Satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji variasi panjang badan bagi 30 ekor belalang yang ditangkap di padang sekolah oleh sekumpulan murid. Data yang diperolehi direkodkan dalam Jadual 1.1 seperti berikut.
| | | | | | |
|---|---|---|---|---|---|
| 4.2 | 4.5 | 4.8 | 5.0 | 4.7 | 5.1 |
| 4.9 | 3.7 | 4.6 | 3.0 | 4.4 | 3.8 |
| 4.8 | 5.1 | 4.9 | 5.4 | 4.7 | 3.9 |
| 4.6 | 3.5 | 4.8 | 3.2 | 4.9 | 5.1 |
| 4.7 | 5.2 | 4.6 | 3.1 | 4.8 | 3.4 |
Jadual 1.1 (panjang badan belalang, cm)
a
Berdasarkan data di Jadual 1.1, lengkapkan Jadual 1.2.
| Panjang badan belalang (cm) | Bilangan belalang |
|---|---|
| 3.0 – 3.9 | |
| 4.0 – 4.9 | |
| 5.0 – 5.9 | |
Jadual 1.2 *(Tulis jawapan anda: bilangan belalang bagi setiap julat panjang badan)*
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 1.2, lukiskan histogram yang menunjukkan bilangan belalang melawan panjang badan belalang.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Bilangan belalang, 0 hingga 20 (tanda pada 5, 10, 15, 20); paksi mengufuk — Panjang badan belalang (cm), dengan julat 3.0 – 3.9, 4.0 – 4.9 dan 5.0 – 5.9. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: ketinggian palang bagi setiap julat dan saiz/lebar palang-palang itu)*
2 marks
c
Dalam Jadual 1.3, tandakan (X) bagi ciri yang mempunyai jenis variasi yang sama seperti graf di atas.
| Jisim badan | Cap jari | Jenis rambut |
|---|---|---|
| | | |
Jadual 1.3 *(Tulis jawapan anda: nama ciri yang anda tandakan (X))*
1 marks
d
Nyatakan alat yang sesuai untuk mengukur panjang badan belalang.
1 marks
25 marks
Seorang murid menyiasat kesan pengoksidaan hirisan buah pear dalam larutan berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Berdasarkan eksperimen dalam Rajah 1,
a
Nyatakan satu inferens berdasarkan pemerhatian anda dalam Rajah 1.
1 marks
b(i)
nyatakan satu pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
b(ii)
Nyatakan satu cara mengawal pemboleh ubah di 2(b)(i)
1 marks
c
Nyatakan definisi secara operasi bagi pengoksidaan hirisan buah pear dari aspek apa yang diperhatikan dan dilakukan.
1 marks
d
Murid tersebut menyediakan satu set kawalan dengan meletakkan sehiris buah pear ke dalam sebuah bikar tanpa larutan pada awal eksperimen.
Nyatakan fungsi set kawalan tersebut dalam eksperimen ini.
1 marks
35 marks
Rajah 2(a) dan Rajah 2(b) menunjukkan dua sel kimia ringkas.
a
Rekod bacaan voltmeter pada Rajah 2(a).
………… V
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 2(a) didapati bahawa terdapat pepejal kuprum terbentuk dan terenap pada jalur kuprum selepas beberapa minit.
Mengapakah pemerhatian tersebut berlaku?
1 marks
c
Sekiranya jalur logam zink dalam Rajah 2(b) ditukarkan kepada stanum manakala voltmeter digantikan dengan sebiji mentol. Ramalkan perubahan kecerahan mentol pada set tersebut.
1 marks
d
Nyatakan hubungan kedudukan pasangan logam dalam siri elektrokimia dengan bacaan voltmeter.
1 marks
e
Seorang murid telah mengaplikasikan konsep sel kimia tersebut dengan menggunakan air laut sebagai elektrolit.
Bagaimanakah kaedah ini boleh menyebabkan jarum voltmeter terpesong?
1 marks
45 marks
Rajah 3(a) dan Rajah 3(b) menunjukkan keputusan bagi suatu eksperimen. Dua kanta berlainan jenis yang mempunyai jarak fokus yang sama digunakan untuk memerhatikan imej bagi suatu objek jauh.
Berdasarkan Rajah 3(a) dan 3(b),
a(i)
nyatakan tujuan eksperimen
1 marks
a(ii)
kenal pasti pemboleh ubah bergerak balas.
1 marks
a(iii)
cadangkan **satu** cara bagaimana anda mengawal pemboleh ubah bergerak balas di (a)(ii)
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 3(a) berikan **satu** hipotesis.
1 marks
c
Kanta cekung akan menghasilkan imej maya. Berdasarkan keputusan eksperimen, apakah pemerhatian yang boleh menyokong pernyataan tersebut?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
a
Bantuan kecemasan adalah kaedah yang perlu dipelajari oleh masyarakat. Nyatakan satu contoh keadaan memerlukan bantuan kecemasan.
1 marks
b
Rajah 4.1 satu kaedah bantuan kecemasan.
Apakah nama bantuan kecemasan yang ditunjukkan?
1 marks
c
Bagaimanakah mangsa boleh melakukan bantuan kecemasan ini jika dia berseorangan dalam situasi tersebut?
2 marks
d
Rajah 4.2 menunjukkan satu lagi bantuan kecemasan.
Banding bezakan bantuan kecemasan antara Rajah 4.1 dan Rajah 4.2.
2 marks
66 marks
Rajah 5.1 menunjukan struktur suatu atom.
a
X dan Y adalah zarah sub atom. Namakan Y.
1 marks
b
Apakah cas bagi X?
1 marks
c
Berapakah nombor nukleon bagi atom ini?
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan struktur bagi tiga atom.
d(i)
Atom manakah isotop?
Tandakan (√) bagi jawapan anda dalam kotak yang disediakan di Rajah 5.2. *(Tulis jawapan anda: atom yang anda tandakan — atom pertama (kiri), kedua (tengah) dan/atau ketiga (kanan))*
1 marks
d(ii)
Jelaskan jawapan anda bagi 6(d)(i).
1 marks
76 marks
Sistem hidraulik diaplikasikan untuk melakukan kerja berat dengan menggunakan daya yang kecil.
a
Nyatakan satu contoh aplikasi Prinsip Pascal dalam kehidupan harian.
1 marks
b
Rajah 6.1 menunjukkan satu radas yang menggunakan sistem hidraulik.
Berdasarkan Rajah 6.1, banding bezakan antara daya dan tekanan pada omboh S dan T.
2 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan bentuk bagi dua jenis kenderaan X dan Y yang berbeza.
Berdasarkan Rajah 6.2, bentuk bagi kenderaan yang manakah menggunakan Prinsip Bernoulli dalam kehidupan seharian? Terangkan jawapan anda.
2 marks
d
Wajarkan penggunaan spoiler pada sayap kapal terbang dalam keadaan ia bergerak laju.
1 marks
86 marks
Rajah 7.1 menunjukkan pelepasan asap oleh beberapa buah kenderaan di sebuah bandar yang menyebabkan pencemaran udara.
a
Nyatakan satu gas rumah hijau yang dibebaskan dalam situasi tersebut.
1 marks
b
Nyatakan dua aplikasi teknologi hijau dalam menangani isu sosiosaintifik sektor pengangkutan.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan dua buah kenderaan yang menggunakan bahan api fosil dan tenaga elektrik.
Berdasarkan Rajah 7.2, kereta manakah yang dapat membantu mengurangkan jejak karbon? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
d
Nyatakan kesan buruk ke atas alam sekitar akibat pembebasan gas-gas berbahaya yang dikeluarkan oleh asap kenderaan.
1 marks
97 marks
Rajah 8.1 menunjukkan keratan rentas buah kelapa sawit.
a(i)
Namakan bahagian yang berlabel P.
1 marks
a(ii)
Buah kelapa sawit mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang penjagaan kesihatan dan penghasilan makanan.
Berikan **satu** contoh produk berasaskan minyak kelapa sawit yang digunakan untuk membuat bahan **bukan** makanan.
1 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan dua variasi buah kelapa sawit yang ditanam di Malaysia dan ciri-cirinya.
Berdasarkan maklumat dalam Rajah 8.2, terangkan buah kelapa sawit terbaik dari aspek ekonomi.
2 marks
c
Anda diminta untuk mengekstrak minyak kelapa sawit daripada bahagian sabut sebiji buah kelapa sawit dengan menggunakan bahan-bahan berikut.
1. Bikar
2. Air suling
3. Penunu Bunsen
4. Buah kelapa sawit
5. Alat penekan
6. Forsep
7. Pisau
Tuliskan langkah-langkah untuk **mengekstrak minyak dari bahagian sabut** pada buah kelapa sawit tersebut.
1. Sebiji buah kelapa sawit dipotong secara keratan rentas dengan menggunakan pisau.
2. …
3. …
4. …
5. Minyak yang keluar dikumpulkan di dalam bikar.
*(Tulis jawapan anda: langkah 2 hingga 4.)*
3 marks
107 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu poster bagi mengurangkan penggunaan plastik.
a
Berdasarkan poster dalam Rajah 9.1, nyatakan satu cara untuk mengurangkan penggunaan plastik.
1 marks
b
Tandakan (√) pada kotak yang disediakan, satu jenis kitar hayat umum bagi satu produk apabila anda memilih untuk menggunakan beg kitar semula.
| Kitar hayat umum produk daripada sumber hingga dikitar semula | Kitar hayat umum produk daripada sumber hingga dibiarkan mereput |
|---|---|
| | |
*(Tulis jawapan anda: nama kitar hayat yang anda tandakan)*
1 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan dua jenis beg iaitu beg plastik dan beg kertas.
Berdasarkan Rajah 9.2, terangkan beg yang lebih mesra alam?
2 marks
d
Shaheen telah menyertai perkhemahan unit beruniform di sekolahnya. Salah satu aktiviti yang dipertandingkan ialah inovasi sains menggunakan barang-barang terpakai yang ada di sekolah. Dia ingin mereka cipta satu alat pembersihan yang mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada bahan asal yang digunakan.
Lakar dan label reka cipta menggunakan bahan-bahan di dalam Rajah 9.3. Nyatakan konsep yang digunakan oleh Shaheen bagi menghasilkan alat tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahan yang digunakan, bentuk alat dan cara bahan-bahan itu disambungkan, dan label-labelnya; kemudian nyatakan konsepnya)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
En. Zaqwan tinggal di sebuah rumah berhampiran pantai. Pintu hadapan dan pintu belakang menggunakan jenis engsel yang berbeza. Selepas satu tahun, didapati keadaan engsel pintu adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.
Berdasarkan situasi Rajah 10, anda diminta menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji perbezaan ketahanan terhadap kakisan antara aloi dengan logam tulen. Anda diminta menuliskan satu laporan eksperimen yang mengandungi:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
c(ii)
Cara mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
d(i)
Pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
d(ii)
Cara mengawal pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
e
Penjadualan data *(Tulis jadual anda dalam perkataan: tajuk setiap lajur dan isi setiap baris)*
2 marks
f
Jangkaan pemerhatian
1 marks
g
Satu langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Kestabilan membolehkan haiwan bergerak dengan lebih lancar dan cekap.
Nyatakan **dua** faktor yang mempengaruhi kestabilan sesuatu objek.
2 marks
b
Rajah 11.1 menunjukkan seekor haiwan sedang berdiri.
Terangkan bagaimana haiwan tersebut dapat mengekalkan kestabilannya.
2 marks
c
Rangka ialah sistem sokongan kepada semua jenis haiwan. Rajah 11.2 menunjukkan 2 jenis haiwan yang mempunyai sistem rangka yang berbeza.
Banding bezakan jenis rangka haiwan tersebut.
4 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan seorang lelaki sedang mengukur ukur lilit 2 batang pokok dari jenis yang sama. Pokok yang matang akan ditebang untuk diproses menjadi perabot.
Berdasarkan Rajah 11.3, pilih pokok yang lebih sesuai untuk ditebang. Wajarkan pilihan anda. Seterusnya cadangkan **satu** cara lain untuk menggangarkan usia pokok tanpa perlu menebangnya.
4 marks
1312 marks
a
Satelit merupakan objek yang mengorbit planet atau bintang. Orbit satelit yang mengelilingi bumi dikelaskan kepada lima jenis mengikut ketinggian orbit.
Nyatakan dua jenis orbit satelit.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan sejenis kenderaan pelancar yang boleh digunakan untuk menghantar satelit ke orbit.
Nyatakan kelebihan dan kelemahan penggunaan kenderaan pelancar tersebut.
2 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan jumlah objek buangan di angkasa lepas yang dikesan bagi tempoh 2020 sehingga 2025.
Nyatakan **dua punca** yang mempengaruhi perubahan jumlah objek dari tahun 2020 sehingga tahun 2025 serta **satu risiko** yang berkemungkinan berlaku jika objek buangan di angkasa lepas semakin bertambah.
4 marks
d
Perkembangan pesat dalam teknologi angkasa lepas telah memberi kesan positif kepada dunia pada masa kini.
Wajarkan tindakan Malaysia terlibat secara langsung dalam industri teknologi angkasa lepas walaupun memerlukan pelaburan yang besar.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open