Pahang Trial 2022 Science Kertas 2 · Modul Pintas MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Science
Pahang Trial 2022 Science Kertas 2 · Modul Pintas MPSM
Pahang Trial Modul Pintas MPSM · 2022
13 questions · Total 80 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 4
15 marks
Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan jenis larutan terhadap pengoksidaan buah pear. Rajah 1 menunjukkan hirisan pear yang direndam di dalam larutan yang berbeza selama lima minit dan dibiarkan terdedah di udara selama 30 minit.
Keputusan eksperimen direkodkan dalam Jadual 1.
| Bikar | Jenis larutan | Perubahan warna hirisan pear |
|---|---|---|
| A | Larutan gula | Perang |
| B | Jus limau | Tiada perubahan |
Jadual 1
a
Nyatakan **satu** faktor yang perlu diubah dalam eksperimen ini.
1 marks
b
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
Berdasarkan Jadual 1,
c(i)
nyatakan perubahan warna hirisan pear bagi larutan gula.
1 marks
c(ii)
nyatakan **satu** sebab mengapa tiada perubahan warna hirisan pear yang direndam dalam jus limau.
1 marks
d
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga yang boleh diambil untuk mendapatkan bacaan yang lebih jitu.
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji masa yang diambil untuk dua objek yang dijatuhkan serentak di dalam dua tiub silinder yang berbeza.
Keputusan eksperimen direkodkan dalam Jadual 2.
| Kehadiran udara | Masa yang diambil untuk objek jatuh (s) |
|---|---|
| Ada | 8 |
| Tiada | 4 |
Jadual 2
a
Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen ini.
1 marks
b
Jatuh bebas tidak dipengaruhi oleh rintangan udara.
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi jatuh bebas.
1 marks
c
Sekiranya sebiji batu dan sehelai bulu pelepah pada ketinggian yang sama dijatuhkan secara serentak di dalam tiub tanpa udara, ramalkan kedudukan akhir bagi kedua-dua objek tersebut.
Lakarkan jawapan anda dalam Rajah 2.2.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan akhir batu dan bulu pelepah di dalam tiub.)*
1 marks
d
> Objek yang mengalami bukan jatuh bebas perlu mengatasi rintangan udara.
Berdasarkan Jadual 2, jelaskan mengapakah pernyataan tersebut boleh diterima?
1 marks
e
Berdasarkan Rajah 2.1, nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga yang boleh diambil untuk mendapatkan bacaan yang lebih jitu.
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan larutan natrium tiosulfat terhadap kadar tindak balas.
a
Rajah 3.2 menunjukkan satu bacaan pada jam randik semasa membuat pemerhatian bagi larutan natrium tiosulfat 0.12 mol dm^-3^.
Berdasarkan Rajah 3.2, rekodkan bacaan jam randik dalam Jadual 3.
| Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^) | 0.20 | 0.16 | 0.12 | 0.08 | 0.04 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s) | 18 | 24 | ...... | 48 | 110 |
Jadual 3
*(Tulis jawapan anda: bacaan jam randik, dalam s, bagi 0.12 mol dm^-3^.)*
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 3, lukis graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan.
(Kertas graf yang disediakan: paksi menegak "Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^)" bertanda 0, 0.05, 0.10, 0.15, 0.20, 0.25; paksi mengufuk "Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s)" bertanda 0, 20, 40, 60, 80, 100, 120.)
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot dan bagaimana titik-titik itu disambungkan.)*
2 marks
c
Berdasarkan graf di 3(b), nyatakan hubungan antara kepekatan larutan natrium tiosulfat dengan masa tindak balas.
1 marks
d
> Semakin meningkat kepekatan bahan, semakin tinggi kadar tindak balas.
Berdasarkan Jadual 3, mengapakah kesimpulan awal ini boleh diterima?
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan halaju bendalir terhadap tekanan dalam satu tiub Venturi.
a
Berdasarkan Rajah 4.1, bandingkan ketinggian aras air dalam tiub Venturi. Tuliskan pemerhatian anda dalam Jadual 4.
| Ketinggian aras air: Paling tinggi | Ketinggian aras air: Paling rendah |
|---|---|
| | |
Jadual 4
*(Tulis jawapan anda: huruf tiub bagi aras air paling tinggi dan paling rendah, contohnya "Paling tinggi: …; Paling rendah: …".)*
1 marks
b
Nyatakan **satu** inferens bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan hubungan antara halaju air dengan ketinggian aras air.
1 marks
d
Berdasarkan eksperimen, nyatakan definisi secara operasi bagi Prinsip Bernoulli.
1 marks
e
Tandakan (✓) pada kotak yang disediakan bagi alat yang menggunakan aplikasi Prinsip Bernoulli.
*(Tulis jawapan anda: nama alat yang anda tandakan (✓).)*
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Alat pemadam kebakaran ialah sejenis alat yang digunakan untuk memadamkan kebakaran.
a
Nyatakan **dua** perkara yang perlu diperhatikan semasa menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah.
2 marks
Rajah 5 menunjukkan satu kebakaran yang berlaku di makmal komputer.
b(i)
Apakah punca kebakaran dalam Rajah 5?
1 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** jenis pemadam kebakaran yang paling sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
1 marks
b(iii)
Adakah air sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran dalam Rajah 5? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan pola pertumbuhan manusia.
a(i)
Nyatakan peringkat umur D.
1 marks
a(ii)
Apakah peringkat umur yang mempunyai kadar pertumbuhan manusia paling pesat?
1 marks
a(iii)
Terangkan kadar pertumbuhan manusia yang berlaku pada peringkat umur E.
2 marks
b
Rajah 6.2 menunjukkan dua jenis lengkung pertumbuhan bagi haiwan.
Banding dan bezakan kedua-dua jenis lengkung pertumbuhan tersebut.
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan sebahagian daripada stesen jana kuasa nuklear.
a
Berdasarkan Rajah 7.1, namakan X dan Y.
X : ............
Y : ............
2 marks
b
Lengkapkan Rajah 7.2 untuk menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku pada Rajah 7.1.
[ ...... ] → [ Tenaga haba ] → [ Tenaga kinetik ] → [ ...... ]
Rajah 7.2
*(Tulis jawapan anda: tenaga dalam kotak pertama dan kotak terakhir.)*
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 7.1, mengapakah perisai diperbuat daripada bahan X?
1 marks
d
Rajah 7.3 menunjukkan dua jenis tindak balas.
Berdasarkan Rajah 7.3, yang manakah digunakan dalam stesen jana kuasa nuklear? Terangkan pilihan anda.
2 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan kedudukan dua buah satelit dalam suatu orbit elips.
a
Nyatakan **satu** jenis orbit satelit.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 8.1, padankan kedudukan satelit dengan bahagiannya.
| Kedudukan satelit | Bahagian |
|---|---|
| Kedudukan A | Apogi |
| Kedudukan B | Perigi |
*(Tulis jawapan anda: pasangan seperti "Kedudukan A – …".)*
1 marks
c
Kedudukan satelit dalam suatu orbit elips memberikan kesan kepada halaju sesebuah satelit.
Berdasarkan Rajah 8.1, kedudukan satelit yang manakah mempunyai halaju paling tinggi? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Rajah 8.2 menunjukkan tiga peralatan yang dilengkapi dengan aplikasi Sistem Penentu Sejagat (GPS).
Wajarkan penggunaan aplikasi tersebut bagi peralatan dalam Rajah 8.2.
2 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan susunan radas bagi suatu sel kimia.
Berdasarkan Rajah 9.1, nyatakan logam yang bertindak sebagai terminal positif dan terminal negatif.
a(i)
Terminal positif : ............
1 marks
a(ii)
Terminal negatif : ............
1 marks
b
Larutan X digunakan dalam penghasilan suatu sel kimia.
Terangkan bagaimana larutan X berfungsi.
2 marks
c
Tenaga elektrik dapat dihasilkan melalui suatu tindak balas kimia.
Anda diminta untuk **melakar** dan **melabel** satu sel ringkas dengan menggunakan semua bahan dalam Rajah 9.2. Terangkan bagaimana sel ringkas itu berfungsi.
| Jarum besi | Kepingan zink | Wayar berklip | Mentol LED | Ubi kentang |
|---|---|---|---|---|
Rajah 9.2
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bahan-bahan yang digunakan, bagaimana bahan-bahan itu disusun dan disambungkan, dan label setiap bahagian. Kemudian tulis penerangan bagaimana sel ringkas itu berfungsi.)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu objek diletakkan di hadapan sebuah kanta P.
a
Dalam Rajah 10.1, lukis gambar rajah sinar untuk menunjukkan pembentukan imej oleh kanta P.
*(Huraikan gambar rajah sinar anda dalam perkataan: sinar-sinar cahaya yang anda lukis (dari mana ke mana dan arahnya) dan di mana imej terbentuk.)*
2 marks
b
Nyatakan **satu** ciri imej yang terbentuk oleh kanta P.
1 marks
c
Kanta P digunakan dalam penghasilan kanta mata dan kanta objek bagi sebuah mikroskop. Rajah 10.2 menunjukkan kuasa pembesaran bagi kanta mata dan kanta objek.
Dengan menggunakan maklumat yang diberikan, hitung kuasa pembesaran bagi mikroskop.
[Kuasa pembesaran mikroskop = Kuasa pembesaran kanta objek × Kuasa pembesaran kanta mata]
1 marks
d
Anda dikehendaki mencipta sebuah alat yang dapat membakar sehelai kertas dengan menggunakan bahan-bahan dalam Rajah 10.3.
Labelkan lakaran anda dan terangkan bagaimana alat itu berfungsi dengan mengaplikasikan sifat kanta P.
| Tenaga Matahari | Air | Sehelai kertas | Botol lutsinar |
|---|---|---|---|
Rajah 10.3
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bahan-bahan yang digunakan, bagaimana ia disusun, dan label setiap bahagian. Kemudian terangkan fungsi alat itu.)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Seorang suri rumah membeli dua buah beg yang diperbuat daripada kulit yang sama. Beliau menyimpan sebuah beg di dalam almari manakala sebuah beg lagi disangkut pada dinding rumahnya. Setelah sebulan, didapati keadaan kedua-dua beg kulit adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.
Berdasarkan situasi dalam Rajah 11,
a
nyatakan **satu** pernyataan masalah.
1 marks
b
cadangkan **satu** hipotesis yang sesuai.
1 marks
Dengan menggunakan dua tabung didih, kapas, 5 cm^3^ bubur nutrien, 1 cm^3^ kultur bakteria, mentol dan kotak hitam, huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis di 11(b) berpandukan kriteria berikut:
c(i)
Tujuan eksperimen
1 marks
c(ii)
Pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan cara mengawalnya
2 marks
c(iii)
Pemboleh ubah yang dimalarkan dan cara mengawalnya
2 marks
c(iv)
Lukisan susunan radas dan bahan yang berlabel
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, bagaimana ia disusun, dan label setiap bahagian.)*
2 marks
c(v)
Cara untuk menjadualkan data
*(Tulis jawapan anda: tajuk lajur dan baris jadual anda.)*
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Kejuruteraan genetik ialah pengubahsuaian ciri genetik sesuatu organisma.
Rajah 12.1 menunjukkan contoh tanaman yang menggunakan teknologi kejuruteraan genetik.
a
Nyatakan **dua** ciri baharu bagi tanaman yang telah diubah suai secara genetik.
2 marks
b
Berdasarkan Rajah 12.1, terangkan bagaimana tumbuhan yang dihasilkan dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.
2 marks
c
Kaedah X merupakan salah satu daripada teknologi kejuruteraan genetik. Rajah 12.2 menunjukkan suatu produk yang dihasilkan melalui kaedah X.
Berdasarkan Rajah 12.2, jelaskan bagaimana kaedah tersebut dapat membantu manusia dari segi kesihatan.
4 marks
d
> Kejuruteraan genetik mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan.
Pada pendapat anda, adakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? Wajarkan jawapan anda.
4 marks
1312 marks
Teknologi pengeluaran makanan adalah penting bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan sedunia.
a(i)
Nyatakan **dua** cara untuk meningkatkan kualiti makanan dan kuantiti pengeluaran makanan negara.
2 marks
a(ii)
Rajah 13.1 menunjukkan satu contoh hasil tanaman yang menggunakan teknik kacukan.
Berdasarkan Rajah 13.1, nyatakan **dua** kelebihan menggunakan teknik tersebut.
2 marks
b
Rajah 13.2 menunjukkan suatu produk minuman.
Berdasarkan Rajah 13.2, apakah proses yang sesuai untuk menghasilkan minuman tersebut? Terangkan jawapan anda.
4 marks
c
Bahan kimia digunakan dalam pemprosesan makanan bagi memberi nilai tambah kepada sesuatu makanan.
Wajarkan keburukan penggunaan bahan kimia yang berlebihan dalam makanan yang diproses terhadap kesihatan manusia.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open