Seorang murid telah mengkaji ciri kebolehan menggulung lidah dalam kalangan murid di dalam kelasnya. Keputusan ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.
a
Berdasarkan Rajah 1, tentukan bilangan murid bagi setiap kumpulan dalam Jadual 1.1.
| Ciri | Boleh menggulung lidah | Tidak boleh menggulung lidah |
|---|---|---|
| Bilangan murid | …… | …… |
Jadual 1.1
1 marks
b
Berdasarkan keputusan dalam Jadual 1.1, lukiskan graf bar yang menunjukkan bilangan murid melawan ciri kebolehan menggulung lidah.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Bilangan pelajar, 0 hingga 20 (tanda 5, 10, 15, 20); paksi mengufuk — Kebolehan menggulung lidah, dengan dua kategori: Boleh menggulung lidah dan Tidak boleh menggulung lidah. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bar yang anda lukis bagi setiap kategori — ketinggian dan lebar setiap bar)*
2 marks
c
Nyatakan jenis variasi berdasarkan graf bar di 1(b).
1 marks
d
Tandakan (√) bagi ciri yang mempunyai jenis variasi yang sama seperti di 1(c) dalam Jadual 1.2.
| Berat badan | Jenis cuping telinga | Ketinggian | Kumpulan darah |
|---|---|---|---|
| | | | |
Jadual 1.2 *(Tulis jawapan anda: nama ciri yang anda tandakan (√))*
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan eksperimen untuk menentukan nilai pecutan graviti, g menggunakan jangka masa detik. Eksperimen diulang menggunakan jisim pemberat yang berbeza.
Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen.
| Jisim pemberat (g) | 50 | 100 | 150 | 200 | 250 |
|---|---|---|---|---|---|
| Pecutan graviti, g (m/s^2^) | 9.6 | 9.5 | 9.8 | 9.7 | 9.6 |
Jadual 2
Nyatakan:
a(i)
Pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
a(ii)
Cara mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
b
Nyatakan satu pemerhatian berdasarkan Jadual 2.
1 marks
c
Rajah 2.2 menunjukkan satu contoh pita detik yang diperoleh untuk mendapatkan nilai pecutan graviti, g.
Berdasarkan Rajah 2.2, ukur dan catatkan panjang pita detik, X~2~ pada ruangan di bawah.
X~2~ = ………… cm
1 marks
d
Berdasarkan data dalam Jadual 2, nilai pecutan graviti didapati lebih kecil berbanding nilai sebenar iaitu 10 m/s^2^. Beri satu alasan.
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu sel kimia ringkas.
Eksperimen ini diulang dengan menggunakan pasangan logam yang berlainan. Bacaan voltmeter bagi setiap pasangan logam ditunjukkan pada Jadual 3.
| Pasangan logam | Bacaan voltmeter (V) |
|---|---|
| Kuprum dan plumbum | 0.5 |
| Kuprum dan aluminium | 2.0 |
| Kuprum dan magnesium | 2.5 |
Jadual 3
a(i)
Nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan bagi eksperimen ini.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu cara untuk mengawal pemboleh ubah tersebut.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 3, nyatakan satu hipotesis berdasarkan eksperimen ini.
1 marks
c
Larutan natrium klorida adalah cecair elektrolit manakala air suling cecair bukan elektrolit.
Kelaskan **alkohol** dan **air laut** mengikut kategori yang betul dalam Rajah 3.2.
| Elektrolit | Bukan elektrolit |
|---|---|
| 1. Larutan natrium klorida | 1. Air suling |
| 2. …… | 2. …… |
Rajah 3.2 *(Tulis jawapan anda: bahan bagi ruang 2 dalam setiap lajur, contohnya "Elektrolit: …; Bukan elektrolit: …")*
1 marks
d
Seorang murid ingin mengulangi eksperimen ini di rumah tetapi dia tidak mempunyai larutan natrium klorida. Cadangkan satu bahan yang biasanya terdapat di dapur untuk dijadikan elektrolit.
1 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara halaju dengan tekanan dalam satu bendalir.
Berdasarkan eksperimen itu,
a(i)
Nyatakan apa yang boleh diperhatikan.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu inferens berdasarkan jawapan anda pada 4 a(i).
1 marks
a(iii)
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi Prinsip Bernoulli.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 4, ramalkan ketinggian paras air di Z jika arah aliran air paip masuk dari arah C.
1 marks
c
Apabila bendalir mengalir melalui bahagian yang sempit, halajunya meningkat dan tekanan di kawasan itu berkurangan. Berdasarkan Rajah 4, bagaimanakah anda boleh membuktikan bahawa kenyataan tersebut adalah tepat?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Pelbagai jenis bahan sisa akan terhasil apabila melakukan eksperimen dalam makmal.
a
Nyatakan satu contoh bahan sisa yang boleh dibuang terus ke dalam sinki.
1 marks
b
Berikan **satu** contoh alat perlindungan diri yang perlu dipakai semasa menjalankan eksperimen dalam makmal.
1 marks
c
Rajah 5 menunjukkan dua contoh bahan sisa di makmal.
Apakah kategori bahan sisa di atas?
1 marks
d
Bagaimanakah cara menguruskan bahan sisa di (c)?
1 marks
e
Rajah 5.2(a) dan Rajah 5.2(b) menunjukkan bahan sisa dalam makmal.
Bezakan pengurusan dua bahan sisa di atas.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan kedudukan kelenjar endokrin pada manusia.
a
Apakah hormon yang dirembeskan oleh kelenjar P?
1 marks
b(i)
Namakan penyakit yang dialami oleh Puan Siti apabila menghadapi masalah kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar R pada Rajah 6.1.
1 marks
b(ii)
Nyatakan dua langkah yang perlu dilakukan oleh Puan Siti untuk mengawal dan mengurangkan penyakit yang dinyatakan pada 6b(i).
2 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan kesan penggunaan dadah.
- Mengubah laluan impuls di dalam otak
- Menyebabkan khayal, menjejaskan persepsi
- Menjejaskan koordinasi otot
- Menyebabkan terdengar suara-suara dan terlihat objek yang tidak wujud
Rajah 6.2
Berdasarkan maklumat pada Rajah 6.2, nyatakan jenis dadah yang memberi kesan tersebut.
1 marks
d
Berita kemalangan akibat perbuatan pemandu mabuk dan pemandu di bawah pengaruh dadah banyak mengorbankan nyawa mangsa yang tidak berdosa. Nyatakan sebab kejadian ini dengan merujuk kepada perkaitannya terhadap koordinasi badan.
1 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur Moden. Simbol A, B, C, D, E dan F mewakili unsur-unsur yang terdapat dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
a
Berdasarkan Rajah 7, apakah kumpulan bagi unsur C dan E?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 7, bagaimanakah unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 7, unsur B terletak dalam kumpulan gas nadir. Lukiskan susunan elektron bagi unsur tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala)*
2 marks
Jadual 7 menunjukkan unsur J, K, L dan M dengan nombor proton dan nombor nukleon masing-masing.
| Unsur | Nombor proton | Nombor nukleon |
|---|---|---|
| J | 15 | 32 |
| K | 11 | 24 |
| L | 11 | 23 |
| M | 6 | 14 |
Jadual 7
d(i)
Unsur manakah merupakan pasangan isotop?
1 marks
d(ii)
Radioisotop ialah isotop tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif yang diketahui berbahaya kepada manusia. Namun, didapati radioisotop seperti iodin-131 banyak digunakan untuk merawat kanser tiroid. Wajarkan.
1 marks
86 marks
Nilai kalori makanan dapat ditentukan melalui kuantiti karbohidrat, protein dan lemak yang terkandung dalam makanan tersebut.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kalori makanan?
1 marks
b
Jadual 8 menunjukkan nilai kalori bagi tiga jenis makanan.
| Makanan | Nilai Kalori (kJ/g) |
|---|---|
| Nasi | 15.04 |
| Ayam | 8.27 |
| Timun | 0.55 |
Jadual 8
Berdasarkan Jadual 8, hitung jumlah kalori yang diambil oleh seorang perempuan jika menu tengah harinya terdiri daripada 25 g nasi, 15 g ayam dan 50 g timun.
2 marks
c
Nyatakan satu kelas makanan yang tidak mempunyai nilai kalori. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Terangkan bagaimana restoran makanan segera mempengaruhi pengambilan jumlah kalori seseorang individu.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan ciri-ciri bagi satu kaedah perubatan.
**CIRI-CIRI PERUBATAN Y**
- Ubatan bersumberkan haiwan dan tumbuhan
- Diwarisi dan diamalkan secara turun-temurun
Rajah 9.1
a
Berdasarkan Rajah 9.1, kenal pasti kaedah perubatan Y.
1 marks
b
Ahmad telah terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Dia mengalami sakit kepala yang berlebihan. Cadangkan satu cara untuk mengurangkan kesakitan yang dialami oleh Ahmad tanpa menggunakan ubat-ubatan moden.
1 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan satu pernyataan.
> Vitamin C dalam buah-buahan adalah lebih baik berbanding vitamin C dalam bentuk pil.
Rajah 9.2
Kaji pernyataan di atas dan wajarkan.
2 marks
d
Vitamin C boleh diperolehi daripada sumber-sumber semula jadi dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah. Anda diminta untuk menyediakan minuman bervitamin C dengan menggunakan bahan-bahan berikut:
1. Pisau
2. Air minuman
3. Sebiji lemon
Tuliskan langkah-langkah untuk menyediakan minuman tersebut.
1. Sediakan gelas dan sudu
2. ……
3. ……
4. ……
5. Kacau campuran bahan-bahan tersebut.
*(Tulis langkah 2, 3 dan 4.)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu kanta cembung.
Satu objek diletakkan di antara F dan 2F pada Rajah 10.1.
a
Lengkapkan gambar rajah sinar pada Rajah 10.1. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar yang anda tambah selepas kanta — dari mana ia bermula, titik yang dilaluinya dan arah anak panahnya)*
1 marks
b
Kanta cembung juga dikenali sebagai kanta penumpu. Jelaskan.
1 marks
c
Kanta cembung digunakan dalam pelbagai alatan optik antaranya kamera litar tertutup dan kamera pengintipan dalam alat keselamatan. Nyatakan dua kesan bagi penggunaan kamera jenis ini.
2 marks
d
Teleskop merupakan satu alat yang membolehkan kita untuk melihat objek yang jauh. Dengan menggunakan alat-alat berikut, binakan satu teleskop ringkas.
Lakarkan teleskop anda, kemudian nyatakan kanta cembung yang berfungsi sebagai kanta mata. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bagaimana bahan-bahan itu disusun dalam teleskop anda, kedudukan setiap kanta dan label-labelnya; kemudian nyatakan kanta mata)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Semasa di pasar raya, Puan Noni telah membeli sudu keluli dan sudu besi untuk kegunaan harian. Selepas seminggu, beliau mendapati keadaan sudu adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.
Berdasarkan situasi dalam Rajah 11, anda diminta untuk menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji ketahanan kakisan terhadap aloi dan logam tulen.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu dikawal
1 marks
c(ii)
Faktor yang perlu diperhatikan
1 marks
d
Lakaran susunan radas yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan dalam lakaran anda, cara ia disusun, dan label-labelnya)*
3 marks
e
Jangkaan pemerhatian
1 marks
f
Dua langkah berjaga-jaga untuk memastikan penyiasatan yang adil
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Rangka ialah sistem sokongan kepada semua jenis haiwan. Terdapat tiga jenis rangka pada haiwan.
Nyatakan satu jenis rangka dan contoh haiwan.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan seekor zirafah sedang minum air.
Terangkan bagaimana zirafah itu dapat mengekalkan kestabilannya ketika minum.
2 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan pergerakan antagonis otot untuk membengkokkan dan meluruskan lengan.
Banding beza di antara kedua-dua pergerakan tersebut.
4 marks
d
Sokongan utama bagi tumbuhan berkayu ialah batang dan akar. Batang tumbuhan menyokong berat batang itu sendiri dan juga berat daun, bunga dan buah. Akar memberikan sokongan kepada tumbuhan dengan mencengkam tanah.
Bincangkan mengapa tumbuhan memerlukan sokongan.
4 marks
1312 marks
a
Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) merupakan hasil usaha sama daripada lima agensi angkasa iaitu NASA (Amerika Syarikat), Roscosmos (Rusia), JAXA (Jepun), ESA (Eropah) dan CSA (Kanada).
Nyatakan dua fungsi Stesen Angkasa Antarabangsa.
2 marks
b
Sistem Penentu Sejagat (GPS) merupakan suatu sistem navigasi yang memberi maklumat tentang lokasi dan masa kepada penggunanya dalam semua keadaan cuaca.
Bagaimanakah GPS berfungsi?
2 marks
c
Jadual 13 menunjukkan 2 jenis orbit satelit dan ciri-cirinya.
| LEO | Ciri-ciri | HEO |
|---|---|---|
| Bulatan sempurna atau elips | Bentuk orbit | Elips |
| 705 km | Ketinggian orbit | 35 780 km |
| 27 500 km/j | Kelajuan satelit | 11 100 km/j |
Jadual 13
Banding bezakan ciri-ciri orbit satelit LEO dan HEO.
4 marks
d
Rajah 13 menunjukkan dua jenis kenderaan pelancar yang boleh digunakan untuk menghantar satelit ke orbit.
Kenderaan manakah yang lebih efisien? Wajarkan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open