arrow_back

Negeri Sembilan Trial 2022 Perniagaan Kertas 1 · MPSM

Perniagaan

Negeri Sembilan Trial 2022 Perniagaan Kertas 1 · MPSM

  • Percubaan Negeri Sembilan MPSM · 2022
  • 40 soalan
Jawapan
Daripada skema jawapan kertas asal
Penerangan
Ditulis oleh AI — sebagai bantuan, mungkin ada kesilapan
Kemas kini terakhir
2026-10-29
1
Gambar 1 berkaitan kaedah perniagaan organisasi bukan bermotifkan untung. Apakah kaedah perniagaan tersebut?
2
Gambar 2 berkaitan dengan satu bentuk perniagaan lain. Apakah peranan pemilik yang menggunakan jenama perniagaan tersebut?
3
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan pengangkutan barang. - 34 orang pekerja tetap - Jualan tahunan sebanyak RM3.2 juta Manakah klasifikasi yang betul bagi perniagaan tersebut? | | Saiz | Sektor | |---|---|---| | A | Kecil | Sekunder | | B | Kecil | Tertier | | C | Sederhana | Sekunder | | D | Sederhana | Tertier |
4
Antara yang berikut, manakah yang berkaitan skala negeri? I. Syafik menggunakan perkhidmatan lori untuk menghantar barang ke sekitar kawasan di Pahang II. Trak makanan Mee Rebus Jempol beroperasi di tapak pasar malam Senawang, Negeri Sembilan III. Barangan kraftangan Sarawak yang dihasilkan oleh Gilbert dijual melalui laman sesawang IV. Syarikat Megah mempunyai tiga buah pasar raya yang beroperasi di Rembau dan Seremban
5
Maklumat berikut berkaitan peranan sebuah agensi kerajaan. - Menyediakan latihan keusahawanan kepada organisasi - Mempertingkatkan pembangunan sumber tenaga manusia Apakah agensi tersebut?
6
Apakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
7
Pernyataan berikut berkaitan trend persekitaran perniagaan. > Trend menurun menunjukkan operasi perniagaan semakin merosot disebabkan oleh faktor dalaman. Manakah yang berkaitan dengan pernyataan tersebut?
8
Maybank Berhad menawarkan kemudahan kad kredit kepada pelanggannya untuk pelbagai urusan transaksi perniagaan. Apakah jenis pasaran yang berkaitan dengan situasi tersebut?
9
Apakah gaya pengurusan yang boleh mewujudkan tingkah laku pekerja yang sukar dikawal?
10
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan misi? I. Pernyataan matlamat sesebuah perniagaan II. Penetapan perancangan aktiviti perniagaan III. Panduan dalam membuat keputusan IV. Perancangan jangka masa panjang
Ada 30 soalan lagi — log masuk untuk jawab seluruh kertas secara percuma

Selepas log masuk, keputusan disimpan, jawapan salah dimasukkan ke Kesilapan, dan anda boleh sambung di telefon lain.

Lagi kertas Perniagaan

Lihat semua kertas Perniagaan →
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.

Log Masuk

Log masuk dengan akaun Google anda untuk teruskan

Teruskan dengan Google