Melaka Trial 2022 Science Kertas 2 · SMK Gajah Berang
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Science
Melaka Trial 2022 Science Kertas 2 · SMK Gajah Berang
Melaka Trial SMK Gajah Berang · 2022
13 questions · Total 80 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 4
15 marks
Rajah 1 menunjukkan jenis variasi bagi cap ibu jari murid Tingkatan 4 Bestari.
Ciri cap ibu jari direkodkan seperti dalam Jadual 1.
a(i)
Berdasarkan Rajah 1, rekodkan bilangan murid bagi setiap jenis cap ibu jari di dalam Jadual 1.
| Jenis cap ibu jari | Gelung | Sepusar | Lengkung |
|---|---|---|---|
| Bilangan murid | | | |
Jadual 1
*(Tulis jawapan anda: bilangan murid bagi Gelung, Sepusar dan Lengkung.)*
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Jadual 1, lukiskan **graf bar** bagi cap jari murid Tingkatan 4 Bestari.
Kertas graf disediakan: paksi menegak "Bilangan murid" bertanda 1 hingga 6; paksi mengufuk "Jenis cap ibu jari" dengan kategori Gelung, Sepusar dan Lengkung.
*(Huraikan graf bar anda dalam perkataan: ketinggian palang bagi setiap jenis cap ibu jari dan saiz/lebar palang-palang itu.)*
2 marks
b
Kelaskan ciri-ciri berikut berdasarkan jenis variasi di dalam Jadual 2.
- Kebolehan menggulung lidah
- Berat badan
| Variasi selanjar | Variasi tak selanjar |
|---|---|
| | |
Jadual 2
*(Tulis jawapan anda: ciri bagi setiap lajur, contohnya "Variasi selanjar: …; Variasi tak selanjar: …".)*
1 marks
c
Murid kelas tersebut mengulangi eksperimen dengan mengukur ketinggian setiap murid, mereka mendapati bentuk graf yang diplotkan tidak sama seperti dalam 1(a)(ii). Terangkan jawapan anda.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan keputusan bagi satu eksperimen untuk mengenalpasti ketahanan kakisan bagi dua paku yang berbeza selepas seminggu.
a(i)
Berdasarkan Rajah 2, nyatakan pemerhatian anda.
1 marks
a(ii)
Nyatakan inferens bagi paku dalam Rajah 2(b).
1 marks
b(i)
Apakah faktor yang diperhatikan bagi eksperimen dalam Rajah 2?
1 marks
b(ii)
Apakah faktor yang diubah bagi eksperimen dalam Rajah 2?
1 marks
c
Sekumpulan pelajar lain menjalankan eksperimen yang sama seperti dalam Rajah 2 tetapi keputusan yang diperolehi bagi paku besi adalah berbeza. Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang dilakukan untuk mendapatkan hasil eksperimen yang sama seperti dalam Rajah 2(b).
1 marks
35 marks
Rajah 3 di bawah menunjukkan seorang pelajar sedang menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan larutan natrium tiosulfat terhadap kadar tindak balas.
Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 3.
| Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^) | 0.18 | 0.16 | 0.12 | 0.08 | 0.04 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa yang diambil untuk tanda X tidak kelihatan (s) | 18 | 20 | 27 | 41 | 84 |
Jadual 3
a
Nyatakan pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Berdasarkan eksperimen di atas, nyatakan faktor yang ditetapkan.
1 marks
c
Kaji graf kadar tindak balas di bawah.
Nyatakan hubungan antara kepekatan larutan natrium tiosulfat dengan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan.
1 marks
d
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi kadar tindak balas.
1 marks
e
Rajah 3.2 menunjukkan sebuah periuk tekanan.
Puan Sarah menggunakan periuk tekanan untuk memasak sup tulang kerana lebih cepat daripada memasak menggunakan periuk biasa. Terangkan jawapan anda.
1 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji elektrolisis plumbum(II) bromida.
a(i)
Berdasarkan Rajah 4, apakah pemerhatian anda pada mentol bagi set B?
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** inferens berdasarkan jawapan di a(i).
1 marks
b(i)
Nyatakan faktor yang diubah dalam eksperimen ini.
1 marks
b(ii)
Plumbum(II) bromida ialah sebatian ion. Apakah definisi secara operasi bagi sebatian ion?
1 marks
c
Murid tersebut mengulangi eksperimen yang sama tetapi menggunakan jus limau bagi menggantikan plumbum(II) bromida. Murid mendapati mentol menyala. Terangkan pemerhatian tersebut.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan rajah skema bagi pewarisan warna bulu pada tikus.
a
Lengkapkan Rajah 5.1. *(Tulis jawapan anda: dua gamet tikus berbulu putih, dan genotip anak dalam kotak pertama dan kotak keempat.)*
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 5.1 nyatakan kebarangkalian mendapat anak tikus berbulu putih.
1 marks
c
Nyatakan di mana berlakunya proses P dalam manusia.
1 marks
d
Anda bercadang untuk mula bertani. Anda perlu memilih antara dua jenis jagung seperti dalam Rajah 5.2.
Wajarkan pemilihan anda.
3 marks
66 marks
Rajah 6.1 di bawah menunjukkan lengkung pertumbuhan bagi sejenis haiwan.
a
Namakan Proses X dan terangkan.
2 marks
b
Berikan satu contoh haiwan yang mempunyai lengkung pertumbuhan seperti Rajah 6.1.
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan dua jenis haiwan yang terdapat di sebuah zoo.
c(i)
Kenalpasti haiwan yang mempunyai luas tapak yang lebih besar.
1 marks
c(ii)
Terangkan mengapa haiwan yang anda nyatakan di c(i) memerlukan luas tapak yang lebih besar.
1 marks
d
Haiwan P boleh memanjat pokok. Nyatakan cara haiwan P menambahkan kestabilannya ketika memanjat pokok.
1 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan Jadual Berkala yang tidak lengkap.
a
Bagaimanakah unsur-unsur dalam Jadual Berkala disusun?
1 marks
Berdasarkan Rajah 7, nyatakan
b(i)
jenis unsur E.
1 marks
b(ii)
unsur yang mempunyai nombor proton paling besar.
1 marks
c
Nyatakan perubahan ciri unsur daripada B kepada C apabila merentasi kala dalam Jadual Berkala.
1 marks
d
C dan F adalah unsur dari kumpulan yang sama. Nyatakan satu ciri unsur C dan F.
1 marks
e
Namakan gas yang terhasil melalui tindak balas antara unsur B dengan air.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji satu proses penapaian.
Persamaan perkataan di bawah mewakili tindak balas kimia dalam Rajah 8.1.
Glukosa $\xrightarrow[\text{Zimase}]{\text{Yis}}$ **Y** + karbon dioksida
Berdasarkan eksperimen tersebut,
a(i)
Apakah Y?
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu ciri Y.
1 marks
b
Tandakan (✓) pada jadual di bawah, unsur yang boleh didapati dalam Y.
| Karbon | Sulfur | Klorin |
|---|---|---|
| | | |
*(Tulis jawapan anda: unsur yang anda tandakan (✓).)*
1 marks
c
Namakan satu bahan yang boleh digunakan bagi menggantikan larutan glukosa dalam Rajah 8.1.
1 marks
Apakah kesan pengambilan alkohol secara berlebihan kepada organ S dan organ T dalam Rajah 8.2?
d(i)
S:
1 marks
d(ii)
T:
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan gambar rajah sinar bagi satu alat optik.
a
**f** mewakili jarak fokus. Apakah yang dimaksudkan oleh jarak fokus?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 9.1, nyatakan satu ciri imej yang terbentuk.
1 marks
c
Jika objek digerakkan pada kedudukan melebihi 2F, nyatakan kedudukan imej yang terbentuk dan bandingkan saiz imej dengan saiz objek.
2 marks
d
Sempena karnival STEM, Kelab REKACIPTA menjalankan pertandingan untuk membina teleskop ringkas. Anda dibekalkan dengan kad manila, gam, 2 kanta cembung berbeza ketebalan dan pita selofan. Lakarkan dan labelkan model teleskop anda dalam ruang yang disediakan di bawah dan terangkan.
Penerangan: ……
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk model, kedudukan setiap kanta dan label setiap bahagian. Kemudian tulis penerangan anda.)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh Aiman bagi menunjukkan aplikasi satu prinsip sains. Dia meniup udara di P pada kelajuan yang tinggi dan mendapati bahagian hujung kertas terangkat ke atas.
a(i)
Nyatakan prinsip sains yang digunakan dalam Rajah 10.1.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan mengapa hujung kertas terangkat ke atas.
1 marks
b(i)
Aiman ingin membeli sebuah pistol air mainan. Rajah 10.2 menunjukkan dua pistol air yang menggunakan tekanan bendalir untuk berfungsi. Pistol R mempunyai laluan air yang sempit.
Berdasarkan Rajah 10.2, pistol manakah yang akan menghasilkan tembakan air yang lebih jauh? Terangkan jawapan anda.
2 marks
b(ii)
Aiman ingin membuat sebuah alat permainan pistol air. Dengan menggunakan peralatan di bawah, anda diminta membantu Aiman mereka cipta alat permainan tersebut.
Lakarkan alat permainan tersebut di dalam kotak yang disediakan dan terangkan bagaimana alat permainan tersebut berfungsi.
Penerangan: ……
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bagaimana bahan-bahan disusun dan label setiap bahagian. Kemudian terangkan bagaimana alat itu berfungsi.)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji situasi berikut.
> En Lee menggunakan cuka untuk membuat jeruk mangga. Beliau mendapati jeruk mangga boleh tahan lebih lama berbanding dengan buah mangga segar.
a
Nyatakan **satu pernyataan masalah** daripada maklumat di atas.
1 marks
b
Nyatakan **satu hipotesis** untuk menyiasat pernyataan di atas.
1 marks
Berdasarkan pernyataan yang diberi, **huraikan satu eksperimen** untuk menguji hipotesis anda. Anda diberi asid hidroklorik cair, air suling, bubur nutrien, kultur bakteria dan kapas.
Huraian anda harus mengandungi aspek berikut:
c(i)
Tujuan eksperimen
1 marks
c(ii)
Mengenalpasti pemboleh ubah
2 marks
c(iii)
Kaedah atau prosedur
4 marks
c(iv)
Penjadualan data *(Huraikan jadual anda dalam perkataan: tajuk setiap lajur dan baris-barisnya.)*
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Rajah 12.1 di bawah menunjukkan satu situasi yang dialami oleh para nelayan di sebuah sungai dalam Kampung Baiduri.
a(i)
Berdasarkan gambar, pencemaran alam sekitar menyebabkan kemudaratan dan ketidakselesaan kepada semua hidupan terutamanya hidupan akuatik. Tahap pencemaran di atas boleh diukur dengan merujuk parameternya. Nyatakan nama parameter yang digunakan untuk menentukan tahap pencemaran tersebut dan terangkan bagaimana parameter ini diukur.
2 marks
a(ii)
Terangkan dua punca yang menyebabkan pencemaran yang ditunjukkan dalam Rajah 12.1.
2 marks
b
Kaji petikan di bawah:
> **"Tabiat membuang sampah ke dalam sungai dan saliran menyebabkan kualiti air sungai di negara ini semakin merosot."**
Wajarkah tabiat ini? Nyatakan tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.
4 marks
c
Huraikan bagaimana masyarakat khususnya pada peringkat keluarga dapat membantu mengurangkan jejak karbon yang menyumbang kepada penghasilan gas rumah hijau dalam kehidupan seharian mereka?
4 marks
1312 marks
a
Namakan proses pembuatan sabun dan tuliskan persamaan bagi proses ini.
2 marks
b
Molekul sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik, lukiskan struktur molekul sabun dan labelkan bahagian tersebut.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk setiap bahagian molekul dan label setiap bahagian.)*
2 marks
c
Kaji situasi di bawah.
> Kempen di atas dilancarkan pada 7 Januari 2022. Ini kerana minyak sawit baik untuk kesihatan, baik untuk alam sekitar, mampan, menyumbang kepada mata pencarian, dan juga memberi keuntungan kepada rakyat Malaysia. Pengambilan minyak sawit sebagai diet harian juga merupakan satu kebiasaan kepada rakyat Malaysia.
Pada pandangan anda wajarkah minyak sawit dijadikan diet pemakanan setiap individu. Berikan alasan anda.
4 marks
d
Kepupusan flora dan fauna dan pencemaran alam sekitar seringkali dikaitkan dengan aktiviti pembangunan ladang kelapa sawit kerana melibatkan kawasan yang luas.
Sebagai seorang Pengurus Ladang Kelapa Sawit, apakah cadangan anda untuk menguruskan aktiviti pembangunan kelapa sawit supaya tidak memberi kesan buruk kepada masyarakat setempat dan alam sekitar. Wajarkan jawapan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open