Perak Trial 2024 Science Kertas 2 · Modul Cemerlang Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Science
Perak Trial 2024 Science Kertas 2 · Modul Cemerlang Set 1
Perak Trial Modul Cemerlang Set 1 · 2024
13 questions · Total 80 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 4
15 marks
Rajah 1 menunjukkan sekumpulan murid dari kelas 4 Rajin dengan jenis rambut yang berbeza.
a
Berdasarkan Rajah 1, lengkapkan Jadual 1.
| Jenis rambut | Bilangan murid |
|---|---|
| Kerinting | …… |
| Lurus | …… |
Jadual 1
*(Tulis jawapan anda: bilangan murid bagi rambut kerinting dan bagi rambut lurus)*
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 1, lukis carta palang bilangan murid melawan jenis rambut.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Bilangan murid, 0 hingga 20 (selang 5); paksi mengufuk — Jenis rambut: Kerinting, Lurus. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: jenis carta yang anda lukis dan ketinggian bagi setiap jenis rambut)*
2 marks
c
Berdasarkan graf pada 1(b), tentukan trait resesif bagi jenis rambut.
1 marks
d
Cadangkan **satu** langkah berjaga-jaga yang boleh diambil bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik semasa menjalankan eksperimen.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan asid etanoik dan larutan ammonia ke atas lateks. Keputusan eksperimen selepas 30 minit ditunjukkan.
a
Berdasarkan bikar A dalam Rajah 2, nyatakan **satu** inferens.
1 marks
b
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan **satu** cara bagaimana anda mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan.
1 marks
d
Nyatakan definisi secara operasi bagi **asid** berdasarkan eksperimen ini.
1 marks
e
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi mendapatkan keputusan yang lebih jitu.
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan keputusan eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan nutrien pada anak benih kacang hijau selepas dua minggu.
a
Nyatakan **satu** faktor yang diubah bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Nyatakan **satu** pemerhatian berdasarkan Rajah 3.
1 marks
c
Nyatakan **satu** inferens berdasarkan pemerhatian di 3(b).
1 marks
d
Eksperimen diulang dengan menggantikan larutan kultur lengkap dengan air suling. Ramalkan pemerhatian pada anak pokok benih hijau tersebut.
1 marks
e
Kaji pernyataan berikut.
> Kekurangan fosforus menyebabkan pertumbuhan anak benih terbantut.
Berdasarkan pemerhatian Rajah 3, buktikan pernyataan ini.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu susunan radas bagi suatu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara halaju bendalir dan tekanan dalam satu tiub Venturi.
Berdasarkan Rajah 4.1,
a(i)
nyatakan **satu** pemboleh ubah bergerak balas.
1 marks
a(ii)
nyatakan pemerhatian di Q.
1 marks
b
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 4.1, nyatakan definisi secara operasi bagi **Prinsip Bernoulli**.
1 marks
d
Eksperimen ini diulang oleh sekumpulan murid lain. Rajah 4.2 menunjukkan keputusan eksperimen yang diperoleh.
Berdasarkan keputusan eksperimen di Rajah 4.2, apakah kesilapan yang mungkin dilakukan semasa menjalankan eksperimen yang menyebabkan ketinggian aras air meningkat berbanding Rajah 4.1?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Jadual 2 menunjukkan jisim badan, ketinggian dan Indeks Jisim Badan (BMI) bagi tiga orang murid 5 Cempaka.
| Murid | Jisim badan (kg) | Ketinggian (m) | Indeks Jisim Badan (kg m^-2^) |
|---|---|---|---|
| Siti | 60 | 1.60 | 23.4 |
| Ahmad | 40 | 1.53 | 17.1 |
| Abu | 85 | 1.55 | ……… |
Jadual 2
a
Nyatakan **satu** parameter lain untuk mengukur tahap kesihatan badan?
1 marks
b
Siti dikatakan memiliki Jisim Badan Unggul mengikut carta Indeks Jisim Badan. Apakah kategori Indeks Jisim Badan Ahmad?
1 marks
c
Lengkapkan Jadual 2 dengan mengira Indeks Jisim Badan (BMI) bagi Abu.
$\text{BMI} = \dfrac{\text{Jisim badan (kg)}}{(\text{Ketinggian})^2\ (\text{m}^2)}$
2 marks
d
Rajah 5 menunjukkan poster *trend* berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan dewasa di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2023.
Berdasarkan Rajah 5, terangkan kesannya terhadap kesihatan individu sekiranya *trend* ini berterusan.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan sejenis produk sebatian karbon dalam industri.
a
Nyatakan unsur utama yang terdapat dalam sebatian karbon.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6.1,
b(i)
nyatakan **satu** sifat fizik bagi cecair P.
1 marks
b(ii)
Seorang murid ingin melakukan eksperimen makmal untuk menghasilkan cecair P. Terangkan **satu** proses yang boleh digunakan untuk menghasilkan cecair P.
Proses: ……
Penerangan: ……
2 marks
c
Jadual 3 menunjukkan peratus kesan penyalahgunaan cecair P berlebihan mengikut jantina.
| Lelaki | Kesan penyalahgunaan cecair P berlebihan | Perempuan |
|---|---|---|
| 17.6 % | Kemalangan jalan raya | 10.9 % |
| 16.8 % | Sirosis hati | 16.2 % |
| 2.2 % | Kanser hati | 0.6 % |
Jadual 3
Berdasarkan Jadual 3, terangkan mengapa lelaki lebih cenderung mengambil cecair P berbanding perempuan?
2 marks
76 marks
Bantuan kecemasan sangat penting untuk menyelamatkan nyawa seseorang dalam situasi yang tidak dijangka. Resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan *Heimlich Manoeuvre* merupakan contoh kaedah bantuan kecemasan yang perlu dipelajari dengan betul bagi tujuan tersebut.
a
Nyatakan **satu** keadaan individu yang memerlukan CPR.
1 marks
b
Ali dan bapanya sedang menonton perlawanan bola sepak di rumah. Tiba-tiba bapanya terkena serangan jantung, lalu pengsan.
Jelaskan tindakan yang perlu dilakukan oleh Ali.
2 marks
c
Rajah 7 menunjukkan kadar kematian akibat sesak nafas yang disebabkan oleh tersedak makanan berdasarkan umur dan jantina.
Berdasarkan Rajah 7, golongan manakah yang paling berisiko untuk mati akibat tercekik? Nyatakan alasan anda.
2 marks
d
Seorang lelaki perlu menjalankan CPR kepada mangsa lemas sehingga bantuan kecemasan tiba.
Wajarkan tindakannya itu.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu jenis sel elektrokimia.
a
Nyatakan jenis sel pada Rajah 8.1.
1 marks
b
Lim mendapati anak kuncinya yang dibuat daripada besi mudah berkarat. Terangkan **satu** kaedah untuk menyelesaikan masalah ini.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan susunan radas bagi elektrolisis larutan argentum nitrat dengan menggunakan elektrod karbon.
Elektrolisis dalam Rajah 8.2 dijalankan selama 30 minit. Nyatakan perubahan yang berlaku pada anod dan katod. Terangkan jawapan anda.
2 marks
d
Kaedah elektro-penggumpalan merupakan satu aplikasi dalam industri. Wajarkan penggunaan kaedah ini dalam mengatasi isu pencemaran air.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan gambarajah sinar bagi pembentukan imej akhir oleh mikroskop.
a
Berdasarkan Rajah 9.1, nyatakan **satu** ciri imej yang terbentuk pada kanta objek.
1 marks
b
Kuasa pembesaran bagi kanta mata dan kanta objek bagi sebuah alat optik masing-masing ialah 10 kali dan 4 kali. Kirakan kuasa pembesaran bagi mikroskop ini.
Kuasa pembesaran alat optik = Kuasa pembesaran kanta objek × Kuasa pembesaran kanta mata
1 marks
c
Seorang guru terjumpa buku nota kecil yang lama peninggalan datuknya di kampung. Guru meminta pertolongan seorang murid untuk membaca isi kandungan nota tersebut. Pilih peralatan optik yang sesuai untuk membaca tulisan yang sangat kecil.
Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Rajah 9.2 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk mereka bentuk model teleskop ringkas.
Lakarkan dan label model teleskop ringkas anda dalam ruangan yang disediakan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk model anda, bahan-bahan yang digunakan dan kedudukannya, serta label-labelnya)* **[2 markah]**
Terangkan fungsi kertas hitam pada model teleskop ringkas itu. **[1 markah]**
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu situasi pencemaran.
a
Nyatakan **satu** gas rumah hijau yang dibebaskan dalam situasi tersebut.
1 marks
b
Nyatakan **satu** cara mengurangkan pencemaran tersebut dengan menggunakan Teknologi Hijau.
1 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan satu langkah yang diambil untuk mengurangkan pencemaran udara.
Wajarkan langkah tersebut.
2 marks
Kelab STEM sekolah telah menganjurkan pertandingan membina kereta solar pada Minggu Sains dan Matematik. Rajah 10.3 menunjukkan model kereta solar yang telah memenangi pertandingan tersebut.
d(i)
Terangkan bagaimana model kereta solar itu berfungsi.
1. ……
2. ……
2 marks
d(ii)
Bagaimanakah reka bentuk kereta solar tersebut dapat menangani isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan?
1 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Puan Siti dan Puan Nora telah menyertai satu pertandingan memasak. Rajah 11 menunjukkan kaedah mereka memasak. Didapati ayam Puan Siti lebih cepat masak berbanding ayam Puan Nora.
Berdasarkan situasi itu, anda diminta merancang satu eksperimen dengan menggunakan larutan natrium tiosulfat, asid sulfurik, serta lain-lain bahan dan radas di makmal untuk mengkaji **satu** faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Tujuan eksperimen
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
c(ii)
Pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
d
Bahan dan radas
2 marks
e
Terangkan bagaimana anda mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan.
2 marks
f
Lakarkan rajah berlabel bagi menunjukkan kedua-dua situasi di 11(e). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan dalam setiap susunan, kedudukannya, label-labelnya dan suhu bagi setiap situasi)*
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Penggunaan teknologi dalam pemprosesan makanan diaplikasikan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan sedunia.
a
Nyatakan **dua** contoh makanan yang boleh diproses melalui pempasteuran.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan satu contoh bahan kimia yang ditambahkan di dalam pembuatan makanan.
Nyatakan jenis bahan kimia P dan fungsinya dalam pemprosesan makanan itu.
2 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan dua teknologi pemprosesan makanan yang digunakan untuk mengeksport makanan tersebut ke luar negara.
Banding bezakan Teknologi A dan Teknologi B yang digunakan untuk mengeksport makanan ke luar negara.
4 marks
d
Makanan segera yang 'viral' dihidangkan dalam saiz yang lebih besar dan mahal menjadi pilihan seorang remaja perempuan.
Berdasarkan pilihan remaja tersebut, terangkan punca dan kesan makanan segera yang 'viral' itu terhadap kesihatannya.
4 marks
1312 marks
Di negara kita terdapat pelbagai kaedah rawatan perubatan dan ubat-ubatan yang digunakan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
a
Nyatakan **satu** kaedah perubatan dan cirinya.
2 marks
b
Rajah 13 menunjukkan salah satu kaedah perubatan yang terdapat di negara kita.
Nyatakan kaedah perubatan dalam Rajah 13 dan tujuannya.
2 marks
c
Jadual 4 menunjukkan peratus kematian penduduk kampung terpencil yang disebabkan oleh jangkitan bawaan nyamuk. Kadar kelahiran dan kematian di kampung berkenaan adalah sekitar 7% setahun.
| Tahun | Jangkitan penyakit disebabkan nyamuk (%) | Peratus kematian (%) |
|---|---|---|
| 2020 | 2.77 | 98 |
| 2021 | 5.71 | 94 |
| 2022 | 6.06 | 90 |
| 2023 | 7.69 | 85 |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4, terangkan pola jangkitan dan peratus kematian yang disebabkan penyakit bawaan nyamuk di kampung tersebut.
4 marks
d
Seorang pesakit kanser di kampung pada awalnya mendapatkan rawatan secara tradisional. Seorang jiran telah menasihati pesakit tersebut untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Wajarkan saranan beliau.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open