila air dilepaskan.
4 marks
d
Rajah 13.3 menunjukkan pemandangan di sebuah stesen kereta api.
Wajarkan kegunaan garisan keselamatan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open