Sekumpulan murid 4 Bestari menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji pola pertumbuhan anak benih kacang hijau selama 10 hari. Keputusan dicatatkan dalam Jadual 1.
| Hari | Ketinggian Anak Benih Kacang Hijau (cm) |
|---|---|
| 2 | 1 |
| 4 | 3 |
| 6 | 6 |
| 8 | 10 |
| 10 | 15 |
Jadual 1
Berdasarkan keputusan dalam Jadual 1, nyatakan
a(i)
**Satu** pemboleh ubah yang dimalarkan.
1 marks
a(ii)
**Satu** cara mengawal pemboleh ubah bergerak balas.
1 marks
a(iii)
Hubungan antara ketinggian anak benih dengan masa.
1 marks
a(iv)
Hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Bagaimanakah data dalam Jadual 1 dapat membuktikan bahawa tumbuhan adalah benda hidup yang mengalami proses pertumbuhan?
1 marks
25 marks
Rajah 1.1 menunjukkan eksperimen yang dijalankan oleh murid tingkatan 4 Perniagaan.
Jadual 2 menunjukkan keputusan bagi eksperimen ini.
| Jisim plastisin (g) | Masa bagi 10 ayunan lengkap (s) |
|---|---|
| 20 | 5 |
| 30 | 10 |
| 40 | 15 |
| 50 | 20 |
| 60 | 25 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, lukis graf yang menunjukkan masa untuk 10 ayunan lengkap melawan jisim plastisin.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Masa untuk 10 ayunan lengkap (s), 0 hingga 30 (selang 5); paksi mengufuk — Jisim plastisin (g), 0 hingga 60 (selang 10). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (jisim dan masa bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
b
Ramalkan masa yang diambil untuk 10 ayunan lengkap apabila jisim yang digunakan ialah 45 g.
1 marks
c
Nyatakan definisi secara operasi bagi inersia berdasarkan apa yang dilakukan dan apa yang diperhatian dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Rajah 1.2 menunjukkan eksperimen yang sama dijalankan oleh kumpulan murid yang lain.
Keputusan yang diperoleh berbeza dari kumpulan pertama walaupun jisim yang digunakan adalah sama.
Berdasarkan Rajah 1.1 dan 1.2 kenal pasti kesilapan yang mungkin dilakukan oleh kumpulan tersebut.
1 marks
35 marks
Rajah 2 menunjukkan anak benih kacang Q dan R dalam medium kultur yang berbeza selepas dibiarkan tumbuh selama 1 minggu.
a
Berdasarkan Rajah 2, ukur ketinggian anak benih kacang Q dan R kemudian catatkan keputusan ke dalam Jadual 3.
| Anak Benih | Jenis Larutan Kultur | Ketinggian Anak Benih (cm) |
|---|---|---|
| Q | Tanpa Kalium | …… |
| R | Lengkap | …… |
Jadual 3
*(Tulis jawapan anda: ketinggian anak benih Q dan ketinggian anak benih R dalam cm)*
2 marks
Berdasarkan keputusan dalam Jadual 3,
b(i)
Nyatakan **satu** inferens bagi eksperimen ini.
1 marks
b(ii)
Nyatakan anak benih yang mengalami pertumbuhan terbantut.
1 marks
c
Kaji pernyataan di bawah.
> Tumbuhan membesar dengan sihat apabila mendapat nutrien yang mencukupi.
Berdasarkan Jadual 3, nyatakan **satu** bukti yang menyokong pernyataan di atas.
1 marks
45 marks
Rajah 3 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan bagi menentukan panjang fokus dua buah kanta cembung menggunakan objek jauh.
a
Berdasarkan Rajah 3(b), nyatakan **satu** pemerhatian.
1 marks
b
Nyatakan **satu** cara mengawal pembolehubah dimanipulasikan.
1 marks
c
Nyatakan hubungan antara ketebalan kanta dengan panjang fokus.
1 marks
d
Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini.
1 marks
e
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan eksperimen.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 4.1 menunjukkan perbualan antara doktor dengan pesakit.
a
Nyatakan unit untuk suhu.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 4.1, nyatakan **satu** termometer yang boleh digunakan untuk mengukur suhu badan.
1 marks
c
Terangkan langkah yang perlu dilakukan oleh doktor sebelum menggunakan termometer klinik.
2 marks
d
Rajah 4.2 menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh seorang atlet.
Banding beza situasi dalam Rajah 4.1 dan Rajah 4.2 terhadap kesihatan badan.
— Persamaan dan perbezaan
2 marks
66 marks
Rajah 5 menunjukkan proses untuk menghasilkan bahan Y di dalam industri.
a
Nyatakan **satu** faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 5, nyatakan bahan Y.
1 marks
c
Bahan Y perlu dihasilkan dalam skala yang besar bagi memenuhi permintaan industri. Terangkan bagaimana suhu yang tinggi dapat meningkatkan kadar penghasilan bahan Y.
2 marks
d
Jadual 4 menunjukkan maklumat untuk dua proses.
| Proses Haber | Proses Sentuh |
|---|---|
| 450 - 550 °C | 450 °C |
| 200 atm | 1 atm |
| Serbuk ferum | Vanadium (V) oksida |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4, banding dan bezakan Proses Haber dan Proses Sentuh.
2 marks
76 marks
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan suatu kaedah penanaman sayuran.
a
Nyatakan **satu** isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan.
1 marks
b
Terangkan bagaimana kaedah penanaman yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1 dapat mengatasi masalah kawasan penanaman yang terhad.
2 marks
c
Rajah 6.3 menunjukkan baja yang digunakan bagi menyuburkan tanaman.
Jadual 5 menunjukkan perbandingan antara dua jenis baja.
| Ciri | Baja ammonia | Baja organik |
|---|---|---|
| Sumber | Sintetik | Najis haiwan |
| Nutrien | Tinggi | Rendah |
| Harga | Murah | Mahal |
| Kesan kepada tanah | Menurunkan pH | Memperbaiki struktur |
Jadual 5
Berdasarkan Rajah 6.3 dan Jadual 5, terangkan baja yang lebih sesuai bagi baja K.
2 marks
d
Kaedah penanaman dalam Rajah 6.2 juga dicadangkan dalam projek agroSTEM di sekolah. Nyatakan kelebihan kaedah tersebut.
1 marks
86 marks
Elektrolisis ialah proses penguraian sesuatu sebatian kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Ia digunakan secara meluas dalam industri.
a
Nyatakan **satu** contoh aplikasi elektrolisis dalam industri.
1 marks
b
Kedai Perhiasan Alice mendapati terdapat bendasing pada cincin perak yang digadai. Terangkan kaedah yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.
2 marks
c
Rajah 7.1 menunjukkan susunan radas bagi satu aplikasi elektrolisis.
Elektrod P dan Q ditimbang sebelum dan selepas proses elektrolisis selama 30 minit. Keputusan ditunjukkan dalam Jadual 6.
| Elektrod | Jisim sebelum elektrolisis (g) | Jisim selepas elektrolisis (g) |
|---|---|---|
| P | 25.0 | 23.1 |
| Q | 10.0 | 12.8 |
Jadual 6
Berdasarkan Rajah 7.1 dan Jadual 6, banding dan bezakan elektrod P dan elektrod Q.
2 marks
d
Sebuah kilang batik menggunakan kaedah elektro-penggumpalan supaya air sisa boleh diguna semula untuk tujuan pertanian. Wajarkan tindakan tersebut.
1 marks
97 marks
Jadual 7 menunjukkan jadual bagi beberapa jenis pemadam kebakaran.
| Jenis pemadam api | Kelas kebakaran | Label warna pemadam api |
|---|---|---|
| Jenis Air | Kelas A | Merah |
| Jenis Buih | Kelas B | ………… |
| Jenis Karbon Dioksida | Kelas C | Biru |
| Jenis Serbuk Kering | Kelas D | Hitam |
Jadual 7 (lajur pertama jadual menunjukkan gambar setiap alat pemadam api dengan jalur label warnanya)
a
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan fungsi label warna pada alat pemadam kebakaran.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 7, nyatakan warna label pada jenis pemadam api Kelas B.
1 marks
c
Rajah 8 menunjukkan sejenis alat pemadam kebakaran di sekolah.
Satu kebakaran kecil berlaku di dalam makmal. Terangkan mengapa alat pemadam kebakaran tersebut tidak dapat digunakan.
2 marks
d
Tepung, minyak dan gula merupakan antara bahan yang boleh menjadi punca berlaku kebakaran di dalam rumah. Oleh yang demikian, setiap rumah perlu memiliki alat pemadam kebakaran.
Berdasarkan pernyataan di atas, bina sebuah alat pemadam kebakaran ringkas dengan menggunakan bahan-bahan berikut:
- Botol air dengan penutup
- Cuka
- Serbuk penaik
- Benang
- Tisu
Tuliskan langkah-langkah untuk menyediakan alat tersebut.
1. ……
2. ……
3. ……
4. Goncang botol sebelum menggunakan alat ini.
*(Tulis jawapan anda: langkah 1, 2 dan 3)*
3 marks
107 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu langkah dalam tapak tangan karbon.
a
Berdasarkan Rajah 9.1, nyatakan **satu** peranan L dalam mengurangkan jejak karbon.
1 marks
b
Rajah 9.2 menunjukkan satu kempen yang dianjurkan oleh sebuah sekolah.
Cadangkan **satu** langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan jejak karbon bagi menyokong kempen tersebut.
1 marks
c
Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal mengganggu keseimbangan karbon. Wajarkan pernyataan tersebut.
2 marks
d
Kelab Pencinta Alam sekolah menganjurkan pertandingan membina Penyapu Mini Tahan Lasak dengan menggunakan bahan-bahan berikut:
- Botol plastik
- Dawai halus
- Batang kayu
- Gunting
Lakarkan model penyapu mini tanpa melabel dalam ruang yang disediakan. Terangkan fungsi model tersebut.
*(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk model anda dan bagaimana setiap bahan digunakan)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 10 menunjukkan dua situasi untuk membuka tin biskut dengan menggunakan kunci yang berbeza.
Berdasarkan situasi pada Rajah 10, rancang **satu** eksperimen dalam makmal dengan menggunakan **bongkah kuprum, bongkah gangsa, bola keluli** dan bahan serta radas lain untuk mengkaji kekerasan aloi dan logam tulen.
Perancangan anda perlu mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah dimanipulasikan
1 marks
c(ii)
Pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
d
Prosedur
4 marks
e
Jangkaan pemerhatian
1 marks
f
Langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan keputusan yang jitu
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Rajah 11.1 menunjukkan empat unsur, P, Q, R dan S dalam Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap.
a
Nyatakan **dua** perubahan sifat kimia unsur apabila merentasi kala dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
2 marks
b
Berdasarkan Rajah 11.1, nyatakan unsur bagi halogen dan unsur peralihan.
2 marks
c
Nyatakan **empat** perbezaan antara unsur P dan unsur S dari aspek berikut:
- (i) Nama kumpulan
- (ii) Susunan elektron
- (iii) Sifat logam
- (iv) Kekonduksian arus elektrik
4 marks
d
Rajah 11.2 menunjukkan penggunaan isotop dalam industri makanan.
Nyatakan **empat** kelebihan penggunaan isotop dalam Rajah 11.2.
4 marks
1312 marks
Terdapat mikroorganisma yang berbahaya dikenali sebagai patogen di sekeliling kita.
a
Nyatakan **satu** kumpulan mikroorganisma dan habitatnya.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan objek yang mudah dijangkiti patogen.
Nyatakan **dua** teknik aseptik yang sesuai digunakan untuk membunuh patogen tersebut.
2 marks
c
Jadual 8 menunjukkan graf bilangan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di sebuah negara bagi tahun 2016 hingga 2018.
| Tahun | Bilangan Kes HFMD |
|---|---|
| 2016 | 47,008 |
| 2017 | 52,176 |
| 2018 | 76,776 |
Jadual 8
Nyatakan pola penyakit berjangkit tersebut dan punca penularannya.
4 marks
d
Seorang murid menyarankan rakannya menggunakan cecair klorin untuk mencuci luka di kakinya. Nyatakan kesan tindakan murid tersebut dari segi:
- Kesesuaian penggunaan
- Sifat bahan
- Tempoh masa penyembuhan
- Sel-sel kulit sekeliling
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open