Jadual 1.1 menunjukkan bacaan nadi yang diperoleh apabila tiga orang murid selesai melakukan tiga jenis aktiviti fizikal yang berbeza selama 5 minit.
| Jenis aktiviti fizikal | Kadar denyutan nadi (bpm) — Mukri | Cheng Li | Raju |
|---|---|---|---|
| Berehat | 76 | 81 | 70 |
| Berjalan | 91 | 98 | 90 |
| Berlari | 148 | 136 | 165 |
Jadual 1.1
Berdasarkan Jadual 1.1,
a(i)
Nyatakan tujuan eksperimen.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** faktor yang diubah.
1 marks
a(iii)
Nyatakan **satu** cara mengawal pemboleh ubah di 1(a)(ii).
1 marks
b
Ramalkan kadar denyutan nadi Raju selepas melakukan aktiviti berlari pecut sejauh 100 m.
1 marks
c
Aktiviti di atas diulang oleh dua orang murid lain. Jadual 1.2 menunjukkan bacaan kadar denyutan nadi murid tersebut selepas melakukan tiga jenis aktiviti fizikal selama 5 minit.
| Jenis aktiviti fizikal | Kadar denyutan nadi (bpm) — Aishah | Munirah |
|---|---|---|
| Berehat | 80 | 85 |
| Berjalan | 96 | 92 |
| Berlari | 96 | 92 |
Jadual 1.2
Berdasarkan Jadual 1.2, murid tersebut membuat kesimpulan bahawa kadar denyutan nadi bagi aktiviti berjalan dan berlari adalah sama. Kesimpulan ini tidak boleh diterima. Apakah kesilapan yang mungkin dilakukan oleh Aisyah dan Munirah semasa mengambil bacaan kadar denyutan nadinya?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan anak benih kacang hijau.
Ketinggian anak benih kacang hijau diukur dan direkodkan setiap hari selama 7 hari seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.
| Masa (hari) | Ketinggian anak benih kacang hijau (cm) |
|---|---|
| 1 | 0.0 |
| 2 | 0.6 |
| 3 | 2.0 |
| 4 | 5.0 |
| 5 | …… |
| 6 | 8.8 |
| 7 | 9.6 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, lukis graf ketinggian anak benih kacang hijau melawan masa.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Ketinggian anak benih kacang hijau (cm), 0 hingga 10 (selang 2); paksi mengufuk — Masa (hari), 1 hingga 7. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (masa dan ketinggian bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
b
Berdasarkan graf di 2(a), nyatakan ketinggian anak benih kacang hijau pada hari ke-5 dalam sentimeter (cm).
1 marks
c
Nyatakan hubungan antara ketinggian anak benih kacang hijau dengan masa.
1 marks
d
Berdasarkan Rajah 2, nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan ketika menjalankan eksperimen.
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan hasil bagi satu eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria *Bacillus sp.* selepas tiga hari.
Berdasarkan Rajah 3,
a(i)
Nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** inferens terhadap pemerhatian di 3(a)(i).
1 marks
b
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan definisi secara operasi bagi antibiotik.
1 marks
d
Cakera kertas turas yang direndam ke dalam air suling diletakkan ke dalam piring petri berisi agar-agar nutrien pada awal eksperimen bertindak sebagai set kawalan. Nyatakan fungsi set kawalan tersebut.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 dan 4.2 menunjukkan eksperimen yang didemonstrasikan oleh seorang guru di dalam kebuk wasap untuk mengkaji proses elektrolisis bagi plumbum(II) bromida dalam keadaan pepejal dan leburan.
a
Berdasarkan Rajah 4.2, nyatakan pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Elektrolit ialah sebatian yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Kelaskan bahan-bahan dalam senarai di bawah kepada **elektrolit** dan **bukan elektrolit** dalam Jadual 4.
- Larutan natrium hidroksida
- Larutan glukosa
- Asetamida
- Larutan garam
| Elektrolit | Bukan Elektrolit |
|---|---|
| …… | …… |
Jadual 4
*(Tulis jawapan anda: bahan-bahan bagi lajur Elektrolit dan lajur Bukan Elektrolit)*
2 marks
c
Apakah kesimpulan bagi eksperimen ini?
1 marks
d
Seorang murid membuat hipotesis berikut:
> Sebatian ion dalam keadaan pepejal tidak dapat menjalani proses elektrolisis
Berdasarkan keputusan eksperimen dalam Rajah 4.1 dan 4.2, apakah pemerhatian yang menyokong pernyataan di atas?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan suatu situasi mangsa yang berada dalam keadaan cemas ketika makan di sebuah restoran.
Berdasarkan Rajah 5.1,
a(i)
Nyatakan jenis bantuan kecemasan yang perlu diberikan kepada mangsa tersebut.
1 marks
a(ii)
Nyatakan punca keadaan yang dinyatakan di 5(a)(i) berlaku.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan suatu amaran yang dipamerkan pada alat permainan kanak-kanak.
b(i)
Berdasarkan Rajah 5.2, cadangkan dua langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa semasa memilih alat permainan kepada anak kecil.
2 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 5.2, apakah yang akan berlaku sekiranya amaran pada rajah tidak dipatuhi? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan satu alat untuk mengukur suhu badan.
a
Berdasarkan Rajah 6.1, namakan alat pengukuran tersebut.
1 marks
b
Nyatakan fungsi X.
1 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan satu amalan pemakanan yang diamalkan oleh Ali.
Jelaskan satu langkah yang boleh diambil bagi memastikan Ali mencapai Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal.
2 marks
Jadual 6 menunjukkan Indeks Jisim Badan (BMI) bagi empat orang murid.
| Murid | Indeks Jisim Badan |
|---|---|
| Aina | 17.5 |
| Kumar | 29.2 |
| Siti | 30.3 |
| Faris | 24.2 |
Jadual 6
Berdasarkan Jadual 6:
d(i)
Siapakah yang mempunyai jisim badan unggul?
1 marks
d(ii)
Jelaskan perbandingan antara risiko kesihatan murid yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) paling rendah dengan Indeks Jisim Badan (BMI) paling tinggi.
1 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan suatu Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap.
a
Berdasarkan Rajah 7.1, unsur manakah yang berada dalam kumpulan yang sama?
1 marks
b
Rajah 7.2(a) menunjukkan susunan elektron bagi atom P. Lengkapkan Rajah 7.2(b) dengan melukis susunan elektron bagi pembentukan ion P untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bilangan elektron dalam setiap petala ion P dan cas ion itu)*
2 marks
c
Rajah 7.3 menunjukkan contoh isotop.
Nyatakan **satu** persamaan dan **satu** perbezaan antara dua atom tersebut.
— Persamaan dan perbezaan
2 marks
d
Berdasarkan Rajah 7.3, atom kobalt-60 paling sesuai digunakan untuk rawatan kanser. Wajarkan jawapan anda.
1 marks
86 marks
Rajah 8 menunjukkan satu contoh sistem hidraulik.
Berdasarkan Rajah 8,
a(i)
Apakah prinsip yang digunakan dalam operasi sistem tersebut?
1 marks
a(ii)
Hitungkan berat beban yang perlu diletakkan ke atas omboh B untuk mengimbangi daya 100 N pada omboh A.
$\dfrac{\text{Daya input}}{\text{Luas omboh A}} = \dfrac{\text{Daya output}}{\text{Luas omboh B}}$
2 marks
b
Encik Ahmad mendapati bahawa brek kenderaannya tidak berfungsi dengan baik kerana terdapat kebocoran minyak brek. Nyatakan sebab brek tersebut tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 8, banding beza antara omboh A dan omboh B.
2 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sebuah loji mikroalga.
a
Berdasarkan Rajah 9.1, apakah fungsi loji mikroalga dalam usaha pemeliharaan alam sekitar?
1 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan pencemaran alam sekitar yang berlaku di suatu kawasan.
Pada pendapat anda, apakah kesan jangka panjang pencemaran ini terhadap kehidupan manusia?
1 marks
c
Kelab Pencinta Alam Sekitar telah menghasilkan larutan pembersih ekoenzim sebagai satu usaha mengaplikasikan Teknologi Hijau dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Wajarkan tindakan kelab tersebut.
2 marks
d
Larutan pembersih ekoenzim merupakan hasil semula jadi daripada sisa pertanian seperti sisa buah-buahan atau sayur-sayuran. Berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan larutan pembersih ekoenzim:
1. Sisa buah-buahan
2. Gula perang
3. Air
4. Botol plastik hitam bertutup
Berdasarkan bahan-bahan di atas, terangkan bagaimana cara untuk merekacipta larutan pembersih ekoenzim.
1. ……
2. ……
3. ……
4. Larutan yang terhasil ditapis untuk memisahkannya daripada sisa pepejal dan sedia digunakan.
*(Tulis jawapan anda: langkah 1, 2 dan 3)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu isu sosiosaintifik terhadap alam sekitar.
a(i)
Berdasarkan Rajah 10.1, nyatakan sektor Teknologi Hijau yang berkaitan.
1 marks
a(ii)
Kejadian tanah runtuh telah berlaku di Lebuhraya X yang terletak berhampiran dengan lokasi aktiviti di dalam Rajah 10.1. Cadangkan satu tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan bencana tersebut.
1 marks
b
Sebuah syarikat akua-agro telah melakukan penebangan hutan paya bakau bagi membina kolam ternakan udang komersial. Nyatakan dua kesan tindakan tersebut kepada alam sekitar.
2 marks
c
Puan Melissa menanam sayur-sayuran di dalam beberapa pasu di rumahnya untuk memenuhi keperluan harian keluarga. Beliau bercadang untuk bercuti bersama keluarga selama lima hari. Oleh itu, beliau menghasilkan sebuah alat penyiram bagi memastikan tanamannya tidak mati akibat kekurangan air.
Dengan menggunakan bahan-bahan dalam Rajah 10.2, lakar dan labelkan alat penyiram tersebut. Jelaskan bagaimana alat tersebut berfungsi.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: susunan alat anda, bahagian-bahagian yang dilabel dan bagaimana alat itu berfungsi)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11 menunjukkan dua situasi apabila Puan Maria merebus 1 kg kentang di dalam dua periuk yang sama saiz. Dia mendapati kentang di dalam Periuk B lebih cepat masak berbanding Periuk A.
Berdasarkan situasi dalam Rajah 11, rancang **satu** eksperimen di dalam makmal untuk menguji hipotesis anda dengan menggunakan ketulan marmar bersaiz besar, cebisan marmar bersaiz kecil, larutan asid hidroklorik cair dan bahan serta radas yang lain.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
c(ii)
Cara untuk mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
d
Bahan dan radas
2 marks
e
Penjadualan data
2 marks
f
Dua langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan keputusan yang jitu
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Puan Shanti kerap mengalami sakit kepala dan lenguh badan akibat tekanan kerja. Beliau secara konsisten mengambil ubat hospital yang dipreskripsikan oleh doktor. Pada masa yang sama, untuk melegakan lenguh-lenguh badan, beliau akan menjalani rawatan akupunktur di pusat kesihatan pada setiap hujung minggu. Berdasarkan situasi di atas, nyatakan **dua** kaedah perubatan yang diamalkan oleh Puan Shanti.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan keadaan fizikal seorang pemuda berusia 25 tahun yang bekerja di tapak pembinaan.
Berdasarkan situasi ini, nyatakan faktor yang menyebabkan keadaan fizikal pemuda ini.
2 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan sumber yang diambil untuk mengekalkan kesihatan badan.
Berdasarkan Rajah 12.2, banding bezakan sumber bahan K dan L.
4 marks
d
Encik Syam mempunyai jadual kerja yang sangat padat dan sering pulang lewat malam. Disebabkan kesuntukan masa, beliau jarang dapat menyediakan makanan seimbang atau mengambil buah-buahan segar yang mencukupi. Bagi menjaga kesihatannya, Encik Syam mengamalkan pengambilan pil suplemen setiap pagi selepas sarapan. Wajarkan tindakan beliau.
4 marks
1312 marks
Lemak ialah sejenis sebatian karbon organik yang dapat membekalkan tenaga kepada manusia.
a(i)
Nyatakan dua jenis lemak.
2 marks
a(ii)
Terangkan mengapa pengambilan lemak secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.
2 marks
a(iii)
Banding beza dua lemak yang anda nyatakan di 13(a)(i).
4 marks
Jadual 13 menunjukkan pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia pada tahun 2024.
| Bulan | Pengeluaran (Juta tan) |
|---|---|
| Januari | 140 |
| Februari | 126 |
| Mac | 139 |
| April | 155 |
| Mei | 170 |
| Jun | 162 |
Jadual 13
(Sumber: Laporan Industri Sawit Malaysia)
b(i)
Berdasarkan Jadual 13, huraikan pola pengeluaran minyak sawit Malaysia dari Januari hingga Jun 2024.
2 marks
b(ii)
Jelaskan faktor yang menyebabkan pengeluaran paling rendah pada Februari 2024.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open