Seorang pelajar telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria. Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 1.
| Suhu (°C) | Bilangan koloni bakteria |
|---|---|
| 10 | 10 |
| 20 | 30 |
| 30 | 43 |
| 40 | 45 |
| 50 | 30 |
| 60 | 20 |
| 70 | 10 |
Jadual 1
a(i)
Berdasarkan data di Jadual 1, lukiskan graf bilangan koloni bakteria melawan suhu.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Bilangan koloni bakteria, 10 hingga 60 (selang 10); paksi mengufuk — Suhu (°C), 10 hingga 70 (selang 10). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (suhu dan bilangan koloni bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
a(ii)
Nyatakan hubungan antara suhu dan bilangan koloni bakteria pada julat suhu 10 °C ke 37 °C.
1 marks
a(iii)
Ramalkan bilangan koloni bakteria pada suhu 37 °C.
1 marks
c
Produk tenusu seperti yogurt perlu disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama. Berdasarkan Jadual 1, buktikan pernyataan ini.
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan larutan natrium tiosulfat terhadap kadar tindak balas.
Rajah 2.2 menunjukkan satu bacaan pada jam randik semasa membuat pemerhatian bagi larutan natrium tiosulfat 0.12 mol dm^-3^.
Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 2.
| Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^) | 0.2 | 0.16 | 0.12 | 0.08 | 0.04 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa yang diambil untuk tanda "X" hilang (s) | 18 | 21 | …… | 44 | 64 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Rajah 2.2, catatkan bacaan jam randik di dalam Jadual 2 yang disediakan.
1 marks
b
Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan cara mengawal pemboleh ubah yang dimanipulasikan di dalam eksperimen.
1 marks
d
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
e
Kaji pernyataan di bawah.
> Kepekatan bahan meningkatkan kadar tindak balas.
Berdasarkan Jadual 2, buktikan pernyataan tersebut adalah benar.
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 menunjukkan eksperimen dijalankan untuk mengkaji masa yang diambil oleh cebisan kertas yang dilepaskan dalam tiub silinder ada udara dan tiub silinder tanpa udara pada ketinggian yang sama.
Keputusan eksperimen dicatatkan di dalam Jadual 3 seperti di bawah.
| Kehadiran udara | Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup getah (s) |
|---|---|
| Ada | 10 |
| Tiada (vakum) | 5 |
Jadual 3
a
Nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen di atas.
1 marks
b
Nyatakan inferens berdasarkan pemerhatian anda di 3(a).
1 marks
c
Pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen ini adalah masa yang diambil untuk cebisan kertas jatuh ke atas penutup getah. Nyatakan satu cara mengawal pemboleh ubah tersebut.
1 marks
d
Berdasarkan keputusan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi **jatuh bebas**.
1 marks
e
Tiga orang penerjun telah membuat penerjunan seperti dalam Rajah 3.2.
Berdasarkan Rajah 3.2, nyatakan satu kesimpulan.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara halaju dengan tekanan dalam satu bendalir.
Berdasarkan eksperimen ini,
a(i)
Nyatakan pemerhatian berdasarkan Rajah 4.1
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu inferens berdasarkan jawapan anda pada 4(a)(i).
1 marks
b
Nyatakan hubungan antara halaju air dan aras air pada tiub Venturi.
1 marks
c
Eksperimen yang sama diulang dengan menutup kedua-dua bahagian tiub Venturi seperti di dalam Rajah 4.2. Lukiskan aras air pada turus Y. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: paras air yang anda lukis dalam turus Y berbanding paras air dalam turus X dan Z)*
1 marks
d
Rajah 4.2 menunjukkan sebuah kereta lumba.
Kereta lumba ini dipasang satu alat khas di bahagian belakang atas kereta dan ia berfungsi semasa pertandingan. Nyatakan mengapa pilihan tersebut dilakukan.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap.
a
Namakan kumpulan yang diwakili oleh unsur S.
1 marks
b
Tuliskan susunan elektron bagi unsur P.
1 marks
c
Seorang pelajar memasukkan unsur P dan unsur S ke dalam satu larutan asid. Unsur P menunjukkan tindak balas manakala unsur S tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Jadual 4 menunjukkan bilangan zarah subatom bagi unsur V, W, X dan Y.
| Unsur | Bilangan proton | Bilangan neutron | Nombor nukleon |
|---|---|---|---|
| V | 11 | 12 | 23 |
| W | 13 | 14 | 27 |
| X | 12 | 18 | 30 |
| Y | 13 | 21 | 34 |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4, nyatakan unsur-unsur yang berada di dalam kumpulan yang sama di dalam jadual berkala. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan kariotip seorang perempuan.
a
Nyatakan jenis mutasi yang dihadapi oleh perempuan itu.
1 marks
b
Nyatakan **satu** perbezaan di antara individu normal dengan penghidap mutasi yang dinyatakan di 6(a).
1 marks
c
Cadangkan **dua** cara untuk mengurangkan risiko berlakunya mutasi ini.
2 marks
d
Jadual 5 menunjukkan maklumat berkaitan dengan ciri-ciri dua individu.
| Ciri-ciri | Individu P | Individu Q |
|---|---|---|
| Bentuk sel darah merah | Bentuk sabit | Bentuk dwicekung |
| Pembekuan darah | Secara normal apabila terluka | Sukar membeku apabila terluka |
Jadual 5
Berdasarkan Jadual 5, banding bezakan ciri-ciri bagi kedua-dua individu P dan Q tersebut.
2 marks
76 marks
Koordinasi badan manusia boleh terganggu disebabkan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
a
Nyatakan **satu** jenis dadah.
1 marks
b
Rajah 7.1(a) dan Rajah 7.1(b) menunjukkan dua contoh dadah yang ditemui oleh pihak berkuasa semasa menjalankan operasi di sebuah kawasan perumahan.
Banding bezakan antara dua jenis dadah di atas.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan situasi seorang pemandu yang mengambil alkohol secara berlebihan.
Terangkan bagaimana alkohol mempengaruhi keupayaan individu untuk memandu dengan selamat.
2 marks
d
Pengambilan alkohol secara sosial tidak wajar diterima dalam masyarakat. Wajarkan pernyataan ini.
1 marks
86 marks
Ubat-ubatan digunakan untuk merawat penyakit, melegakan simptom, atau mencegah jangkitan. Pengambilan ubat perlu mengikut dos yang betul dan nasihat doktor atau ahli farmasi.
a
Nyatakan satu contoh ubat tradisional yang boleh digunakan untuk merawat sakit kepala.
1 marks
b(i)
Seorang pesakit telah disahkan mengalami pneumonia. Nyatakan ubat yang sesuai diambil oleh pesakit tersebut. Jelaskan.
2 marks
b(ii)
Berdasarkan situasi pada 8(b)(i), jelaskan mengapa pesakit perlu meneruskan pengambilan antibiotik sehingga habis.
1 marks
c
Rajah 8.1 dan Rajah 8.2 menunjukkan dua jenis perubatan.
Banding bezakan Rajah 8.1 dan Rajah 8.2.
2 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan struktur molekul sabun.
a
Namakan bahagian yang berlabel di dalam Rajah 9.1
Y : ……………
Z : ……………
2 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan langkah terakhir di dalam eksperimen untuk mendapatkan sabun melalui proses saponifikasi.
Nyatakan **dua** cara bagaimana hendak membuktikan bahawa pepejal putih yang terhasil di dalam eksperimen ini adalah sabun.
2 marks
c
Gas metana adalah sejenis bahan api yang boleh dihasilkan daripada sisa makanan. Kelab Sains bercadang untuk mengolah sisa makanan bagi menghasilkan gas metana.
Anda diminta untuk membantu ahli-ahli Kelab Sains dengan melakar dan melabelkan prototaip model alat untuk menghasilkan gas metana. Anda dibekalkan dengan sisa sayuran, air suling, botol plastik bersaiz 1.5 ml dan belon.
Penerangan: *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: susunan alat yang anda lakar dan label setiap bahagian; kemudian tulis penerangan cara alat itu berfungsi)*
3 marks
107 marks
Rajah 10 menunjukkan satu sel kimia ringkas.
a
Nyatakan fungsi utama elektrolit dalam satu sel kimia.
1 marks
b
Anda diberikan tiga jenis logam iaitu Magnesium, Ferum dan Zink. Berdasarkan Rajah 10, pilih satu logam untuk dijadikan logam X supaya voltmeter menunjukkan bacaan paling tinggi.
1 marks
c
Seorang murid ingin menggunakan air laut sebagai elektrolit bagi sel kimia dalam Rajah 10. Wajarkan tindakan murid itu.
2 marks
d
Aisyah telah menyertai satu pertandingan menghasilkan lampu suluh ringkas sempena minggu STEM sekolah. Dengan menggunakan paku besi, kentang, rod kuprum, mentol dan wayar klip buaya, lakarkan lampu suluh ringkas tersebut dan labelkan dalam ruangan di bawah. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: susunan bahan dalam lakaran anda (cara setiap bahan disambungkan) dan label setiap bahagian)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11 menunjukkan perbualan antara ibu dan anaknya.
Berdasarkan perbualan dalam Rajah 11, rancang satu eksperimen dalam makmal dengan menggunakan 1 g kacang tanah, 1 g roti, air suling, kapas, kaki retort, tabung didih, termometer, plastisin, penunu Bunsen, penghadang dan jarum.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
c(ii)
Pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
d
Lakaran susunan bahan dan radas yang berlabel. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: susunan radas yang anda lukis (kedudukan setiap radas dan sampel makanan) dan label yang anda tulis)*
3 marks
e
Jangkaan pemerhatian yang menyokong hipotesis anda.
1 marks
f
Dua langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Rajah 12.1 menunjukkan peralatan perlindungan diri X, Y dan Z yang boleh didapati di dalam makmal.
a(i)
Namakan peralatan perlindungan diri X dan Y.
2 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana peralatan keselamatan Z digunakan ketika situasi kecemasan berlaku di dalam makmal.
2 marks
b
Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (POS) pelupusan bahan sisa biologi, terdapat empat kategori bahan sisa.
Rajah 12.2 menunjukkan contoh bahan sisa bagi kategori A dan kategori B.
Banding beza bahan sisa kategori A dan B.
4 marks
c
Rajah 12.3 menunjukkan sejenis alat pemadam api jenis Q.
Wajarkan penggunaan alat pemadam kebakaran Q untuk memadam kebakaran dalam makmal yang berpunca daripada bahan kimia.
4 marks
1312 marks
Teknologi Hijau adalah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
a
Nyatakan **dua** sektor yang terdapat dalam Teknologi Hijau.
2 marks
b
Rajah 13 menunjukkan sejenis aplikasi Teknologi Hijau.
Berdasarkan Rajah 13, nyatakan satu isu sosiosaintifik yang terlibat dan terangkan bagaimana aplikasi ini dapat menangani isu ini.
2 marks
c
Jadual 6 menunjukkan statistik penjualan kereta elektrik di Malaysia antara 2021 hingga 2023.
| Tahun | Kereta Elektrik (unit) |
|---|---|
| 2021 | 278 |
| 2022 | 2631 |
| 2023 | 10159 |
Sumber: Data Jualan dari Ahli MMA
Jadual 6
Berdasarkan Jadual 6, bincangkan pola penjualan kereta elektrik di Malaysia. Terangkan kesan statistik ini terhadap persekitaran Malaysia.
4 marks
d
Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca dan menguatkuasakan undang-undang mulai Julai 2024 bagi memastikan semua premis mengamalkan pengasingan sisa di punca. Wajarkan tindakan ini.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open