Rajah 1.1 menunjukkan pola pertumbuhan seorang perempuan.
Ketinggian seorang perempuan diukur dan direkodkan setiap empat tahun selama 20 tahun seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
| Masa (tahun) | Ketinggian (cm) |
|---|---|
| 0 | 46.5 |
| 4 | 94.0 |
| 8 | 128.0 |
| 12 | 152.0 |
| 16 | 163.0 |
| 20 | 163.0 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1, lukiskan graf pertumbuhan seorang perempuan dalam tempoh 20 tahun.
(Kertas graf disediakan: paksi-y "Ketinggian (cm)" dari 0 hingga 160, berselang 20; paksi-x "Tahun" bertanda 4, 8, 12, 16, 20.)
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot dan cara titik-titik itu disambungkan.)*
2 marks
b
Lengkapkan maklumat berikut.
| Tahun | Peringkat pertumbuhan |
|---|---|
| 0-3 | Pertumbuhan pesat |
| 3-12 | ………… |
| 12-20 | Pertumbuhan pesat |
| 20-65 | ………… |
*(Tulis jawapan anda: peringkat pertumbuhan bagi tahun 3-12 dan bagi tahun 20-65.)*
2 marks
c
Selain ukuran jisim badan dan ketinggian, apakah ukuran lain yang boleh diambil untuk mengetahui perkembangan dan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan susunan radas suatu eksperimen untuk menentukan pecutan graviti, g. Pita detik yang dihasilkan oleh jangka masa detik ialah 50 Hz.
Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 1.
| Jisim Pemberat (g) | Pecutan graviti, g (m s^-2^) |
|---|---|
| 100 | 9.93 |
| 200 | 9.96 |
| 300 | 9.95 |
Jadual 1
Aktiviti tersebut merupakan satu penyiasatan yang adil,
a(i)
Nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini berdasarkan keputusan dalam Jadual 1.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** faktor yang dimalarkan.
1 marks
a(iii)
Ramalkan pecutan graviti jika menggunakan pemberat berjisim 500 g dalam eksperimen ini.
1 marks
b
Nyatakan definisi secara operasi bagi pecutan graviti.
1 marks
c
Rajah 2.2 menunjukkan buah kelapa yang jatuh dari pokoknya.
Mengapa pecutan graviti yang dialami oleh buah kelapa tidak sama dengan nilai pecutan graviti sebenar?
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 menunjukkan graf yang dilukis oleh seorang murid setelah menjalankan eksperimen mengkaji pertumbuhan mikroorganisma.
a
Berdasarkan Rajah 3.1, nyatakan suhu optimum bagi pertumbuhan bakteria.
1 marks
b
Nyatakan hubungan antara bilangan koloni bakteria pada suhu 10 °C sehingga 37 °C.
1 marks
c
Nyatakan cara mengawal pemboleh ubah yang bergerak balas bagi eksperimen ini.
1 marks
d
Rajah 3.2 menunjukkan perbualan di antara dua orang murid. Mereka berdua menjalankan eksperimen yang sama.
> **Adam:** Saya mendapati bilangan koloni bakteria yang dihasilkan pada permukaan agar-agar nutrient terlalu banyak sehingga sukar dikira.
>
> **Haikal:** Saya juga menjalankan eksperimen yang sama tetapi saya masih boleh mengira bilangan koloni bakteria yang terbentuk pada agar-agar nutrient.
Apakah kesilapan yang mungkin dilakukan oleh Adam sewaktu menjalankan eksperimen ini?
1 marks
e
*Paramecium sp.*, *Chlamydomonas sp.*, *Amoeba sp.* dan *Spirogyra sp.* merupakan contoh bagi mikroorganisma. Kelaskan *Amoeba sp.* dan *Spirogyra sp.* mengikut kategori yang betul dalam Rajah 3.3.
- Mikroorganisma
- Protozoa: 1. *Paramecium sp.*, 2. …………
- Alga: 1. *Chlamydomonas sp.*, 2. …………
*(Tulis jawapan anda: mikroorganisma bagi tempat kosong 2 di bawah Protozoa dan di bawah Alga.)*
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji kesan jenis elektrod, iaitu karbon dan kuprum terhadap pemilihan jenis ion untuk dinyahcas pada anod.
a
Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
b(i)
Apakah faktor yang diubah?
1 marks
b(ii)
Apakah faktor yang diperhatikan?
1 marks
c
Bagi elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat yang menggunakan elektrod karbon, nyatakan ion yang terpilih untuk dinyahcaskan di anod.
1 marks
d
Rajah 4.2 menunjukkan satu objek yang disadur dengan emas melalui proses penyaduran secara elektrolisis.
Pada pendapat anda, mengapakah objek dalam Rajah 4.2 disadur dengan lapisan emas?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan suatu alat pengukur.
Berdasarkan Rajah 5.1,
a(i)
Namakan alat pengukur tersebut.
1 marks
a(ii)
Apakah kategori bagi tekanan darah yang ditunjukkan?
1 marks
b
Salleh mempunyai bacaan tekanan darah 120 / **80** mmHg. Merujuk kepada bacaan tekanan darah, tandakan (✓) yang mewakili maksud bagi **80**.
| | |
|---|---|
| Tekanan Sistolik | |
| Tekanan Diastolik | |
*(Tulis jawapan anda: nama tekanan yang anda tandakan.)*
1 marks
Jadual 5 menunjukkan bacaan tekanan darah bagi dua individu berbeza.
| Individu | Bacaan Tekanan Darah |
|---|---|
| P | 90 / 65 |
| Q | 142 / 92 |
Jadual 5
Berdasarkan Jadual 5,
c(i)
Nyatakan **satu** kesan ke atas individu P sekiranya keadaan ini berterusan.
1 marks
c(ii)
Cadangkan **dua** langkah pencegahan yang perlu diambil oleh individu Q untuk mendapatkan tekanan darah yang normal.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan dua jenis tumbuhan yang hidup di habitat yang sama.
a
Namakan struktur khas yang memberi sokongan kepada tumbuhan J dan K.
Tumbuhan J: …………
Tumbuhan K: …………
2 marks
b
Bagaimana struktur khas tumbuhan J membantu kestabilan tumbuhan tersebut?
1 marks
c
Nyatakan satu tumbuhan lain yang mempunyai struktur khas yang sama seperti tumbuhan K.
1 marks
d
Baca petikan di bawah.
> **Bangkai ikan paus terdampar di Pantai Tanjung Batu**
> Februari 21, 2024 @ 11:05am — [email protected]
>
>
>
> PEKAN: Penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini gempar dengan penemuan bangkai seekor ikan paus seberat lebih 80 kilogram (kg) yang terdampar di pantai kampung berkenaan, di sini semalam.
Mengapakah ikan paus mati selepas terdampar di pantai. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan proses penghasilan asid sulfurik secara industri.
a
Namakan proses penghasilan asid sulfurik yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.
1 marks
b
Namakan gas yang berlabel T.
1 marks
c
Pada pendapat anda, mengapakah mangkin diperlukan untuk menghasilkan asid sulfurik dalam industri?
1 marks
d
Nyatakan faktor lain yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam proses yang dinyatakan di (a).
1 marks
e
Rajah 7.2 menunjukkan produk makanan yang menggunakan enzim dalam penghasilannya.
Adakah anda bersetuju enzim digunakan dalam penghasilan produk makanan ini? Berikan alasan anda.
2 marks
86 marks
Sistem endokrin merupakan satu sistem di dalam badan yang mengkoordinasikan fungsi badan yang melibatkan bahan kimia.
a
Encik Adli menghidap sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar P. Namakan penyakit tersebut?
1 marks
b
Jadual 8 menunjukkan kesan ketidakseimbangan hormon bagi dua individu.
| Individu | Kesan |
|---|---|
| Y | Bola mata menonjol, sukar tidur dan cenderung menjadi kurus |
| Z | Hipoglisemia, dahaga yang berlebihan |
Jadual 8
Banding dan bezakan ketidakseimbangan hormon bagi dua individu tersebut.
2 marks
c
En Adli juga mempunyai kadar gula yang tinggi. Doktor menasihatinya supaya mengambil suntikan insulin. Wajarkan tindakan tersebut.
1 marks
d
Anda sebagai seorang doktor, apakah nasihat anda kepada pesakit diabetes melitus bagi pengurangan faktor penyebab? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji sifat-sifat alkohol.
a
Nyatakan **satu** sifat alkohol berdasarkan Rajah 9.1.
1 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan satu eksperimen untuk menghasilkan alkohol.
Air kapur menjadi keruh apabila dibiarkan selama beberapa hari. Apakah gas yang terhasil daripada eksperimen ini?
1 marks
c
Alkohol sangat berbahaya kepada kesihatan jika diambil secara berlebihan terutama kepada ibu yang mengandung. Berikan pendapat anda.
1 marks
d
Rajah 9.3 menunjukkan perbualan antara Aisyah dan Adira.
> **Murid lelaki:** Alkohol merupakan alternatif yang baik untuk bahan api fosil.
>
> **Murid perempuan:** Benar. Terutamanya metanol, etanol, propanol dan butanol.
Berdasarkan Rajah 9.3, berikan penjelasan anda untuk menyokong perbualan mereka.
1 marks
e
Bahan api bio iaitu etanol boleh dihasilkan di rumah melalui proses penapaian. Anda diminta untuk menyediakan etanol dengan menggunakan bahan berikut:
1. Cawan plastik
2. Buah nenas potong
3. Yis
4. Kain
5. Gelang getah
Tuliskan langkah-langkah untuk menyediakan etanol.
1) …
2) …
3) …
4) Bahan diperam selama 1 minggu di tempat gelap
5) Cecair yang terhasil disulingkan
6) Bahan api bio sedia digunakan
*(Tulis jawapan anda: langkah 1, 2 dan 3.)*
3 marks
107 marks
Indeks Bangunan Hijau (GBI) ialah sistem penarafan yang diberikan kepada bangunan yang mempunyai ciri-ciri mesra alam. Aspek-aspek yang perlu diberi penekanan dalam pembinaan bangunan ialah kualiti yang baik kepada alam sekitar dan bangunan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap serta pengurusan sisa pepejal yang baik.
a
Nyatakan satu tonggak utama yang terdapat dalam Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.
1 marks
b
Rajah 10.1 menunjukkan komponen yang dipasang pada bumbung sebuah rumah.
Apakah tujuan panel suria dipasangkan?
1 marks
c
Mengapakah sumber tenaga dalam Rajah 10.1 kurang digunakan secara meluas di Malaysia? Jelaskan.
1 marks
d
Rajah 10.2 menunjukkan sisa pepejal yang dihasilkan oleh sebuah kilang pencetakan buku.
Pada pendapat anda, bagaimanakah sisa ini perlu diurus supaya tidak menyebabkan pencemaran alam?
1 marks
e
Kincir angin moden adalah mesin yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Sumber tenaga angin yang digunakan untuk menggerakkan turbin dalam mesin ini adalah sumber tenaga yang bersih kerana tidak membebaskan bahan pencemar alam sekitar.
Dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan, lakar dan label model kincir angin ringkas. Terangkan secara ringkas bagaimana kincir angin tersebut berfungsi.
Bahan: botol plastik kosong, botol plastik berisi air, penyedut minuman, salotape, gunting.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bahan yang digunakan untuk setiap bahagian model, cara ia disusun dan labelnya; kemudian terangkan bagaimana ia berfungsi.)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji situasi di bawah.
> Aliff mendapati paku besi yang digunakan untuk memaku dinding rumahnya lebih mudah bengkok jika dibandingkan dengan paku keluli seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.
Berdasarkan situasi dalam Rajah 11, rancang satu eksperimen dalam makmal untuk menguji hipotesis anda dengan menggunakan bongkah kuprum, bongkah gangsa serta radas lain. Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu diubah dan cara mengawal
2 marks
c(ii)
Faktor yang perlu dikawal
1 marks
d
Lakaran susunan radas yang berlabel
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: radas yang digunakan, cara ia disusun dan labelnya.)*
3 marks
e
Jangkaan pemerhatian
1 marks
f
Cadangkan satu penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih jitu
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Rajah 12.1 menunjukkan bentuk sayap pesawat kapal terbang.
a
Namakan bentuk yang ditunjukkan dalam Rajah 12.1. Nyatakan satu kelebihannya.
2 marks
b
Terangkan dengan menggunakan prinsip Bernoulli, bagaimana bentuk ini menyebabkan pesawat terbang boleh terbang di udara.
2 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan hubungan antara luas keratan rentas tiub dengan halaju udara yang mengalir.
Jelaskan apakah yang akan berlaku pada A, B dan C apabila udara dilepaskan melalui tiub.
4 marks
d
Rajah 12.3 menunjukkan keadaan bumbung sebuah rumah akibat daripada ribut yang berlaku.
Terangkan bagaimana situasi ini boleh berlaku dan cadangkan bagaimana situasi ini boleh diatasi.
4 marks
1312 marks
Ketidakseimbangan antara pertambahan penduduk dengan kemajuan teknologi pengeluaran makanan akan menyebabkan manusia mengalami masalah malnutrisi.
a
Kekurangan atau berlebihan mana-mana kelas makanan menyebabkan malnutrisi. Berikan **dua** contoh masalah kesihatan yang disebabkan oleh malnutrisi.
2 marks
b
Rajah 13.1 menunjukkan Pinggan Sihat Malaysia.
Apakah konsep yang diterapkan oleh Pinggan Sihat Malaysia dan terangkan konsep tersebut.
2 marks
Rajah 13.2 menunjukkan poster berkaitan masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.
> **MASYARAKAT MALAYSIA SEMAKIN GEMUK!**
>
> 50.1% (2019) — 54.4% (2023)
>
> 1 daripada 2 dewasa di Malaysia sama ada mempunyai berat badan berlebihan atau obes!
>
> Bertindak sekarang, obesiti bukan suatu kebiasaan!
c(i)
Berdasarkan Rajah 13.2, huraikan pola masalah obes dalam kalangan rakyat Malaysia.
2 marks
c(ii)
Bincangkan punca dan kesan masalah obes terhadap kesihatan.
2 marks
Jadual 13 menunjukkan dua kaedah teknologi pemprosesan makanan dan ciri-cirinya.
| Kaedah P | Ciri-ciri | Kaedah Q |
|---|---|---|
| Cecair dipanaskan kemudian disejukkan dengan cepat | Proses | Makanan didedahkan pada sinaran mengion |
| Memunuh patogen | Tujuan | Membunuh mikroorganisma |
| Haba | Sumber tenaga | Radiasi pengionan |
| Susu, produk tenusu, jus buah-buahan | Contoh makanan | Sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan |
| Kurang | Kehilangan nutrisi | Kurang |
Jadual 13
d(i)
Banding dan bezakan kaedah P dan Q.
2 marks
d(ii)
Aizat ingin menghasilkan jus jambu batu. Berdasarkan Jadual 13, terangkan kaedah yang sesuai digunakan untuk menghasilkannya.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open