Rajah 1 menunjukkan suatu eksperimen untuk mengkaji kekerasan aloi dan logam tulen. Pemberat 1 kg dijatuhkan ke atas bola keluli yang diletakkan di atas bongkah loyang dan bongkah kuprum daripada ketinggian 50 cm.
Diameter lekuk yang terhasil diukur dan direkodkan dalam Jadual 1.
| Jenis bongkah | Diameter lekuk (cm) |
|---|---|
| Loyang | ....... |
| Kuprum | 0.5 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Rajah 1, lengkapkan Jadual 1. *(Tulis jawapan anda: diameter lekuk bagi bongkah loyang, dalam cm.)*
1 marks
b
Mengapakah diameter lekuk bongkah loyang berbeza berbanding bongkah kuprum?
1 marks
c
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan pemboleh ubah bergerak balas.
1 marks
d
Berdasarkan data dalam Jadual 1, tuliskan definisi secara operasi bagi logam tulen.
1 marks
e
Nyatakan **satu** langkah yang boleh diambil supaya data yang diperoleh lebih tepat dan jitu.
1 marks
25 marks
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji inersia bagi sebuah botol yang diisi dengan pasir yang berbeza jisim.
Rajah 2 menunjukkan masa ayunan botol untuk berhenti melawan jisim botol.
a
Berdasarkan Rajah 2, lengkapkan masa yang diambil untuk botol jisim 350 g berhenti berayun pada Jadual 2.
| Jisim botol (g) | Masa ayunan botol untuk berhenti (s) |
|---|---|
| 50 | 12 |
| 100 | 26 |
| 150 | 40 |
| 200 | 54 |
| 250 | 70 |
| 300 | 85 |
| 350 | ......... |
| 400 | 112 |
| 450 | 128 |
| 500 | 145 |
Jadual 2
*(Tulis jawapan anda: masa, dalam s, bagi jisim botol 350 g.)*
1 marks
b
Nyatakan faktor yang diubah dalam eksperimen ini.
1 marks
c
Nyatakan faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini.
1 marks
d
Apakah hipotesis eksperimen ini?
1 marks
e
Seorang penumpang terpaksa berdiri ketika bas sedang bergerak.
Cadangkan **satu** kaedah bagaimana penumpang itu dapat mengelak daripada terjatuh ketika bas itu berhenti secara tiba-tiba.
1 marks
35 marks
Jadual 3.1 menunjukkan keputusan suatu eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid bagi mengkaji kesan kekurangan makronutrien terhadap pertumbuhan anak benih jagung yang direkodkan selepas dua minggu.
| Jenis larutan | Keadaan daun |
|---|---|
| Larutan kultur tanpa nitrogen | Berwarna kuning |
| Larutan kultur tanpa kalium | Bertompok perang |
Jadual 3.1
a
Berdasarkan Jadual 3.1, nyatakan **satu** pemerhatian daripada eksperimen ini.
1 marks
b
Ramalkan warna daun jika larutan kultur tanpa nitrogen digantikan dengan menggunakan larutan kultur lengkap.
1 marks
c
Senarai berikut ialah contoh-contoh nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.
- Karbon
- Ferum
- Zink
- Magnesium
Kelaskan nutrien-nutrien tersebut kepada kuantiti yang banyak dan kuantiti yang sedikit diperlukan oleh tumbuhan dalam Jadual 3.2.
| Kuantiti yang banyak | Kuantiti yang sedikit |
|---|---|
| | |
Jadual 3.2
*(Tulis jawapan anda: nutrien bagi setiap lajur, contohnya "Kuantiti yang banyak: …; Kuantiti yang sedikit: …".)*
2 marks
d
Selain daripada memerhatikan keadaan daun, murid itu juga telah mengukur ketinggian anak benih jagung dengan menggunakan larutan kultur lengkap selama tiga minggu. Jadual 3.3 menunjukkan keputusan bagi eksperimen tersebut.
| Minggu | 1 | 2 | 3 |
|---|---|---|---|
| Ketinggian anak benih jagung (cm) | 4.0 | 8.0 | 9.0 |
Jadual 3.3
Rajah 3 menunjukkan penyataan daripada murid tersebut.
> "Pada akhir minggu kedua, saya terlupa untuk menukarkan larutan yang baharu"
Rajah 3
Berdasarkan Rajah 3, jelaskan mengapa penyataan tersebut mempengaruhi ketinggian anak benih jagung pada minggu ketiga?
1 marks
45 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan terhadap kadar tindak balas. Kepekatan asid hidroklorik yang berbeza bertindak balas dengan serbuk magnesium menghasilkan gelembung gas sehingga tindak balas lengkap. Masa direkodkan apabila tiada lagi gelembung gas terhasil.
Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 4.
| Eksperimen | I | II | III | IV | V |
|---|---|---|---|---|---|
| Kepekatan asid hidroklorik (mol dm^-3^) | 0.20 | 0.16 | 0.12 | 0.08 | 0.04 |
| Masa yang diambil untuk magnesium bertindak balas lengkap (s) | 16.5 | 20.0 | 25.0 | 33.3 | 50.0 |
| $\frac{1}{\text{Masa}}$ (s^-1^) | 0.06 | 0.05 | 0.04 | 0.03 | 0.02 |
Jadual 4
a
Berdasarkan keputusan pada Jadual 4, lukis graf kepekatan asid hidroklorik melawan $\frac{1}{\text{masa}}$ pada kertas graf yang disediakan.
(Kertas graf yang disediakan: paksi menegak "Kepekatan asid hidroklorik (mol dm^-3^)" bertanda 0.04, 0.08, 0.12, 0.16, 0.20; paksi mengufuk "$\frac{1}{\text{masa}}$ (s^-1^)" bertanda 0.01, 0.02, 0.03, 0.04, 0.05, 0.06.)
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang anda plot dan bentuk garis graf yang anda lukis.)*
2 marks
b
Apakah hubungan antara kepekatan asid hidroklorik dengan masa yang diambil untuk magnesium bertindak balas lengkap?
1 marks
c
Berdasarkan data dari Jadual 4, tuliskan definisi secara operasi bagi kadar tindak balas.
1 marks
d
Rajah 4.2 menunjukkan susunan radas yang digunakan oleh seorang murid untuk mengukur isi padu gas yang terkumpul.
Pada akhir eksperimen, keputusan menunjukkan tiada gas dikumpulkan di dalam buret.
Mengapakah berlakunya situasi ini?
1 marks
Bahagian BAnswer all 6
56 marks
Rajah 5.1 menunjukkan kariotip bagi seorang individu.
Berdasarkan Rajah 5.1,
a(i)
namakan mutasi kromosom yang dihidapi oleh individu tersebut?
1 marks
a(ii)
mengapakah individu itu menghidapi mutasi tersebut?
1 marks
b
Rajah 5.2 menunjukkan sel darah merah K dan sel darah merah L.
Berdasarkan Rajah 5.2, banding dan bezakan kedua-dua sel darah merah tersebut.
2 marks
Rajah 5.3 menunjukkan suatu skema pewarisan sejenis penyakit gangguan gen.
c(i)
Lengkapkan Rajah 5.3. *(Tulis jawapan anda: genotip anak dalam kotak yang kosong.)*
1 marks
c(ii)
Ramalkan kebarangkalian anak yang menghidap penyakit anemia sel sabit.
1 marks
66 marks
Rajah 6.1 menunjukkan suatu Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap.
a
Berdasarkan Rajah 6.1, unsur manakah merupakan halogen?
1 marks
b
Kenapakah unsur N dikenali sebagai gas nadir?
1 marks
c
Jadual 6 menunjukkan beberapa contoh isotop.
| Isotop | Bilangan proton | Bilangan neutron | Nombor nukleon |
|---|---|---|---|
| K-18 | 8 | ............ | 18 |
| M-81 | ............ | 46 | 81 |
Jadual 6
Lengkapkan Jadual 6. *(Tulis jawapan anda: bilangan neutron bagi K-18 dan bilangan proton bagi M-81.)*
2 marks
Rajah 6.2 menunjukkan susunan elektron bagi tiga unsur U, V dan W.
| Unsur | Susunan elektron |
|---|---|
| U | 2.6 |
| V | 2.8 |
| W | 2.8.2 |
Rajah 6.2
d
Berdasarkan Rajah 6.2, pilih **satu** unsur yang boleh membentuk ion. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
76 marks
Rajah 7.1 menunjukkan peranan mikroorganisma berfaedah X dan Y dalam kehidupan.
a
Namakan bakteria X.
1 marks
b
Bagaimanakah mikroorganisma Y membantu dalam penghasilan roti?
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan dua contoh mikroorganisma.
Mikroorganisma yang manakah merupakan patogen? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
d
Penggunaan ekoenzim sebagai larutan pembersih bahan berminyak merupakan suatu aplikasi Teknologi Hijau dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Kaedah ini lebih efektif berbanding bahan pencuci kimia yang mencemarkan alam sekitar.
Wajarkan pernyataan ini.
1 marks
87 marks
Rajah 8.1 menunjukkan satu eksperimen penghasilan alkohol di dalam makmal.
a
Berdasarkan Rajah 8.1, namakan proses yang berlaku di dalam kelalang kon.
1 marks
b
Permintaan terhadap alkohol meningkat semasa pandemik Covid-19.
Nyatakan **dua** kegunaan alkohol melibatkan bidang perubatan dalam kehidupan harian.
2 marks
c
Rajah 8.2 menunjukkan dua contoh sebatian karbon.
| Diesel | Alkohol |
|---|---|
Rajah 8.2
Berdasarkan Rajah 8.2, nyatakan **satu** persamaan dan **satu** perbezaan bagi sebatian tersebut dalam suatu pengangkutan.
2 marks
d
Pengambilan alkohol oleh ibu mengandung memudaratkan kesihatan bayi.
Wajarkan.
2 marks
96 marks
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan telah dilancarkan pada Julai 2009 bagi menjayakan Teknologi Hijau di negara kita. Terdapat empat tonggak utama yang menguatkan dasar tersebut dan menekankan aspek kecekapan tenaga.
a
Terangkan **satu** faedah apabila kecekapan tenaga diutamakan di dalam sesebuah negara melalui pengamalan Teknologi Hijau.
1 marks
b
Rajah 9.1 menunjukkan bil elektrik sebuah rumah bagi bulan Jun dan Julai.
| BIL ELEKTRIK | Jun | Julai |
|---|---|---|
| Jumlah tenaga (kWj) | 518 | 584 |
| Cas semasa (RM) | 189.49 | 223.54 |
Rajah 9.1
Berdasarkan Rajah 9.1, cadangkan **satu** amalan penjimatan tenaga yang boleh dilakukan oleh pengguna di rumah tersebut pada bulan Ogos.
1 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan suatu label cekap tenaga suatu peralatan elektrik.
Anda disarankan untuk menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai bilangan bintang seperti Rajah 9.2.
Wajarkan pernyataan tersebut.
2 marks
d
Tabiat seorang suri rumah yang gemar membiarkan periuk nasi sentiasa dihidupkan supaya nasi kekal panas telah memberi kesan kepada peningkatan bil elektrik di rumahnya.
Dengan menggunakan kotak kertas, kapas, kertas hitam dan kerajang aluminium, reka satu alat penyimpanan makanan supaya makanan kekal panas.
Lukis rajah berlabel dan terangkan konsep sains yang diaplikasikan.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bahan-bahan yang anda gunakan, bagaimana bahan-bahan itu disusun dalam alat anda, dan label setiap bahagian. Kemudian tulis penerangan konsep sains yang diaplikasikan.)*
2 marks
107 marks
Rajah 10 menunjukkan gambar rajah sinar bagi suatu mikroskop.
a
Mengapakah mikroskop ini memerlukan dua kanta?
1 marks
b
Mikroskop yang digunakan ini mempunyai kuasa pembesaran kanta mata 4 kali dan kuasa pembesaran kanta objek 40 kali.
Hitung kuasa pembesarannya.
[Kuasa pembesaran mikroskop = Kuasa pembesaran kanta objek × Kuasa pembesaran kanta mata]
1 marks
c
Mikroskop elektron banyak digunakan dalam bidang mikrobiologi.
Wajarkan pernyataan tersebut.
2 marks
d
Amirul tidak mempunyai kanta pembesar di rumahnya. Bagaimanakah dia hendak menggunakan bahan-bahan yang dibekalkan untuk mencipta kanta pembesar? Lukis dan labelkan satu model kanta pembesar tersebut. Terangkan bagaimana ia berfungsi.
| Botol plastik lutsinar | Gunting | Gam epoksi | Air | Batang aiskrim |
|---|---|---|---|---|
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bahan-bahan yang anda gunakan, bagaimana bahan-bahan itu dipotong dan dicantumkan, dan label setiap bahagian. Kemudian terangkan bagaimana model itu berfungsi.)*
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1110 marks
Kaji situasi berikut.
> Sudah tiga hari Amin demam panas dan masih tidak sembuh walaupun telah mengambil ubat. Doktor mengesahkan bahawa Amin mengalami keradangan tonsil dan merawatnya dengan sejenis antibiotik. Selepas seminggu, Amin sembuh sepenuhnya.
Berdasarkan situasi di atas, anda diminta menjalankan satu penyiasatan dengan menggunakan larutan kultur bakteria, agar-agar nutrien steril, ceper kertas turas berkepekatan 10 unit penisilin, ceper kertas turas berkepekatan 30 unit penisilin dan dua piring petri dengan penutup.
Tulis satu laporan eksperimen yang mengandungi:
a
Tujuan
1 marks
b
Hipotesis
1 marks
c(i)
Pemboleh ubah dimalarkan dan cara mengawalnya
2 marks
c(ii)
Pemboleh ubah dimanipulasi dan cara mengawalnya
2 marks
d
Lukis susunan radas dan bahan yang berlabel *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, bagaimana ia disusun, dan label setiap bahagian.)*
2 marks
e
**Dua** langkah berjaga-jaga untuk memastikan penyiasatan yang adil
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1212 marks
a
Alat pemadam kebakaran disediakan dan ditempatkan di sekitar sekolah. Audit alat pemadam kebakaran hendaklah dilakukan secara berkala sebagai langkah penjagaan.
Nyatakan **dua** maklumat yang perlu diperhatikan semasa menjalankan audit pemadam kebakaran di sekolah.
2 marks
b
Rajah 12.1 menunjukkan suatu alat pemadam kebakaran.
Berdasarkan Rajah 12.1, nyatakan **dua** kelebihan alat tersebut dalam menyelamatkan mangsa kebakaran.
2 marks
c
Rajah 12.2 menunjukkan dua jenis alat pemadam kebakaran.
Banding dan bezakan kedua-dua alat pemadam kebakaran tersebut.
4 marks
d
Seorang peniaga telah menyediakan alat pemadam api ABC di premis perniagaannya.
Wajarkan tindakan tersebut.
4 marks
1312 marks
Satelit mempunyai lima jenis orbit mengikut ketinggiannya dari Bumi.
a(i)
Namakan **satu** jenis orbit satelit dan nyatakan bentuk bagi orbit tersebut.
2 marks
a(ii)
Rajah 13.1 menunjukkan altitud berbeza yang menempatkan satelit J, K dan L supaya kekal pada kedudukannya apabila mengelilingi Bumi.
Berdasarkan Rajah 13.1, kedudukan satelit manakah yang mempunyai halaju paling tinggi? Terangkan jawapan anda.
2 marks
b
Perkembangan teknologi dalam komunikasi telah meluaskan penggunaan satelit dalam kehidupan seharian.
Huraikan kelebihan dan keburukan perkembangan pesat dalam teknologi angkasa lepas kepada manusia dan persekitaran angkasa lepas.
4 marks
c
Rajah 13.2 menunjukkan tiga segmen GPS.
- GPS
- Segmen kawalan
- Segmen angkasa
- Segmen pengguna
Rajah 13.2
Berdasarkan Rajah 13.2, terangkan mana-mana **dua** segmen bagaimana ia berfungsi.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open