Rajah 1.1 menunjukkan eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan murid untuk mengkaji kesan pengaratan terhadap paku keluli dan paku besi.
a
Apakah pemerhatian yang boleh dibuat berdasarkan eksperimen di atas?
1 marks
b
Nyatakan satu inferens berdasarkan pemerhatian di (a).
1 marks
c
Bagaimanakah mengawal faktor yang diubah berdasarkan eksperimen ini?
1 marks
d
Apakah faktor yang ditetapkan bagi eksperimen ini?
1 marks
e
Rajah 1.2 menunjukkan keadaan pagar besi di rumah Encik Azman setelah 10 tahun digunakan.
Cadangkan langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini.
1 marks
25 marks
Adam dan rakan-rakannya menjalani eksperimen untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria. Diameter koloni bakteria yang tumbuh pada permukaan agar-agar nutrien diukur dan dicatat pada Jadual 2.
| Suhu (°C) | Diameter koloni bakteria (cm) |
|---|---|
| 5 | 0.5 |
| 20 | 2.0 |
| 40 | 6.5 |
| 50 | 5.5 |
| 70 | 1.6 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, plotkan graf diameter koloni bakteria melawan suhu.
(Kertas graf disediakan: paksi-y "Diameter koloni bakteria (cm)" dari 0 hingga 7; paksi-x "Suhu (°C)" dari 0 hingga 70, berselang 10.)
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot dan cara titik-titik itu disambungkan.)*
2 marks
b
Nyatakan hubungan di antara diameter koloni bakteria dan suhu.
1 marks
c
Ramalkan diameter koloni bakteria pada suhu 80 °C.
1 marks
d
Rajah 2 menunjukkan pernyataan seorang pelanggan Anis.
> "Kek yang dihantar melalui kurier akan berbau dan berkulat sekiranya tidak dibungkus dengan sempurna."
Berdasarkan data pada Jadual 2, wajarkan pernyataan ini.
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 dan 3.2 menunjukkan keputusan eksperimen penghasilan tenaga elektrik melalui sel kimia ringkas.
a
Apakah bacaan voltan pada Rajah 3.1?
1 marks
b
Nyatakan satu inferens berdasarkan keputusan eksperimen yang ditunjukkan pada Rajah 3.2.
1 marks
c
Nyatakan pemboleh ubah manipulasi berdasarkan eksperimen ini.
1 marks
d
Nyatakan definisi secara operasi bagi sel kimia.
1 marks
e
Rajah 3.3 menunjukkan pernyataan seorang pelajar daripada kelas yang sama.
> "Arus elektrik juga terhasil apabila asid sulfurik digantikan dengan jus lemon."
Berikan alasan untuk menyokong pernyataan ini.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid untuk mengkaji Prinsip *Bernoulli* menggunakan tiub Venturi.
Berdasarkan Rajah 4.1, nyatakan pemboleh ubah:
a(i)
Manipulasi:
1 marks
a(ii)
Bergerak balas:
1 marks
b
Nyatakan satu hipotesis berdasarkan eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan satu sebab mengapa aras air di Q lebih rendah berbanding P.
1 marks
d
Murid tersebut meneruskan eksperimen dengan menggunakan tiub Venturi seperti Rajah 4.2.
Berdasarkan Rajah 4.2, mengapakah terdapat perbezaan keputusan eksperimen berbanding Rajah 4.1?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan tindak balas di antara 0.5 g pita magnesium dengan asid hidroklorik cair sehingga lengkap dalam masa 30 saat.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kadar tindak balas?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 5.1, apakah yang berlaku kepada bahan tindak balas?
1 marks
c
Hitung kadar tindak balas pada Rajah 5.1.
> Kadar tindak balas = Perubahan bahan tindak balas / masa
2 marks
d
Rajah 5.2 menunjukkan dua jenis tindak balas yang berlaku dalam kehidupan harian.
Banding bezakan di antara kedua-dua tindak balas ini.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan makanan yang mengandungi sejenis lemak.
a
Apakah unsur yang terdapat dalam lemak?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 6.1, nyatakan ciri lemak tersebut.
1 marks
c
Seorang remaja sentiasa mengambil makanan pada Rajah 6.1 dalam menu pemakanan hariannya. Nyatakan dua kesan pengambilan makanan dalam Rajah 6.1 secara berlebihan dalam tempoh masa yang panjang kepada kesihatan.
2 marks
d
Rajah 6.2 adalah contoh makanan yang terjual di pasaran tempatan.
Puan Rosnah menjadikan makanan ini sebagai amalan pemakanan hariannya. Wajarkan.
2 marks
76 marks
Alat pemadam kebakaran ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengawal atau memadamkan kebakaran.
a
Nyatakan satu maklumat yang perlu dicatatkan semasa menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah.
1 marks
b
Rajah 7.1 menunjukkan satu alat pemadam kebakaran.
Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan dua kelebihan penggunaan alat tersebut dalam menyelamatkan mangsa kebakaran.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan dua jenis alat pemadam kebakaran.
Banding bezakan kedua-dua alat pemadam kebakaran tersebut.
2 marks
d
Kebakaran yang tercetus akibat litar pintas tidak dapat dipadamkan dengan menggunakan alat pemadam kebakaran jenis air. Wajarkan pernyataan ini.
1 marks
86 marks
Satelit merupakan satu objek yang mengorbit planet atau bintang. Bulan pula merupakan satelit semulajadi yang mengorbit Bumi.
a
Namakan satu cara untuk menempatkan satelit buatan manusia dengan menggunakan kenderaan pelancar.
1 marks
b
Rajah 8 menunjukkan sejenis kenderaan pelancar.
Setelah melakukan beberapa kajian, Negara A telah bersetuju menggunakan jenis kenderaan pelancar pada Rajah 8 untuk menghantar satelit negara mereka ke angkasa lepas. Terangkan kelebihan penggunaan kenderaan pelancar ini.
2 marks
c
Jadual 8 menunjukkan kaedah yang boleh digunakan oleh seorang penghantar makanan untuk menghantar pesanan kepada pelanggannya menggunakan kereta.
| Perkara | Penggunaan peta bercetak | Penggunaan teknologi GPS |
|---|---|---|
| Diterima pembeli | ya | Ya |
| Kos bahan api | tinggi | rendah |
| Risiko makanan rosak | ada | Tiada |
| Kualiti makanan diterima | menurun | baik |
| Tempoh penghantaran | lambat | cepat |
Jadual 8
Berdasarkan Jadual 8, banding bezakan penggunaan peta bercetak dan teknologi GPS ketika menghantar makanan kepada pelanggan.
2 marks
d
Kaji pernyataan berikut:
> "Teknologi 5G menjadi pemacu utama ekonomi digital"
Wajarkan penggunaan teknologi di atas kepada peniaga atas talian.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan rajah sinar yang tidak lengkap bagi suatu peralatan optik.
a
Namakan peralatan optik tersebut.
1 marks
b
Lengkapkan rajah sinar pada Rajah 9.1 untuk menunjukkan penghasilan imej akhir.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: garisan yang anda tambah atau sambung dan di mana imej akhir dilukis.)*
1 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan dua peralatan optik.
Banding bezakan kedua-dua alatan optik tersebut.
2 marks
d
Bina satu kanta air menggunakan bahan-bahan di bawah.
- Dawai besi
- Botol plastik
- Air
- Gam panas
- Batang aiskrim
- Pisau
Terangkan fungsi bahan yang digunakan.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana bahan-bahan disusun dan dilabel, kemudian terangkan fungsi setiap bahan.)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sejenis tumbuhan berkayu.
a
Berdasarkan Rajah 10.1, namakan jenis sokongan tambahan pada tumbuhan ini.
1 marks
b
Nyatakan satu ciri sokongan tambahan di atas.
1 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan seorang pemuda mengukur ukur lilit dua batang pokok.
Sekiranya ribut melanda, pokok manakah yang tidak mudah tumbang? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Tumbuhan tidak berkayu seperti kacang panjang mempunyai batang yang lembut dan akan layu jika kekurangan air. Rajah 10.3 menunjukkan bahan yang dibekalkan untuk memberikan sokongan tambahan.
- 10 batang ranting kayu sama panjang
- Tali
- Pisau
Berdasarkan Rajah 10.3, tuliskan langkah-langkah menyediakan sokongan tambahan bagi pokok kacang panjang.
1. Tajamkan ranting kayu menggunakan pisau.
2. …
3. …
4. …
*(Tulis jawapan anda: langkah 2, 3 dan 4.)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Chef Amirul membuat persediaan hidangan kepada pelanggan di restorannya. Beliau telah menyediakan buah-buahan potong kepada pelanggannya. Seorang rakannya mencadangkan agar buah-buahan tersebut direndamkan dengan dua bahan supaya ianya kekal segar. Selepas 1 jam rendaman dilakukan, pemerhatian adalah seperti berikut:
Berdasarkan situasi ini, anda diminta merancang satu eksperimen untuk mengkaji pengoksidaan makanan dengan menggunakan hirisan epal, cuka, air suling dan radas lain di makmal. Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
i
Pernyataan masalah
1 marks
ii
Pemboleh ubah manipulasi
1 marks
iii
Faktor yang diperhatikan dan cara mengawalnya
2 marks
iv
Radas dan bahan
1 marks
v
Kaedah / prosedur
4 marks
vi
Langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan keputusan yang adil
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Penggunaan barangan daripada plastik sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia hari ini. Namun bahan plastik ini boleh membentuk mikroplastik. Apakah mikroplastik dan nyatakan satu jenis plastik.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan rantaian mikroplastik dalam alam sekitar.
Berdasarkan Rajah 12.1, terangkan bagaimana mikroplastik boleh menjejaskan kesihatan manusia.
2 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan dua bahan yang boleh digunakan untuk membungkus barangan.
Sebagai seorang pengusaha sebuah kafe, pilih bahan yang lebih sesuai digunakan untuk membungkus produk makanan di premis perniagaan anda. Wajarkan pilihan anda.
4 marks
d
Rajah 12.3 menunjukkan keratan akhbar Berita Harian Online pada 2 Januari 2020.
> KUALA LUMPUR: Penghasilan sampah harian dalam kalangan rakyat di negara ini mencatat peningkatan 100.75 peratus kepada 38,142 tan pada tahun 2018, berbanding 19,000 tan pada 2005.
>
> Berdasarkan angka dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), seorang rakyat dianggar menghasilkan 1.17 kilogram (kg) sampah sehari pada 2018, berbanding 0.8kg (2005).
>
> Berdasarkan laporan sama, peratusan sisa plastik direkodkan meningkat 20 peratus pada 2018, berbanding 44.5 peratus daripada keseluruhan sampah adalah sisa makanan, manakala sisa plastik (13.2 peratus) dan lampin pakai buang (12.1 peratus), pada 2005.
Pelbagai program dan kempen telah dilaksanakan bagi tujuan mengurangkan pembuangan sisa pepejal di dalam negara. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan peningkatan peratusan pembuangan sisa di negara kita dan jelaskan langkah untuk menangani masalah ini dalam jangkamasa yang panjang.
4 marks
1312 marks
a
Pelbagai jenis sistem terdapat di dalam badan manusia dan salah satunya ialah sistem endokrin. Nyatakan maksud sistem endokrin.
2 marks
b
Rajah 13.1 menunjukkan carta alir sistem endokrin.
> Kelenjar endokrin —(Bahan X)→ Salur darah —(Bahan X)→ Organ-organ sasaran
Apakah bahan X dan nyatakan cirinya.
2 marks
c
Rajah 13.2 menunjukkan contoh kelenjar endokrin P dan Q.
Banding bezakan kelenjar P dan Q.
Jelaskan kesan kepada individu sekiranya kelenjar Q tidak berfungsi.
4 marks
d
Rajah 13.3 menunjukkan maklumat berkaitan dengan penyakit akibat kegagalan pankreas berfungsi dengan baik.
> **3.9 juta** (According to 2 sources)
>
> PUTRAJAYA: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menganggarkan **3.9 juta** atau 18.3 peratus penduduk berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes, meningkat ketara berbanding 13.4 peratus pada 2015 dan 11.2 peratus (2011). — *Jumlah pesakit diabetes me…* (bharian.com.my)
>
> Laporan ini turut menunjukkan bahawa satu dalam lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan **3.9 juta** penduduk Malaysia. — *Hampir 4 juta penduduk Mal…* (mstar.com.my)
Jelaskan langkah yang boleh dilakukan oleh individu agar pankreas dapat berfungsi dengan baik dalam tempoh yang lama.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open