Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji kekuatan tulang padat dan tulang berongga menggunakan dua jenis rod kaca. Set M menggunakan empat batang rod kaca padat manakala Set N menggunakan empat batang rod kaca berongga.
Rajah 1 menunjukkan bilangan maksimum pemberat 200 g yang dapat disokong oleh kedua-dua jenis rod kaca sebelum patah.
a(i)
Berdasarkan Rajah 1, nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** sebab bagi jawapan anda di 1(a)(i).
1 marks
Berdasarkan eksperimen,
b(i)
nyatakan **satu** pemboleh ubah yang dimalarkan.
1 marks
b(ii)
nyatakan **satu** cara mengawal pemboleh ubah yang dinyatakan di (b)(i).
1 marks
c
Berikut merupakan satu pernyataan berkaitan dengan eksperimen tersebut.
> Penggunaan rangka besi berongga membantu basikal menjadi lebih tahan lasak dan mudah bergerak
Berdasarkan Rajah 1, nyatakan bagaimana anda boleh membuktikan pernyataan tersebut adalah benar.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji masa yang diambil untuk bulu pelepah jatuh bebas dan bukan jatuh bebas.
Keputusan eksperimen direkodkan dalam Jadual 2.
a(i)
Rekodkan masa yang diambil untuk bulu pelepah jatuh ke atas penutup getah bagi tiub silinder Q di dalam Jadual 2.
| Tiub silinder | Kehadiran udara | Masa yang diambil untuk bulu pelepah jatuh ke atas penutup getah (s) |
|---|---|---|
| P | Ada | 10 |
| Q | Tiada | …… |
*(Tulis jawapan anda: bacaan jam randik bagi tiub silinder Q dalam saat)*
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Jadual 2, lukis graf bar untuk menunjukkan hubungan antara masa yang diambil untuk bulu pelepah jatuh ke atas penutup getah dengan kehadiran udara.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Masa yang diambil untuk bulu pelepah jatuh ke atas penutup getah (s), 0 hingga 12 (selang 2); paksi mengufuk — Kehadiran udara: Ada, Tiada. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bilangan palang, kedudukan dan ketinggian setiap palang, dan kelebaran palang-palang itu)*
2 marks
b
Nyatakan hubungan antara kehadiran udara dengan masa yang diambil oleh bulu pelepah jatuh ke atas penutup getah.
1 marks
c
Kaji pernyataan di bawah.
> Rintangan udara menyebabkan objek mengalami bukan jatuh bebas.
Berdasarkan Jadual 2, buktikan pernyataan di atas.
1 marks
35 marks
Satu eksperimen bagi mengkaji kesan kekurangan nutrien ke atas pertumbuhan anak benih kacang. Rajah 3 menunjukkan keadaan anak benih kacang selepas dibiarkan selama dua minggu.
a
Berdasarkan Rajah 3, tulis **satu** pemerhatian pada panjang akar anak benih dalam kedua-dua tabung uji.
1 marks
b
Nyatakan hubungan antara jenis larutan kultur dengan panjang akar anak benih.
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 3, nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan bagi eksperimen ini, dan cara anda mengawal pemboleh ubah tersebut semasa menjalankan eksperimen.
Pemboleh ubah yang dimalarkan: …
Cara mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan: …
2 marks
d
Seorang petani mendapati pertumbuhan bagi pokok jagung yang ditanamnya adalah lebih perlahan dari jangkaan. Untuk menyelesaikan masalah ini, beliau telah menambahkan baja fosforus dalam tanamannya.
Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan dalam Rajah 3, buktikan bahawa tindakan petani itu akan menyelesaikan masalah tersebut.
1 marks
45 marks
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria.
Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen selepas 3 hari.
| Kepekatan antibiotik (%) | Diameter kawasan jernih (mm) |
|---|---|
| 10 | 0.2 |
| 20 | 0.4 |
| 30 | …… |
| 40 | 0.8 |
Jadual 4
Berdasarkan keputusan di dalam Jadual 4,
a
nyatakan **satu** cara untuk mengawal pemboleh ubah yang dimanipulasikan.
1 marks
b
nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
c
nyatakan definisi secara operasi bagi antibiotik berdasarkan apa yang dilakukan dan apa yang diperhatikan dalam eksperimen ini.
1 marks
d
ramalkan diameter kawasan jernih (mm) bagi kepekatan antibiotik 30%.
1 marks
e
Kaji pernyataan di bawah.
> Seorang wanita mengalami sakit tekak akibat jangkitan bakteria dan doktor memberikan antibiotik kepadanya untuk dihabiskan dalam tempoh satu minggu. Berikut ialah tindakan dan apa yang berlaku kepada wanita tersebut.
>
> **Hari pertama**: Mengambil antibiotik mengikut dos yang ditetapkan.
>
> **Hari ketiga**: Berhenti mengambil antibiotik kerana berasa lebih sihat.
>
> **Hari kelima**: Mengalami sakit tekak kembali dan menjadi lebih teruk.
Dengan menggunakan maklumat dalam Jadual 4, buktikan bahawa tindakan wanita tersebut menghentikan pengambilan ubat pada hari ketiga menyebabkan simptom sakit tekak kembali menyerang dengan lebih teruk pada hari kelima.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan pembentukan aloi melalui suatu proses W.
a
Nyatakan **satu** contoh aloi.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 5, nyatakan proses W.
1 marks
c
Sebuah kilang ingin menghasilkan sudu dan garpu menggunakan bahan Q.
Nyatakan **dua** sifat bahan Q yang menjadikannya lebih sesuai digunakan berbanding bahan P.
2 marks
Berdasarkan Rajah 5, nyatakan:
d(i)
bilangan jenis atom bagi logam P dan logam Q.
1 marks
d(ii)
kekerasan logam P berbanding logam Q.
1 marks
66 marks
Isotop ialah atom-atom bagi unsur yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor neutron yang berbeza. Jadual 6 menunjukkan contoh isotop bagi unsur uranium.
| Isotop | Nombor proton | Nombor neutron |
|---|---|---|
| Uranium-234 | 92 | 142 |
| Uranium-235 | 92 | 143 |
| M | 92 | 146 |
Jadual 6
a
Nyatakan maksud nombor proton.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 6, nyatakan isotop M.
1 marks
c
Sebuah stesen jana kuasa nuklear menggunakan isotop Uranium-235 sebagai bahan api.
Cadangkan **satu** langkah keselamatan yang perlu diamalkan oleh pekerja ketika mengendalikan bahan radioaktif dan terangkan bagaimana langkah tersebut dapat mengurangkan pendedahan kepada sinaran radioaktif.
2 marks
d
Berdasarkan Jadual 6, banding dan bezakan isotop uranium-235 dan M dari aspek nombor proton dan nombor neutron.
Persamaan: …
Perbezaan: …
2 marks
76 marks
Rajah 7 menunjukkan graf kesan hormon adrenalina yang dirembeskan dalam sistem endokrin terhadap kadar metabolisme badan.
a
Nyatakan **satu** kelenjar dalam sistem endokrin manusia.
1 marks
b
Peningkatan hormon adrenalina boleh berlaku disebabkan oleh rangsangan dari faktor persekitaran. Nyatakan **satu** contoh situasi persekitaran yang boleh meningkatkan rembesan hormon ini.
1 marks
c
Berdasarkan graf dalam Rajah 7, nyatakan pola perubahan kadar metabolisme badan apabila kepekatan adrenalina meningkat. Jelaskan mengapa keadaan ini berlaku.
2 marks
d
Seorang lelaki sering berasa letih, mengalami pertambahan berat badan secara mendadak, dan mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Hasil pemeriksaan menunjukkan dia mengalami hipotiroidisme.
Rakannya mencadangkan dia mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan iodin, seperti makanan laut, dalam diet hariannya. Wajarkan cadangan rakan beliau.
2 marks
86 marks
Rajah 8 menunjukkan bilah kipas pada dua dron yang berbeza, model K dan L.
a
Nyatakan prinsip yang diaplikasikan.
1 marks
b
Cadangkan **satu** cara yang perlu dilakukan jika seorang murid ingin merendahkan kedudukan dron yang sedang terbang.
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 8, bandingkan halaju udara di bahagian atas dan bawah bilah kipas bagi dron K dan L.
Atas bilah: …
Bawah bilah: …
2 marks
d
Seorang penyelamat memilih dron L untuk menghantar bekalan ubat-ubatan ke kawasan bencana. Wajarkan pilihan beliau berdasarkan aspek bilangan bilah kipas dan kestabilan dron tersebut.
2 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan dua contoh ubat yang digunakan untuk merawat penyakit.
a
Nyatakan **satu** ciri kaedah perubatan yang menggunakan bahan T untuk merawat penyakit.
1 marks
b
Seorang lelaki telah mengambil ubat S secara berterusan tanpa nasihat doktor. Nyatakan **satu** kesan tindakan tersebut terhadap kesihatannya.
1 marks
c
Kaji pernyataan di bawah.
> Pengambilan vitamin C dalam bentuk pil adalah lebih baik berbanding pengambilan vitamin C daripada buah-buahan.
Wajarkan pernyataan di atas.
2 marks
d
Halia mengandungi bahan aktif seperti *gingerol* yang sangat efektif untuk melancarkan pencernaan dan melegakan perut kembung.
Anda dikehendaki menyediakan air minuman untuk menghilangkan angin di dalam badan menggunakan bahan-bahan berikut:
1. Air
2. Halia
3. Pisau
4. Periuk
Tuliskan langkah-langkah untuk menyediakan minuman tersebut.
1. Basuh halia dengan bersih.
2. …
3. …
4. …
5. Sejukkan dan sedia untuk diminum.
*(Tulis jawapan anda: langkah 2, 3 dan 4)*
3 marks
107 marks
Rajah 10 menunjukkan situasi lambakan bahan sisa seperti peralatan plastik dan perabot yang lama di sebuah kawasan perumahan. Bagi menangani masalah ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Penduduk telah mencadangkan dua kaedah kitaran hayat pengurusan sisa yang berbeza.
a
Nyatakan kitaran hayat pengurusan sisa yang diwakili oleh kaedah Y.
1 marks
b
Tayar buruk merupakan antara sisa yang terdapat dalam lambakan bahan sisa di kawasan perumahan tersebut. Cadangkan **satu** pengubahsuaian yang boleh dilakukan terhadap tayar buruk supaya dapat digunakan di kawasan flat agar lebih cantik dan ceria.
1 marks
c
Sebahagian penduduk flat kediaman memilih untuk menguruskan sisa tersebut menggunakan Kaedah X berbanding Kaedah Y. Nyatakan dua kesan negatif tindakan tersebut terhadap kesihatan manusia dan kelestarian alam sekitar.
2 marks
d
Satu pertandingan rekacipta dari botol plastik telah dilancarkan oleh Ahli jawatankuasa penduduk di kawasan tersebut. Sebagai salah seorang peserta pertandingan, hasilkan sebuah rekaan dari bahan sisa yang disenaraikan.
Lakar dan labelkan rekacipta anda. Nyatakan fungsi kain perca dalam rekaan tersebut.
Lakaran berlabel: …
Fungsi kain perca: … *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bentuk rekaan anda, bagaimana bahan-bahan disusun, dan label setiap bahan; kemudian nyatakan fungsi kain perca)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Dua orang murid sedang bermain gasing yang sama saiz. Mereka memutarkan gasing pada masa yang sama dan mengenakan daya yang sama. Rajah 11 menunjukkan keadaan kedua-dua gasing tersebut selepas 30 saat.
Berdasarkan pernyataan di atas, rancang satu eksperimen di dalam makmal untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi inersia dengan menggunakan bilah gergaji, plastisin serta alat radas dan bahan-bahan yang lain.
Perancangan tersebut perlu mengandungi kriteria berikut:
a
Tujuan eksperimen
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah yang dimanipulasikan
1 marks
c(ii)
Cara mengawal pemboleh ubah yang dimanipulasikan
1 marks
d
Lukisan susunan alat radas yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: susunan radas (bagaimana bilah gergaji dipasang dan di mana plastisin diletakkan) dan semua label radas/bahan)*
3 marks
e
Penjadualan data *(Huraikan jadual anda dalam perkataan: tajuk setiap lajur dengan unit, dan nilai-nilai yang anda tulis)*
2 marks
f
Langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan keputusan yang jitu
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Gen ialah unit asas pewarisan yang terdapat pada kromosom. Pasangan gen yang berada pada kedudukan yang sama pada kromosom homolog dikenali sebagai alel.
a
Nyatakan dua jenis alel.
2 marks
Inovasi dalam teknologi kejuruteraan genetik telah mencapai kemajuan dalam penghasilan hormon pertumbuhan manusia berbanding kaedah tradisional seperti dalam Rajah 12.
b(i)
Berdasarkan Jadual 12,
nyatakan DNA T yang terhasil dari proses tersebut dan proses penghasilannya.
2 marks
b(ii)
banding dan bezakan kaedah penghasilan hormon secara tradisional dan secara teknologi kejuruteraan genetik.
4 marks
c
Penghasilan Organisma Termodifikasi Genetik (GMO) merupakan satu lagi inovasi dalam teknologi kejuruteraan genetik.
Tanaman jagung di negara M telah diserang oleh serangga perosak sehingga menyebabkan petani mengalami kerugian yang sangat besar. Wajarkan penggunaan biji benih GMO bagi mengurangkan risiko kerugian pada masa akan datang.
4 marks
1312 marks
Teknologi pemprosesan makanan sentiasa berkembang dan boleh membantu kita menikmati produk makanan yang pelbagai.
a
Nyatakan **dua** contoh perisa semula jadi yang ditambah semasa pemprosesan makanan.
2 marks
Rajah 13.1 menunjukkan dua kaedah pemprosesan buah anggur sebelum dipasarkan.
b(i)
Nyatakan dua jenis sinaran yang boleh digunakan dalam Kaedah R.
2 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 13.1, nyatakan **satu** perbezaan keadaan anggur pada hari ke-50 bagi anggur yang diproses melalui Kaedah R dan Kaedah S. Jelaskan jawapan anda.
4 marks
c
Rajah 13.2 menunjukkan teknologi pemprosesan susu P dan susu Q.
Nyatakan kebaikan dan kelemahan teknologi pemprosesan untuk menghasilkan susu P berbanding Q.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open