Rajah 1 menunjukkan keputusan eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan murid untuk mengkaji pengoksidaan hirisan buah epal. Hirisan buah epal tersebut telah direndam di dalam dua jenis larutan berbeza selama 1 minit dan kemudian dibiarkan terdedah kepada udara selama 30 minit.
Berdasarkan Rajah 1,
a
Cadangkan **satu** tujuan bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Nyatakan **satu** pembolehubah dimalarkan bagi eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan hubungan antara perubahan warna hirisan epal dengan jenis larutan.
1 marks
d
Jus limau merupakan bahan antioksidan. Nyatakan definisi secara operasi bagi **bahan antioksidan**.
1 marks
e
Kaji pernyataan berikut.
> Vitamin C sangat diperlukan untuk tubuh badan kita dan ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah pengambilan vitamin C penting bagi setiap individu?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan pertumbuhan bakteria bagi dua piring petri selepas 7 hari disimpan pada suhu 37 °C di tempat yang gelap.
a
Nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
1 marks
b
Berikan **satu** inferens berdasarkan pemerhatian bagi Rajah 2.
1 marks
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan:
c(i)
Faktor yang diperhatikan.
1 marks
c(ii)
Nyatakan **satu** cara mengawal faktor yang dinyatakan di 2(c)(i).
1 marks
d
Berikut merupakan data yang diperolehi oleh sekumpulan murid selepas mengulang eksperimen dengan menggunakan kepekatan antibiotik yang berbeza.
| Kepekatan antibiotik (%) | Diameter kawasan jernih (cm) |
|---|---|
| 50 | 5 |
Berdasarkan maklumat pada Rajah 2, buktikan anda menyokong data yang dikumpul.
1 marks
35 marks
Rajah 3.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan larutan natrium tiosulfat terhadap kadar tindak balas.
Rajah 3.2 menunjukkan satu bacaan pada jam randik semasa membuat pemerhatian bagi larutan natrium tiosulfat 0.12 mol dm^-3^.
Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 3.
a
Berdasarkan Rajah 3.2, catatkan bacaan jam randik di dalam Jadual 3 yang disediakan.
| Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^) | 0.20 | 0.16 | 0.12 | 0.08 | 0.04 |
|---|---|---|---|---|---|
| Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s) | 18 | 21 | …… | 44 | 64 |
Jadual 3
1 marks
b
Plotkan satu graf berdasarkan data yang direkodkan dalam Jadual 3.
Paksi telah disediakan: paksi menegak — Masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan (s), 0 hingga 70 (selang 10); paksi mengufuk — Kepekatan larutan natrium tiosulfat (mol dm^-3^), 0.04 hingga 0.20 (selang 0.04). *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot (nilai kepekatan dan masa bagi setiap titik) dan bagaimana anda menyambungkan titik-titik itu (bentuk garis/lengkung dan cara melukisnya))*
2 marks
c
Nyatakan cara mengawal faktor yang ditetapkan.
1 marks
d
Rajah 3.3 menunjukkan dua helai baju yang mempunyai kesan kotoran.
- Baju A: Baju dengan kesan kotoran yang dicuci dengan satu penutup botol sabun pencuci pakaian.
- Baju B: Baju dengan kesan kotoran yang dicuci dengan dua penutup botol sabun pencuci pakaian.
Seorang murid mencuci kedua-dua helai baju yang terkena kotoran yang sama dengan menggunakan kuantiti sabun yang berlainan. Dia mendapati baju B mengambil masa yang singkat untuk dibersihkan berbanding baju A.
Berdasarkan Jadual 3, berikan alasan anda untuk menyokong situasi tersebut.
1 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji elektrolisis 1.0 mol dm^-3^ asid hidroklorik menggunakan elektrod karbon. Eksperimen diulangi dengan 0.0001 mol dm^-3^ asid hidroklorik.
a
Nyatakan **satu** pemerhatian di anod bagi sel elektrolitik Q.
1 marks
b
Nyatakan ion yang akan dipilih untuk dinyahcas di katod.
1 marks
c
Sekiranya elektrolit asid hidroklorik digantikan dengan larutan natrium sulfat, nyatakan hasil di anod.
1 marks
d
Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga untuk eksperimen ini.
1 marks
e
Sekumpulan murid mengulang eksperimen dengan menggunakan asid hidroklorik 2.0 mol dm^-3^, pemerhatian yang diperolehi di anod adalah gas tidak berwarna. Berdasarkan Rajah 4, buktikan pemerhatian yang diperolehi adalah tidak tepat.
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sistem endokrin seorang lelaki.
a(i)
Nyatakan nama kelenjar R.
1 marks
a(ii)
Nyatakan fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar R.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan perbualan di antara seorang pesakit dengan seorang doktor.
c
Berdasarkan Rajah 5.2, terangkan punca berlakunya penyakit tersebut.
2 marks
d
Rajah 5.3 menunjukkan sebahagian daripada jenis-jenis dadah.
**Jenis-jenis dadah** (Rajah 5.3):
- Perangsang
- Halusinogen
Banding bezakan antara jenis dadah perangsang dan halusinogen terhadap koordinasi badan.
2 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan graf pergerakan kereta sorong tersebut dari satu kawasan ke kawasan yang lain di tapak pembinaan.
a
Nyatakan maksud halaju.
1 marks
b
Berapakah halaju kereta sorong itu apabila masa 4 saat?
1 marks
c
Tentukan sesaran kereta sorong itu pada saat 6 hingga 10 saat.
2 marks
d
Rajah 6.2 menunjukkan graf sesaran melawan masa.
Seorang murid berjalan sejauh 100 meter dalam masa 130 minit. Nyatakan **dua** perbezaan gerakan bagi murid tersebut pada KL dan MN.
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan satu keratan rentas buah kelapa sawit.
a
X adalah satu bahagian dalam kelapa sawit yang menghasilkan minyak yang paling banyak. Nyatakan nama X.
1 marks
b
Proses pengemulsian minyak kelapa sawit kepada titisan yang lebih kecil digunakan untuk membantu menghasilkan tekstur yang konsisten dan stabil dalam makanan seperti marjerin dan mentega.
Nyatakan tujuan meletakkan jus hempedu dalam proses tersebut.
1 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan satu struktur molekul sabun.
Berdasarkan Rajah 7.2, nyatakan **dua** perbezaan bagi struktur berlabel X dan Y.
2 marks
d
Seorang peniaga membuat minyak wangi untuk dijadikan bahan jualan.
Rajah 7.3 menunjukkan dua jenis produk minyak wangi yang dihasilkan.
Pada pendapat anda, pewangi manakah yang menghasilkan bau yang paling tahan lama? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
86 marks
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah pengangkutan udara.
a
Nyatakan prinsip sains yang membolehkan pengangkutan tersebut untuk terbang.
1 marks
b
Cadangkan **satu** cara untuk mempercepatkan kelajuan pengangkutan tersebut.
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 8.1, jelaskan perbezaan halaju aliran udara dan tekanan udara di kawasan P dan Q.
2 marks
d
Rajah 8.2 menunjukkan dua buah kereta lumba.
Pada pendapat anda, kereta yang manakah yang paling sesuai digunakan semasa perlumbaan kereta. Wajarkan jawapan anda.
2 marks
97 marks
Rajah 9 menunjukkan seorang murid sedang menjalankan eksperimen.
a
Nyatakan nama kategori bagi sisa biologi yang terlibat dalam eksperimen di atas.
1 marks
b
Eksperimen tersebut menggunakan peralatan yang tajam iaitu bilah skalpel. Cadangkan tindakan yang selamat bagi menguruskan peralatan tersebut sebelum dilupuskan.
1 marks
c
Setelah selesai menjalankan eksperimen, murid tersebut membuang sisa biologi ke dalam tong sampah di makmal. Wajarkan tindakan murid tersebut.
2 marks
d
Tepung, minyak dan gula merupakan antara bahan yang boleh menjadi punca berlaku kebakaran di dalam rumah. Oleh yang demikian, setiap rumah perlu memiliki alat pemadam kebakaran.
Berdasarkan pernyataan di atas, bina sebuah alat pemadam kebakaran ringkas dengan menggunakan bahan-bahan berikut:
- Botol air dengan penutup
- Cuka
- Serbuk penaik
- Benang
- Tisu
Tuliskan langkah-langkah untuk menyediakan alat tersebut (langkah 1 hingga 3).
Langkah 4 (diberi): Goncang botol sebelum menggunakan alat ini.
3 marks
107 marks
Rajah 10 menunjukkan dua kaedah yang digunakan oleh petani bagi menguruskan tanamannya.
a
Berdasarkan Rajah 10, nyatakan kaedah B.
1 marks
b
Racun serangga yang digunakan secara berlebihan dalam kedua-dua kaedah memberi kesan negatif kepada kesuburan tanah. Cadangkan satu cara untuk menggantikan kaedah tersebut.
1 marks
c
Penggunaan teknologi moden dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Berdasarkan Rajah 10, wajarkan penggunaan kaedah B dalam bidang pertanian.
2 marks
d
Sekumpulan pelajar merancang untuk menjalankan projek taman mini di sekolah. Mereka ingin menanam sayur-sayuran menggunakan teknik penanaman tanpa tanah.
Dengan menggunakan **satu botol plastik, dua cawan plastik, air, sabut kelapa dan anak pokok**, lukis dan labelkan satu set hidroponik. Kemudian tulis penerangan. *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bagaimana bahan-bahan itu disusun dalam set hidroponik anda dan label setiap bahan; kemudian tulis penerangan anda)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Rajah 11.1 menunjukkan struktur dalaman yang digunakan untuk membina sebuah jambatan. Rajah 11.2 adalah sudut pandangan hadapan struktur tersebut.
Struktur ruang kosong dalam Rajah 11.2 membolehkan jambatan itu menampung jumlah beban yang lebih besar.
a
Nyatakan **satu** pernyataan masalah daripada maklumat di atas.
1 marks
Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal dengan menggunakan silinder padat dan silinder berongga yang diperbuat daripada kertas serta bahan-bahan lain.
Huraian anda hendaklah mengandungi kriteria berikut:
b(i)
Tujuan eksperimen
1 marks
b(ii)
Hipotesis
1 marks
b(iii)
Pembolehubah dimanipulasi dan cara mengawalnya
2 marks
b(iv)
Pembolehubah bergerak balas dan cara mengawalnya
2 marks
b(v)
Lakaran susunan radas yang berlabel *(Huraikan lukisan/graf anda dalam perkataan: bahan dan radas dalam lakaran anda, cara ia disusun, dan label-labelnya)*
2 marks
b(vi)
Jangkaan keputusan
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
Mutasi terbahagi kepada dua jenis iaitu mutasi kromosom dan mutasi genetik. Rajah 12 menunjukkan dua pilihan yang boleh dibuat apabila seorang lelaki yang merupakan seorang penghidap penyakit gangguan gen berkahwin dengan seorang perempuan pembawa penyakit gangguan gen.
a
Nyatakan dua contoh penyakit yang disebabkan oleh mutasi kromosom.
2 marks
b
Berdasarkan Rajah 12, nyatakan dua kebarangkalian fenotip anak yang dapat diwarisi dari pasangan tersebut bagi Pilihan R.
2 marks
c
Berdasarkan Rajah 12, banding bezakan pilihan R dan pilihan S.
4 marks
d
Terapi gen merupakan proses menyisipkan gen normal ke dalam tisu badan pesakit untuk menggantikan gen yang rosak. Pada pendapat anda, kaedah yang mana paling terbaik untuk mendapatkan zuriat bagi pasangan tersebut pada masa akan datang?
4 marks
1312 marks
Teknologi Hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
a
Nyatakan **dua** sektor dalam Teknologi Hijau.
2 marks
b
Rajah 13.1 menunjukkan aplikasi Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian. Terangkan isu sosiosaintifik yang dapat ditangani melalui aplikasi Teknologi Hijau tersebut.
2 marks
c
Rajah 13.2 menunjukkan graf kandungan karbon dioksida melawan tahun.
Berdasarkan graf pada Rajah 13.2, huraikan pola kandungan gas karbon dioksida dalam atmosfera sejak tahun 2006 hingga 2020. Jelaskan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kandungan gas karbon dioksida dalam atmosfera.
4 marks
d
Rajah 13.3 merupakan peralatan elektrik yang biasa digunakan dalam setiap rumah.
Pemilihan peralatan elektrik yang tepat amat penting bagi menjamin kelestarian alam. Wajarkan penggunaan peralatan elektrik dalam Rajah 13.3.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open