Rajah 1.1 menunjukkan luas kawasan jernih yang terhasil di sekeliling dua ceper kertas turas yang direndam dalam larutan antibiotik yang berbeza kepekatan.
Piring Petri tersebut disimpan di dalam almari gelap selama tiga hari pada suhu bilik.
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan
a(i)
pemboleh ubah dimalarkan
1 marks
a(ii)
cara mengawal pemboleh ubah yang dinyatakan di 1(a)(i).
1 marks
b
Nyatakan **satu** pemerhatian berdasarkan eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan hubungan di antara kepekatan antibiotik dengan pertumbuhan bakteria.
1 marks
d
Eksperimen diulang dengan menggunakan kepekatan antibiotik yang berlainan.
Rajah 1.2 menunjukkan hasil eksperimen tersebut.
Mengapakah luas kawasan jernih kelihatan lebih kecil?
1 marks
25 marks
Seorang murid tingkatan 4 telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji variasi bagi suatu trait kebolehan menggulung lidah dalam kalangan rakan-rakannya.
Rajah 2.1 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.
a
Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan.
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 2.1, lengkapkan Jadual 2 di bawah.
| Trait | Bilangan murid |
|---|---|
| Boleh menggulung lidah | …… |
| Tidak boleh menggulung lidah | …… |
Jadual 2
*(Tulis jawapan anda: bilangan murid bagi setiap trait)*
1 marks
c
Berdasarkan Jadual 2, lukis carta bar bilangan murid melawan kebolehan menggulung lidah.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Bilangan murid, 0 hingga 14 (selang 2); paksi mengufuk — Kebolehan menggulung lidah: "Boleh menggulung lidah" dan "Tidak boleh menggulung lidah". *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: ketinggian setiap bar (bilangan murid bagi setiap trait) dan lebar bar-bar tersebut)*
2 marks
d
Rajah 2.2 menunjukkan graf keputusan eksperimen bagi trait jenis rambut yang dijalankan oleh murid yang sama.
Berdasarkan graf yang dilukis di 2(c), nyatakan **satu** kesimpulan tentang jenis variasi bagi kedua-dua graf tersebut.
1 marks
35 marks
Rajah 3 menunjukkan keputusan eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan murid untuk mengkaji kesan asid dan alkali terhadap penggumpalan lateks. Asid dan alkali dititiskan ke dalam lateks di dalam dua bikar berasingan lalu dikacau dan dibiarkan selama 15 minit.
a
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan **satu** cara untuk mengawal faktor yang diubah.
1 marks
b
Nyatakan **satu** pemerhatian pada bikar P.
1 marks
c
Nyatakan inferens berdasarkan pemerhatian anda di 3(b).
1 marks
d
Asid etanoik merupakan sejenis asid lemah.
Nyatakan definisi secara operasi bagi asid etanoik dari aspek apa yang diperhatikan dan apa yang dilakukan.
1 marks
e
Kaji pernyataan berikut.
> Alkali meneutralkan ion hidrogen yang terdapat pada asid.
Buktikan pernyataan di atas berdasarkan maklumat dalam Rajah 3.
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan susunan radas yang disediakan untuk menjalankan proses elektrolisis.
Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 4.
| Set radas | Elektrolit | Ujian gas yang terhasil pada anod |
|---|---|---|
| I | Asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ | Kertas litmus biru lembap menjadi merah, lalu luntur. |
| II | Asid hidroklorik 0.0001 mol dm^-3^ | Kayu uji berbara bernyala. |
Jadual 4
a(i)
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 4, kelaskan elektrolit kepada kepekatannya yang betul.
| | Elektrolit |
|---|---|
| Asid cair | …… |
| Asid pekat | …… |
*(Tulis jawapan anda: elektrolit bagi asid cair dan bagi asid pekat)*
1 marks
Berdasarkan keputusan ujian gas dalam Jadual 4, namakan hasil yang terbentuk di anod bagi setiap set radas.
b(i)
Set I
1 marks
b(ii)
Set II
1 marks
c
Sekumpulan murid mengulangi eksperimen dengan dua set radas yang sama, masing-masing mengandungi asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ dan 0.0001 mol dm^-3^.
Keputusan eksperimen ulangan tidak menunjukkan pengumpulan gas pada katod dan anod pada setiap set radas seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.2.
Berdasarkan Rajah 4.1 dan Rajah 4.2, jelaskan mengapa keputusan yang diperolehi berbeza.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5 menunjukkan dua jenis bantuan P dan Q yang diberikan ketika kecemasan.
a
Namakan jenis bantuan kecemasan P.
1 marks
b
Nyatakan **satu** situasi mangsa yang memerlukan bantuan Q.
1 marks
c
Samad tidak mempunyai pengetahuan tentang bantuan P. Jika terdapat mangsa yang tidak sedarkan diri, apakah tindakan yang boleh dilakukannya untuk membantu mangsa?
2 marks
d
Banding beza bantuan P dan bantuan Q dari segi penggunaan peralatan dan kaedah bantuan yang diberikan kepada mangsa.
2 marks
66 marks
Rajah 6 menunjukkan dua cara melupuskan sisa kertas.
Berdasarkan Rajah 6,
a(i)
Tandakan (√) bagi kitaran hayat **X**.
| Cradle to cradle life cycle of a product | Cradle to grave life cycle of a product |
|---|---|
| | |
*(Tulis jawapan anda: nama kitaran hayat yang anda tandakan)*
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** kesan terhadap alam sekitar sekiranya kitaran hayat **Y** diteruskan.
1 marks
b
Terangkan amalan yang boleh dilakukan oleh pengusaha kantin sekolah bagi menyokong konsep kelestarian alam sekitar.
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 6, pilih cara pelupusan terbaik. Jelaskan.
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan dua unsur karbon.
a
Nyatakan maksud isotop.
1 marks
Berdasarkan Rajah 7.1,
b(i)
nyatakan radioisotop dan kegunaannya
2 marks
b(ii)
banding dan bezakan antara kedua-dua unsur tersebut.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan penggunaan radioisotop dalam bidang teknologi makanan.
Wajarkan penggunaan radioisotop dalam bidang ini.
1 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan suatu alat yang mengaplikasikan prinsip sains.
Berdasarkan Rajah 8.1,
a(i)
nyatakan bentuk S
1 marks
a(ii)
nyatakan prinsip yang diaplikasikan.
Jelaskan jawapan anda.
2 marks
a(iii)
nyatakan perbezaan halaju udara dan tekanan udara di kawasan R dan T.
2 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan garisan keselamatan di tepi landasan kereta api.
Pengguna tidak dibenarkan berdiri melepasi garisan keselamatan ketika kereta api sedang bergerak.
Wajarkan tindakan tersebut.
1 marks
97 marks
Rajah 9.1 menunjukkan struktur khas pada sejenis tumbuhan darat.
a
Bagaimanakah struktur P dapat memberikan sokongan kepada tumbuhan?
1 marks
b
Anda menanam pokok kacang panjang di kawasan rumah.
Cadangkan **satu** kaedah untuk memberikan sokongan kepada tumbuhan ini.
1 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan sejenis tumbuhan akuatik.
Terangkan **dua** kelebihan tisu yang terdapat pada batang dan daun tumbuhan ini.
2 marks
d
Menentukan usia tumbuhan berkayu adalah penting untuk merancang pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Hal ini dapat mengelakkan penebangan pokok muda yang belum matang.
Dengan menggunakan gerudi khas, terangkan langkah-langkah untuk mengira gelang pertumbuhan pada batang pokok berkayu tanpa menebang pokok tersebut.
1. Pokok tidak ditebang.
2. ……
3. ……
4. ……
*(Tulis langkah 2, 3 dan 4.)*
3 marks
107 marks
Rajah 10.1 menunjukkan peratusan bahan buangan di angkasa lepas.
a
Berdasarkan maklumat dalam Rajah 10.1, nyatakan bahan buangan angkasa lepas yang utama.
1 marks
b
Kegunaan satelit sebagai sistem penentu sejagat (GPS) boleh menentukan lokasi sesuatu tempat berdasarkan format koordinat darjah, minit dan saat (DMS) dan darjah desimal (DD).
Rajah 10.2 menunjukkan koordinat GPS bagi suatu tempat di Kedah.
> **Koordinat GPS: Pantai Merdeka, Sungai Petani**
>
> Format koordinat DMS: 5°40'33.3" N (Latitud) 100°22'13.3" E (Longitud)
Rajah 10.2
Dengan menggunakan kalkulator saintifik, tukarkan koordinat DMS kepada koordinat DD.
1 marks
c
Penggunaan kenderaan pelancar guna semula (RLV) boleh mengurangkan bahan buangan di angkasa lepas berbanding dengan kenderaan pelancar yang digunakan sekali sahaja (ELV).
Wajarkan.
2 marks
d
Anda dibekalkan dengan satu botol minuman plastik, dua panel solar, dua batang lidi, pisau dan gam.
Lakarkan satu satelit berlabel yang digunakan di angkasa lepas.
Nyatakan perubahan tenaga pada panel solar. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahan-bahan yang anda gunakan, cara ia dicantumkan untuk membentuk satelit, dan label-labelnya; kemudian nyatakan perubahan tenaga)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Ali perlu mencuci baju sukannya yang kotor dengan segera. Ibunya menyarankan Ali mencuci baju itu dengan sabun menggunakan air panas. Ali mendapati kotoran pada bajunya lebih cepat ditanggalkan apabila menggunakan air panas berbanding air biasa.
Berdasarkan situasi itu, anda diminta merancang satu eksperimen dengan menggunakan kertas putih bertanda 'X', kelalang kon, silinder penyukat, jam randik, termometer, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, kasa dawai, 50 cm^3^ larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm^-3^ dan 5 cm^3^ asid sulfurik 1 mol dm^-3^ untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
a
Tujuan eksperimen
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c
**Satu** faktor yang perlu ditetapkan dan cara mengawalnya
2 marks
d
Lakaran susunan bahan dan radas berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahan dan radas dalam lakaran anda, cara ia disusun, dan label-labelnya)*
2 marks
e
Jangkaan pemerhatian yang menyokong hipotesis anda
1 marks
f
**Tiga** aspek melukis graf *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: paksi-paksi graf anda dan label setiap paksi, serta garis graf yang anda lukis)*
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Dadah boleh mendatangkan kesan yang baik atau buruk kepada badan bergantung pada cara penggunaannya. Dadah yang diambil tanpa kawalan boleh mengganggu koordinasi badan.
a
Nyatakan **satu** jenis dadah dan **satu** contoh dadah tersebut.
2 marks
b
Nyatakan **dua** kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan.
2 marks
c
Jadual 12 menunjukkan bilangan penagih dadah pada tahun 2022 hingga 2024 mengikut kategori pekerjaan.
| Kategori pekerjaan | 2022 | 2023 | 2024 |
|---|---|---|---|
| Penganggur | 36 598 | 40 437 | 55 762 |
| Pelajar | 460 | 395 | 323 |
| Pesara | 112 | 165 | 197 |
Jadual 12 (Bilangan penagih dadah)
Berdasarkan Jadual 12, huraikan **satu** pola bilangan penagih dadah mengikut tahun berdasarkan kategori pekerjaan.
Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan bilangan penagih dadah di kalangan penganggur.
4 marks
d
Penyalahgunaan dadah menyebabkan banyak masalah kesihatan fizikal dan mental.
Wajarkan.
4 marks
1312 marks
Kitar nitrogen merupakan satu kitaran unsur nitrogen antara tumbuhan, haiwan, udara, tanah dan air.
a(i)
Nyatakan **dua** contoh bakteria yang terlibat dalam kitar nitrogen.
2 marks
a(ii)
Rajah 13.1 menunjukkan akar suatu pokok yang terlibat dalam kitar nitrogen.
Terangkan bagaimana pokok tersebut dapat meningkatkan kesuburan tanah.
2 marks
Jadual 13 menunjukkan impak penggunaan teknologi moden terhadap hasil tuaian padi di Malaysia dalam tempoh lima tahun terakhir.
| Tahun | Hasil tuaian padi keseluruhan (tan metrik) |
|---|---|
| 2020 | 9 000 |
| 2021 | 15 000 |
| 2022 | 60 000 |
| 2023 | 102 000 |
| 2024 | 156 000 |
Jadual 13
Berdasarkan Jadual 13,
b(i)
nyatakan pola hasil tuaian padi keseluruhan bagi kelima-lima tahun tersebut
1 marks
b(ii)
jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi hasil tuaian pada tahun 2022 hingga 2024.
3 marks
c
Kaji maklumat berikut.
> Pengurusan tanah yang cekap adalah salah satu cara untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan negara.
Wajarkan pernyataan tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open