Selangor Trial 2026 Science Kertas 2 · PINTAS Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Science
Selangor Trial 2026 Science Kertas 2 · PINTAS Set 1
Selangor Trial PINTAS Set 1 · 2026
13 questions · Total 80 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 4
15 marks
Rajah 1 menunjukkan pertumbuhan anak benih kacang hijau.
Ketinggian anak benih kacang hijau diukur dan direkodkan setiap dua hari selama 12 hari seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
| Masa (hari) | Ketinggian anak benih kacang hijau (mm) |
|---|---|
| 0 | 0 |
| 2 | 4 |
| 4 | 10 |
| 6 | 29 |
| 8 | 51 |
| 10 | …… |
| 12 | 61 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Rajah 1, ukur dan rekodkan ketinggian anak benih kacang hijau pada hari ke 10. Tulis jawapan anda dalam Jadual 1. *(Tulis jawapan anda: ketinggian anak benih pada hari ke-10, dalam mm.)*
*(Nota Cerdek: rajah pada skrin tidak mengikut saiz sebenar. Pada kertas soalan asal, ketinggian anak benih pada hari ke-10 ialah 56 mm apabila diukur dengan pembaris — gunakan nilai ini.)*
1 marks
b
Plot graf ketinggian anak benih kacang hijau melawan masa.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Ketinggian Anak Benih Kacang Hijau (mm), 0 hingga 90 (selang 10); paksi mengufuk — Masa (hari), 0 hingga 14 (selang 2). *(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (masa dan ketinggian bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu.)*
2 marks
c
Berdasarkan graf di 1(b), nyatakan hubungan antara masa dan ketinggian anak benih kacang hijau.
1 marks
d
Kaji pernyataan di bawah.
> Ketinggian anak benih kacang hijau akan bertambah apabila bilangan hari bertambah.
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan **satu** bukti yang menunjukkan pernyataan tersebut adalah tepat.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh murid untuk mengkaji proses pengaratan.
a
Berdasarkan Rajah 2, nyatakan pemerhatian anda selepas 2 minggu.
1 marks
b
Nyatakan **satu** inferens bagi penyiasatan ini.
1 marks
c(i)
Nyatakan faktor yang dimanipulasikan.
1 marks
c(ii)
Nyatakan **satu** cara untuk mengawal pemboleh ubah tersebut.
1 marks
d
Nyatakan satu langkah berjaga-jaga bagi memastikan keputusan penyiasatan adalah adil.
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji tahap pencemaran air menggunakan beberapa sampel air.
Jadual 3.1 menunjukkan keputusan bagi eksperimen yang telah dijalankan.
| Botol reagen | Jenis sampel air | Masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur (minit) |
|---|---|---|
| A | Air paip | 25 |
| B | Air sungai | 5 |
| C | Air suling | Warna larutan tidak luntur |
| D | Air kolam | 10 |
Jadual 3.1
a
Berdasarkan Jadual 3.1, nyatakan satu faktor yang diubah dan cara mengawalnya.
2 marks
b
Berdasarkan keputusan Jadual 3.1, kelaskan sampel air dalam Jadual 3.2.
| Air tercemar | Air tidak tercemar |
|---|---|
| | |
Jadual 3.2
*(Tulis jawapan anda: sampel air bagi setiap lajur, contohnya "Air tercemar: …; Air tidak tercemar: …".)*
2 marks
c
Kaji pernyataan di bawah.
> Lokasi air sungai yang diambil dalam eksperimen ini adalah berdekatan dengan kawasan kilang perindustrian.
Berdasarkan Jadual 3.1, buktikan bahawa air sungai ini adalah yang paling tercemar.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu langkah dalam proses saponifikasi.
Berdasarkan Rajah 4.1:
a(i)
nyatakan tujuan eksperimen tersebut.
1 marks
a(ii)
ramalkan kuantiti kehadiran pepejal Q sekiranya jisim bahan P dikurangkan.
1 marks
b
Jadual 4.1 menunjukkan ujian yang dijalankan bagi mengkaji sifat kimia pepejal Q.
| Ujian kertas litmus lembap | Warna sebelum | Warna selepas |
|---|---|---|
| Kertas litmus biru | Biru | Biru |
| Kertas litmus merah | Merah | Biru |
Jadual 4.1
Berdasarkan Jadual 4.1, nyatakan **satu** kesimpulan bagi ujian tersebut.
1 marks
c
Rajah 4.2 menunjukkan ujian yang dijalankan bagi mengkaji sifat fizik pepejal Q.
Berdasarkan Rajah 4.2, nyatakan definisi secara operasi bagi sabun berdasarkan apa yang diperhatikan dan apa yang dilakukan.
1 marks
d
Langkah dalam Rajah 4.1 diulang dengan menukarkan Bahan P kepada Bahan R. Pemerhatian eksperimen direkodkan dalam Jadual 4.2.
| Jenis bahan | Kehadiran Pepejal Q |
|---|---|
| P | Ada |
| R | Tiada |
Jadual 4.2
Berdasarkan keputusan dalam Jadual 4.2 dan Rajah 4.1, nyatakan fungsi bahan P dalam proses saponifikasi.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur Moden.
a
Namakan unsur lain dalam kumpulan yang sama dengan unsur X.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 5.1, nyatakan nombor proton bagi unsur X.
1 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan susunan elektron bagi atom M yang tidak stabil.
Lukiskan susunan elektron oktet atom M yang stabil dalam ruangan pada Rajah 5.2. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan petala, bilangan elektron dalam setiap petala, serta label dan simbol yang anda tulis.)*
2 marks
d
Rajah 5.3 menunjukkan susunan elektron bagi atom R dan S.
Berdasarkan Rajah 5.3, banding beza atom R dan S.
2 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan dua sel elektrolisis yang berbeza menggunakan larutan yang sama tetapi elektrod berlainan.
a
Namakan elektrod yang disambungkan pada terminal positif sel kering.
1 marks
b
Nyatakan pasangan elektrod pada sel elektrolitik P.
1 marks
c
Seorang murid mendapati kunci pagar rumahnya berkarat dan sukar digunakan. Terangkan **satu** cara untuk mengatasi masalah tersebut.
2 marks
d
Berdasarkan sel elektrolitik P dan Q pada Rajah 6, nyatakan elektrod yang akan mengalami pertambahan jisim. Jelaskan proses yang berlaku.
2 marks
76 marks
Seorang pesakit mengalami sakit sendi dan mendapatkan rawatan moden di hospital. Selain itu, pesakit tersebut turut mengamalkan kaedah perubatan komplementari seperti urutan tradisional dan akupunktur untuk mengurangkan kesakitan.
a
Nyatakan **satu** ciri perubatan komplementari.
1 marks
b
Seorang lelaki mengalami gangguan mental. Cadangkan kaedah perubatan yang paling sesuai dan jelaskan alasan anda.
2 marks
c
Jadual 7 menunjukkan ciri-ciri bagi dua jenis ubat bagi merawat jangkitan penyakit.
| Ubat P | Aspek | Ubat Q |
|---|---|---|
| Ubat gastrik antasid | Contoh ubat | Jus halia |
| 2 jam | Tempoh keberkesanan | 16 jam |
| RM 28.00 / unit | Harga | RM 3.00 / unit |
| Untuk merawat kembung perut | Tujuan pengambilan | Untuk merawat kembung perut |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, banding dan bezakan ubat P dan ubat Q.
2 marks
d
Perubatan tradisional dan moden sering digabungkan untuk merawat penyakit kronik seperti kanser. Nyatakan **satu** kebaikan penggunaan perubatan tradisional dalam merawat penyakit kanser.
1 marks
86 marks
Rajah 8 menunjukkan sebuah objek S yang mengorbit sebuah planet.
a
Berdasarkan Rajah 8, nyatakan objek S.
1 marks
b
Negara M ingin menghantar kapal angkasanya ke planet Marikh secara terus dari Bumi. Namun begitu, kaedah ini menyebabkan penggunaan bahan api yang sangat tinggi. Terangkan **satu** cara yang boleh dilaksanakan oleh Negara M bagi mengatasi masalah tersebut.
2 marks
c
Jadual 8 menunjukkan ciri-ciri bagi dua jenis kenderaan pelancar.
| Kenderaan pelancar yang digunakan sekali sahaja (ELV) | Aspek | Kenderaan pelancar guna semula (RLV) |
|---|---|---|
| Banyak | Penghasilan bahan buangan di angkasa | Sedikit |
| Sekali pelancaran | Bilangan misi ke angkasa lepas | 15 kali pelancaran |
| RM 240 juta | Kos keseluruhan | RM 80 juta |
| Membawa muatan ke orbit atau angkasa | Fungsi | Membawa muatan ke orbit atau angkasa |
Jadual 8
Berdasarkan Jadual 8, banding dan bezakan kenderaan pelancar yang digunakan sekali (ELV) dengan kenderaan pelancar guna semula (RLV).
2 marks
d
Penggunaan aplikasi *Google Maps* atau *Waze* semakin meningkat pada masa kini. Nyatakan **satu** kebaikan penggunaan aplikasi tersebut dalam kehidupan seharian.
1 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan seorang murid memakai satu peralatan perlindungan diri, X di dalam makmal sains.
a
Nyatakan **satu** fungsi X.
1 marks
b
Semasa menjalankan eksperimen untuk memerhati struktur sel pipi, seorang murid secara tidak sengaja telah menjatuhkan slaid kaca sehingga pecah. Nyatakan cara terbaik untuk menguruskan serpihan slaid kaca yang pecah tersebut.
1 marks
c
Selepas selesai menjalankan eksperimen yang melibatkan kultur bakteria, murid tersebut dikehendaki menanggalkan sarung tangan dan memasukkannya ke dalam beg plastik biobahaya yang telah disediakan oleh guru. Wajarkan tindakan ini.
2 marks
d
Semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan pemanasan bahan kimia yang mudah meletup, anda mendapati tiada peralatan untuk pelindungan mata di makmal. Anda dikehendaki menghasilkan satu peralatan perlindungan mata dengan menggunakan bahan kitar semula berikut:
- Botol plastik mineral
- Dua utas gelang getah
- Pita pelekat
- Span kecil
Tuliskan langkah-langkah untuk menyediakan peralatan tersebut.
1. Mengukur lebar muka dan menandakan bahagian tengah botol plastik mineral
2. ……
3. ……
4. ……
5. Melekatkan span pada bahagian tepi plastik yang menyentuh muka.
*(Tulis jawapan anda: langkah 2, 3 dan 4.)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebuah pengangkutan udara.
a
Nyatakan prinsip sains yang membolehkan pengangkutan tersebut untuk terbang.
1 marks
b
Pengangkutan udara ini digunakan untuk membawa mangsa dalam operasi menyelamat. Cadangkan **satu** cara untuk mempercepatkan kelajuan pengangkutan tersebut.
1 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan dua buah kereta lumba.
Pada pendapat anda kereta yang manakah paling sesuai digunakan semasa perlumbaan kereta? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
d
Anda menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab STEM di sekolah. Anda diminta merekacipta helikopter gelang getah.
Anda dibekalkan dengan bahan-bahan berikut:
- Batang aiskrim
- Klip kertas
- Bilah kipas bercangkuk
- Gelang getah
- Kertas warna
Lakar dan label helikopter gelang getah dan terangkan bagaimana ia berfungsi dalam ruangan yang disediakan. *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bahan-bahan yang anda gunakan, bagaimana bahan-bahan itu dipasang, dan label setiap bahagian. Kemudian tulis penerangan bagaimana ia berfungsi.)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji situasi berikut.
Buaian yang dinaiki oleh Mei Mei lebih sukar digerakkan daripada keadaan pegun dan lebih sukar untuk berhenti berayun kerana jisim Mei Mei lebih tinggi berbanding jisim Anis. Ini menunjukkan jisim yang kecil mempunyai inersia yang kecil.
a
Nyatakan **satu** pernyataan masalah daripada maklumat di atas.
1 marks
b
Cadangkan **satu** hipotesis untuk menyiasat pernyataan tersebut.
1 marks
Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk menguji hipotesis anda dengan menggunakan plastisin, pengapit-G, bilah gergaji dan jam randik.
Huraian anda harus mengandungi aspek berikut:
c(i)
Tujuan eksperimen
1 marks
c(ii)
Faktor yang diubah dan diperhatikan
2 marks
c(iii)
Lakaran susunan radas berlabel *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, bagaimana ia disusun, dan label setiap bahagian.)*
2 marks
c(iv)
Penjadualan data *(Huraikan jadual anda dalam perkataan: tajuk setiap lajur beserta unit dan nilai yang dimasukkan.)*
2 marks
c(v)
Satu langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan data yang lebih jitu
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Rajah 12.1 menunjukkan kariotip individu P dan individu Q yang mengalami perubahan dalam bilangan kromosom.
Berdasarkan Rajah 12.1,
a(i)
namakan penyakit yang dihidapi oleh individu P dan Q.
2 marks
a(ii)
nyatakan **dua** ciri yang ditunjukkan oleh individu Q.
2 marks
b
Rajah 12.2 menunjukkan dua bentuk sel darah merah K dan sel darah merah L.
Berdasarkan Rajah 12.2, banding dan bezakan kedua-dua sel darah merah tersebut.
4 marks
c
Sepasang suami isteri menghidapi penyakit anemia sel sabit. Doktor mencadangkan penggunaan rawatan terapi gen untuk mengelakkan penyakit ini diwarisi kepada anak mereka. Wajarkan penggunaan rawatan ini.
4 marks
1312 marks
Selain manusia dan haiwan, tumbuhan juga memerlukan nutrien tertentu untuk pertumbuhan, perkembangan dan pembiakan. Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu makronutrien dan mikronutrien.
a
Nyatakan maksud mikronutrien dan berikan **satu** contoh mikronutrien.
2 marks
b
Rajah 13.1 menunjukkan perbualan seorang wanita dan penjual baja tanaman.
> **Wanita:** Pertumbuhan pokok cili yang saya tanam terbantut. Daun pada bahagian atasnya bertompok perang dan hujung daun bergulung. Sudah setahun ditanam tetapi masih belum menghasilkan buah.
>
> **Penjual baja (membawa dua beg baja):** Tambahkan baja ini pada pokok cili tersebut.
Rajah 13.1
Dengan pengetahuan sains anda, nyatakan **satu** nutrien yang terkandung dalam baja tersebut dan **satu** fungsinya.
2 marks
c
Rajah 13.2 menunjukkan kitar nitrogen yang berlaku di sebuah ladang pertanian.
Berdasarkan Rajah 13.2, banding bezakan proses P dan proses Q.
4 marks
d
Seorang pengusaha ladang sayur-sayuran mendapati pertumbuhan tanamannya terbantut, di mana daun di bahagian bawah berwarna hijau pucat dan kekuningan. Cadangkan **satu** cara untuk mengatasi masalah tersebut tanpa mencemarkan alam sekitar. Wajarkan cadangan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open