Jadual 1.1 menunjukkan kadar denyutan nadi bagi empat orang individu dalam keadaan rehat.
| Individu | Umur | Kadar denyutan nadi (bpm) |
|---|---|---|
| A | 5 | 95 |
| B | 12 | 89 |
| C | 30 | 75 |
| D | 70 | 60 |
Jadual 1.1
Berdasarkan Jadual 1.1,
a(i)
nyatakan tujuan eksperimen
1 marks
a(ii)
nyatakan **satu** faktor yang dimalarkan
1 marks
a(iii)
nyatakan **satu** cara mengawal pemboleh ubah di 1(a)(ii)
1 marks
b
Ramalkan kadar denyutan nadi individu B sebaik sahaja menamatkan aktiviti berenang.
1 marks
c
Jadual 1.2 menunjukkan rekod kadar denyutan nadi bagi 2 orang murid sebelum memulakan acara larian 100 meter.
| Murid | Umur | Kadar denyutan nadi (bpm) |
|---|---|---|
| Laila | 17 | 90 |
| Suhaili | 17 | 82 |
Jadual 1.2
Berdasarkan Jadual 1.2, mengapakah kadar denyutan nadi mereka berbeza?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji masa yang diambil oleh objek jatuh bebas dan bukan jatuh bebas.
Keputusan eksperimen dicatatkan pada Jadual 2.
| Kehadiran udara | Masa yang diambil untuk bulu pelepah jatuh ke dasar silinder (s) |
|---|---|
| Ada udara | 14 |
| Tiada udara | 6 |
Jadual 2
a
Nyatakan **satu** pemerhatian berdasarkan eksperimen ini.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 2, lukiskan graf bar bagi masa yang diambil untuk bulu pelepah jatuh ke dasar silinder melawan kehadiran udara.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Masa yang diambil untuk bulu pelepah jatuh ke dasar silinder (s); paksi mengufuk — Kehadiran udara. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: skala paksi menegak, bar yang anda lukis bagi setiap keadaan dan ketinggian setiap bar)*
2 marks
c
Nyatakan hubungan antara kehadiran udara dengan masa yang diambil untuk objek jatuh ke dasar silinder.
1 marks
d
Mengapakah penerjun menggunakan payung terjun semasa beraksi di udara?
1 marks
35 marks
Sekumpulan murid telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan suhu ke atas pertumbuhan bakteria. Selepas tiga hari keputusan eksperimen adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.
a
Berdasarkan graf dalam Rajah 3, nyatakan **satu** inferens.
1 marks
b
Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Berdasarkan graf pada Rajah 3, nyatakan bilangan koloni bakteria pada suhu optimum.
1 marks
d
Berikan definisi secara operasi bagi pertumbuhan bakteria.
1 marks
e
Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tahan lebih lama berbanding yang disimpan pada suhu bilik. Dengan menggunakan maklumat dalam graf pada Rajah 3, bagaimanakah anda dapat membuktikan bahawa pernyataan tersebut adalah tepat?
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 (a) dan 4.1 (b) menunjukkan dua sel kimia ringkas.
a
Berdasarkan pasangan jalur logam dalam Rajah 4(a) dan Rajah 4(b), kelaskan keempat-empat jalur logam mengikut terminal yang betul.
| Terminal positif | Terminal negatif |
|---|---|
| | |
| | |
*(Tulis jawapan anda: nama logam bagi setiap terminal, contohnya "Terminal positif: …; Terminal negatif: …")*
2 marks
b
Rajah 4.2 menunjukkan tindak balas kimia dalam sel kimia yang menggunakan elektrod yang berlainan.
Berdasarkan Rajah 4.2, nyatakan **satu** pemerhatian yang berlaku terhadap anod.
1 marks
c
Apakah bahan yang terdapat di dapur sesuai untuk menggantikan elektrolit dalam sel kimia bagi menyalakan sebiji mentol?
1 marks
d
Tindak balas kimia dalam sel kimia menyebabkan voltmeter terpesong. Berdasarkan Rajah 4.2, nyatakan **satu** kesimpulan.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan seorang murid sedang menjalankan eksperimen di dalam makmal sains.
a
Apakah fungsi peralatan perlindungan diri Y?
1 marks
b
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen yang membebaskan gas bromin dalam kebuk wasap. Apakah kepentingan menggunakan kebuk wasap tersebut?
1 marks
c
Rajah 5.2 menunjukkan dua jenis tong sampah yang disediakan di sebuah makmal sains.
Aisyah ingin membuang sarung tangan dan sisa agar-agar nutrien selepas selesai menjalankan eksperimen tentang pertumbuhan mikroorganisma. Berdasarkan Rajah 5.2, tong sampah manakah yang sesuai digunakan oleh Aisyah?
Terangkan Prosedur Operasi Standard (POS) yang perlu Aisyah lakukan untuk menguruskan bahan sisa tersebut.
2 marks
d
Rajah 5.3 menunjukkan suatu kemalangan yang berlaku di dalam makmal sains.
Lengkapkan peta alir prosedur keselamatan di bawah bagi menguruskan situasi dalam Rajah 5.3.
Segera memberitahu guru atau pembantu makmal → Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan → …………… → ……………
*(Tulis jawapan anda: dua langkah seterusnya mengikut urutan)*
2 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan satu isu sosiosaintifik yang menjejaskan kelestarian alam.
a(i)
Namakan isu sosiosaintifik yang disebabkan oleh situasi pada Rajah 6.
1 marks
a(ii)
Cadangkan satu aplikasi Teknologi Hijau untuk mengatasi isu sosiosaintifik yang dinyatakan di (a)(i).
1 marks
b
Syarikat pengangkutan logistik Lestari Hijau bercadang untuk mengurangkan jejak karbon dalam operasi syarikat mereka. Cadangkan bahan api alternatif yang lebih mesra alam berbanding diesel yang boleh digunakan untuk kenderaan berat. Jelaskan kelebihan menggunakan bahan api alternatif ini.
2 marks
c
Penggunaan kereta hibrid boleh mengurangkan jejak karbon dalam kehidupan harian. Jadual 6 menunjukkan ciri-ciri bagi kereta hibrid A dan B.
| Ciri-ciri | Kereta A | Kereta B |
|---|---|---|
| Harga | RM 100,000.00 | RM 120,000.00 |
| Kapasiti penumpang | 7 orang | 7 orang |
| Jarak/liter petrol | 7 km/L | 12 km/L |
| Kapasiti bateri | 20 kWh | 25 kWh |
Jadual 6
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 6, pilih kenderaan yang paling sesuai untuk kegunaan satu keluarga. Jelaskan pilihan anda.
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan fasa pembahagian sel.
a
Namakan jenis pembahagian sel yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan rajah skema pewarisan buta warna.
b(i)
Berdasarkan Rajah 7.2, nyatakan
Genotip **K**
1 marks
b(ii)
kebarangkalian mendapat anak perempuan pembawa
1 marks
c
Rajah 7.3 menunjukkan sel darah merah K dan sel darah merah L.
Berdasarkan Rajah 7.3, banding dan bezakan kedua-dua sel darah merah tersebut.
2 marks
d
Puan Suraya berada pada minggu ke-18 kehamilannya. Dia ingin melakukan amniosentesis. Wajarkan tindakan Puan Suraya menjalani prosedur ini.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap.
a
Nyatakan prinsip susunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
1 marks
b
Kira nombor nukleon bagi atom W jika bilangan neutron ialah 8.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan pembentukan ion bagi dua atom unsur.
Berdasarkan Rajah 8.2, banding beza pembentukan ion daripada dua atom unsur tersebut.
2 marks
d
Rajah 8.3 menunjukkan simbol X, Y dan Z yang mewakili unsur yang terdapat dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
Berdasarkan Rajah 8.3, yang manakah antara unsur Y dan Z ialah isotop bagi X?
1 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan aplikasi sistem hidraulik di sebuah bengkel kereta.
a
Berdasarkan Rajah 9, apakah prinsip yang digunakan?
1 marks
b
Mengapakah air tidak sesuai digunakan dalam sistem hidraulik di atas?
1 marks
c
Sistem di dalam Rajah 9 tidak berfungsi apabila minyak digantikan dengan udara. Wajarkan penggunaan bendalir ini dalam sistem tertutup.
2 marks
d
Sistem hidraulik merupakan satu mesin untuk mengangkat beban yang berat berdasarkan prinsip tekanan dalam bendalir.
- 2 batang picagari
- Air
- 1 tiub plastik
- Kotak kadbod
- 2 batang ais krim
- Skru kecil
- Pita selofan
Menggunakan bahan yang diberi, tulis langkah-langkah untuk mereka bentuk sebuah kren.
1. Kotak kadbod dipotong untuk dijadikan bahagian tapak.
2. ……………
3. ……………
4. ……………
5. Apabila picagari ditolak dan ditarik, lengan kren akan bergerak naik atau turun.
*(Tulis jawapan anda: langkah 2, 3 dan 4)*
3 marks
107 marks
Rajah 10 menunjukkan kitaran hayat bagi botol plastik.
Sumber → Pembuatan → Pengangkutan → Penggunaan → Pelupusan → Kitar semula
Rajah 10
a(i)
Berikan satu cara untuk mengatasi masalah pada peringkat pelupusan bagi kitar hayat botol plastik.
1 marks
a(ii)
Bagaimanakah cara di (a)(i) dapat mengatasi masalah tersebut?
1 marks
b
Penyedut minuman kertas merupakan salah satu alternatif yang dianjurkan oleh kerajaan bagi menggantikan penyedut minuman plastik. Wajarkan penggunaan penyedut minuman kertas kepada alam sekitar.
2 marks
c
Sarah ingin membersihkan daun-daun kering di halaman rumah datuknya. Dia ingin menggunakan barang buangan untuk mereka cipta satu alat pembersihan. Alat yang dihasilkan oleh Sarah mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada bahan asal yang digunakan.
Lakar dan label satu alat dengan menggunakan bahan-bahan di dalam Rajah 10.1. Nyatakan konsep yang digunakan oleh Sarah bagi menghasilkan alat tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: alat yang anda lakar, cara bahan-bahan itu disambungkan dan label setiap bahagian; kemudian tulis penerangan konsep)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji pernyataan di bawah:
> Nasi lemak merupakan satu hidangan sarapan pagi kegemaran ramai. Kacang tanah dan ikan bilis sering menjadi pelengkap kepada hidangan ini. Nilai kalori bagi kacang tanah adalah lebih tinggi berbanding ikan bilis.
Berdasarkan pernyataan di atas, rancang satu eksperimen dalam makmal untuk menentukan nilai kalori bagi kedua-dua sampel makanan tersebut dengan menggunakan 1 g kacang tanah, 1 g ikan bilis, serta lain-lain bahan dan radas di makmal.
Perancangan anda harus mengandungi aspek berikut:
a
Tujuan eksperimen
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
c(ii)
Pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
d
Bahan dan radas
2 marks
e
Terangkan bagaimana anda mengawal pemboleh ubah dimanipulasi
1 marks
f
Nyatakan satu cara untuk mendapatkan keputusan yang jitu.
1 marks
g
Lakaran rajah susunan radas yang berlabel. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: susunan radas yang anda lukis (kedudukan setiap radas dan sampel makanan) dan label yang anda tulis)*
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a(i)
Nukleus mengawal keseluruhan aktiviti dalam sel hidup dan mengandungi kromosom. Setiap kromosom mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA). Berikan definisi bagi kromosom dan DNA.
2 marks
a(ii)
Namakan jenis pembahagian sel yang melibatkan pembiakan seks dan nyatakan ciri kandungan genetik sel anak.
2 marks
b
Proses pembahagian sel terbahagi kepada dua iaitu meiosis dan mitosis. Banding beza antara kedua-dua proses ini.
4 marks
c
Hana dan Hani merupakan sepasang kembar seiras. Hana sedang belajar di New Zealand manakala Hani di Malaysia. Hana mempunyai jisim 60 kg manakala Hani mempunyai jisim 45 kg. Mengapakah jisim badan mereka berbeza? Terangkan.
4 marks
1312 marks
Tenaga nuklear merupakan salah satu sumber tenaga yang penting pada masa depan.
a(i)
Nyatakan dua perbezaan antara proses pembelahan nukleus dan proses pelakuran nukleus dalam penghasilan tenaga nuklear.
2 marks
a(ii)
Jelaskan dua kelebihan tenaga nuklear.
2 marks
b
Rajah 13.1 menunjukkan kesan yang berlaku ke atas penduduk yang berada di dua bandar yang dipercayai pernah menjadi lokasi ujian nuklear.
Berdasarkan Rajah 13.1, huraikan impak ujian nuklear pada kedua-dua lokasi tersebut.
4 marks
c
Sehingga kini, tenaga nuklear terus menjadi pilihan bagi negara-negara di dunia sebagai sumber alternatif tenaga elektrik. Terdapat beberapa sebab mengapa negara-negara memilih tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara mereka.
> Negara China adalah sangat besar dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kuasa dan tenaga yang dihasilkan oleh tenaga nuklear cukup besar sehingga mampu untuk menjanakan tenaga elektrik ke seluruh negara mereka.
Rajah 13.2
Apakah pandangan anda tentang pembinaan stesen jana kuasa nuklear di Malaysia untuk menjana tenaga elektrik? Wajarkan jawapan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open