Selangor Trial 2023 Science Kertas 2 · Modul Pintas
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Science
Selangor Trial 2023 Science Kertas 2 · Modul Pintas
Selangor Trial Modul Pintas · 2023
13 questions · Total 80 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 4
15 marks
Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen untuk mengkaji satu sifat lateks.
Rajah 1.2 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.
Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
a(i)
Pemboleh ubah yang dimanipulasikan:
1 marks
a(ii)
Pemboleh ubah yang dimalarkan:
1 marks
b
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen dalam Rajah 1.2.
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 1.2, nyatakan definisi secara operasi bagi lateks.
1 marks
d
Apakah yang akan berlaku kepada lateks jika ditambah jus limau nipis?
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan beberapa situasi yang berlaku dalam kehidupan harian.
a
Berdasarkan Rajah 2.1, kelaskan situasi P, Q, R dan S di dalam Jadual 1.
| Kesan inersia | Bukan kesan inersia |
|---|---|
| | |
Jadual 1
*(Tulis jawapan anda: huruf situasi bagi setiap lajur, contohnya "Kesan inersia: …; Bukan kesan inersia: …")*
2 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kesan jisim terhadap inersia. Keputusan eksperimen direkodkan di dalam Jadual 2.
| Jisim plastisin (g) | 30 | 40 | 50 | 60 | 70 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa untuk 10 ayunan lengkap (s) | 4.3 | 4.8 | 5.3 | 5.8 | 6.3 |
| Tempoh (masa untuk satu ayunan lengkap) (s) | 0.43 | 0.48 | 0.53 | 0.58 | 0.63 |
Jadual 2
Lukis graf tempoh melawan jisim plastisin.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Tempoh (s), 0 hingga 0.9 (selang 0.1); paksi mengufuk — Jisim plastisin (g), 0 hingga 70 (selang 10). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (jisim dan tempoh bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
c
Aini mendapati data yang diperoleh adalah tidak sama dengan Sylvia. Jumlah tempoh masa 10 ayunan bandul bagi Sylvia adalah lebih singkat daripada masa yang diperoleh Aini.
Nyatakan **satu** sebab mengapakah perkara ini boleh berlaku?
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji nilai kalori bagi beberapa sampel makanan yang berlainan.
Jadual 3 menunjukkan maklumat yang digunakan dan suhu akhir bagi setiap jenis makanan direkod selepas sampel makanan habis terbakar dengan lengkap.
| Sampel makanan | Kacang tanah | Ikan bilis | Roti |
|---|---|---|---|
| Jisim sampel makanan (g) | 2 | 2 | 2 |
| Jisim air (g) | 10 | 10 | 10 |
| Suhu awal (°C) | 30 | 30 | 30 |
| Suhu akhir (°C) | …… | 60 | 68 |
Jadual 3
a
Rajah 3.2 menunjukkan bacaan suhu akhir bagi sampel kacang tanah.
Nyatakan bacaan termometer dalam Rajah 3.2. Tuliskan jawapan di dalam Jadual 3.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 3, nyatakan **satu** faktor yang perlu diubah.
1 marks
c(i)
Nyatakan pemerhatian bagi sampel kacang tanah.
1 marks
c(ii)
Berdasarkan pemerhatian di 3(c)(i), nyatakan **satu** inferens.
1 marks
d
Ramalkan suhu akhir air sekiranya eksperimen diulang dengan menggunakan isirung kelapa.
1 marks
45 marks
Jadual 4 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk menentukan tahap pencemaran air dalam empat sampel air yang berlainan. 1 cm^3^ larutan metilena biru dimasukkan ke dalam setiap botol reagen.
Kesemua botol reagen itu kemudiannya diletakkan di dalam almari yang gelap. Warna sampel air diperhatikan setiap 30 minit dan masa yang diambil untuk larutan metilena biru luntur dicatatkan.
| Botol reagen | Jenis sampel air | Masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur (minit) |
|---|---|---|
| A | Air paip | 65 |
| B | Air sungai | 50 |
| C | Air suling | 85 |
| D | Air kolam | 35 |
Jadual 4
a
Berdasarkan Jadual 4, apakah maklumat yang boleh didapati daripada masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur (minit)?
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 4, nyatakan sampel air yang paling tercemar.
1 marks
c(i)
Ramalkan masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur (minit) jika sampel air tasik digunakan.
1 marks
c(ii)
Nyatakan inferens bagi jawapan di 4(c)(i).
1 marks
d
Sekumpulan murid mendapati keputusan eksperimen yang diperoleh adalah berbeza dengan keputusan di dalam Jadual 4.
Nyatakan langkah berjaga-jaga yang boleh diambil supaya keputusan diperoleh adalah sama seperti di dalam Jadual 4.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan fasa-fasa pembahagian sel.
a
Namakan jenis pembahagian sel yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.
1 marks
b
Susun fasa pembahagian sel K, L, M dan N mengikut urutan yang betul. *(Tulis jawapan anda: susunan huruf, contohnya … → … → … → …)*
1 marks
c
Sepasang suami isteri menghidapi penyakit hemofilia.
Terangkan kaedah untuk mengelakkan penyakit ini diwarisi kepada anak mereka.
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan rajah skema pewarisan buta warna.
d(i)
Petunjuk:
- X^B^ : Alel dominan (normal)
- X^b^ : Alel resesif (buta warna)
Berdasarkan Rajah 5.2, nyatakan
genotip K
1 marks
d(ii)
kebarangkalian mendapat anak perempuan pembawa.
1 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sistem endokrin manusia.
a
Apakah kelenjar X?
1 marks
b
Apakah fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar X?
1 marks
c
Seorang warga emas mengalami masalah aras glukosa yang tinggi di dalam darah.
Nyatakan penyakit yang dihidapi dan kaedah rawatan yang sesuai.
2 marks
Rajah 6.2 menunjukkan statistik kemalangan jalan raya.
d(i)
Berdasarkan Rajah 6.2,
nyatakan tahun yang mencatatkan kematian paling tinggi.
1 marks
d(ii)
nyatakan kesan kemalangan yang meningkat setiap tahun.
1 marks
76 marks
Seorang suri rumah mempunyai produk pencuci pakaian dalam bentuk serbuk dan sabun buku. Dia mendapati tempoh pencucian berbeza antara dua bentuk tersebut.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kadar tindak balas?
1 marks
b
Seorang suri rumah tersebut ingin mencuci seluar anaknya yang dikotori minyak rantai basikal dengan merendamnya di dalam air.
Terangkan bagaimana suri rumah tersebut boleh menanggalkan kotoran dengan lebih cepat dan mudah.
2 marks
c
Jadual 5 menunjukkan maklumat bagi proses penghasilan bahan kimia dalam industri.
| Proses Haber | Proses Sentuh |
|---|---|
| 450 °C – 550 °C | 450 °C |
| 200 atm | 1 atm |
| Mangkin serbuk ferum | Mangkin Vanadium(V) oksida |
| Ammonia | Asid sulfurik |
Jadual 5
Berdasarkan Jadual 5, banding dan beza Proses Haber dan Proses Sentuh.
2 marks
d
Seorang murid lelaki menghasilkan sabun dengan menambahkan sejenis enzim semasa proses pembuatan sabunnya.
Wajarkan tindakan budak lelaki tersebut.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh sepasang suami isteri.
a
Nyatakan prinsip yang melibatkan penyebaran tekanan pada sesuatu bendalir dalam satu sistem tertutup secara seragam ke semua arah.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 8.1, namakan satu alat dan jelaskan aplikasi prinsip yang digunakan untuk menukar tayar dengan cepat dan mudah.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan satu radas untuk mengkaji Prinsip Bernoulli.
Berdasarkan Rajah 8.2, jelaskan perbezaan aras air di B dan C.
2 marks
d
Rajah 8.3 menunjukkan satu aksesori yang dipasang pada sebuah kereta berkuasa tinggi.
Berdasarkan Rajah 8.3, wajarkan penggunaan spoiler kereta dalam keadaan kereta bergerak laju.
1 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan keadaan DNA dalam badan seseorang manusia kesan daripada radikal bebas. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi pembentukan radikal bebas dalam badan iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
a
Berikan **satu** contoh faktor luaran yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
1 marks
b
Seorang wanita berumur 50-an yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengalami pigmentasi pada kulit mukanya.
Nyatakan **satu** cara bagi mengawal masalah pigmentasi tersebut daripada menjadi lebih teruk.
1 marks
c
Seorang wanita mendapati bahawa raut wajahnya adalah lebih tua berbanding usia sebenarnya. Beliau disarankan oleh pakar kecantikan untuk mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan.
Wajarkan saranan ini.
2 marks
d
Seorang suri rumah mendapati hirisan buah pear yang baru dibelinya telah bertukar warna keperangan setelah dibiarkan terdedah kepada udara. Dengan menggunakan bahan yang diberikan, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengawal kesegaran buah pear tersebut.
Langkah:
1. Potong buah pear menggunakan pisau
2. ……
3. ……
4. ……
*(Tulis jawapan anda: langkah 2, 3 dan 4)*
3 marks
107 marks
Rajah 10 menunjukkan gambar rajah sinar bagi sejenis kanta.
a
Berdasarkan Rajah 10, nyatakan **satu** ciri imej yang terbentuk.
1 marks
b
Seorang jurukamera mendapati imej jauh yang terhasil pada kamera adalah kabur.
Apakah yang perlu dilakukan bagi mendapatkan imej yang lebih jelas?
1 marks
c
Mikroskop berfungsi dengan menggunakan kanta objek dan kanta mata.
Wajarkan penggunaan dua buah kanta di dalam mikroskop tersebut.
2 marks
d
Teleskop ialah sejenis alatan optik.
Dengan menggunakan bahan berikut, reka bentuk sebuah teleskop ringkas. Labelkan kedudukan kanta mata dan kanta objek dalam lakaran tersebut.
- Kanta cembung nipis
- Kanta cembung tebal
- Dua keping kad manila hitam
- Pita selofan
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bahan yang digunakan dan bagaimana ia disusun, serta label kanta mata dan kanta objek)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji maklumat berikut.
> Seorang pelajar kursus seni bina hendak menguji kekuatan tiang berongga berbanding tiang padat. Beliau mendapati tiang berongga adalah lebih kuat daripada tiang padat.
Berdasarkan situasi di atas, anda diminta merancang satu penyiasatan untuk mengkaji kekuatan tiang berongga dan tiang padat.
Perancangan anda harus mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu diubah
1 marks
c(ii)
Faktor yang diperhatikan
1 marks
d
Bahan dan radas
2 marks
e
Lukisan susunan radas dan bahan yang berlabel *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan bahan yang dilukis, bagaimana ia disusun, dan label-labelnya)*
2 marks
f
Langkah berjaga-jaga untuk memastikan penyiasatan yang adil
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Isotop merupakan variasi sesuatu unsur kimia. Kepelbagaian dalam unsur ini digunakan dalam pelbagai bidang yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan harian.
Rajah 12.1 menunjukkan sejenis unsur yang mempunyai jumlah sub-atom yang berbeza.
a
Nyatakan definisi isotop dan berikan satu bahan isotop yang digunakan dalam bidang perubatan.
2 marks
b
Berdasarkan Rajah 12.1, nyatakan nombor nukleon X dan Y.
2 marks
c
Bencana Chernobyl ialah satu kemalangan nuklear yang berlaku pada 26 April 1986 di Loji Kuasa Nuklear Chernobyl, Ukraine. Satu kejadian letupan dan kebakaran melepaskan sejumlah besar bahan pencemar radioaktif yang tersebar ke sebahagian besar Eropah Timur.
Rajah 12.3 menunjukkan pergerakan angin pada 27-30 April 1986.
Kebarangkalian tinggi penghidap kanser tiroid dalam kalangan 1/1 000 orang kanak-kanak ditunjukkan oleh kawasan berwarna merah manakala kawasan berwarna biru mempunyai kebarangkalian yang paling sedikit.
Berdasarkan Rajah 12.3, jelaskan hubung kait kesan bencana Chernobyl dengan kebarangkalian penghidap kanser tiroid di kawasan bertanda merah dan biru.
4 marks
d
Rajah 12.2 menunjukkan dialog wakil antara dua buah negara dalam sebuah persidangan tenaga antarabangsa.
> **Wakil Negara P:** Populasi rakyat Negara P bertambah sepuluh kali ganda dalam tempoh lima tahun. Jumlah kilang yang menggunakan tenaga elektrik juga semakin meningkat setiap tahun. Apakah cara untuk meningkatkan penghasilan tenaga elektrik supaya mencukupi?
> **Wakil Negara Q:** Negara P boleh menggunakan sumber tenaga tidak boleh baharu yang menggunakan isotop uranium-235 atau isotop plutonium-239.
Rajah 12.2
Wajarkan cadangan Wakil Negara Q.
4 marks
1312 marks
a
Pertumbuhan mikroorganisma pada makanan menyebabkan perubahan pada ciri-ciri makanan tersebut. Sesetengah daripada perubahan ini adalah baik, seperti berlakunya proses penapaian, manakala perubahan yang lain boleh mengakibatkan kerosakan makanan dan keracunan makanan kepada manusia.
Nyatakan **dua** faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.
2 marks
b
Rajah 13 menunjukkan satu produk yang terhasil dengan menggunakan sejenis mikroorganisma.
Berdasarkan Rajah 13, namakan jenis bakteria yang terlibat dan **satu** kegunaan produk tersebut.
2 marks
Jadual 6 menunjukkan dua kaedah teknologi pemprosesan makanan dan ciri-cirinya.
| Kaedah M | Ciri-ciri | Kaedah N |
|---|---|---|
| Cecair dipanaskan kemudian disejukkan dengan cepat | Proses | Makanan didedahkan pada sinaran mengion |
| Membunuh patogen | Tujuan | Membunuh mikroorganisma |
| Haba | Sumber tenaga | Radiasi pengionan |
| Susu, produk tenusu, jus buah-buahan | Contoh makanan | Sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan |
| Kurang | Kehilangan nutrisi | Kurang |
Jadual 6
c(i)
Banding dan bezakan Kaedah M dan Kaedah N.
2 marks
c(ii)
Ali ingin menghasilkan jus mangga.
Berdasarkan Jadual 6, terangkan kaedah yang sesuai digunakan untuk menghasilkannya.
2 marks
d
Kesibukan bekerja menyebabkan sebahagian masyarakat lebih memilih makanan segera berbanding makanan yang dimasak di rumah.
Bincangkan kebaikan dan keburukan makanan segera kepada masyarakat.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open