Rajah 1 menunjukkan susunan radas yang dijalankan oleh murid kelas 4 Bestari.
Keputusan eksperimen ditunjukkan di dalam Jadual 1 di bawah.
| Jenis bongkah | Diameter lekuk (mm) |
|---|---|
| Keluli | 1 |
| Besi | 3 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Apakah tujuan eksperimen ini?
1 marks
c
Nyatakan **satu** faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi aloi.
1 marks
e
Rajah 1.2 menunjukkan sebuah landasan kereta api.
Pada pendapat anda, mengapakah landasan kereta api tersebut diperbuat daripada keluli?
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan satu keratan pita detik yang diperolehi apabila pita detik ditarik oleh troli menuruni landasan curam.
a
Berdasarkan Rajah 2.1, nyatakan hubungan di antara panjang pita detik dengan masa.
1 marks
b
Ukur panjang pita detik bagi 5 detik yang ditandakan di dalam Rajah 2.1.
*(Nota Cerdek: rajah pada skrin tidak mengikut saiz sebenar. Pada kertas soalan asal, panjang pita detik bagi 5 detik itu ialah 8.3 cm apabila diukur dengan pembaris — gunakan nilai ini.)*
1 marks
c
Jadual 2 menunjukkan ukuran panjang pita detik yang diperolehi di dalam eksperimen menentukan jenis gerakan troli.
| Jalur | Panjang (cm) |
|---|---|
| 1 | 2 |
| 2 | 4 |
| 3 | 6 |
| 4 | 8 |
| 5 | 10 |
Jadual 2
Berdasarkan data dalam Jadual 2, lukiskan histogram bagi menentukan gerakan troli.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Panjang jalur (cm), bertanda 2, 4, 6, 8, 10; paksi mengufuk — Jalur 1, 2, 3, 4, 5. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: tinggi setiap bar bagi jalur 1 hingga 5, lebar setiap bar dan bagaimana bar-bar itu disusun)*
2 marks
d
Seorang murid melakukan eksperimen yang sama dan memperolehi histogram seperti di dalam Rajah 2.2.
Mengapakah histogram di dalam Rajah 2.1 berbeza daripada Rajah 2.2?
1 marks
35 marks
Rajah 3.1(a) dan 3.1(b) menunjukkan eksperimen yang dilakukan secara demonstrasi guru.
a
Nyatakan perkara yang diubah di dalam eksperimen ini.
1 marks
Berdasarkan Rajah 3.1(b), nyatakan:
b(i)
Inferens
1 marks
b(ii)
Ramalan pemerhatian di anod semasa elektrolisis dijalankan
1 marks
b(iii)
Langkah berjaga-jaga yang mesti dilakukan oleh guru
1 marks
c
Larutan glukosa, larutan kuprum (II) sulfat, etanol, air garam dan ubat gegat merupakan sebatian yang biasanya terdapat di makmal.
Kelaskan **ubat gegat** dan **air garam** mengikut kategori yang betul dalam Rajah 3.2.
| Sebatian: Elektrolit | Sebatian: Bukan Elektrolit |
|---|---|
| 1) Larutan kuprum (II) sulfat | 1) Larutan glukosa |
| 2) …… | 2) …… |
Rajah 3.2
*(Tulis jawapan anda: bahan bagi ruang 2) Elektrolit dan ruang 2) Bukan Elektrolit)*
1 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan radas mengkaji pembentukan imej oleh kanta cembung bagi jarak objek yang berbeza. Kanta cembung yang mempunyai panjang fokus (f) **10 cm** digunakan.
Keputusan eksperimen adalah seperti di dalam Jadual 4.
| Jarak objek (cm) | Jarak imej (cm) | Saiz imej |
|---|---|---|
| 25 | 15 | Dikecilkan |
| 20 | 20 | Sama saiz dengan objek |
| 5 | 10 | Dibesarkan |
Jadual 4
a
Apakah faktor yang diubah dalam eksperimen ini?
1 marks
b(i)
Lengkapkan gambar rajah sinar di bawah untuk menunjukkan pembentukan imej.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: sinar-sinar yang anda lukis dari hujung objek (arah setiap sinar sebelum dan selepas melalui kanta), di mana sinar-sinar itu bersilang, dan imej yang terbentuk (kedudukan, arah dan saiznya))*
2 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** ciri imej yang terhasil pada (b)(i).
1 marks
c
Dengan menggunakan maklumat dalam Jadual 4, bagaimana anda boleh membuktikan bahawa kedudukan objek kurang daripada f adalah aplikasi bagi kanta pembesar?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan fasa-fasa pembahagian sel.
a(i)
Namakan jenis pembahagian sel yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.
1 marks
a(ii)
Susun fasa pembahagian sel K, L, M dan N mengikut urutan yang betul.
1 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan carta palang bagi pengeluaran buah durian dari sebuah ladang.
Peladang menggunakan anak benih klon yang berkualiti baik dan tahan daripada sejenis penyakit tetapi terdapat penurunan hasil pengeluaran buah.
Mengapakah keadaan ini berlaku?
2 marks
c
Seorang pesakit telah disahkan menghidapi kanser. Doktor mencadangkan supaya dia menjalani rawatan menggunakan satu teknik dalam aplikasi penyelidikan genetik.
Terangkan teknik tersebut.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan pengaplikasian sistem hidraulik di dalam kerusi rawatan gigi.
a
Apakah prinsip yang digunakan dalam kerusi di atas?
1 marks
b
Mengapakah sistem dalam Rajah 6.1 dikenali sebagai sistem tertutup?
1 marks
c
Terangkan mengapa sistem di dalam Rajah 6.1 masih berfungsi apabila minyak digantikan dengan air.
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan satu model jek hidraulik yang terdiri daripada dua silinder **A** dan **B**.
d(i)
Banding bezakan silinder **A** dengan silinder **B**.
2 marks
d(ii)
Lukiskan pada Rajah 6.2 beberapa anak panah menunjukkan pemindahan tekanan di dalam sistem hidraulik. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: di mana anda melukis anak panah dalam sistem dan arah setiap anak panah)*
1 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada mangsa.
a(i)
Nyatakan **satu** keadaan mangsa yang menyebabkan CPR dijalankan.
1 marks
a(ii)
Jelaskan langkah dalam CPR dalam Rajah 7.1.
Langkah: ……
Penerangan: ……
2 marks
b
Rajah 7.2 menunjukkan sebahagian maklumat yang diperolehi dalam satu kajian mengenai kumpulan umur dengan bilangan yang mati akibat tercekik makanan di sebuah negara.
Berdasarkan Rajah 7.2, terangkan golongan umur yang paling ramai mati tercekik makanan. Berikan alasan.
2 marks
c
Menurut dapatan kajian, 59% objek penyebab utama kanak-kanak tercekik adalah alat permainan. Cadangkan cara bagi ibubapa untuk mengatasi masalah ini.
1 marks
86 marks
Rajah 8 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan dalam makmal sains.
Berdasarkan Rajah 8,
a(i)
Namakan proses yang berlaku dalam kelalang kon.
1 marks
a(ii)
Berikan **satu** contoh lain yang dapat menggantikan larutan glukosa dalam eksperimen ini.
1 marks
Jelaskan kesan pengambilan alkohol berlebihan ke atas organ berikut:
b(i)
Otak
1 marks
b(ii)
Hati
1 marks
Jadual 8 menunjukkan peratus kandungan alkohol di dalam beberapa jenis ubat.
| Jenis ubat | Peratus kandungan alkohol |
|---|---|
| Cecair pembersih tangan | 60-80 % |
| Ubat batuk | 10-40 % |
| Ubat kumur | 10-30 % |
| Antiseptik | 70 % |
Jadual 8
c(i)
Nyatakan fungsi alkohol di dalam penghasilan ubat.
1 marks
c(ii)
Wajarkan peratus kandungan alkohol yang paling tinggi di dalam antiseptik.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan dua radas makmal yang dibuat daripada kaca dan seramik.
a
Nyatakan **satu** ciri seramik yang menyebabkannya sesuai dibuat lesung.
1 marks
b
Apakah kelebihan menggunakan kaca dibandingkan dengan seramik di dalam pembuatan radas?
1 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan dua jenis cawan.
Berdasarkan Rajah 9.2, pilih cawan yang sesuai digunakan untuk membuat minuman panas. Terangkan alasan anda.
Jenis cawan: ……
Alasan: ……
2 marks
d
Di dalam satu pameran sains, anda diminta untuk menerangkan struktur bagi aloi. Anda dikehendaki membina sebuah model bagi memudahkan penerangan. Bina model aloi dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan di dalam Rajah 9.3.
Lakarkan dari sudut pandangan atas model anda di dalam ruangan yang disediakan.
Jika model ini ialah loyang, terangkan fungsi bola ping pong dalam model anda.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahan-bahan dalam lakaran anda, bagaimana ia disusun (dilihat dari atas) dan label setiap bahan; kemudian tulis fungsi bola ping pong)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan seorang budak perempuan yang enggan makan kerana khuatir jisim badannya meningkat.
a(i)
Nyatakan masalah kesihatan yang dialami oleh budak perempuan itu.
1 marks
a(ii)
Berikan **satu** kesan daripada tindakan yang dilakukan oleh budak perempuan itu.
1 marks
b
Budak perempuan itu telah berjumpa dengan pakar dietetik. Pakar dietetik menyarankan murid tersebut mengambil makanan berpandukan kepada Pinggan Sihat Malaysia.
Wajarkan saranan pakar dietetik tersebut.
2 marks
Seorang petani mengalami masalah meningkatkan hasil tanaman. Bagi membantu petani tersebut, anda telah membina satu alat seperti di dalam Rajah 10.2.
c(i)
Terangkan bagaimana alat itu berfungsi.
2 marks
c(ii)
Berikan kelebihan menggunakan alat tersebut.
1 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11 menunjukkan monolog seorang budak lelaki yang sedang mencuci pinggan.
Berdasarkan monolog itu, anda diminta merancang satu eksperimen dengan menggunakan larutan natrium tiosulfat 0.20 mol dm^-3^, larutan natrium tiosulfat 0.04 mol dm^-3^, asid sulfurik 1 mol dm^-3^ dan radas-radas lain di makmal untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Penerangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
c(ii)
Pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
c(iii)
Terangkan bagaimana anda mengawal pemboleh ubah dimalarkan
1 marks
d
Bahan dan radas
2 marks
e
Lakaran susunan radas berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan dalam lakaran anda, bagaimana ia disusun, dan label-labelnya)*
2 marks
f
Jangkaan pemerhatian
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Peralatan perlindungan diri ialah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya.
Nyatakan **satu** peralatan perlindungan diri dan fungsinya.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan beberapa bahan yang boleh dibuang ke dalam singki.
Berdasarkan Rajah 12.1, nyatakan sifat-sifat bahan yang boleh dibuang ke dalam singki.
2 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan dua jenis alat pemadam kebakaran.
Berdasarkan Rajah 12.2, banding bezakan jenis alat pemadam kebakaran tersebut. Jelaskan apakah yang akan berlaku sekiranya alat pemadam kebakaran **K** digunakan untuk memadamkan kebakaran yang berpunca daripada litar pintas.
4 marks
d
Jadual 12 menunjukkan maklumat alat pemadam kebakaran yang terdapat di sekolah.
| Jenis Pemadam Kebakaran | Bilangan | Tarikh Pemeriksaan Terakhir | Status | Lokasi |
|---|---|---|---|---|
| Serbuk kering | 4 | 15 Jun 2024 | 3 baik; 1 perlu servis | Blok A; Blok B |
| Buih | 2 | 20 Jun 2024 | 2 baik | Makmal Kimia; Kantin |
| Karbon dioksida | 4 | 10 Julai 2024 | 4 baik | Bilik IT; Dewan |
| ABC | 9 | 1 Ogos 2024 | 8 baik; 1 perlu servis | Semua Blok; Pejabat Guru |
Jadual 12
Berdasarkan Jadual 12, nyatakan cadangan untuk meningkatkan penyelenggaraan dan penempatan alat pemadam kebakaran berdasarkan status dan lokasi semasa. Jelaskan jawapan anda.
4 marks
1312 marks
Jejak kaki karbon adalah punca kepada peningkatan suhu bumi akibat daripada aktiviti manusia.
Rajah 13.1 menunjukkan jejak kaki karbon.
a(i)
Nyatakan maksud jejak kaki karbon dan berikan **satu** contoh aktiviti yang meningkatkan jejak kaki karbon dalam kehidupan seharian kita.
2 marks
a(ii)
Terangkan **dua** cara untuk mengurangkan jejak kaki karbon pada bahagian berlabel **E**.
2 marks
b
Sektor pengangkutan merupakan penyumbang terbesar kepada pencemaran udara di dunia.
Rajah 13.2 menunjukkan peratusan pembebasan gas karbon dioksida di dalam sektor pengangkutan berdasarkan jenis kenderaan.
Berdasarkan Rajah 13.2, rumuskan pembebasan gas karbon dioksida berdasarkan jenis kenderaan. Jelaskan faktor yang menyebabkan sektor pengangkutan menjadi penyumbang terbesar kepada pencemaran udara.
4 marks
c
Rajah 13.2 menunjukkan dua jenis mod pengangkutan di Malaysia.
Pemilihan mod pengangkutan yang betul dapat mengurangkan isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan. Berdasarkan Rajah 13.2, pilih mod pengangkutan yang bersesuaian.
Wajarkan pilihan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open