1 Gambar 1 berkaitan kaedah perniagaan organisasi bukan bermotifkan untung. Apakah kaedah perniagaan tersebut? flag bookmark A Jualan pada harga kos B Jualan pada harga semasa C Jualan pada harga atas kos D Jualan pada harga bawah kos T4 Bab 3.2.2 Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU) Minyak masak bersubsidi dijual pada RM2.50 sepeket, iaitu di bawah kos sebenar. Ini kaedah jualan pada harga bawah kos.
2 Gambar 2 berkaitan dengan satu bentuk perniagaan lain. Apakah peranan pemilik yang menggunakan jenama perniagaan tersebut? flag bookmark A Membayar fi perniagaan B Menyediakan khidmat latihan C Memberikan hak penggunaan imej D Membantu melaksanakan strategi pemasaran T4 Bab 1.3.1 Francais Kedai Tupperware ialah francais. Pemilik yang menggunakan jenama itu ialah francaisi, yang perlu membayar fi kepada francaisor. Latihan, hak penggunaan imej dan strategi pemasaran disediakan oleh francaisor.
3 Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan pengangkutan barang. - 34 orang pekerja tetap - Jualan tahunan sebanyak RM3.2 juta Manakah klasifikasi yang betul bagi perniagaan tersebut? | | Saiz | Sektor | |---|---|---| | A | Kecil | Sekunder | | B | Kecil | Tertier | | C | Sederhana | Sekunder | | D | Sederhana | Tertier | flag bookmark A Kecil – Sekunder B Kecil – Tertier C Sederhana – Sekunder D Sederhana – Tertier T4 Bab 1.6 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Pengangkutan ialah perkhidmatan (sektor tertier). Bagi perkhidmatan, 30 hingga kurang daripada 75 pekerja atau jualan RM3 juta hingga kurang daripada RM20 juta ialah saiz sederhana.
4 Antara yang berikut, manakah yang berkaitan skala negeri? I. Syafik menggunakan perkhidmatan lori untuk menghantar barang ke sekitar kawasan di Pahang II. Trak makanan Mee Rebus Jempol beroperasi di tapak pasar malam Senawang, Negeri Sembilan III. Barangan kraftangan Sarawak yang dihasilkan oleh Gilbert dijual melalui laman sesawang IV. Syarikat Megah mempunyai tiga buah pasar raya yang beroperasi di Rembau dan Seremban flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.5.1 Pasaran Domestik Skala negeri meliputi beberapa kawasan dalam satu negeri: sekitar Pahang (I) serta Rembau dan Seremban di Negeri Sembilan (IV). Satu tapak pasar malam ialah skala tempatan, dan jualan melalui laman sesawang boleh menjadi global.
5 Maklumat berikut berkaitan peranan sebuah agensi kerajaan. - Menyediakan latihan keusahawanan kepada organisasi - Mempertingkatkan pembangunan sumber tenaga manusia Apakah agensi tersebut? flag bookmark A MPC B TEKUN Nasional C SIRIM D MATRADE T4 Bab 2.1.2 Peranan Kerajaan dari Aspek Pertumbuhan Ekonomi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyediakan latihan kepada organisasi dan meningkatkan pembangunan sumber manusia. TEKUN memberi pembiayaan, SIRIM menguruskan piawaian dan MATRADE menggalakkan eksport.
6 Apakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)? flag bookmark A Memberi pelepasan cukai perniagaan B Menggubal undang-undang kepenggunaan C Melaksanakan dasar pembangunan setempat D Mengeluarkan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan T4 Bab 2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan Tempatan PBT melaksanakan dasar pembangunan di kawasan setempat. Pelepasan cukai dan undang-undang kepenggunaan ialah urusan kerajaan pusat, dan sijil pendaftaran dikeluarkan oleh SSM.
7 Pernyataan berikut berkaitan trend persekitaran perniagaan. > Trend menurun menunjukkan operasi perniagaan semakin merosot disebabkan oleh faktor dalaman. Manakah yang berkaitan dengan pernyataan tersebut? flag bookmark A Permintaan berkurang akibat perubahan cita rasa pengguna B Situasi banjir menyebabkan kesukaran mendapatkan bahan mentah C Keadaan ekonomi yang lembap disebabkan penularan wabak Covid-19 D Pengambilan pekerja yang kurang berkemahiran menjejaskan produktiviti T4 Bab 2.3.1 Faktor Dalaman Pengambilan pekerja ialah keputusan perniagaan sendiri, jadi ia faktor dalaman. Cita rasa pengguna, banjir dan ekonomi ialah faktor luaran.
8 Maybank Berhad menawarkan kemudahan kad kredit kepada pelanggannya untuk pelbagai urusan transaksi perniagaan. Apakah jenis pasaran yang berkaitan dengan situasi tersebut? flag bookmark A Pasaran untuk semua B Pasaran kewangan C Pasaran produk D Pasaran baharu T4 Bab 2.2.4 Pasaran Bank menawarkan perkhidmatan kewangan seperti kad kredit, jadi ia pasaran kewangan.
9 Apakah gaya pengurusan yang boleh mewujudkan tingkah laku pekerja yang sukar dikawal? flag bookmark A Sederhana B Sokongan C Demokratik D Laissez-faire T4 Bab 2.3.1 Faktor Dalaman Gaya laissez-faire memberi kebebasan penuh kepada pekerja tanpa kawalan, jadi tingkah laku pekerja boleh menjadi sukar dikawal.
10 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan misi? I. Pernyataan matlamat sesebuah perniagaan II. Penetapan perancangan aktiviti perniagaan III. Panduan dalam membuat keputusan IV. Perancangan jangka masa panjang flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.1 Maksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan Misi ialah pernyataan matlamat perniagaan (I) yang menerangkan aktiviti yang dirancang untuk mencapainya (II). Perancangan jangka panjang ialah visi.