Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kadar denyutan nadi berdasarkan jantina. Jadual 1.1 menunjukkan purata kadar denyutan nadi berdasarkan jantina. Jadual 1.1 menunjukkan purata kadar denyutan nadi bagi setiap kumpulan yang terdiri daripada seorang murid lelaki dan perempuan dari tingkatan 4 Sains selepas mereka melakukan aktiviti senaman.
| Jantina | Kumpulan 1 (bpm) | Kumpulan 2 (bpm) | Kumpulan 3 (bpm) | Purata (bpm) |
|---|---|---|---|---|
| Lelaki | 175 | 170 | 165 | 170 |
| Perempuan | 192 | 195 | 183 | 190 |
Jadual 1.1 (Kadar denyutan nadi (bpm))
a
Nyatakan satu pemerhatian daripada eksperimen ini.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 1.1, lukiskan graf palang bagi purata kadar denyutan nadi melawan jantina.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Purata kadar denyutan nadi (bpm), 0 hingga 200 (selang 50); paksi mengufuk — Jantina. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: bar bagi setiap jantina dan ketinggian setiap bar)*
2 marks
c
Nyatakan faktor yang diperhatikan dalam eksperimen ini.
1 marks
Eksperimen ini diulangi dengan melibatkan dua orang murid lain dengan melakukan aktiviti senaman yang sama. Keputusan eksperimen adalah seperti Jadual 1.2.
| Jantina | Kadar denyutan nadi (bpm) |
|---|---|
| Lelaki | 180 |
| Perempuan | 150 |
Jadual 1.2
d
Mengapakah kadar denyutan nadi murid perempuan pada Jadual 1.2 berbeza daripada Jadual 1.1?
1 marks
25 marks
Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji kesan kepekatan antibiotik (penisilin) ke atas pertumbuhan bakteria.
| Kepekatan antibiotik (%) | Luas kawasan jernih (cm^3^) |
|---|---|
| 0 | Tiada |
| 10 | Kecil |
| 20 | Besar |
| 30 | Paling besar |
Jadual 2
Berdasarkan keputusan eksperimen di atas,
a(i)
Nyatakan pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
a(ii)
Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
Nyatakan pemboleh ubah
b(i)
Dimanipulasikan:
1 marks
b(ii)
Bergerak balas:
1 marks
c
Antibiotik digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria. Nyatakan definisi secara operasi bagi antibiotik berdasarkan eksperimen ini.
1 marks
35 marks
Seorang murid tingkatan 5 telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji variasi bagi suatu trait kebolehan menggulung lidah dalam kalangan rakan-rakannya di tingkatan 5 Perdana.
a
Berdasarkan Rajah 3, lengkapkan Jadual 3.
| Trait | Bilangan murid |
|---|---|
| Boleh menggulung lidah | …… |
| Tidak boleh menggulung lidah | …… |
Jadual 3
*(Tulis jawapan anda: bilangan murid bagi setiap trait)*
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 3, lukiskan graf palang bagi bilangan murid melawan trait.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Bilangan murid, 0 hingga 12 (selang 2); paksi mengufuk — Trait: Boleh menggulung lidah, Tidak boleh menggulung lidah. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: ketinggian bar bagi setiap trait dan lebar bar-bar itu)*
2 marks
c
Jika seorang murid lain yang tidak dapat menggulung lidah berlatih selama bertahun-tahun, adakah dia akan dapat menggulung lidah akhirnya? Terangkan jawapan anda.
2 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan eksperimen untuk membandingkan nilai kalori bagi dua jenis makanan.
Keputusan eksperimen direkodkan dalam Jadual 4.
| Jenis makanan | Kacang tanah | Roti |
|---|---|---|
| Jisim makanan (g) | 1 | 1 |
| Jisim air (g) | 10 | 10 |
| Perubahan suhu (°C) | 85 | 27 |
| Nilai kalori (kJ g^-1^) | 3.57 | …… |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4,
a(i)
Tuliskan satu pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
a(ii)
Berikan satu inferens bagi jawapan anda di 4(a)(i).
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 4, hitungkan nilai kalori bagi roti dengan menggunakan formula di bawah.
$\text{Nilai kalori (kJ g}^{-1}) = \dfrac{4.2\ \text{J g}^{-1}\,{}^\circ\text{C}^{-1} \times \text{Jisim air (g)} \times \text{Perubahan suhu air (}^\circ\text{C)}}{\text{Jisim makanan (g)} \times 1\,000}$
Nilai kalori bagi roti:
2 marks
c
Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya seseorang itu mengambil lebih kalori daripada keperluan badan?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan situasi semasa bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Serdang, Doktor Alifah Ilyana sedang melakukan bantuan kecemasan ke atas seorang pesakit mengikut prosedur perubatan yang ditetapkan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan bantuan kecemasan?
1 marks
b
Namakan bantuan kecemasan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.
1 marks
c
Berikan dua situasi yang memerlukan bantuan kecemasan seperti Rajah 5.
2 marks
d
Nyatakan dua kepentingan bantuan kecemasan yang dinamakan di 5(b).
2 marks
66 marks
a
Berdasarkan Rajah 6, buah kelapa sawit manakah yang menghasilkan minyak yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran? Terangkan jawapan anda.
2 marks
b
Jelaskan secara ringkas mengapa buah kelapa sawit perlu dihantar ke kilang pemprosesan dalam masa 24 jam selepas penuaian.
2 marks
c
Minyak sawit boleh digunakan untuk menghasilkan sabun. Persamaan bagi tindak balas yang menghasilkan sabun ditunjukkan di bawah.
Lengkapkan persamaan yang ditunjukkan di bawah.
Minyak sawit + Natrium hidroksida pekat $\xrightarrow{\text{Didihkan}}$ Sabun + ……
*(Tulis jawapan anda: bahan yang perlu diisi dalam kotak kosong)*
1 marks
d
Apakah nama tindak balas yang ditunjukkan dalam persamaan itu?
1 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan dua proses yang menghasilkan tenaga nuklear.
a
Proses manakah yang menghasilkan lebih banyak tenaga?
1 marks
b
Berikan **satu** keadaan yang diperlukan untuk proses di 7(a) berlaku.
1 marks
c
Namakan **satu** negara yang menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga dan nyatakan sebabnya.
2 marks
d
Namakan bahan radioaktif Z yang digunakan dalam proses X. Cadangkan satu cara untuk mengendalikan bahan radioaktif dengan betul.
2 marks
86 marks
Organisma Termodifikasi Genetik (GMO) adalah satu kaedah teknologi kejuruteraan genetik yang digunakan untuk tujuan tertentu. Rajah 8.1 menunjukkan GMO yang dijalankan ke atas buah jagung.
a(i)
Jagung Masmadu merupakan contoh Organisma Termodifikasi Genetik (GMO) yang dihasilkan untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian. Ramalkan **dua** ciri fizikal atau sifat baharu yang mungkin dimiliki oleh Jagung Masmadu ini berbanding dengan pokok jagung asal bagi membantu para petani meningkatkan keuntungan mereka.
2 marks
a(ii)
Penggunaan teknologi GMO mampu menghasilkan tanaman jagung yang berkualiti tinggi dalam kuantiti yang banyak bagi menampung keperluan makanan penduduk dunia. Namun begitu, segelintir masyarakat enggan membeli produk GMO kerana bimbang kesan jangka panjang terhadap kesihatan dan alam sekitar. Berikan justifikasi anda dengan menilai **satu kebaikan** dan **satu risiko** pengambilannya kepada manusia.
2 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan maklumat bagi dua jenis kejuruteraan genetik.
| DNA REKOMBINAN | TERAPI GEN |
|---|---|
| Menggabungkan dua spesis berbeza | Menyisipkan gen normal ke dalam sel atau tisu |
| Menghasilkan produk baharu seperti insulin | Memperbaiki gen-gen mutan (abnormal / rosak) |
| Merawat pelbagai jenis penyakit kronik | Merawat penyakit berkaitan genetik |
Rajah 8.2
Banding beza kedua-dua jenis kejuruteraan genetik tersebut.
2 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan seorang pekerja di sebuah kilang pemprosesan getah sedang menuang asid formik ke dalam tangki penggumpalan yang mengandungi lateks cair untuk menghasilkan lateks tergumpal.
a
Berdasarkan pemerhatian, namakan ion bercas yang menyebabkan lateks berubah keadaan fizikalnya menjadi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1.
1 marks
b
Seorang pengusaha ladang getah ingin menghantar susu getah segar (lateks) dalam keadaan cecair ke kilang tersebut yang terletak jauh di bandar. Cadangkan satu larutan bahan kimia yang perlu ditambah oleh pengusaha ladang tersebut bagi memastikan lateks berada dalam keadaan asal semasa diangkut ke kilang.
1 marks
c
Setelah tiba di kilang, lateks tersebut diproses melalui satu kaedah kimia bagi menghasilkan struktur getah yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2.
Berdasarkan Rajah 9.2, bandingkan kekuatan struktur X dan struktur Y. Wajarkan jawapan anda.
2 marks
d
Anda dikehendaki menghasilkan satu model bola mainan kenyal dengan menggunakan bahan-bahan berikut.
- Susu getah segar (lateks)
- Cuka makan
- Acuan plastik kecil
Tuliskan langkah-langkah untuk penghasilan bola mainan kenyal tersebut.
1. ……
2. ……
3. ……
4. Bilas bola getah tersebut dengan air bersih untuk membuang sisa cuka, kemudian lap sehingga kering sebelum digunakan sebagai bola mainan kenyal.
*(Tulis jawapan anda: langkah 1 hingga 3)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran makanan.
a(i)
Namakan kaedah pertanian dalam Rajah 10.1.
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana kaedah tersebut dapat meningkatkan pengeluaran makanan untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah?
1 marks
b
Seorang petani mendapati bahawa tanamannya kurang menghasilkan buah pada tahun ini. Rajah 10.2 menunjukkan tiga jenis baja di pasaran yang boleh membantu mengatasi masalah petani tersebut.
Antara berikut, baja yang manakah paling sesuai digunakan untuk mengatasi masalah ini? Terangkan pilihan anda.
2 marks
c
Nina tinggal di tingkat 15 sebuah pangsapuri dengan ruang balkoni yang terhad. Beliau ingin menanam sayur-sayuran hijau seperti sawi dan salad bagi menjimatkan perbelanjaan runcit.
Dengan menggunakan bahan-bahan yang diberi, anda diminta untuk membantu Nina membina sebuah model tanaman hidroponik. Terangkan model anda.
Bahan-bahan: Botol mineral, Kapas, Biji benih, Tali sumbu, Pisau, Larutan baja.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bahan-bahan yang digunakan, cara ia disusun dan label-labelnya; kemudian tulis penerangan model anda)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11 menunjukkan perbualan di antara dua orang murid di bilik masakan sekolah.
Berdasarkan perbualan tersebut, rancang satu eksperimen dalam makmal dengan menggunakan bahan larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm^-3^, asid sulfurik 1 mol dm^-3^, kertas putih dengan tanda X, kelalang kon 250 cm^3^, silinder penyukat 50 cm^3^, silinder penyukat 10 cm^3^, jam randik, termometer, penunu Bunsen, tungku kaki tiga dan kasa dawai untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Perancangan eksperimen tersebut perlu mengandungi kriteria berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah dimanipulasi
1 marks
c(ii)
Cara mengawal pemboleh ubah dimanipulasi
1 marks
d(i)
Pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
d(ii)
Cara mengawal pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
e
Penjadualan data *(Huraikan jadual anda dalam perkataan: tajuk setiap lajur berserta unit, dan nilai-nilai pada baris)*
2 marks
f
**Dua** langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Rajah 12.1 menunjukkan sisa mikroplastik yang merupakan kepingan plastik yang panjangnya kurang daripada 5 mm.
a
Nyatakan **dua** produk yang menyumbang kepada penghasilan mikroplastik.
2 marks
b
Berdasarkan Rajah 12.1, bagaimanakah cara mengurangkan mikroplastik dalam rantaian makanan?
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 12.2, huraikan pola jumlah sisa yang dibuang. Terangkan faktor yang mempengaruhi perubahan jumlah sisa yang dibuang.
4 marks
d
Teknologi Emisi Negatif merupakan kaedah yang menyingkirkan karbon dioksida dalam atmosfera. Wajarkan aplikasi kaedah ini dalam Teknologi Hijau.
4 marks
1312 marks
a
Peralatan perlindungan diri ialah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya. Nyatakan satu peralatan perlindungan diri dan fungsinya.
2 marks
b
Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen berkaitan sistem pencernaan seekor tikus. Pada akhir eksperimen, mereka melakukan Prosedur Operasi Standard (POS) bagi pengurusan sisa tikus tersebut seperti dalam Rajah 13.1.
Terangkan proses pengurusan sisa biologi ini.
2 marks
c
Puan Hidayah telah berkunjung ke satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Rajah 13.2 menunjukkan satu poster yang dipaparkan semasa program tersebut dijalankan.
> **PUNCA KEBAKARAN TANPA SEDAR** (gambar sebuah rumah terbakar di tengah-tengah)
>
> Suis elektrik · Puntung rokok · Percikan api · Minyak masak · Dapur gas · Mercun · Ubat nyamuk · Pengecas telefon
Rajah 13.2
Menyedari akan kepentingan melindungi keluarganya, Puan Hidayah bercadang untuk membeli alat pemadam kebakaran untuk ditempatkan di kediamannya. Beliau diberikan dua pilihan alat pemadam kebakaran seperti Rajah 13.3.
Banding bezakan alat pemadam kebakaran S dan T. Jelaskan kebaikan memiliki alat pemadam kebakaran di kediaman.
4 marks
d
Kebakaran sering kali terjadi sama ada di premis perniagaan mahupun di kediaman. Kebakaran yang berlaku boleh memusnahkan harta benda mahupun mengancam nyawa. Sebagai langkah berjaga-jaga, Encik Rahman telah menyediakan alat pemadam kebakaran ABC di kediamannya. Wajarkan tindakan beliau.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open