Negeri Sembilan Trial 2023 Science Kertas 2 · MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Science
Negeri Sembilan Trial 2023 Science Kertas 2 · MPSM
Negeri Sembilan Trial MPSM · 2023
13 questions · Total 80 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 4
15 marks
Sekumpulan murid Tingkatan 5 Alfa menjalankan satu eksperimen bagi mengkaji pola pertumbuhan anak benih kacang hijau. Dua biji anak benih kacang hijau yang tumbuh dengan baik telah dipilih. Ketinggian anak benih diukur setiap hari selama 1 minggu.
Ketinggian (mm):
| Masa (hari) | Anak benih 1 (mm) | Anak benih 2 (mm) | Purata (mm) |
|---|---|---|---|
| 0 | 0 | 0 | 0 |
| 1 | 20 | 20 | 20 |
| 2 | 70 | 50 | 60 |
| 3 | 140 | 100 | 120 |
| 4 | 255 | 165 | 210 |
| 5 | 325 | 275 | 300 |
| 6 | 375 | 285 | 330 |
| 7 | 375 | 285 | 330 |
Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen sehingga hari ke-7.
Berdasarkan Jadual 1,
a(i)
nyatakan tujuan eksperimen.
1 marks
a(ii)
nyatakan **satu** cara bagaimana anda mengawal pembolehubah dimalarkan.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 1, lukis graf bagi purata ketinggian anak benih kacang hijau melawan masa.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Purata ketinggian anak benih kacang hijau (mm), 0 hingga 400 (berlabel 100, 200, 300, 400); paksi mengufuk — Masa (hari), 0 hingga 7. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (masa dan purata ketinggian bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu (bentuk garis/lengkung dan cara melukisnya))*
2 marks
c
Sekumpulan murid lain menjalankan eksperimen yang sama, tetapi memperoleh data seperti dalam Rajah 1.
Nyatakan **satu** kesilapan yang mungkin dilakukan oleh murid tersebut semasa menjalankan eksperimen ini.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk menyiasat kekerasan antara aloi dan logam tulennya.
Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen.
| Jenis bongkah | Diameter lekuk (mm) |
|---|---|
| Kuprum | 5 |
| Gangsa | 2 |
Jadual 2
a(i)
Berdasarkan Jadual 2, tuliskan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** faktor yang diubah.
1 marks
a(iii)
Nyatakan definisi secara operasi bagi aloi.
1 marks
b
Nyatakan **satu** cara bagaimana anda boleh mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan.
1 marks
c
Ramalkan diameter lekuk bagi bongkah kuprum apabila eksperimen tersebut diulang menggunakan pemberat berjisim 2 kg.
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan pemerhatian bagi eksperimen mengkaji kesan kepekatan antibiotik (penisilin) terhadap pertumbuhan bakteria (*Bacillus sp.*).
Berdasarkan Rajah 3,
a(i)
nyatakan **satu** pemerhatian bagi kawasan jernih pada agar nutrien.
1 marks
a(ii)
berikan **satu** inferens bagi jawapan anda di 3(a)(i).
1 marks
b
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan
c(i)
**satu** faktor yang diubah
1 marks
c(ii)
**satu** faktor yang ditetapkan
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 dan Rajah 4.2 menunjukkan satu eksperimen untuk menyiasat faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Jadual 3 menunjukkan keputusan bagi kedua-dua eksperimen.
| Bahan tindak balas | Masa diambil untuk mengumpulkan 30 cm^3^ gas (s) |
|---|---|
| Ketulan zink + asid hidroklorik 0.1 mol dm^-3^ | 58 |
| Ketulan zink + asid hidroklorik 0.1 mol dm^-3^ + larutan kuprum(II) sulfat | 35 |
Jadual 3
Berdasarkan Jadual 3,
a(i)
nyatakan **satu** faktor yang diperhatikan.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** hubungan antara kehadiran larutan kuprum(II) sulfat dan masa diambil untuk mengumpulkan 30 cm^3^ gas (s).
1 marks
Seorang murid lain mengulangi eksperimen di dalam Rajah 4.2 dan mendapati masa yang diambil adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.3.
b
Berdasarkan Rajah 4.3, rekodkan bacaan jam randik. *(Tulis jawapan anda: bacaan dalam saat)*
1 marks
c
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga bagi eksperimen ini.
1 marks
Rajah 4.4 menunjukkan proses penghasilan ammonia.
d
Berdasarkan Rajah 4.4, apakah tujuan campuran gas nitrogen dan gas hidrogen dialirkan melalui serbuk ferum?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan suatu alat pengukur.
Berdasarkan Rajah 5.1,
a(i)
namakan alat pengukur tersebut.
1 marks
a(ii)
apakah kategori bagi tekanan darah yang ditunjukkan?
1 marks
Jadual 4 menunjukkan bacaan tekanan darah bagi dua individu berbeza.
| Individu | Bacaan tekanan darah |
|---|---|
| J | 84 / 57 |
| K | 160 / 100 |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4,
b(i)
nyatakan **satu** kesan ke atas individu J sekiranya keadaan ini berterusan.
1 marks
b(ii)
cadangkan **satu** langkah pencegahan yang perlu diambil oleh individu K untuk mendapatkan tekanan darah yang normal.
1 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan dua jenis menu makan tengah hari di sebuah restoran.
| Menu A | Menu B |
|---|---|
| Nasi minyak | Nasi beras perang |
| Kari daging | Ikan kukus limau |
| Ayam masak merah | Sup sayur |
| Bubur pulut hitam | Buah-buahan |
Rajah 5.2
Berdasarkan Rajah 5.2, menu yang manakah perlu diambil oleh individu K? Terangkan jawapan anda.
2 marks
66 marks
Organisma Termodifikasi Genetik (GMO) adalah satu kaedah teknologi kejuruteraan genetik yang digunakan untuk tujuan tertentu. Rajah 6.1 menunjukkan GMO yang dijalankan ke atas buah jagung.
Berdasarkan Rajah 6.1,
a(i)
bagaimanakah kaedah GMO ini dijalankan?
1 marks
a(ii)
nyatakan **satu** tujuan kaedah ini.
1 marks
b
Encik Ahmad ialah pengusaha ladang jagung. Beliau sedar terdapat kebaikan dan keburukan kaedah GMO ke atas tanamannya.
Wajarkan keburukan kaedah GMO pada tanaman.
2 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan maklumat bagi dua jenis kejuruteraan genetik.
| DNA Rekombinan | Terapi Gen |
|---|---|
| Menggabungkan dua spesis berbeza | Menyisipkan gen normal ke dalam sel atau tisu |
| Menghasilkan produk baru seperti insulin | Memperbaiki gen-gen mutan (abnormal / rosak) |
| Merawat pelbagai jenis penyakit kronik | Merawat penyakit berkaitan genetik |
Rajah 6.2
Banding bezakan kedua-dua jenis kejuruteraan genetik tersebut.
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan dalam makmal sains.
Persamaan perkataan berikut mewakili tindak balas di atas.
Glukosa $\xrightarrow{\text{Yis}}$ P + Karbon dioksida
a
Namakan proses yang berlaku di dalam kelalang kon pada Rajah 7.1.
1 marks
b
Seorang murid mengulangi eksperimen dengan menggantikan larutan glukosa dengan mentega. Adakah murid tersebut akan memperoleh bahan P pada akhir eksperimen? Terangkan jawapan anda.
2 marks
c
Alkohol mempunyai kegunaan yang meluas dalam pelbagai bidang dalam kehidupan seharian. Penggunaan yang berlebihan boleh memberikan kesan kepada kesihatan.
Nyatakan kesan tabiat ketagihan alkohol pada manusia.
2 marks
d
Rajah 7.2 menunjukkan perbualan antara Siti dan Ali.
> Ali: Alkohol merupakan alternatif yang baik untuk bahan api fosil.
>
> Siti: Benar. Terutamanya metanol, etanol, propanol dan butanol.
Rajah 7.2
Berdasarkan Rajah 7.2, berikan penjelasan anda untuk menyokong perbualan mereka.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 dan Rajah 8.2 menunjukkan susunan radas bagi sebuah sel elektrolitik.
a
Berdasarkan Rajah 8.1 dan Rajah 8.2, ion-ion yang terpilih untuk dinyahcas di anod adalah sama. Nyatakan ion tersebut.
1 marks
b
Pada akhir eksperimen, gelembung gas terhasil di katod dalam Rajah 8.1 manakala enapan perang terbentuk di katod dalam Rajah 8.2. Terangkan. — Rajah 8.1 dan Rajah 8.2
2 marks
Rajah 8.3 menunjukkan dua buah palang gayut.
c
Banding bezakan palang gayut A dan palang gayut B.
2 marks
d
Teknik elektro-penggumpalan digunakan untuk merawat air sisa. Wajarkan penggunaan teknik tersebut dalam mengekalkan kelestarian alam.
1 marks
97 marks
Bahan antioksidan ialah sebatian kimia yang boleh didapati daripada sintesis bahan kimia atau tumbuh-tumbuhan semulajadi. Bahan antioksidan dapat melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.
a
Apakah fungsi antioksidan?
1 marks
b
Seorang wanita mempunyai kulit anjal dan awet muda walaupun sudah memasuki usia 50 tahun. Pada pendapat anda, nyatakan contoh bahan antioksidan yang diambil dalam pemakanan sehariannya.
1 marks
Rajah 9 menunjukkan dua sumber bahan antioksidan.
c
Berdasarkan Rajah 9, pilih bahan yang terbaik untuk meneutralkan radikal bebas di dalam badan. Wajarkan jawapan anda.
2 marks
d
Pengoksidaan makanan menyebabkan buah menjadi perang apabila terdedah kepada udara. Anda dibekalkan dengan satu hirisan buah epal, garam, air dan mangkuk. Lengkapkan langkah-langkah untuk melambatkan proses pengoksidaan buah epal.
1. Sediakan satu mangkuk. (diberi)
Tuliskan langkah 2, 3 dan 4.
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan seorang lelaki sedang menggunakan suatu peralatan optik.
a
Apakah jarak di antara kanta mata dan kanta objek bagi menghasilkan imej dalam keadaan lebih selesa untuk dilihat?
1 marks
b
Apakah kepentingan penggunaan peralatan optik tersebut?
1 marks
Rajah 10.2 menunjukkan suatu peralatan optik yang membantu mengatasi had keupayaan penglihatan manusia.
c
Wajarkan penggunaan peralatan optik tersebut bagi proses pembelajaran di dalam kelas.
2 marks
d
Seorang murid ingin membina satu peralatan optik untuk melihat objek sangat jauh. Dengan menggunakan silinder kertas berongga berdiameter 10 cm, silinder kertas berongga berdiameter 9.5 cm, kad manila, satu kanta cembung nipis, satu kanta cembung tebal, reka dan lukis sebuah model teleskop ringkas. Labelkan dan terangkan fungsi bahagian pada lukisan anda. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahagian-bahagian model teleskop anda, cara ia disusun dan label setiap bahagian; kemudian terangkan fungsi bahagian-bahagian itu)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11 menunjukkan perbualan di antara dua lelaki tentang kebaikan minyak sawit.
> Lelaki 1: Awak tahu tak? Selain makanan, minyak sawit juga digunakan untuk menghasilkan barangan kosmetik dan sabun.
>
> Lelaki 2: Wah! Buat sabun daripada minyak sawit? Kongsilah dengan saya cara membuatnya!
Rajah 11
Berdasarkan perbualan dalam Rajah 11, rancang suatu eksperimen di dalam makmal untuk menghasilkan sabun melalui proses saponifikasi. Anda dibekalkan dengan bikar, rod kaca, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, kertas turas, corong turas, kelalang kon, minyak sawit, larutan natrium hidroksida pekat 5 mol dm^-3^, air suling, dan natrium klorida.
Perancangan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Penyataan masalah
1 marks
b(i)
Tujuan eksperimen
1 marks
b(ii)
Lakaran susunan radas yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan dalam lakaran anda, cara ia disusun, dan label-labelnya)*
3 marks
b(iii)
Prosedur / Kaedah untuk mendapatkan baki akhir campuran
2 marks
b(iv)
**Satu** jangkaan pemerhatian
1 marks
b(v)
**Dua** langkah berjaga-jaga
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Dadah ialah sejenis bahan kimia yang banyak digunakan dalam bidang perubatan. Namun begitu, pengambilan dadah secara berlebihan atau tanpa preskripsi doktor mengakibatkan penyalahgunaan dadah.
a(i)
Berikan **satu** contoh dadah penenang dan dadah perangsang.
2 marks
Rajah 12.1 menunjukkan dua contoh dadah.
a(ii)
Nyatakan **dua** kesan penyalahgunaan dadah tersebut terhadap koordinasi badan.
2 marks
b
Penyalahgunaan dadah masih merupakan ancaman kepada keselamatan, sosial, kesihatan dan ekonomi di negara kita. Jadual 5 menunjukkan bilangan penagih dadah pada tahun 2021 mengikut kategori umur yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan.
| Kategori Umur | Kanak-kanak (0 - 12 tahun) | Remaja (13 - 18 tahun) | Belia (19 - 39 tahun) | Dewasa (≥ 40 tahun) |
|---|---|---|---|---|
| Bilangan | 2 | 1,961 | 81,112 | 39,959 |
Jadual 5 (Sumber: adk.gov.my)
Berdasarkan Jadual 5, nyatakan **satu** perbezaan jumlah bilangan penagih dadah mengikut kategori umur. Sebagai seorang murid, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan bilangan penagih dadah dalam kalangan remaja.
4 marks
Rajah 12.2 menunjukkan kemalangan akibat pemanduan bawah pengaruh alkohol.
c
Sebagai presiden Kelab Kesihatan sekolah, anda perlu memberikan ceramah tentang kesan buruk pengambilan alkohol secara berlebihan. Wajarkan jawapan anda.
4 marks
1312 marks
Perkembangan yang pesat dalam teknologi angkasa lepas seperti penggunaan Sistem Penentu Sejagat (GPS) banyak membantu dalam kehidupan harian manusia.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Penentu Sejagat (GPS)?
2 marks
b
GPS digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita. Kita dapat menemukan sistem GPS di dalam kereta, telefon pintar dan jam tangan. Pada pendapat anda, apakah faedah penggunaan GPS kepada para pengguna?
2 marks
c
Anda dijemput untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Bagi memudahkan anda tiba di lokasi majlis dengan cepat dan tepat, anda diberikan dua pilihan peralatan. Rajah 13 menunjukkan dua peralatan tersebut.
Pada pendapat anda, peralatan manakah yang terbaik dan jelaskan **tiga** kelebihan peralatan tersebut.
4 marks
d
Perkembangan yang pesat dalam teknologi angkasa lepas memberi impak besar kepada Bumi dan persekitarannya. Pada pendapat anda, adakah anda bersetuju dengan kemajuan pesat dalam teknologi angkasa lepas? Wajarkan jawapan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open