Rajah 1.1 menunjukkan satu eksperimen untuk menganggar nilai kalori makanan.
Jadual 1 menunjukkan perubahan suhu air akibat pembakaran 1 g sampel makanan.
| Sampel makanan (1 g) | Kacang tanah | Nasi | Mi |
|---|---|---|---|
| Jisim air (g) | 10 | 10 | 10 |
| Suhu awal air (°C) | 30 | 30 | 30 |
| Suhu akhir air (°C) | …… | 56 | 58 |
| Perubahan suhu air (°C) | 48 | 26 | 28 |
Jadual 1
a
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Lengkapkan suhu akhir air bagi kacang tanah dalam Jadual 1.
1 marks
c
Berdasarkan Jadual 1, lukis graf bar bagi perubahan suhu air melawan sampel makanan.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Perubahan suhu air (°C), 0 hingga 60 (selang 10); paksi mengufuk — Sampel makanan: Kacang tanah, Nasi, Mi. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: tinggi bar bagi setiap sampel makanan dan lebar bar-bar yang anda lukis)*
2 marks
d
Eksperimen diulang semula menggunakan sampel makanan yang sama.
Berdasarkan Rajah 1.1, jelaskan mengapa keputusan yang diperoleh tersebut berbeza?
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan suatu eksperimen untuk mengkaji tahap pencemaran air dalam sampel air yang berlainan.
Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen.
| Jenis sampel air | Masa larutan metilena biru meluntur (minit) |
|---|---|
| Air perigi | 35 |
| Air sungai | 5 |
| Air kolam | 20 |
Jadual 2
a
Berdasarkan keputusan dalam Jadual 2, nyatakan **satu** pemerhatian.
1 marks
b
Nyatakan **satu** inferens bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Jika air suling diuji dengan larutan metilena biru, apakah jangkaan perubahan warna larutan tersebut selepas 1 jam?
1 marks
d
Berdasarkan Jadual 2, nyatakan definisi secara operasi bagi air perigi.
1 marks
e
Rajah 2.2 menunjukkan lokasi air sungai yang diambil untuk eksperimen ini.
Berdasarkan Jadual 2, apakah kesimpulan yang menunjukkan bahawa air sungai ini adalah yang paling tercemar?
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan graf pola pertumbuhan anak benih kacang hijau daripada eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan murid.
a
Berdasarkan Rajah 3, nyatakan faktor yang diperhatikan dan cara mengawalnya.
2 marks
b
Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Sebahagian tumbuhan membentuk struktur khas sebagai sokongan tambahan. Kelaskan tumbuhan-tumbuhan berikut mengikut jenis akar yang betul.
Tumbuhan: Pokok angsana, Pokok orkid
| Akar banir | Akar cengkam |
|---|---|
| …… | …… |
*(Tulis jawapan anda: tumbuhan bagi setiap jenis akar, contohnya "Akar banir – …; Akar cengkam – …")*
1 marks
d
Kaji maklumat berikut.
> Semakin bertambah masa, semakin bertambah tinggi anak pokok kacang hijau.
Dengan menggunakan maklumat di atas, bagaimanakah anda boleh membuktikan bahawa kesimpulan tersebut adalah tepat?
1 marks
45 marks
Jadual 4 menunjukkan data yang diperoleh oleh seorang murid dalam suatu eksperimen mikrobiologi.
| Kepekatan antibiotik (%) | Luas kawasan jernih (cm^2^) |
|---|---|
| 10 | 0.8 |
| 20 | 1.7 |
| 30 | 4.6 |
Jadual 4
a
Apakah tujuan bagi eksperimen ini?
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 4, nyatakan hubungan di antara kepekatan antibiotik dengan pertumbuhan bakteria.
1 marks
c
Apakah faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini?
1 marks
d
Nyatakan faktor yang diubah bagi eksperimen ini?
1 marks
e
Antibiotik merencatkan pertumbuhan bakteria.
Berdasarkan keputusan eksperimen, apakah pemerhatian yang boleh menyokong pernyataan tersebut?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan dua unsur yang terdapat dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
Berdasarkan Rajah 5.1,
a(i)
apakah yang diwakili oleh **Y**?
1 marks
a(ii)
Lengkapkan jadual berikut.
| Unsur | Isotop | Nombor proton | Nombor nukleon |
|---|---|---|---|
| Na | Natrium-23 | 11 | 23 |
| Na | Natrium-24 | …… | 24 |
| Co | Kobalt-59 | 27 | 59 |
| Co | Kobalt-60 | 27 | …… |
*(Tulis jawapan anda: nombor proton natrium-24 dan nombor nukleon kobalt-60)*
2 marks
b
Nyatakan **satu** kegunaan kobalt-60 dalam bidang perubatan.
1 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap.
Berikan **dua** ciri perbezaan di antara unsur **Q** dan **R**.
2 marks
66 marks
Elektrolisis ialah proses penguraian sesuatu sebatian kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik melaluinya.
Jadual 6 menunjukkan elektrolit, anion dan kation masing-masing.
| Elektrolit | Pasangan elektrod | Anion | Kation |
|---|---|---|---|
| Larutan magnesium nitrat, Mg(NO~3~)~2~ | Karbon | NO~3~^-^, OH^-^ | Mg^2+^, H^+^ |
| Larutan natrium sulfat, Na~2~SO~4~ | Karbon | SO~4~^2-^, OH^-^ | Na^+^, H^+^ |
Jadual 6
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan kation?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Jadual 6, ion yang manakah akan tertarik ke anod?
1 marks
a(iii)
Semakin rendah kedudukan ion dalam siri elektrokimia, semakin mudah ion tersebut dinyahcas.
Berdasarkan Jadual 6, apakah gas yang terhasil di katod? Terangkan jawapan anda.
2 marks
b
Rajah 6 menunjukkan teknik merawat air sisa dari perusahaan batik.
Bagaimanakah teknik tersebut dapat merawat air sisa yang boleh diguna semula untuk tujuan pertanian? Terangkan jawapan anda.
2 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan suatu proses yang berlaku pada nukleus bahan radioaktif untuk menjana tenaga elektrik bagi mengurangkan penggunaan bahan api fosil.
a
Berdasarkan Rajah 7, namakan proses tersebut.
1 marks
b
Satu cadangan membina stesen jana kuasa nuklear di Malaysia telah dikemukakan. Nyatakan **dua** faktor yang perlu dipertimbangkan untuk membina stesen jana kuasa ini.
2 marks
c
Impak ujian nuklear memberikan kesan somatik dan kesan genetik kepada manusia. Jadual 7 menunjukkan kesan penyebaran radiasi ujian nuklear kepada penduduk di lokasi Y dan Z.
| Lokasi | Kesan penyebaran radiasi kepada penduduk |
|---|---|
| Y | Loya; Leukemia; Mutasi sel; Kanser |
| Z | Keletihan; Katarak; Kanser |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, banding dan bezakan impak ujian nuklear bagi lokasi Y dan Z.
2 marks
d
Sekumpulan pelajar dari sebuah universiti awam tempatan telah membuat kajian tentang penggunaan tenaga nuklear di Amerika Syarikat, China dan Slovakia. Pelajar-pelajar ini mendapati terdapat banyak kelebihan menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga di negara-negara tersebut.
Wajarkan pernyataan tersebut.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah kenderaan di udara.
a
Berdasarkan Rajah 8, namakan bentuk **S**.
1 marks
Rajah 8.2 menunjukkan situasi sebuah lori yang bergerak laju sedang memotong sebuah motosikal.
b(i)
Apakah yang akan berlaku sekiranya penunggang motosikal tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik?
1 marks
b(ii)
Berdasarkan Prinsip Bernoulli, terangkan jawapan anda di 8(b)(i).
1 marks
Rajah 8.3 menunjukkan dua sudut serang pada sayap kapal terbang yang berbeza.
c(i)
Nyatakan perbezaan sudut serang bagi kapal terbang A dan kapal terbang B.
1 marks
c(ii)
Apakah hubungan di antara sudut serang dengan daya angkat yang dihasilkan?
1 marks
d
Rajah 8.4 menunjukkan dua bentuk rekaan pada bahagian kenderaan.
Pada pendapat anda, bentuk yang manakah sesuai bagi rekaan spoiler sebuah kereta lumba?
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu jentera yang digunakan dalam bidang pertanian.
a
Bagaimanakah jentera tersebut dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan?
1 marks
Pengeluaran buah kelapa sawit semakin berkurang disebabkan pertambahan populasi tikus.
b(i)
Nyatakan kaedah mengurangkan populasi tikus yang melibatkan interaksi mangsa pemangsa?
1 marks
b(ii)
Wajarkan kaedah yang dinyatakan di 9(b)(i).
2 marks
c
Teknik hidroponik sesuai untuk penduduk pangsapuri untuk menanam sayuran sawi. Anda diminta membina bekas hidroponik untuk menanam sawi dengan menggunakan bahan dalam Rajah 9.2.
Lakar dan labelkan binaan anda dalam ruang yang disediakan. Terangkan kelebihan binaan anda. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bagaimana bahan-bahan itu disusun dan dipotong dalam binaan anda, label-label pada lakaran, serta kelebihan binaan anda)*
3 marks
107 marks
Rajah 10 menunjukkan gambar rajah sinar.
a(i)
Berdasarkan Rajah 10, nyatakan **satu** ciri imej yang terbentuk.
1 marks
a(ii)
Nyatakan peralatan optik yang menghasilkan imej seperti dalam Rajah 10.
1 marks
b
Perkembangan teknologi dalam bidang optik telah menghasilkan kanta rata setebal beberapa mikron sahaja. Terangkan kebaikan penggunaan kanta rata tersebut.
2 marks
c
Kanta cembung dapat membakar sehelai kertas apabila diletakkan di bawah cahaya matahari. Berdasarkan pernyataan itu, anda dikehendaki mencipta sebuah model kanta air dengan menggunakan bahan-bahan berikut.
1. Plastik lutsinar
2. Bingkai kayu
3. Air
4. Kertas
Tuliskan langkah-langkah untuk menyediakan model tersebut.
1. …………
2. …………
3. …………
4. Kertas diletakkan di bahagian bawah kanta air.
*(Tulis jawapan anda: langkah 1, 2 dan 3)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji situasi berikut.
Berdasarkan situasi dalam Rajah 11, dengan menggunakan plastisin 30 g dan plastisin 60 g, pengapit-G, bilah gergaji dan jam randik, rancang satu eksperimen untuk mengkaji hubungan di antara jisim dan inersia.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu diubah
1 marks
c(ii)
Faktor yang perlu dikawal
1 marks
d
Prosedur
4 marks
e
Jangkaan pemerhatian
1 marks
f
**Satu** langkah berjaga-jaga
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Jejak karbon merujuk kepada jumlah karbon dioksida yang dibebaskan ke atmosfera. Nyatakan **dua** aktiviti manusia yang menyumbang kepada peningkatan jejak karbon.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan suatu singki karbon.
Berdasarkan Rajah 12.1, nyatakan fungsi lautan dan hutan sebagai singki karbon dalam menyingkirkan karbon dioksida di udara.
2 marks
c
Jadual 12 menunjukkan nilai Biochemical Oxygen Demand (BOD) dan kualiti air.
| Nilai BOD (mg/L) | Kualiti air |
|---|---|
| 1 – 2 | Sangat baik |
| 3 – 5 | Sederhana |
| 6 – 9 | Kurang |
Jadual 12
Rajah 12.2 menunjukkan satu carta palang nilai BOD dua lokasi kajian dalam tiga bulan.
Berdasarkan Jadual 12 dan Rajah 12.2, huraikan pola bagi nilai BOD Sungai Angkat dan kawasan perindustrian bagi ketiga-tiga bulan. Jelaskan kesan yang akan berlaku jika keadaan pada kawasan perindustrian berterusan untuk bulan yang berikutnya.
4 marks
d
Isu mikroplastik dalam rantaian makanan boleh diselesaikan dengan cara mengurangkan sisa plastik dan penggunaan produk plastik. Wajarkan tindakan menghentikan penggunaan beg plastik dan penyedut minuman plastik di pasar raya dan restoran.
4 marks
1312 marks
Alkohol merupakan sebatian karbon organik dan mempunyai kegunaan yang meluas dalam pelbagai bidang dalam kehidupan seharian.
a
Namakan **dua** hasil yang terbentuk daripada tindak balas pembakaran alkohol.
2 marks
b
Rajah 13.1 menunjukkan suatu proses untuk menghasilkan larutan **X**.
Namakan larutan **X**. Selain daripada wujud dalam keadaan cecair pada suhu bilik, berikan **satu** sifat fizik yang lain bagi larutan **X**.
2 marks
Jadual 13 menunjukkan maklumat tentang metanol dan butanol.
| Alkohol | Bilangan atom karbon | Bilangan atom oksigen | Takat didih (°C) |
|---|---|---|---|
| Metanol | 1 | 1 | 65 |
| Butanol | 4 | 1 | 117 |
Jadual 13
Berdasarkan Jadual 13,
c(i)
banding dan bezakan metanol dan butanol.
2 marks
c(ii)
terangkan pola takat didih dari metanol ke butanol.
2 marks
d
Kaji dialog dalam Rajah 13.2.
Jika anda seorang doktor, bincangkan kesan buruk tabiat itu terhadap kesihatan pesakit anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open