Murid Tingkatan 4 menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi dalam keadaan rehat.
Jadual 1 menunjukkan bacaan kadar denyutan nadi bagi murid tersebut.
| Jantina | Umur (tahun) | Kadar denyutan nadi (bpm) |
|---|---|---|
| Lelaki | 16 | 65 |
| Perempuan | 16 | 80 |
Jadual 1
a(i)
Berdasarkan data dalam Jadual 1, lukiskan carta bar bagi kadar denyutan nadi melawan jantina.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Kadar denyutan nadi (bpm), 0 hingga 100 (selang 10); paksi mengufuk — Jantina, dengan kedudukan Perempuan (kiri) dan Lelaki (kanan). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: ketinggian bar bagi setiap jantina (nilai kadar denyutan nadi) dan bentuk serta lebar bar-bar itu)*
2 marks
a(ii)
Berdasarkan graf soalan 1(a)(i), nyatakan hubungan di antara jantina dengan kadar denyutan nadi.
1 marks
b
Nyatakan faktor yang dikawal dalam eksperimen ini.
1 marks
c
Kaji pernyataan berikut.
> Lelaki mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi daripada perempuan
Berdasarkan data dalam Jadual 1, buktikan bahawa pernyataan itu salah.
1 marks
25 marks
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan cahaya terhadap pertumbuhan bakteria. Kultur bakteria yang sama dilumurkan ke atas agar-agar nutrien dan diletakkan pada dua tempat yang berbeza selama 48 jam.
Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 2.
a
Berdasarkan Jadual 2, berapakah bilangan koloni bakteria di atas agar-agar nutrien yang diletakkan di bawah cahaya?
1 marks
b
Berdasarkan pemerhatian dalam Jadual 2, nyatakan **satu** inferens.
1 marks
c
Ramalkan bilangan koloni bakteria jika set A dititiskan dengan asid hidroklorik cair di atas agar-agar nutrien.
1 marks
d
Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasi dalam eksperimen ini.
1 marks
e
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan eksperimen ini.
1 marks
35 marks
Rajah 1 menunjukkan model meja yang digunakan oleh sekumpulan murid dalam suatu eksperimen. Buku teks diletakkan satu demi satu ke atas model meja tersebut sehingga silinder bengkok.
Jadual 3.1 menunjukkan keputusan eksperimen.
| Jenis silinder | Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder |
|---|---|
| Berongga | 30 |
| Padat | 15 |
Jadual 3.1
a
Nyatakan tujuan eksperimen ini.
1 marks
Berdasarkan Jadual 3.1, nyatakan
b(i)
pemboleh ubah bergerak balas
1 marks
b(ii)
**satu** cara bagaimana anda mengawal pemboleh ubah bergerak balas.
1 marks
c
Nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini.
1 marks
d
Jadual 3.2 menunjukkan keputusan eksperimen yang diperolehi daripada satu kumpulan murid yang lain.
| Jenis silinder | Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder |
|---|---|
| Berongga | 24 |
| Padat | 32 |
Jadual 3.2
Apakah kesilapan yang mungkin dilakukan oleh mereka semasa menjalankan eksperimen?
1 marks
45 marks
Seorang murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan makronutrien terhadap pertumbuhan anak benih jagung.
Rajah 2 menunjukkan keputusan eksperimen yang diperoleh selepas dua minggu.
a
Nyatakan pemerhatian anda pada saiz daun anak benih jagung dalam larutan kultur tanpa nitrogen.
1 marks
b
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Warna daun pada bahagian bawah anak benih jagung berbeza.
Kelaskan **daun berwarna hijau tua** dan **daun berwarna hijau pucat** dalam Jadual 4.
| Larutan kultur lengkap | Larutan kultur tanpa nitrogen |
|---|---|
| | |
Jadual 4 *(Tulis jawapan anda: warna daun bagi setiap larutan, contohnya "Larutan kultur lengkap – …; Larutan kultur tanpa nitrogen – …")*
1 marks
d
Berdasarkan eksperimen dalam Rajah 2, nyatakan definisi secara operasi bagi larutan kultur lengkap dari aspek yang diperhatikan dan dilakukan.
1 marks
e
Pernyataan berikut menunjukkan kesimpulan bagi eksperimen itu.
> Kesimpulan : Kekurangan makronutrien merencatkan pertumbuhan tumbuhan
Berdasarkan Rajah 2, nyatakan **satu** bukti yang menunjukkan kesimpulan tersebut adalah tepat.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Jadual 5 menunjukkan jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh kenderaan di Malaysia.
| Tahun | Jumlah kenderaan | Jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan (tan) |
|---|---|---|
| 2015 | 26 301 952 | 120 988 979 |
| 2018 | 29 956 525 | 137 800 015 |
| 2020 | 32 378 174 | 140 939 600 |
(Sumber: UKM & JPJ)
Jadual 5
a
Nyatakan **satu** contoh gas lain yang dibebaskan oleh kenderaan.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 5, nyatakan **satu** faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kenderaan.
1 marks
c
Nyatakan **dua** aplikasi Teknologi Hijau dalam sektor pengangkutan yang boleh mengurangkan jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan.
2 marks
d
Berdasarkan Jadual 5, nyatakan **satu** pola jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan mengikut tahun dan kesannya terhadap alam sekitar.
2 marks
66 marks
Rajah 3 menunjukkan dua jenis perubatan untuk menyembuhkan penyakit.
a
Nyatakan jenis perubatan X.
1 marks
b
Mengapakah sesetengah masyarakat memilih perubatan Y untuk merawat penyakit?
1 marks
c
Amir mengalami luka kecil pada tangannya semasa berkebun.
Antara perubatan X dan perubatan Y, yang manakah lebih sesuai digunakannya? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Seorang pesakit menggunakan perubatan X dan perubatan Y serentak tanpa nasihat doktor.
Terangkan kesan terhadap pesakit tersebut.
2 marks
76 marks
Rajah 4 menunjukkan dua jenis lemak yang digunakan oleh seorang suri rumah untuk memasak.
a
Nyatakan **satu** unsur yang terkandung dalam lemak.
1 marks
b
Suri rumah tersebut ingin menukar jenis minyak yang digunakan dalam masakan hariannya.
Cadangkan **satu** contoh minyak lain yang lebih sihat dan terangkan bagaimana penggunaannya dapat mengelakkan risiko penyakit jantung.
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 4, nyatakan **satu** persamaan dan **satu** perbezaan antara kedua-dua jenis lemak tersebut.
2 marks
d
Seorang lelaki mengalami masalah aterosklerosis. Doktor menasihatinya untuk mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan.
Wajarkan nasihat doktor tersebut.
1 marks
86 marks
Rajah 5 menunjukkan satu kaedah bantuan kecemasan yang dilakukan kepada mangsa yang mengalami serangan jantung dan tiada denyutan nadi.
a
Nyatakan jenis bantuan kecemasan yang diberikan.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 5, nyatakan **dua** tindakan awal yang perlu dilakukan sebelum memulakan tekanan dada.
2 marks
c
Seorang mangsa kemalangan pengsan tetapi masih ada denyutan nadi.
Adakah CPR perlu dilakukan kepada mangsa tersebut? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Semua murid sekolah menengah perlu mempelajari kaedah bantuan kecemasan. Wajarkan.
1 marks
97 marks
Rajah 6.1 menunjukkan kanta P dan kanta Q yang sama jenis.
Berdasarkan Rajah 6.1,
a(i)
apakah yang berlaku kepada sinar cahaya selepas melalui kanta-kanta tersebut?
1 marks
a(ii)
nyatakan **satu** contoh peralatan optik yang mengaplikasikan kanta tersebut supaya objek dapat dilihat dengan jelas.
1 marks
a(iii)
pilih kanta yang sesuai digunakan sebagai kanta mata bagi sebuah mikroskop. Jelaskan jawapan anda berdasarkan ciri imej yang terbentuk.
2 marks
Rajah 6.2 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk mereka bentuk model kanta pembesar.
b(i)
Lakarkan dan label model kanta pembesar anda dalam ruang yang disediakan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahan yang anda gunakan, bentuk dan susunan model, dan label-labelnya)*
2 marks
b(ii)
Terangkan fungsi air dalam model tersebut.
1 marks
107 marks
Rajah 7 menunjukkan sungai yang tercemar akibat pembuangan sisa industri dan sampah domestik.
a
Berdasarkan Rajah 7, nyatakan kesan pencemaran terhadap hidupan akuatik.
1 marks
b
Nyatakan **satu** langkah yang boleh dilakukan oleh penduduk untuk mengurangkan pencemaran tersebut.
1 marks
c
Penggunaan bebola lumpur mikroorganisma efektif merupakan aplikasi Teknologi Hijau untuk merawat air sungai yang tercemar.
Wajarkan.
2 marks
d
Anda dibekalkan dengan tanah, EM Bokashi, larutan mikroorganisma efektif dan besen.
Tuliskan langkah-langkah untuk menghasilkan bebola lumpur mikroorganisma efektif.
1. …
2. …
3. …
4. Simpan besen yang mengandungi bebola lumpur mikroorganisma efektif di tempat tanpa sinaran matahari atau angin kuat.
*(Tulis jawapan anda: langkah 1 hingga 3.)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 8 menunjukkan dua batang tiang lampu di tepi pantai yang diperbuat daripada bahan berbeza selepas setahun.
Berdasarkan situasi dalam Rajah 8, anda diminta menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji ketahanan terhadap kakisan bagi aloi dan logam tulen.
Anda diminta merancang satu eksperimen yang mengandungi:
a
Hipotesis
1 marks
b
Pemboleh ubah dimanipulasi dan cara mengawalnya
2 marks
c
Pemboleh ubah bergerak balas dan cara mengawalnya
2 marks
d
Senarai bahan dan radas
2 marks
e
Lakaran susunan radas dan bahan yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: radas dan bahan dalam lakaran anda, cara ia disusun, dan label-labelnya)*
2 marks
f
Langkah berjaga-jaga untuk memastikan penyiasatan yang adil
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Terdapat pelbagai jenis peralatan perlindungan diri dalam makmal.
Nyatakan **satu** contoh peralatan perlindungan diri dan fungsinya.
2 marks
Rajah 9.1 menunjukkan sejenis bahan sisa biologi.
b
Nyatakan langkah-langkah pengurusan bahan sisa tersebut mengikut Prosedur Operasi Standard (POS).
2 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan dua jenis alat pemadam kebakaran.
Berdasarkan Rajah 9.2, banding dan bezakan kedua-dua alat pemadam kebakaran tersebut.
Jelaskan apa yang akan berlaku sekiranya alat pemadam kebakaran P digunakan untuk memadamkan kebakaran yang berpunca daripada litar pintas.
4 marks
d
Kebakaran sering kali terjadi di kediaman sehingga memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa. Sebagai langkah berjaga-jaga, Puan Najihah telah menyediakan alat pemadam kebakaran ABC di kediamannya.
Wajarkan tindakan beliau.
4 marks
1312 marks
a
Nyatakan **dua** jenis orbit satelit.
2 marks
b
Rajah 10.1 menunjukkan altitud orbit satelit yang berbeza.
Satelit manakah yang mempunyai halaju paling tinggi? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
c
Rajah 10.2 menunjukkan dua jenis kenderaan pelancar yang digunakan untuk menghantar satelit ke angkasa lepas.
Banding dan bezakan kedua-dua kenderaan pelancar tersebut.
4 marks
d
Perkembangan pesat dalam teknologi angkasa lepas memberi kesan kepada peningkatan bahan buangan angkasa lepas.
Jelaskan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open