Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara 50 cm^3^ larutan natrium tiosulfat dengan 5 cm^3^ asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^. Suhu bagi larutan natrium tiosulfat adalah pada suhu bilik.
50 cm^3^ larutan natrium tiosulfat + 5 cm^3^ asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^
Jadual 1 menunjukkan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan pada kepekatan yang berbeza.
| Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^) | Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s) |
|---|---|
| 0.20 | 14 |
| 0.16 | 16 |
| 0.12 | 20 |
| 0.08 | …… |
| 0.04 | 37 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Rajah 1.1, nyatakan tujuan eksperimen dijalankan.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 1, lukis graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^), 0.02 hingga 0.20 (selang 0.02); paksi mengufuk — Masa (s), 10 hingga 60 (selang 10). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (nilai masa dan kepekatan bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 1.2, nyatakan masa bagi tanda 'X' hilang pada kepekatan 0.08 mol dm^-3^.
Jawapan: …… saat
1 marks
d
Pada akhir eksperimen ini, dapat disimpulkan bahawa semakin tinggi kepekatan, semakin singkat masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan. Berdasarkan maklumat dalam Jadual 1, bagaimanakah anda boleh membuktikan bahawa kesimpulan tersebut adalah tepat?
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 menunjukkan eksperimen bagi membandingkan kekuatan silinder berongga dengan silinder padat.
Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 2.
| Jenis silinder | Bilangan bongkah kayu yang boleh disokong |
|---|---|
| Berongga | 6 |
| Padat | …… |
Jadual 2
Berdasarkan Rajah 2.1 dan Rajah 2.2:
a(i)
Ramalkan bilangan bongkah kayu yang boleh disokong oleh silinder padat dalam Jadual 2.
1 marks
a(ii)
Nyatakan faktor yang perlu dikawal.
1 marks
a(iii)
Nyatakan **satu** cara bagaimana anda mengawal faktor di (a)(ii)?
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 2, nyatakan definisi secara operasi bagi kekuatan tulang.
1 marks
c
Kaji penyataan di bawah:
> Tulang berongga lebih kuat berbanding tulang padat.
Dengan menggunakan maklumat dalam Jadual 2, mengapakah penyataan ini boleh diterima?
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan suatu eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan murid untuk mengkaji kesan jenis larutan yang berbeza terhadap pengoksidaan buah epal.
a
Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
Keputusan bagi eksperimen ini direkodkan dalam Jadual 3.
| Jenis larutan | Perubahan warna hirisan epal |
|---|---|
| Larutan gula | Menjadi keperangan |
| Jus limau | Tiada perubahan |
| Larutan natrium bikarbonat | |
Jadual 3
Berdasarkan Jadual 3,
b(i)
Mengapakah epal yang direndam di dalam jus limau tidak mengalami perubahan warna?
1 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** cara untuk mengawal faktor yang diperhati.
1 marks
c
Ramalkan perubahan warna yang berlaku pada hirisan epal yang direndam di dalam larutan natrium bikarbonat.
1 marks
d
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga yang boleh diambil untuk mendapatkan data yang lebih jitu.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan keputusan eksperimen yang dijalankan oleh kumpulan A.
Berdasarkan Rajah 4.1,
a(i)
Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** inferens bagi eksperimen ini.
1 marks
a(iii)
Ukur diameter kawasan jernih bagi antibiotik berkepekatan tinggi.
*(Nota Cerdek: rajah pada skrin tidak mengikut saiz sebenar. Pada kertas soalan asal, diameter kawasan jernih bagi antibiotik berkepekatan tinggi ialah 3.3 cm apabila diukur dengan pembaris — gunakan nilai ini.)*
1 marks
a(iv)
Nyatakan definisi secara operasi bagi antibiotik berkepekatan tinggi.
1 marks
b
Rajah 4.2 menunjukkan keputusan eksperimen bagi kumpulan B.
Apakah kesilapan yang dilakukan oleh kumpulan B semasa menjalankan eksperimen yang menyebabkan diameter kedua-dua kawasan jernih hampir sama?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan Orbit Sederhana Bumi (MEO).
a
Apakah bentuk orbit ini?
1 marks
b
Kedudukan satelit yang manakah mempunyai halaju paling tinggi?
1 marks
c
Negara X terdiri daripada banyak pulau dan kerap mengalami bencana alam seperti tsunami. Nyatakan bagaimana teknologi satelit dapat membantu negara X dalam pengurusan bencana?
2 marks
d
Rajah 5.2 menunjukkan dua jenis kenderaan pelancar ke dalam orbit.
Banding bezakan kedua-dua kenderaan pelancar tersebut.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sistem endokrin bagi seorang remaja lelaki.
Berdasarkan Rajah 6.1,
a(i)
Namakan kelenjar Y.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar Y.
1 marks
b
Seorang remaja perempuan mengalami kitar haid yang tidak teratur akibat kelenjar ovari yang gagal berfungsi dengan baik. Berikan kesan sampingan lain yang dia alami.
2 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan individu dewasa yang memiliki keadaan fizikal yang berbeza.
Banding bezakan hormon antara individu R dan individu S.
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan situasi kecemasan yang dialami oleh seorang murid.
a
Apakah jenis bantuan kecemasan yang perlu diberikan bagi menyelamatkan murid itu?
1 marks
b
Nyatakan **dua** langkah awal sebelum melakukan bantuan kecemasan di 7(a).
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan kaedah dalam melakukan teknik bantuan kecemasan.
Banding bezakan antara kaedah P dan Q dalam Rajah 7.2.
2 marks
d
Rajah 7.3 menunjukkan tindakan kecemasan yang dilakukan oleh seorang lelaki ketika sedang makan sendirian.
Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku jika tindakan ini tidak dilakukan dengan segera?
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan makanan yang telah diproses melalui dua kaedah berbeza.
a
Namakan kaedah pemprosesan makanan bagi kaedah K.
1 marks
b
Nelayan menjual hasil tangkapan sama ada dijual mentah atau diproses seperti kaedah L. Terangkan kaedah L.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan dua buku roti yang telah dihasilkan oleh ibu.
Berdasarkan Rajah 8.2, terangkan mengapa roti T berbeza berbanding roti S?
2 marks
d
Proses pengetinan memerlukan pemanasan pada suhu 115 °C. Wajarkan.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan susunan radas dalam satu eksperimen.
a
Elektrod manakah yang bertindak sebagai anod?
1 marks
b
Namakan bahan lain yang boleh menggantikan larutan plumbum(II) bromida.
1 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan dua set eksperimen yang dijalankan oleh murid tingkatan 5.
Set manakah yang akan menghasilkan gas oksigen? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
d
Anda ingin membantu seorang murid mengatasi masalah kunci mangga yang telah berkarat. Anda dibekalkan dengan satu kunci mangga yang berkarat, larutan argentum nitrat, kepingan logam argentum, bateri, suis, ammeter, wayar penyambung berserta klip buaya dan bikar.
Reka bentuk satu sel elektrolitik menggunakan bahan-bahan tersebut dalam ruangan yang disediakan di bawah. Label rajah berkenaan dan namakan proses yang terlibat. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahan dan radas dalam sel anda, cara ia disambungkan, label-labelnya, dan nama proses yang terlibat)*
3 marks
107 marks
Rajah 10 menunjukkan pembuangan sisa di kawasan perumahan di sebuah bandar.
a
Nyatakan kaedah untuk mengendali sisa K.
1 marks
b
Cadangkan **satu** cara untuk mengurangkan sisa M.
1 marks
c
Pembuangan sisa L ke dalam sungai menyebabkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Wajarkan.
2 marks
d
Sisa buangan dapur di rumah boleh dikendalikan dengan lebih baik menjadi baja kompos menggunakan bahan-bahan seperti tong sampah, sisa organik dan tanah. Terangkan langkah-langkah untuk menghasilkan baja kompos.
Langkah-langkah:
1. ……
2. ……
3. ……
4. Tutup tong sampah dan biarkan selama sebulan.
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji situasi di bawah.
> Puan Aminah ingin menggantungkan gambar keluarga di ruang tamu rumahnya. Beliau menggunakan paku besi untuk mengetuk dinding. Didapati paku tersebut bengkok selepas diketuk. Kemudian, beliau menggunakan paku keluli bagi menggantikan paku besi yang bengkok itu dan didapati paku keluli dapat menembusi dinding dengan mudah dan tidak bengkok.
Berdasarkan situasi dalam Rajah 11, rancang satu eksperimen dalam makmal untuk mengkaji kekerasan logam tulen dan aloi.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Penyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu diubah
1 marks
c(ii)
Faktor yang perlu dikawal
1 marks
d
Lakarkan susunan radas yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan dalam lakaran anda, cara ia disusun, dan label-labelnya)*
3 marks
e
Jangkaan pemerhatian
1 marks
f
Dua langkah berjaga-jaga
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Lemak merupakan sejenis sebatian karbon organik.
a
Nyatakan **semua** unsur yang terkandung dalam lemak.
2 marks
b
Rajah 12 menunjukkan sebahagian daripada proses pengekstrakan minyak kelapa sawit dalam industri.
Apakah proses X? Nyatakan tujuan proses tersebut.
2 marks
c
Banding bezakan antara minyak kelapa sawit dengan minyak daripada sumber daging.
4 marks
d
Kaji penyataan berikut:
> Makanan berlemak digemari oleh kebanyakan penduduk di Malaysia. Walau bagaimanapun, makanan berlemak sering dianggap sebagai salah satu penyebab kegemukan dan punca pelbagai jenis penyakit.
Wajarkan penyataan ini.
4 marks
1312 marks
Graf gerakan linear boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat dan data tentang suatu gerakan.
a
Nyatakan **dua** jenis graf gerakan linear.
2 marks
b
Rajah 13.1 menunjukkan satu graf gerakan linear bagi pergerakan seorang murid.
Berdasarkan Rajah 13.1, huraikan gerakan murid itu di OA dan CD.
2 marks
c
Maklumat di bawah menunjukkan dua kaedah untuk Ramli pergi ke rumah datuknya dari rumahnya sendiri.
| | Kaedah A | Kaedah B |
|---|---|---|
| Kenderaan | Teksi | Sampan |
| Masa perjalanan | 20 minit | 30 minit |
| Bayaran | Bayaran teksi: RM10 | Bayaran sampan: Percuma |
Banding dan bezakan antara kaedah A dan kaedah B.
4 marks
d
Rajah 13.2 menunjukkan **dua** jenis graf gerakan linear bagi pergerakan satu troli S.
Berdasarkan Rajah 13.2, graf manakah yang dapat menentukan sesaran, halaju dan pecutan troli S? Jelaskan jawapan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open