Johor Trial 2023 Science Kertas 2 · Maahad Sains Johor
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Science
Johor Trial 2023 Science Kertas 2 · Maahad Sains Johor
Johor Trial Maahad Sains Johor · 2023
13 questions · Total 80 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 4
15 marks
Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas bagi membandingkan sifat kekerasan kuprum dan loyang. Selepas pemberat dijatuhkan, diameter lekukan yang terbentuk pada setiap bongkah diukur dan dicatat.
Keputusan yang diperolehi dicatatkan dalam Jadual 1.
| Bongkah | Diameter lekuk / cm (Eksperimen 1) | Diameter lekuk / cm (Eksperimen 2) |
|---|---|---|
| Kuprum | 1.2 | 1.4 |
| Loyang | 0.8 | 0.9 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Ramalkan diameter lekuk bagi bongkah loyang sekiranya eksperimen diulang buat kali ketiga.
1 marks
Nyatakan pemboleh ubah:
c(i)
Dimanipulasi
1 marks
c(ii)
Bergerak balas
1 marks
d
Rajah 1.2 menunjukkan pembinaan sebuah bangunan.
Pada pendapat anda mengapakah pembinaan bangunan ini menggunakan keluli?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji kesan kepekatan larutan natrium tiosulfat terhadap kadar tindak balas. Pembentukan mendakan kuning pada bahagian dasar kelalang kon diperhatikan.
Masa yang diambil untuk tanda 'X' pada kertas putih tidak kelihatan direkodkan pada Jadual 2.
| Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^) | 0.20 | 0.16 | 0.12 | 0.08 | 0.04 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s) | 19 | 23 | 33 | 48 | 115 |
| $\frac{1}{masa}$ (s^-1^) | | | | | |
Jadual 2
a
Lengkapkan Jadual 2. *(Tulis jawapan anda: nilai $\frac{1}{masa}$ bagi setiap kepekatan, dari 0.20 hingga 0.04 mol dm^-3^)*
2 marks
b
Plotkan graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan $\frac{1}{masa}$ pada kertas graf yang disediakan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: paksi dan skala yang anda gunakan, titik-titik yang anda plot (nilai bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu)*
2 marks
c
Bagaimanakah kepekatan bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas?
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji elektrolisis larutan akueus kuprum (II) sulfat, CuSO~4~ dengan menggunakan elektrod berlainan seperti yang ditunjukkan dalam sel elektrolitik P dan sel elektrolitik Q.
a
Nyatakan satu pemerhatian yang boleh dibuat pada sel elektrolitik Q selepas 1 jam.
1 marks
b
Nyatakan satu inferens berdasarkan kepada pemerhatian di 3(a).
1 marks
c
Nyatakan satu hipotesis bagi sel elektrolitik P.
1 marks
d
Nyatakan dua aplikasi elektrolisis dalam bidang industri.
2 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan radas bagi menguji tahap pencemaran empat sampel air yang berlainan menggunakan larutan metilena biru.
Keputusan daripada eksperimen ini direkodkan seperti di Jadual 3.
| Jenis sampel air | Masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur (minit) |
|---|---|
| P | 60 |
| Q | 30 |
| R | 10 |
| S | 45 |
Jadual 3
a
Apakah hubungan di antara tahap pencemaran air dengan masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur?
1 marks
b
Berdasarkan kepada Jadual 3, sampel air yang manakah paling tercemar?
1 marks
c
Nyatakan definisi secara operasi bagi larutan metilena biru.
1 marks
d
Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi memastikan kejituan keputusan eksperimen ini.
1 marks
e
Eutrofikasi merupakan respons ekosistem terhadap peningkatan ion fosfat dan ion nitrat ke dalam ekosistem akuatik daripada detergen, baja dan sampah.
Apakah kesan negatif eutrofikasi terhadap ekosistem akuatik?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan Jadual Berkala Unsur Moden.
a
Nyatakan unsur yang mempunyai susunan elektron paling stabil.
1 marks
b
Apakah perubahan pada kertas litmus merah yang boleh diperhatikan apabila unsur P bertindak balas dengan air?
1 marks
c
Lukiskan susunan elektron bagi unsur Q. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bilangan petala, bilangan elektron dalam setiap petala, dan susunan elektron yang anda tulis)*
2 marks
d
Unsur manakah yang berada di dalam Kumpulan yang sama? Nyatakan satu sebab.
2 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan struktur reaktor nuklear di dalam stesen janakuasa elektrik.
a
Apakah struktur berlabel **X**?
1 marks
b
Nyatakan satu fungsi bagi struktur berlabel **Y**.
1 marks
c
Bagaimanakah penghasilan tenaga nuklear mampu menjana tenaga elektrik di stesen janakuasa elektrik?
2 marks
d
Apakah kelebihan menggunakan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik berbanding sumber tenaga yang konvensional?
2 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan kariotip bagi seorang individu X yang menghidap sejenis penyakit mutasi kromosom.
a
Apakah penyakit mutasi yang dihidapi oleh individu X?
1 marks
b
Jelaskan jawapan anda di 7(a).
1 marks
c
Teknologi DNA Rekombinan telah digunapakai secara meluas di dalam bidang perubatan seperti pembuatan insulin bagi kegunaan pesakit Diabetes Melitus. Nyatakan dua kelebihan pembuatan insulin menggunakan kaedah ini berbanding kaedah tradisional.
2 marks
d
Wajarkan pengaplikasian teknologi kejuruteraan genetik di dalam meningkatkan pengeluaran makanan negara.
2 marks
86 marks
Rajah 8 menunjukkan sejenis satelit angkasa lepas.
a
Apakah itu satelit?
1 marks
b
Nyatakan satu contoh satelit yang mengelilingi Bumi pada Orbit Rendah Bumi (LEO).
1 marks
c
Terangkan hubungan antara ketinggian orbit dengan halaju satelit.
2 marks
d
Beberapa dekad ini, teknologi angkasa lepas semakin mendapat tempat dan berkembang dengan pesatnya sehingga ke hari ini. Wajarkan kesan perkembangan pesat dalam teknologi angkasa lepas pada hari ini.
2 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan suatu objek diletakkan di hadapan kanta cembung pada jarak $f < u < 2f$.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan panjang fokus kanta?
1 marks
b
Dengan menggunakan Rajah 9, lukiskan gambar rajah sinar untuk menentukan imej yang dibentuk oleh kanta cembung tersebut. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: setiap sinar yang anda lukis (dari mana ia bermula, melalui titik mana dan ke mana ia pergi selepas kanta, serta arah anak panah) dan imej yang terbentuk (kedudukan, keadaan, saiz dan label))*
2 marks
c
Nyatakan satu ciri imej yang dibentuk oleh kanta cembung dalam Rajah 9.
1 marks
d
Kanta cembung mempunyai banyak kegunaan dalam peralatan optik. Anda telah dibekalkan dua kanta cembung yang berbeza ketebalan, dua keping kertas hitam dan pita pelekat. Lakarkan reka bentuk sebuah teleskop dengan menggunakan bahan-bahan tersebut dalam ruang yang disediakan. Labelkan rajah anda, dan terangkan secara ringkas hasil reka cipta anda. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk teleskop anda, kedudukan setiap bahan (kanta dan kertas hitam), label-label pada rajah, serta penerangan ringkas)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan struktur bagi buah kelapa sawit.
a
Berdasarkan kepada Rajah 10.1, struktur yang manakah akan menghasilkan minyak kelapa sawit yang berkualiti tinggi?
1 marks
b
Rajah 10.2 di bawah menunjukkan carta alir proses pengekstrakan minyak kelapa sawit.
Tandan buah kelapa sawit → Pensterilan → **M** → Pencernaan → Pengekstrakan → Penurasan → Penulenan
Rajah 10.2
Berdasarkan kepada Rajah 10.2, apakah yang berlaku pada proses **M**?
1 marks
c
Minyak kelapa sawit merupakan antara komoditi eksport utama negara Malaysia ke luar disebabkan khasiat yang terkandung di dalamnya. Nyatakan dua kelebihan minyak kelapa sawit dari segi kandungan nutrisinya.
2 marks
d
Dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan, lengkapkan langkah-langkah untuk menghasilkan sabun dalam makmal sekolah.
- Larutan natrium hidroksida pekat 5 mol dm^-3^
- Minyak sawit
- Natrium klorida
- Air suling
i. …………
ii. …………
iii. …………
iv. Baki turasan dibilas dengan air suling dan dikeringkan. Hasil turasan tersebut digoncang di dalam tabung uji berisi sedikit air. Pemerhatian dicatatkan.
*(Tulis jawapan anda: langkah i, ii dan iii)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji pernyataan di bawah.
> Sebuah lori mengambil masa yang lebih lama untuk berhenti berbanding dengan sebuah kereta.
Berdasarkan kepada pernyataan di atas, rancang satu eksperimen dalam makmal untuk mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Pernyataan masalah
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Faktor yang perlu diubah
1 marks
c(ii)
Faktor yang perlu dikawal
1 marks
d
Lakaran susunan radas yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bagaimana ia disusun, dan label-label pada lakaran anda)*
3 marks
e
Penjadualan data *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: lajur-lajur jadual anda (dengan unit) dan nilai-nilai yang diisi)*
1 marks
f
Dua langkah berjaga-jaga
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Rajah 11 menunjukkan graf lengkung pertumbuhan manusia.
a
Nyatakan dua faktor yang boleh mempengaruhi kadar pertumbuhan manusia.
2 marks
b
Berdasarkan kepada Rajah 11.1, terangkan mengenai kadar pertumbuhan perempuan pada peringkat awal remaja.
2 marks
c
Pola pertumbuhan manusia dibahagikan kepada lima peringkat; peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.
Huraikan mengenai pola pertumbuhan manusia pada peringkat kanak-kanak dan peringkat tua.
4 marks
d
Rajah 11.2 menunjukkan seekor zirafah sedang meminum air.
Wajarkan postur zirafah tersebut.
4 marks
1312 marks
Kadar pengeluaran makanan dipertingkatkan dari semasa ke semasa sejajar dengan kehendak populasi dunia yang kian bertambah. Perkembangan teknologi di dalam sektor pengeluaran makanan dipergiatkan bagi menampung keperluan bekalan makanan dunia.
a
Nyatakan dua kaedah yang dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran makanan.
2 marks
b
Berikan satu kebaikan bagi setiap kaedah yang dinyatakan dalam 13(a).
2 marks
c
Proses penghapusan perosak tanaman memainkan peranan penting dalam usaha menjaga kualiti dan kuantiti pengeluaran hasil makanan. Rajah 12 menunjukkan dua cara yang digunakan untuk mengawal perosak tanaman dalam industri kelapa sawit di Malaysia.
Anda merupakan seorang pengurus ladang kelapa sawit. Berdasarkan Rajah 12, pilih kaedah yang lebih sesuai untuk mengawal perosak tanaman dan seterusnya meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran kelapa sawit di ladang anda. Wajarkan pilihan anda.
4 marks
d
Jadual 4 menunjukkan dua teknologi pemprosesan makanan.
| Teknologi | |
|---|---|
| Pempasteuran | Pendinginan |
Jadual 4
Pada pendapat anda, kaedah yang mana lebih baik untuk mengekalkan kesegaran susu bagi tempoh yang lebih panjang? Wajarkan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open